Tuesday, May 12, 2009

Jangan dibuai keputusan mahkamah semalam.

Semalam 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengistiharkan bahawa Datuk Seri ir. Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Maka gempitalah keseronokan penyokong Pakatan Rakyat seolah demokrasi yang telah diperkosa secara hina beramai - ramai telah mendapat dara dan kehormatanya semula.

Malah ada 'pemimpin' yang sudah pergi lebih jauh mengatakan institusi Kehakiman telah kembali bebas. (Jika telah bebas tidak akan Zambry mudah mendapat laluan ekspress pagi ini menangguh keputusan semalam)

Imbas kembali ketika dua ADUN 'katak' hilang dan kemudian dikesan di Pekan, Pahang, cheGuBard telah menghantar 13 sms kepada pemuka Pakatan Rakyat dengan meminta difikirkan bahawa sekarang ialah masa yang sesuai dihadapkan kepada Istana Perak agar Pilihanraya Negeri perlu diadakan demi mendapatkan kerajaan yang benar punya majoriti.

Namun mungkin ketika itu ramai yang masih rasa selesa maka sms che'GuBard tidak dilayan malah ada yang membalas dengan 'kita masih punya majoriti' malah ada yang lebih terlampau berfikiran positif dengan mengatakan sabar mungkin dua ADUN itu tak lompat cuma merajuk..... hahahahahahahahahaaaaa.

Kini sekali lagi keputusan bijak demi kepentingan rakyat perlu diambil.

Pertama keputusan mahkamah ialah berasaskan Nizar, masih sah kerana tidak ada undi tidak percaya.

Ada yang mengatakan undi tak percaya ialah 2/3 dalam dewan mengundi tolak Nizar baru sah gugur MB. Itu mungkin wujud dalam kertas tetapi tidak bagi Bn. Saksikan sahaja bagaimana mereka memilih Speaker ? Tiada 2/3 undi tidak percaya menolak speaker. Dewan belum bermula ? Speaker menegaskan ADUN tertentu perlu keluar dewan sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan tetapi mereka berdegil, menjadikan Dewan umpama pasar dan kemudian membawa masuk 'gangster' untuk menarik dan mengurung speaker yang sah agar mereka boleh mengistyiharkan speaker baru.

Kini Zambry telah mendapat laluan ekspres di Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Maknanya Nizar harus mengosong dan exco harus mengosongkan kembali pejabat yang baru mereka masuki pagi tadi.

Dalam masa terdekat DUN akan dipanggil bersidang. Dengan speaker haram, SUK haram, Setiausaha Dewan haram, Penasihat Undang - Undang haram. Maka akan dibuat proses undian haram menolak Nizar memilih Zambry. Kemelut tidak akan berkesudahan.

Kini jawapannya cuma satu desakan rakyat. Bayangkan jika semua berjiwa besar tak kira Bn, Pakatan mahupun Istana ketika peringkat awal lagi buat sahaja Pilihanraya Umum Negeri sudah pasti krisis akan berakhir. Sesiapa sahaja yang menang akan memerintah dengan tenang....

Bagi Pakatan Rakyat perlu digerakkan rakyat untuk merafak sembah kebawah Duli Tuanku Sultan Perak agar diperkenankan dibubarkan DUN. Tiada jalan lain tumpukan penerangan di kawasan Melayu terangkan isu penderhakaan Umno. Gerakkan rakyat perbagai latar belakang segera !!!

Kepada DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak inilah masa yang sesuai Tuanku perbetul keadaan yang semakin berserabut. Sekarang terpulanglah kepada tuanku bagaimana tuanku mahu rakyat mengenang tuanku......

Merujuk semula keputusan semalam.....sebenarnya kita perlu berhati - hati, Najib sebenarnya telah meletakkan kita di dalam buai, kita silap kalau melayan dengan berbuai. Keputusan semalam dibuat oleh Hakim yang benar berani menegakkan undang - undang, persoalanya kenapa hakim tersebut tidak ditukar seperti biasa.

cheGuBard bersama Mohamad Sabu pernah dibicarakan sehingga 3 Majisteret bertukar kerana bersikap adil. Mahkamah yang membicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyaksikan hakim yang bersikap adil ditukar..

Respon melampau dalam kegembiraan sesetengah pihak sejak semalam sengaja dipancing Najib. Mood sekarang ialah kononya Mahkamah atau institusi Kehakiman bebas.

Bagi Najib biar hilang Perak sekejap (ingat mereka telah ada speaker haram dan belum tentu Istana setuju bubar DUN jika tanpa desakan kebangkitan rakyat) asalkan dapat korban yang lebih besar.

Mahkamah yang diberikan persepsi kononya bebas inilah yang akan mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.

Perancangan kem Najib dalam agenda jahat amat teliti. Najib berdepan dengan kesukaran menyusun orang - orangnya dia memerlukan pilihanraya umum untuk menstruktur secara total kerajaan dan Bn. Namun dalam keadaan sekarang hampir mustahil Bn akan menang dengan selesa atau kemungkinan untuk kalah juga besar.

Pakatan boleh menggugat dengan syarat teruskan khidmat cemerlang dengan kerajaan negeri yang ada, jangan buat salah besar dan paling penting jangan ada pertelagahan besar antara parti gabungan.

Regim pemerintah tidak kuat tetapi penentang regim sering terlalu lemah. Jarang regim ditentang secara sepasukan yang kuat seperti tahun 2008. Ini semua berlaku kerana kerja Anwar menjadi orang tengah yang berjaya. Kekuatan Anwar bukan pada pidatonya tetapi yang ditakuti ialah Anwar sebagai 'penghubung' tenaga penentang regim. Tanpa Anwar adakah mungkin DAP dan PAS duduk semeja.... yang membuahkan bukan Melayu diyakinkan memangkah PAS dan melayu memangkah DAP....

Ada yang menuduh pengadaian prinsip. Sebenarnya tiada prinsip yang digadaikan Anwar berjaya mengisarkan semua konsep dengan konsep keadilan sejagat.

Masalah Najib kini adalah Anwar. Anwar perlu diasingkan dari menjadi orang perhubungan. Kem Najib percaya tanpa Anwar Pakatan akan berpecah dan regim kekal berkuasa. Mood menolak regim Bn tinggi , Najib tidak boleh membuat gila dengan senang senang menangkap.

Maka semalam Najib telah mendapat senjatanya. Mahkamah dilihat bebas. Bn dengan kononya sugul mengatakan terima keputusan Mahkamah Bebas, tetapi ada pemimpin Pakatan Rakyat dengan tersengeh meraikan dengan yakin keputusan Mahkamah yang kononya bebas. Graf kepercayaan rakyat terhadap mahkamah meningkat.

Bulan depan mahkamah akan memulakan perbicaraan secara terus menerus selama sebulan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Percayalah Najib telah mendapat senjata Mahathir iaitu mahkamah. Mahkamah akan digunakan untuk memenjarakan Anwar semula.

Kali ini untuk tempoh yang lebih lama. Sekarang terpulang kepada kita, pemimpin pakatan rakyat untuk bersatu. Ketepikan masalah ranting. Tidak kiralah ulama atau profesional. Wakil rakyat atau tidak....pandai cakap Inggeris atau tidak...apa yang kita dapat hari ini adalah berkat penyatuan gerak kerja semua dengan mempergunakan Anwar bukan kerana kecerdikan seorang sahaja....

Kepada rakyat terpulanglah selepas 8 Mac 2008 ramai mula mengukir senyum kerana umpama ada cahaya di hujung terowong gelap. Kini terpulang pada kita semua mahu berjalan ke arah cahaya itu atau duduk menati cahaya itu padam.

Ayuh bangkit !!!!!!!!

5 comments:

  1. tapi kadang2 sedap kalau baring sambil dibuai atas buaian empuk. beranganlah macam dah terbang tinggi.

    cakap2 konfiden macam PILIHANRAYA KE 13 MILIK PAKATAN RAKYAT. maksudnya apa? maksudnya akan bertambahlah golongan yang datang hendak menangguk di air yang keruh memikirkan tidak lama lagi PR akan jadi kerajaan. Jadi setiap duduk jawatan dalam parti akan diambil kesempatan untuk cita-cita opurtunis. akhirnya yang dikejar tak didapat, yang dikendong berciciran.

    bolehkah kita belajar dari sejarah? apakah perjalanan politik seorang Anwar Ibrahim akan berakhir seperti yang pernah dialami Dr. Burhanudin Al-Helmy. Dr. Burhanudin-ilmuan dengan penguasaan pelbagai bahasa dunia, bekas Ketua Umum Parti Kebangsaan Melayu Malaya, kemudiannya Presiden Pas, akhirnya mati dalam penjara, dengan pesan penuh hikmat, "dari robohan Kota Melaka, Kita dirikan Jiwa Merdeka!"

    ReplyDelete
  2. ary man8:40 AM

    hati 2 dengan permainan bn.hati2 wahai semua saudara perjuangan ku.

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:45 AM

    hahaha biasalah chegubard idea sentiasa tak sealiran dengan arus....

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:30 PM

    yang sentiasa bersama arus dipanggil pengikut, yang mengikut boss akan dipanggil balaci,yang mengikut harga dipanggil pelacur!!! Lawan tetap lawan!

    ReplyDelete
  5. Salam Chegu Bard,
    Saya setuju sgt2 dgn pandangan chegu.

    Penat dah nak ulas, sebelum Zamry file mohon penangguhan pun saya dah kata, jgn kita terlalu selesa, ada strategi. Kwn2 boleh jenguk di sini :
    http://www.marhaen.info/v2/mar_a_tapai17.html
    http://www.marhaen.info/v2/mar_a_tapai18.html

    Harap pimpinan PR jgn cepat sgt kata mahkamah tu bebas,elak dari ulasan mcmtu, jgn masuk perangkap. Cuma mungkin sorg dua hakim yg jujur, tapi anytime boleh depa kilaih balik sbb proses mahkamah berterusan ke beberapa peringkat, "the higher u go, the more and most corrupt "jongos" u will see in the system".

    ReplyDelete