Sunday, September 27, 2015

Tragedi Mina pula, sampai bila umat Islam baru hendak buka mata ?

Catatan Umum

27 September 2015

TRAGEDI MINA PULA, SAMPAI BILA UMAT ISLAM INGIN BUKA MATA

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan simpati, takziah dan mengajak semua menghadiahkan al Fatihah buat semua mangsa salah urus tanah suci yang meninggal dunia pada musim ibadah haji kali ini khususnya yang terbaru ialah tragedi Mina yang mengorbankan bukan sedikit nyawa syuhada Islam. Tragedi demi tragedi ini juga memberikan imej buruk kepada umat Islam.

2. SAMM mengecam kenyataan Menteri Saudi, Khalid Al Faleh yang bukan setakat mengambil mudah dengan menyatakan tragedi itu trakdir Allah yang semua kena terima tetapi beliau turut menggambarkan sikap lepas tangan Arab Saudi dengan menuduh ia berlaku kerana jemaah Haji ramai yang tidak berdisiplin. Ini memberikan gambaran buruk bukan kepada Saudi tetapi kepada jemaah Haji dan umuat Islam keseluruhannya. Dalam dunia barat mengaitkan Islam dengan keganasan kenyataan Menteri Saudi ini membruukkan imej di mana menggambarkan umat Islam dalam beribadah juga ganas dan tidak berdisiplin.

3. Memetik berita Al Diyar Lebanon yang menyatakan dengan jelas punca tragedi Mina ialah apabila konvoi rombongan Putera Raja Salman. Konvoi di Raja Suadi itu dikatakan dikawal oleh 200 tentera dan 150 anggota polis memasuki terowong tersebut menyebabkan terowong tersebut ditutup sebelah dan dua pintu ke tempat melontar Jamrah turut ditutup. Oleh kerana ia berlaku pada waktu puncak dan tampa pengetahuan ramai jemaah maka ia menimbulkan suasana sangat sesak dan panik. Keadaan lebih teruk bila rombongan di Raja Saudi ini meninggalkan tempat melontar dengan mengambil terowong arah bertentangan dan ini menyebabkan suasana tolak menolak.

4. Menurut beberapa sumber berita walaupun menyedari keadaan mula terus sehingga menyebabkan kematian, rombongan di Raja yang besar itu terus meninggalkan lokasi bersama pasukan pengiring yang terdiri dari polis dan tentera. Malah Saudi sehingga kini berdiam diri dengan berita ini seolah mahu merahsiakannya.

5. Jika ini benar maka tragedi Mina ini bukan kemalangan tetapi ia adalah pembunuhan, di mana pemerintah Saudi harus bertanggung jawab sepenuhnya. SAMM menyokong sepenuhnya negara seperti Iran yang mahu tampil mengambil tindakan undang - undang ke atas Saudi atas tragedi ini.

6. 18 September lepas SAMM baru sahaja menghantar memorandum kepada Raja Salman Al Saud kerana tragedi kren di Masjidil Harram. SAMM menerima ia sememangnya takdir tetapi bagaimana penguasa Saudi mempertaruhkan nyawa jemaah dengan membiarkan kren - kren besar berada di Masjidil Harram. Ini tidak lain hanya kerana kegairahan keluarga di raja ini bersama kontraktor kaya mengubah wajah Kota suci Mekah. The Washington-based Gulf Institute (klik sini) menyatakan 95 % nilai warisan di kota suci mekah sudah terjejas dengan pembangunan. Ibadah haji yangs eharusnya mengambalikan nilai kemanusiaan dan keinsafan penuh zuhud pelahan - lahan sudah bertukar menjadi kota peancongan dan membeli belah. Kaabah sudah semakin kerdil di kota suci ini.

7. Sampai bila umat Islam seluruh dunia mahu berdiam diri dengan kerakuasan keturunan raja yang meraih untung tetapi gagal menjaga kota suci umat islam ini ? Bukan sahaja gagal menjaga kesucian kota suci umat Islam mereka turut membenarkan negara Saudi menjadi basis tentera Zionis Amerika menyerang dan membunuh umat Islam Yaman. Apa negara Islam lain buat ? Umat Islam Yaman merintih meminta nyawa tetapi kita berbangga mencium tangandengan penguasa banjingan Amerika yang menaikkan sikit jumlah kuota haji bagi menambah kantong mereka.

8. Kepada semua janganlah terlalu mengagongkan keturunan raja yang menjadi banjingan Amerika ini. Apa nilai pampasan walaupun berjuta dengan kehilangan nyawa umat Islam kerana kelemahan pentadbiran dan pengurusan Haji. Jangan ingat mereka ini wakil tuhan, lihat saja Aziz Al Saud anak lelaki Raja Salman dimana dituduh di Amerika kerana terlibat penderaan seks sehingga hampir menyebabkan kematian ke atas wanita yang dijemput berpesta di rumah mewahnya bernilai USD $ 37 juta di Los Angelas. Dia dibebaskan kemudian dengan jaminan USD $ 300,000.

9. Umat Islam kena buka mata Kota Suci Umat Islam ini perlu dibebaskan dari keturunan raja banjingan Amerika dan ditadbir secara bersama oleh sebuah jawatankuasa bebas. Jangan terus tunduk dan cium 'memohon shafaat' keturunan raja yang zalim dan pentingkan diri ini.

Malaysia dicabar memulakan langkah ini sedihnya kita hanya tertunduk layu. Ingat Islam akan terus dipijak selagi dua kota suci ini terus ditadbir oleh banjingan zoinis Amerika.

oleh ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

sila klik dan baca http://chegubard.blogspot.my/2015/09/memorandum-samm-kepada-pemerintah-arab.html memorandum 18 Sept.

1 comment:

  1. Anonymous9:14 PM

    Setuju cikgu.. arab saudi mmg dah melampau

    ReplyDelete