18 Januari 2016
Takziah buat negara besar Indonesia atas kejadian serangan bom di tempat awam beberapa hari lepas di Jakarta. Kepada semua ditegaskan ia tidak ada kena mengena dengan Islam kerana bukan sahaja Islam tetapi tidak ada agama yang menghalalkan pembunuhan awam dan aktiviti bunuh diri bagi membunuh orang awam. Moga Indonesia terus tabah dan bangkit segera, takziah juga kepada semua yang terlibat sama ada mati, cedera atau terjejas pencarianya.
Namun dunia juga harus sedar bahawa penindasan dunia kapitalis hari ini telah menjadikan dunia ini sakit dan tidak stabil dan ia penyumbang kepada kejadian - kejadian pelik seperti pengeboman di tempat awam. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu semua melihat penindasan dunia hari ini dan yakin sifat benda hidup jika terhimpit teruk maka pertimbangan mungkin akan hilang dan ia punca perlawanan dalam perbagai bentuk.
Di Malaysia sendiri keadaan ini harus diberi perhatian.
Sejak semalam tersebar kononya beberapa kawasan tumpuan di Kuala Lumpur tidak selamat. Ancaman ini harus diambil beratoleh semua pihak, ia isu keselamatan dan kedaulatan negara.
Berita di media menunjukkan bahawa anggota keselamatan ditempatkan di perbagai tempat dan kawalan diperketatkan. Namun persoalan muncul adakah kawalan sempadan ini benar - benar bermakna buat masa ini dalam keadaan sudah berjuta warga luar yang mendapat kewarganegaraan melalui jalan istimewa.
Akui sajalah berapa ramai sudah warga asingyang berjaya membeli kerakyatan negara sama ada ia diberi secara pukal bagi mempergunakan mereka dalam pilihanraya atau mereka membeli secara runcit.
Imej di bawah ini tersebar melalui FB harus diberikan perhatian dan yakin ia bukanlah kes terpencil tetapi banyak sudah berlaku. Tanyalah siapa pernah naik pesawat penerbangan ke negara jiran Indonesia menjelang cuti perayaan bagaimana mereka naik bersama mereka yang bila ditanya mengatakan balik bercuti ke kampung halaman tetapi mereka ini memegang pasport Malaysia.
Rasuah musuh no.1 negara. Lihat keratan berita di bawah ini pula bagaimana seorang yang menggelar dirinya sebagai maharaja Kinta. Lihat perenggan berita yang menyatakan beliau merasuah seorang lelaki bagi menukar nama dalam MyKadnya dengan memasukkan gelaran "YM Datuk Seri Paduka Raja"
Sedarkah kita sehingga kini berapa ramai lagi Masyarakat India termasuk Masyarakat Pribumi yang lahir di Malaysia gagal mendapatkan kad Pengenalan Malaysia (taraf warganegara) dan dalam masa itu berama ramai warga asing mendapat taraf warga negara dalam perbagai cara. Lihat contoh surat beranak di bawah ini , ia pelik bukan ?
Tak guna kita perketat sempadan dalam masa yang sama sebenarnya kebocoran bukan di pintu sempadan tetapi di Putrajaya sendiri. Bila wujud ancaman pengganas sebenarnya kita dalam keadaan cukup 'blur' kerana siapa sebenar yang akan menyerang kerana mereka sudah berada di kalangan kita dalam bilangan yang cukup ramai.
Sekian.
che'GuBard
Pengasas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
No comments:
Post a Comment