1 Mei yang lepas ketika bersama meraikan teman - teman sempena Hari Pekerja di Dataran Seremban terlihat kelibat Ustaz Hj Shamsul Firdaus Alhafiz, Imam Masjid Bukit Damasara.
Segera dekat dan menegur Ustaz yang berasal dari Temiang, Seremban. Setelah berbual cheGuBard terkejut rupanya ustaz baru dipecat dari menjadi Imam di Masjid Bukit Damansara. Dia dipecat kerana kononya terlibat dan menjadi penyokong pakatan rakyat.....
Fikir - fikirkanlah....apa nak jadi ... 1 Malaysia?
Semalam pula selepas ceramah Umum di Stadium Sungai Besar cheGuBard dimaklumkan Pengarah Pertanian Selangor ditukar serta merta atas arahan Datuk Noh Omar kerana beliau membantu petani tanpa mengira parti. Sesiapa ada maklumat mengenai Pengarah Pertanian Selangor ditukar harap dapat salurkan.
Inilah bukti pembaharuan piem 1msia kita. Teruskan agenda anda semua. Syurga dan neraka dah lama disediakan. pilihlah.
ReplyDeleterasanya kalau Pakatan naik sama juga...Pakatan dan BN tiada beza selagi menggunakan sistem Yahudi demokerasi ..kembalilah pada Al-Quran dan Hadith...tunggu dan lihat bila dah ada kuasa nanti...lupa juga pada asal usul..
ReplyDeleteItu namanya...pandai tak boleh diajar atau berajar...bodoh tapi tak mau mengikut...sama la 2 kes tu. Pihak sebelah sana tak reti-reti nak belajar daripada kesilapan...
ReplyDeleteBuatlah 1Malaysia ke, Great Malaysia ke atau apa saja kalau tak mau melihat dan belajar daripada kesilapan atau sejarah hitam sendiri, terbelenggulah dengan kebodohan sendiri.
rakyat mungkin tidak bijak tetapi rakyat tidaklah sebangang yang disangka...