When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Tuesday, May 12, 2009
Harga petrol akan naik...
Petrol akan naik minima RM0.05 sen seliter, tetapi kali ini kenaikan harga petrol akan dibuat secara cukup licik.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan minyak Petrol RON95 hari ini - yang dijual pada harga RM1.75 seliter.
Dua stesen minyak Petronas di Presint 9 Putrajaya akan mula menjual minyak petrol RON95 hari ini dan esok diikuti negeri-negeri lain secara berperingkat-peringkat.
Ia dilancarkan oleh Menteri berkenaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, demikian menurut Utusan.
Apabila dilancarkan sepenuhnya pada 1 Septermber, petrol RON95 akan menggantikan petrol RON92 yang kini dijual pada RM1.70 seliter.
Dan mulai 1 September juga, harga petrol gred premium - RON97 - akan dinaikkan kepada RM2 seliter.
Ketika harga petrol mencecah dasar rendah kerajaan tak nak turunkan harga kononya kerana tidak mahu mengganggu pasaran tetapi dalam senyap harga minyak ingin dinaikkan pula.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RON 95 atau RON 92, siapa yg tahu bezanya..entah2 sama jer..tapi tukar nama sbb nak naikkan harga
ReplyDeleteharga lantai ada tapi harga syiling tak ada....memang saya sensitif tentang isu harga minyak ni.
ReplyDeleteoohhhh kecoh2 semua org bincang perak diam diam Bn cilako ni naikkan hargo minyak...
ReplyDeleteApa da jadi daaaaa??????? nasib kita makin hari makin ditekan dan tertekan.
ReplyDelete