Wednesday, January 06, 2016

keputusan tender terbuka atau tidak bukan kes SPRM - Peguam

ANUGERAH PROJEK SECARA TERUS TIDAK MELALUI TENDER TERBUKA - KENAPA MENYALAK?

Menganugerahkan sesuatu projek oleh Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Pusat bukan sesuatu perkara yang pelik atau menyalahi peraturan. Tidak ada sebarang peruntukkan undang-undang menghendaki sesuatu projek dianugerahkan secara tender terbuka atau secara rundingan terus. Jika ada sekali pun hanya sekadar melalui peraturan tetap atau prosedur.

Menganugerahkan sesuatu projek secara terus atau melalui tender terbuka adalah untuk mendapatkan nilai tertinggi bagi menjamin keuntungan daripada projek yang dianugerahkan. Selalunya jika dianugerahkan secara rundingan terus, dipercayai akan ada perkara tersirat yang akhirnya merugikan berbanding tender secara terbuka.

Anugerah secara terus banyak dilakukan oleh Kerajaan Pusat justeru banyak projek yang telah rugi, justeru pihak Pembangkang khususnya Keadilan membantah cara tersebut. Pembangkang seringkali mahukan dan berjanji untuk menguruskan sesuatu projek secara tender terbuka bagi menjamin ketelusan dan nilai pendapatan yang tinggi.

Maka apabila Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh pihak bukan Umno/BN menganugerahkan projek secara rundingan terus, ianya tidak ubah seperti Umno/BN. Tiada justifikasi langsung boleh dibuat atas dasar itu.

Jadi apabila ada pihak mendedahkan ada projek dianugerahkan secara rundingan terus oleh Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran parti selain Umno/BN, sebaiknya diperjelaskan kenapa dan mengapa bukan meminta dilapor kepada SPRM kerana ianya bukan di bawah bidangkuasa SPRM. Ianya hanya berkaitan janji ketelusan.

Jika dulu berjanji untuk telus tapi bila diminta untuk telus dicabar pula untuk lapor. Sudah la tidak membuktikan telus dihina pula seperti anjing.

Katanya parti reform tapi reform apa bila berkuasa seperti Firaun?

***** Hanya pandangan peribadi yang mungkin ada kesilapan yang boleh diperbetulkan ****

BERANI BERUBAH

ZULHAZMI SHARIFF
05012016


No comments:

Post a Comment