Sunday, January 31, 2016

Belum selesai menjawab 'facelift' (ubah suai ringan) pintu gerbang RM9.8juta kini muncul pula projek 'baharui' kubah masjid RM32.4 juta

Catatan Umum
31 Januari 2016

KUBAH MASJID RM32.4j SELANGOR MENERUSKAN PEMBAZIRAN

1. Belum habis rakyat kecewa dengan pembaziran projek 'facelift' (ubah suai ringan) pintu gerbang dengan nilai RM9.8juta kini muncul pula projek ganti kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4j

2. Ia sebahagian yang tercatat dalam belanjawan Selangor. Sebenarnya belanjawan Selangor banyak perkara dan perbelanjaan pelik malangnya ADUN khususnya Pembangkang memainkan peranan sebaik mungkin maka banyak perbelanjaan pelik terlepas begitu sahaja.

3. Contohnya perbelanjaan melampau untuk hanya projek 'facelift' atau ubahsuai ringan Gerbang Darul Ehsan terlepas dari pertikaian dewan begitu sahaja sehingga ia membazirkan wang rakyat RM9.8j. Namun setelah ramai mempertikaikan maka muncul pula istilah wang tersebut akan dibayar semula dengan wang kutipan derma. Malah Kerajaan Selangor menyebut seolah terpaksa melakukan projek dengan nilai tak munasabah hanya kerana permintaan Istana. Untuk rekod saya telah menjawab secara penuh jawapan balas seorang ADUN Selangor membela pembaziran tersebut dan dua buah persatuan kontraktor dominan juga telah membuat kenyataan mempertikaikan jumlah yang sangat tinggi untuk projek ubah suai ringan pintu gerbang.

(klik tajuk untuk membaca lanjut)


4. Terbaru ialah hujung Mac atau awal April akan dimulakan projek menggantikan kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta. Saya pertegaskan ia satu pembaziran dan bukan keperluan mendesak untuk mengeluarkan perbelanjaan setinggi nilai tersebut dalam keadaan gawat sebegini.

5. Adakah nanti projek ini juga setelah ramai pertikaikan akan turut ditutup dengan kononya sudah ada penderma ? atau sebut sahaja ia kehendak Istana dan tidak boleh dielakkan ?  atau Azmin yang menjadi sekutu kepada Pas yang kini cenderung kepada Umno akan mengalihkan isu - mempertikai pembaziran kubah ini umpama pertikai insitusi Islam di Selangor.

6. Ia pembaziran, ingat kubah membazir bernilai RM32.4 juta itu bukan ajaran dan keperluan Islam pun. Banyak keperluan lain dalam negeri ini harus diutamakan. Jika benar prihatin dengan pembinaan modal insan atau pendidikan seperti yang ditekankan oleh Islam maka bayangkan jika nilai wang RM32.4j itu diberikan kepada isntitut pendidikan bawah kawalan kerajaan negeri seperti UNISEL maka tidak mustahil pendidikan percuma pun mampu terlaksana. Jika diberikan kepada anak - anak muda untuk dilatih dan dimodalkan mereka memulakan perniagaan berapa ratus ribu usahawan muda mampu dihasilkan ?

Jika bercakap soal infra, tahukah kita berapa banyak jalan rosak di Selangor jika wang ini digunakan untuk membaiki jalanraya betapa kehidupan pengundi akan meningkat malah kemalangan boleh dielakkan.

7. Saya sebut tanpa berselindung keegoaan kerajaan Selangor meneruskan siri pembaziran ini akan mengundang kebencian rakyat. Tidak ada bezanya kamu dengan Umno Barisan Nasional dalam perkara ini. Ingat kita pernah mengkritik Mahathir kerana membina kediaman rasmi Perdana Menteri dengan nilai RM200juta ketika negara dalam keadaan gawat dan rakyat susah. Kini apa bezanya kita apabila berkuasa kita meluluskan perbelanjaan RM9.8juta untuk ubah suai kecil pintu gerbang, RM32.4 juta untuk ganti kubah masjid dalam keadaan jika ia disalurkan kepada yang lebih memerlukan maka lebih ramai akan naik taraf kehidupanya.

8. Dalam hal projek balak yang Azmin sebut di media, diberikan secara tender terbuka sedangkan kertas mesyuarat Exco membuktikan sebaliknya saya masih dalam tempoh 'berdiam' sebentar kerana semua dokumen berkaitan telah saya serahkan kepada Lembaga Disiplin PKR. Saya menghormati parti dan memberi ruang Lembaga Disiplin menyelesaikan kerja mereka seperti memanggil Azmin dan seumpamanya. Namun saya tegaskan jika tidak ada tindakan diambil saya hanya ada satu jalan mendedahkan kepada umum dokumen bertaraf 'rahsia rasmi' tersebut walaupun punya risiko dikenakan tindakan dibawah Akta Rahsia Rasmi. Bagi saya ialah pembaziran, salah guna atau lemah urustadbir mahupun penyelewengan harus ditentang secara berani tidak kira siapa lakukan kerana itu didikan gerakan reformasi ke atas saya.

Sekian ;

che'GuBard
Anggota seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat.

3 comments:

  1. Anonymous12:54 AM

    gua tak adamasalah dengan azmin secara peribadi... tp kalau mcm ni lah gayanya mampos PKR lepas ni nak dapat undi kelompok atas pagar mcm gua....

    ReplyDelete
  2. tak kisah tu. sikit aje. lagipun kerajaan sngor kan byk lebihan duit perbelanjaan negeri hasil perbelanjaan berhemah. Cuba dibandingkan dgn putrajaya. bukan main juta2 tapi billion beb. moral of the story....semua sama aje.

    ReplyDelete
  3. Kumoul duit kalau tk berbelanja.....rugila......byk kontraktor nk cari mkn..kakau job takda...lagipun kubah masjid tu dari tahun 80an lagi....tu mercu tanda shah alam.lagipun kebanggaan umat islam shah alam.......jgn la terlalu berdengki....pikir yg positif.....

    ReplyDelete