Sunday, September 27, 2015

Pembangkang jangan terperangkap dengan drama Khairuddin, Mhatias dan Mahathir

[KEMASKINI] Datuk Khairuddin telah ditahan semula selepas selesai tempoh reman... penahanan beliau dibuat di bawah Seksyen 124K dan 124L, Akta Pencegahan Dan Keselamatan (SOSMA)... tempoh penahanan boleh menjangkau hingga 28 hari...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua... kerana sudah menjadi fitrah kehidupan manusia, 'jerat tidak pernah lupakan pelanduk'... dan apabila perjuangan berpaksikan perasaan dendam, iri hati dan dengki, dipasakkan pula dengan sifat tamak, haloba... maka tak hairanlah bilamana manusia sanggup buat apa saja asalkan matlamat dan niat jahat dapat terlaksana, tanpa mahu melihat lagi kesan yg terpaksa dan akan ditanggung oleh agama, bangsa dan tanahair kelak...


Aku tidak bermaksud nak mengaibkan sesiapa, jauh sekali nak menjatuhkan mana2 pihak kerana aku sedar, siapalah aku, hanyalah picisan blogger di antara ribuan blogger2 lain yg jauh lebih hebat dan berpengaruh... cuma mungkin aku ingin berkongsi sedikit sebanyak info dan maklumat dengan harapan ia dapat memberi manfaat yg berguna kepada semua pihak sebelum nak menilai sesuatu perkara...

Umum sedia maklum, khususnya mereka yang mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan politik negara berkenaan dengan penahanan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Bin Abu Hassan Jumaat lalu... beliau telah ditahan dirumahnya di Mont Kiara bagi membantu siasatan di bawah Akta 124C Kanun Keseksaan atas cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen...

Ini berikutan beberapa tindakan beliau kebelakangan ini yg jelas cuba untuk mencabar kewibawaan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri terutama membabitkan isu-isu berkaitan 1MDB dan dana politik... beliau juga cuba untuk mengheret isu-isu ini ke peringkat antarabangsa dengan niat jahat mahukan campurtangan pihak asing... beliau telah membuat beberapa laporan kepada pihak berkuasa beberapa negara asing termasuk di Bern, Swirtzerland dan turut mengemukakan beberapa bahan bukti dengan niat memfitnah...


Malah ketika ditahan, beliau dikatakan dalam perjalanan ke Amerika untuk mengetengahkan dan mahu campurtangan daripada pihak berkuasa Amerika khususnya FBI bagi kononnya menyiasat dan mendakwa Najib... Pihak berkuasa Malaysia termasuk imigresen telahpun mengenakan sekatan kepada Khairuddin dan peguamnya, Mattias Chang menghalang mereka untuk keluar dari negara Malaysia...

Berdasarkan maklumat yang diterima oleh pihak polis, mereka yakin Khairuddin sedang merancang untuk keluar dari Malaysia menggunakan sebuah jet peribadi yang sudah siap menunggu ketibaannya di Lapangan Terbang Subang... bertindak di atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota polis dari Cawangan Khas telah digerakkan ke kediamannya di Mont Kiara...

Menurut sumber daripada seorang blogger terkenal, Raja Petra Kamaluddin, Khairuddin dikatakan cuba meloloskan diri melalui pintu belakang rumah setelah menyedari kehadiran anggota polis yang ramai... pihak polis lebih awal lagi telah mengepung kediaman tersebut depan dan belakang sekaligus menggagalkan cubaan Khairuddin... ketika kejadian, isteri beliau yang merupakan aktress terkenal negara, Umie Aida berada di rumah... polis telah merampas beberapa dokumen penting dari rumah tersebut termasuk komputer riba, hard drive dan smartphone milik Khairuddin bagi membantu siasatan...


Menurut peguam beliau, Mattias Chang, beliau sepatutnya hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Isnin lalu bagi memberi keterangan seperti yang diarahkan oleh pihak polis... Mattias Chang menganggap bahawa penahanan Khairuddin adalah satu tindakan yang melanggar hak asasi dan kebebasan dan tidak sepatutnya berlaku di Malaysia...


Bagi aku ini bukan lagi soal pencabulan hak atau menyekat kebebasan, yang lebih penting adalah apa sebenarnya niat dan matlamat Khairuddin bertindak sedemikian? Mengheret isu dalaman negara hingga ke peringkat antarabangsa dan mengharapkan campurtangan negara asing adalah satu tindakan pengkhianatan, sabotaj dan boleh mengundang bencana kepada negara... 

Apa perlunya desakan demi desakan yang cuba dibuat oleh beberapa pihak termasuk Khairuddin sedangkan Najib dan kerajaan Malaysia telahpun memberi jaminan bahawa kemelut dan isu melibatkan 1MDB dan dana politik akan diselesaikan sebaik dan setelus mungkin... dan sekarang ianya masih dalam proses siasatan yang terperinci dan menyeluruh...Kenapa tidak boleh tunggu lagi? Dan kenapa perlu mendesak mahukan pendedahan dan hukuman segera? 

Sebenarnya semua ini umpama ada udang di sebalik batu... sudah banyak kali pihak 1MDB dan Najib sendiri telah menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan selama ini terutama berkenaan hutang RM42B, laporan kewangan yang melibatkan hutang tersebut, kaedah pembayaran hutang tersebut dan beberapa isu-isu berkaitan... 1MDB juga telah menerbitkan sebuah buku laporan lengkap bagi menjawab persoalan yang timbul, selain daripada menggunakan media massa dan media baru... soalnya sekarang, mahu terima penjelasan 1MDB atau tidak...

Malah 1MDB juga telah membuktikan berdasarkan laporan yang dibuat bahawa tidak berlaku kehilangan walau 1 sen pun daripada hutang tersebut seperti yang dituduh kebanyakan pihak... semuanya mempunyai rekod transaksinya... tinggal lagi adat dalam perniagaan, adakala untung dan adakalanya mengalami kerugian, dan 1MDB tidak terlepas daripada menghadapi risiko seperti ini...

Persoalannya adakah 1MDB masih mampu menangani kerugian yang dialami dan dalam masa sama menyelesaikan baki hutang RM42B... berdasarkan laporan daripada 1MDB, mereka sangat yakin bahawa 1MDB masih lagi merupakan sebuah GLC yang kompetitif dan mampu berdaya saing walaupun sedang berdepan dengan hutang dan pelbagai isu yang terpalit... berdasarkan aset-aset yang dimiliki oleh 1MDB dan aktiviti2 perniagaan yang sedang rancak dilaksanakan oleh 1MDB, mmg tidak syak lagi 1MDB berupaya untuk terus berkembang maju... jadi apa masalahnya???

Ekoran daripada isu yang melanda 1MDB, Najib bersama pihak pengurusan 1MDB telah bersetuju untuk melakukan penstrukturan semula hutang yang ditanggung dengan beberapa kaedah... Najib juga telah memberi jaminan untuk mempercepatkan tempoh untuk menyelesaikan hutang yang ditanggung... dalam bisnes, cadangan ada pro dan kontranya... 1MDB sebenarnya tidak perlu melakukan penstrukturan semula kerana 1MDB masih mempunyai kekuatan untuk menyelesaikan hutang mengikut penjanjian asal... mempercepatkan tempoh pembayaran memanglah akan mengurangkan kadar faedah namun harus diingat 1MDB terpaksa membayar lebih daripada yang asal... contoh mudah, bila kita berhutang selama 9 tahun dengan ansuran bulanan RM500, setelah 4 tahun kita bercadang untuk percepatkan penyelesaian hutang... sepatutnya baki lagi 5 tahun tapi kita mahu selesaikan dalam tempoh 2 tahun... adakah ansuran kita masih kekal RM500??? tentulah ia lebih dari itu... itu contoh angka yang kecil... bagaimana halnya bila angka melibatkan berbilion RM... lebihan keuntungan yang dicatat oleh 1MDB yang sebelum ini boleh disalurkan untuk manfaat negara dan rakyat terpaksa disekat semata-mata untuk menampungkan peningkatan jumlah ansuran yang perlu dibayar...

Semua ini Najib terpaksa lakukan semata-mata tidak mahu lagi memberi persepsi negatif rakyat terhadap kemampuan 1MDB... kebanyakan rakyat terlalu mudah termakan hasutan pihak pembangkang dan musuh2 kerajaan... mereka canang kepada rakyat perkara yang negatif... rakyat yang mungkin kurang arif tentang selok belok perniagaan akan percaya seolah mereka tahu semua perkara... mereka membayangkan loan kereta dan rumah mereka sebagai perbandingan dan kemudian memberi justifikasi yang salah...


Berbalik kepada isu penahanan Khairuddin, seperti dijangka, pasti akan ada pihak yang cuba untuk mengaitkan penahanan tersebut sebagai satu arahan khas daripada Pejabat Perdana Menteri kepada pihak polis... Datuk Mahfoz yang merupakan MP dari PAS berusaha untuk mengaitkan tindakan ini dengan najib... kononnya ini adalah arahan Najib bagi menghalang salah lakunya sampai kepada pihak FBI dan seumpamanya...

Tak kiralah arahan sapa pun... selagi mana ia bertujuan untuk menghalang pengkhianatan, tindakan sabotaj terhadap kerajaan dan negara... aku memang sokong... tok sah dok cerita pasai kredibiliti pihak polis dan sebagainya... ampa memang berniat jahat dan memang patut ditahan... ampa nak mempertikai kredibiliti pihak polis, dalam masa sama, puak ampa dalam PAC pun merupakan seorang yang mulut tempayan dan pengkhianat... membocorkan maklumat dalaman PAC kepada media asing, yg tak berkaitan dengan Malaysia, telus dan jujur ke namanya tu? kenapa tidak pertikai dan bangkitkan sewaktu dalam mesyuarat PAC... dia layak dan berhak... kenapa diam dalam mesyuarat PAC, kemudian bawa keluar maklumat itu dan bikin kecoh di media asing... tujuannya???




Apapun pihak polis khususnya daripada Ketua Polis Negara sendiri sudah pun mengeluarkan satu kenyataan rasmi menafikan tuduhan yang dibuat oleh Datuk Mahfoz tersebut... menurut KPN, siasatan berkenaan 1MDB bukan hanya melibatkan PDRM, tapi turut melibatkan beberapa agensi lain termasuk SPRM, Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara... sepatutnya Khairuddin memberi ruang dan kepercayaan kepada agensi2 berkenaan untuk menjalankan siasatan, bukan cuba untuk menarik campurtangan luar atas niat untuk memberi tekanan terhadap siasatan yang sedang berjalan...


Bagi aku, apa yang dilakukan oleh Khairuddin bukan untuk memberi tekanan kepada kerajaan semata-mata, tetapi untuk mengalihkan tekanan yang semakin menghempap kepalanya... Khairuddin sebenarnya hanyalah macai pencacai yang sedang bergerak untuk menutup lubang dalang-dalang utama... tidak lebih dari itu... dan akhirnya percayalah, selepas Justo, Khairuddin pula akan dikambing hitamkan bagi memikul segala kesalahan dan salah laku yang dilakukan oleh tangan2 ghaib di belakangnya...

Mai mana Khairuddin ni??? mempunyai susur galur keturunan penderhaka, daripada bapa saudaranya, Sulaiman Palestin yang pernah mencabar Tun Hussein Onn sebagai Presiden UMNO... juga sepupu kepada Anwar Ibrahim yang tidak perlu diperkenalkan lagi... yang menariknya, penderhakaan Khairuddin bukan terhadap PM tetapi kepada sepupunya sendiri hingga akhirnya Anwar tumbang dan dipenjarakan...

Khairuddin lah yang pernah bersekongkol dengan Umi Hafilda melakukan pendedahan terhadap Anwar dan mendesak Tun M yang ketika itu PM agar mengambil tindakan terhadap Anwar... dan Khairuddin jugalah yg menerbitkan buku kontroversi '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM'... bermula daripada situlah Tun M sudah nampak apa yang Khairuddin boleh dan sanggup lakukan... tidak sebagai mastermind, tetapi sebagai pencacai pengangkat najis...


Setelah tamat era Tun Mahathir, memasuki era Tun Abdullah sebagai PM dan Presiden UMNO... lazimnya, pencacai akan mencari dahan untuk berpaut... nak mengharapkan Tun M, Tun M pun sudah menjadi mantan... mahu tidak mahu terpaksalah menyondol hidungnya kepada Pak Lah... datang dari negeri yang sama, Pulau Pinang memberi sedikit kelebihan kepada Khairuddin untuk menghimpit Pak Lah... kecenderungan kepada politik agak kurang ketika itu, sebab itu nama Khairuddin tidak terkenal dalam kalangan kepimpinan UMNO, baik di peringkat negeri jauh sekali peringkat tertinggi... pada ketika itu, yang dihambat adalah projek dan kekayaan... maklumlah nak hidup berpoya-poya perlukan modal yang besar...

Mungkin ketika itu Pak Lah terkenangkan sumbangannya menjatuhkan Anwar yang akhirnya membuka ruang kepada Pak Lah menjadi Perdana Menteri... siapa sangka ketika itu... mungkin disebbkan itu, ditambah pula Pak Lah sendiri jadi meluat bila asyik disondol maka Pak Lah memberi beberapa peluang dan projek kepadanya untuk Khairuddin buat duit...  


Dari situlah nama Khairuddin mula meniti di bibir, bukan dibibir rakyat, tetapi dibibir para artis dan golongan berpoya-poya... satu ketika hingga berebut gelaran Datuk K dengan suami Siti... maklum la dan kaya, mewah dan berharta... Khairuddin dilantik ahli lembaga pengarah LBCN Development SDN BHD, dilantik menjadi Pengarah Pertubuhan Malaysia Kambodia yang berperanan menjaga urusan perdagangan antara kedua-dua negara, dan beberapa jawatan lain lagi...


Sememangnya era Pak Lah menjadi lubok Emas kepada Khairuddin... buat duit kaw kaw... memiliki Ferrari, beberapa buah rumah, kondominium dan sebagainya menjadi bukti betapa pencacai ini berada di zaman kegemilangannya ketika itu...




Hinggalah berjaya menambat hati pelakon terkenal tanahair, Umie Aida untuk berkahwin dan menjadi pasangan hidupnya...Majlis Akad Nikah diadakan di hadapan Kaabah di Mekah manakala majlis resepsinya berlangsung dengan gilang gemilang dengan kehadiran ramai tetamu VVIP, termasuk Tun Mahathir sendiri...

Hebat... memang hebat... tapi inilah kehidupan... ada pasang surutnya... umpama roda, ada ketika di atas dan ada ketika tersungkur di bawah...

Kejatuhan era kepimpinan Pak Lah turut memberi kesan secara langsung kepada survival Khairuddin... maklum sajalah, lubuk emas dah nak tumbang... nak dipertahankan, tak berjawatan... hanya mampu jolok menggunakan wang bagi membantu Pak Lah... tapi banyak mana sangat... kalau dah jenis penderhaka, kacang pasti akan lupakan kulit...

Kepimpinan Najib menggantikan Pak Lah... Najib dengan cara Najib dan tentu juga mempunyai orang2nya yang tersendiri... Khairuddin sedar akan hal itu... dia cuba juga untuk menyondol, sepertimana yang dilakukan sewaktu zaman Pak Lah... tapi Najib pun tidak kurang bijaknya... bagi Najib, Khairuddin adalah seorang penderhaka dan sanggup mengkhianati orang lain... apa yang berlaku kepada Anwar, yang juga merupakan bekas bos Najib sendiri dalam Pemuda UMNO, tidak mungkin Najib dapat lupakan...

Melihat pada keadaan itu, mahu tidak mahu Khairuddin tidak lagi boleh menjadi pencacai belakang tabir, yang hanya menadah projek kepada Najib... Najib memang jenis tak makan saman... Khairuddin mula terpaksa menjinak-jinakkan dirinya dalam politik... berjuta dia terpaksa habiskan semata-mata mahu menempatkan dirinya sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan... bagi Khairuddin, hanya dengan mempunyai kedudukan dalam UMNO dapat membantu dirinya meneruskan survival kehidupan mewahnya...


Langit tidak selalu cerah... entah di mana silapnya, Khairuddin telah diishtihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara... satu keputusan yang di luar jangkaan Khairuddin... keputusan yang bakal memberi kesan kepada dirinya dan kedudukan jawatannya...

Khairuddin cuba mendapatkan bantuan daripada Najib bagi menyelesaikan masalah muflisnya ini... agak2 Najib nak tolong ke? kalau tolong umpama melepaskan anjing tersepit... ini peluang untuk Najib menguis keluar pengkhianat dan penderhaka dalam team kepimpinan UMNOnya...


Akibat daripada pengishtiharan ini, sebuah kediaman miliknya, yang menjadi hadiah perkahwinan kepada Umie Aida telah dilelong... bertambah angin lah Khairuddin kepada Najib... bermula pada inilah, dia bertekad untuk membalas segala perbuatan Najib terhadapnya...


Tidak cukup dengan rumah dilelong, Khairuddin secara automatik telah hilang kelayakan memegang atau bertanding apa-apa jawatan dalam UMNO... ini menurut Perlembagaan UMNO, Peraturan 8.4 dan 28.9... Khairuddin akhirnya terpaksa melepaskan jawatan yang disandangnya sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan dengan berat hati dan penuh perasaan dendam...


Susulan daripada itu, Khairuddin memulakan langkahnya untuk membalas dendam terhadap Najib... dia menyalahkan Najib sepenuhnya di atas ketersungkuran dirinya...

Dalam masa yang sama, isu 1MDB baru cuba dirungkai (kononnya) dan pendedahan pertama dibuat oleh Sarawak Report... semuanya gara-gara kesilapan kecil yang dilakukan oleh pengurusan 1MDB yang telah terlewat menghantar laporan audit setengah tahun kepada Bursa Malaysia dan Jabatan Audit Negara... secara kebetulan juga beberapa maklumat PetroSaudi yang berada dalam tangan Justo mempunyai perkaitan dengan urusniaga bersama 1MDB... perkara ini berjaya dikesan oleh Claire Brown yang merupakan owner Sarawak report (SR) dan dengan kerjasama beberapa individu termasuk dari pembangkang, akhirnya maklumat tersebut berpindah tangan daripada justo kepada Claire n Asc... maka bermulalah kisah 1MDB...


Apa pula peranan khairuddin? pada awalnya, tak de apa pun... tapi atas perasaan dendam, beliau cuba untuk menjadi hero kepada rakyat dengan mengemukakan laporan polis terhadap 1MDB berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh SR...

Dalam masa yang sama, Tun M juga sedang rancak mengatur strategi untuk menjayakan agendanya, menjatuhkan kepimpinan Najib... seperti yang kita sedia maklum, Khairuddin memang pernah bekerjasama dengan Tun M ketika menjatuhkan Anwar Ibrahim... melihat pada keadaan itu, Khairuddin telah pergi bertemu Tun M dan menawarkan diri untuk berkomplot bersama menumbangkan kerajaan pimpinan Najib... Khairuddin juga sanggup dan bersedia untuk dikambinghitamkan dan dipergunakan bagi menjayakan agenda mereka... asalkan rakan komplot lain sanggup membantunya menyelesaikan masalah muflis yang sedang dihadapi sebagai balasan...

Small matter... rakan2 komplot bukan lah calang2 orang... maklum sajalah, yang nak dijatuhkan bukannya ketua kampung atau Tok Penghulu... tapi seorang Perdana Menteri dan Presiden Parti utama negara, UMNO... lagipun bukan senang nak cari kambing hitam sekiranya apa-apa berlaku atau perancangan tidak menjadi kenyataan... bila dah ada yang sanggup tawarkan diri, apa nak berkira sangat setakat 2, 3 juta tu... dan sekiranya perancangan berjalan lancar, lebih pada tu boleh diperolehi...


Beberapa pihak dgn beberapa komplot mula menggerakkan perancangan masing-masing, pada peringkat awalnya... sehinggalah masing-masing menyedari bahawa semuanya mempunyai matlamat yang sama, menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib... kita boleh tengok semula... SR yang dibelakangnya terdiri daripada pemimpin pembangkang yg mula-mula mencetuskan isu 1MDB... pada ketika itu tidak banyak maklumat yg dimiliki oleh team Tun M... pada masa itu Tun M hanya menggunakan maklumat sepertimana yg didedahkan oleh SR untuk menyerang Najib sambil disokong oleh beberapa isu sampingan yang tidak berkaitan 1MDB melalui penulisan blog beliau... contohnya isu kemewahan Rosmah, isu jambatan bengkok, isu Altantunya dan beberapa isu lain...

Sehinggalah pertemuan antara Tun M dan Claire Brown berjaya diatur, barulah Tun M menggunakan pengaruhnya mengetengahkan isu 1MDB, bersumberkan maklumat dari Claire yg diperolehi dari Justo... kemudian, berdasarkan pengalaman beliau yg pernah menjadi Presiden UMNO, dibantu oleh beberapa sumber dalam kerajaan yg mungkin telah termakan budi Tun M, maka isu RM2.6B pula didedah...

Siapa yang dedah? Si kambing hitamlah yang ditugaskan untuk bertemu dgn editor WSJ bagi tujuan pendedahan...

Sekarang secara tiba-tiba, segala maklumat berkaitan 1MDB berada di tangan Khairuddin, walhal bukan dia yg mula2 bongkar... memang jelas sudah wujud pakatan atau komplot di antara team Tun M dengan team SR...


Ada beberapa perkara penting lagi yg sepatutnya aku bongkarkan... tapi tak pe la... si kambing hitam pun dah terlepas ke 'dalam'... banyak lagi masa untuk aku sambung drama lakonan Khairuddin and the gang... Insha Allah akan menyusul kemudian... setidak-tidaknya korang dah kenal sedikit sebanyak siapakah gerangan DATUK PADUKANG KHAIRUDDIN BIN ABU HASSAN...


No comments:

Post a Comment