Monday, May 04, 2009

Perak:Polis ganggu kediaman Adun, Dewan dibomohkan

KUALA LUMPUR, 4 MEI (SK) - Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) Khalil Idham Lim mengecam tindakan polis yang bertindak seakan-akan mahu menimbulkan provokasi dikalangan Adun.

Menurut Idham dalam satu kenyataan, lima kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) telah didatangi sekumpulan pegawai polis dengan berkenderaan van dan kereta.

Idham berkata polis telah mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari Adun, keluarga dan jiran tertangga.

“Saya membantah tindakan semacam “provokasi” untuk menakut-nakutkan Adun Pakatan Rakyat sebelum Sidang Dun yang dijadualkan pada 7 Mei depan,” katanya

Beliau turut mempersoalkan tindakan polis yang hadir ke kediaman berkenaan secara tidak diundang dan apakah tujuan polis mengambil gambar kediaman berkenaan.

Jelas Idham lagi, Adun-adun Pakatan Rakyat sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan.

Katanya kagi, namun kerjasama yang akan diberikan bukan dengan cara “tidak diundang” dan mereka sendiri tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka sekiranya tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.

“Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan?” soalnya.

Selain itu Idham turut mempersoalkan tindakan Menteri Besar Barisan Nasional Perak Zambry Abdul Kadir yang didakwa membenarkan bomoh melakukan ritual di Dewan Undangan Negeri Perak.

“Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dab BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh ‘bomoh’ untuk menjampi kerusi speaker,” katanya lagi.

Desaknya lagi, Mufti Kerajaan Negeri Perak digesa untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.

1 comment:

  1. orang pilah4:20 PM

    Zamry nie pakai voodoo afrika kut...sobab ghoman eh pon nak samo yo...

    agak agak Harun Din leh libas tak pawang vodoo afrika zamry ni

    ReplyDelete