Friday, September 18, 2015

Memorandum SAMM kepada Pemerintah Arab Saudi berkenaan tragedi kren

MEMORANDUM BERKENAAN TRAGEDI KREN
18 September 2015
Yang Di Hormati Salman bin Abdul-Aziz Al Saud
Pemerintah Arab Saudi
Dihantar melalui
Saudi Arabian Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia
4th Floor, Wisma Chinese Chamber of Commerce
No. 258, Jalan Ampang
P.O. Box 12002
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
Mekah Berubah Menjadi Tanah Elitis
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan rakan sekutu gerakan muda di Malaysia ingin merakamkan rasa amat dukacita dengan insiden kren pembinaan jatuh di kawasan Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi. Takziah kepada semua waris-waris mangsa yang meninggal dunia. Moga "syahid" buat mereka di sana.
SAMM menghargai pengumuman pembayaran ganti rugi atau saguhati yang diumumkan oleh kerajaan Saudi baru-baru ini.
Ya, kami beriman dengan qada' dan qadar tetapi kita juga harus meneliti punca, mengakui masalah dan membaikinya.
SAMM melihat insiden ini berlaku berpunca daripada kecuaian keselamatan di tapak projek. Kerajaan Arab Saudi harus
bertanggungjawab sepenuhnya di atas kemalangan yang dahsyat ini. Bagaimana kren pembinaan boleh runtuh ketika jutaan umat Islam dari serata dunia tertumpu untuk melaksanakan Rukun Islam yang kelima ini? Seharusnya Arab Saudi mempertingkatkan aspek keselamatan menjelang musim haji ini. Kontraktor kapitalis kaya yang meraih untung tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Malah mereka di dalam kerajaan yang membenarkan perkara ini berlaku harus dihukum supaya ia menjadi pengajaran besar buat semua.
Isu ini juga perlu dilihat sebagai kegagalan bukan sahaja Arab Saudi malah dunia Islam keseluruhannya dalam mempertahankan kesucian dan warisan sejarah Islam di Tanah Haram. Sedar atau tidak, mengakui atau tidak hakikatnya 85% warisan sejarah telah dimusnahkan atau berubah kononnya atas nama pembangunan.
Kaabah - kiblat umat Islam ketika solat, kelihatan sangat kecil, tersembunyi disebalik binaan hotel-hotel mewah. Monumen-monumen mewah bertambah banyak dan Mekah telah bertukar dari kota ibadah kepada pusat membeli belah. Mekah kini menjadi kota elitis.
Mekah turut terperangkap dengan perlumbaan menonjolkan kelas kehidupan manusia. Tidak lagi menonjolkan ajaran Islam bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan hanya iman dan taqwa.
SAMM juga amat kesal dengan sikap negara-negara Islam, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan, khususnya Malaysia yang selama ini mengambil pendirian berdiam diri terhadap tindakan Saudi tersebut. Tanah Haram yang sepatutnya mengembalikan zuhud hakikat manusia kini telah menjadi medan mewah, malah tidak keterlaluan Kaabah menjadi semakin kerdil.
Rentetan itu, SAMM tanpa berselindung menyuarakan pandangan sudah tiba masanya untuk dunia Islam memikirkan secara serius agar Tanah Haram ini harus ditadbir oleh sebuah jawatankuasa bebas Islam Sedunia atau sebagai pemulaan kerajaan Saudi sendiri harus membuka ruang untuk dunia islam sama berperanan dalam menjaga kesucian tanah haram ini.
Ibadah Haji dan tanah haram telah menjadi sumber kekayaan tanpa henti digali kapitalis berkepentingan perlu dihentikan segera. Agama bukan bahan dagangan atau medan menunjuk kemegahan kemewahan dunia
Dihantar oleh
Megat Khairul Anuar
Email: megatkhairula@yahoo.com
Bagi Pihak: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Email: samm4anakmuda@gmail.com
Web fb Alamat: https://m.facebook.com/SAMMKebangsaan
Twitter: SAMMalaysia
** memorandum ini telah diserah kepada Fawwaz, Pegawai Kedutaan Arab Saudi 10.50pg

.............................................................................................................

MEMORANDUM OF THE CRANE TRAGEDY

18th of September 2015

For the Royal Highness Salman bin Abdul-Aziz Al Saud

The Government of Saudi Arabia

Submitted to

Saudi Arabian Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia

4th Floor, Wisma Chinese Chamber of Commerce No. 258, Jalan Ampang P.O. Box 12002 50450 Kuala Lumpur Malaysia

Mecca Transformed Into The Land Of Elitist 

We, through the Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), a youth movement and allies in Malaysia would like to express our saddened by the incident of a construction crane falls in the Grand Mosque in Mecca, Saudi Arabia. Our condolences to all the heirs of those who died during this tragedy and a ‘martyrs’ hope for those who have died.

Our appreciation to the announcement of compensation or consolation announced by the Saudi government recently.

Yes, we believe in ‘Qada’ and ‘Qadar’ but we also have to fully examine the cause, acknowledge the problem and fix it.

We also see these incidents occurred due to the negligence of safety at the site. Kingdom of Saudi Arabia shall assume full responsibility for this terrible accident. How can a construction crane collapsed when millions of Muslims from around the world at that time are focused to perform the fifth pillar of Islam? The Saudi Arabia government should provide the best security and safety for the pilgrims while performing the Hajj. Contractors and rich capitalists who reap profits should not be missed that way. Even those in government who are involved should be punished so that it becomes a big lesson for those involved. 

This issue should be viewed as not only failure to the government of Saudi Arabia but also the Islamic World that should defend the sanctity of Islamic history and heritage in the holy land of Mecca. From the fact that 85% of the Islamic historical heritage was destroyed because of a change in the name of development in this holy land. 

Kaaba’ eventually become small in size and slowly appear hidden behind the vision of building luxury hotels. Luxury monuments multiplied and Mecca have turned from the worship to the shopping center. Mecca is now becoming an elitist city.

Mecca was also caught up with the racing class of human life. No longer highlighted that the Muslims are equal in the sight of ALLAH, which distinguish only the faith and piety.

SAMM is also very disappointed with the attitude shown by the Muslim countries, the Organization of Islamic Cooperation (OIC) and, in particular Malaysia which has been taking a stand silent against the Saudi Arabia government action. This Holy Land is supposed to return the ascetic nature of man has now been turned into a luxury field even views of the Kaaba’ continued to narrow our view.

String, SAMM without exception expressed the view that it is time to think seriously about the Islamic World to the Holy Land should be administered and it's time to think seriously about the Islamic world that the Holy Land is to be administered by an independent committee or the Islamic World itself. As the beginning, the government itself should open up to the World of Islam equally plays a role in maintaining the sanctity of this sacred land.

Pilgrimage in the Holy Land of Mecca has turned into a source of endless wealth extracted by the capitalists must be stopped immediately. Religion cannot be used as trade or field to show off the splendor of luxury in the world.

...........................................................

PSM turut mnghantar memorandum berasingan seperti dibawah ;

 Parti Sosialis Malaysia (Kelantan) bersama SAMM hari ini bertemu mata, berbincang, mengemukakan cadangan dan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Arab Saudi berikutan kemalangan akibat kecuaian dan faktor keselamatan yang rendah di kawasan ibadah haji.

Oleh : Komrad Ustazah Wan Ratna Wan Abdullah (Master Syariah Universiti Al-Azhar Mesir). Ketua Biro Kebajikan Sosial, Wanita dan Gender, Parti Sosialis Malaysia (Kelantan).

Dari 107 mangsa, 3 yang terbunuh adalah dari Kelantan. Antara isi kandungan perbincangan ialah :

1. Mengucapkan terima kasih atas layanan dan kuota kepada jemaah Malaysia selama ini. Mengucapkan terima kasih atas langkah2 perlu dan ganti rugi pantas yang telah diambil. Memahami kemajuan pembinaan adalah demi keselesaan jemaah dan meningkatkan jumlah kuota jemaah seluruh dunia. Tetapi pembangunan diharapkan tidak terlalu elitis.

2. Kemalangan akibat kecuaian pembinaan di kawasan ibadah haji, bukanlah pertama kali. Untuk proses pendidikan politik, nasihat melalui saluran (memproses dokumen rasmi bantahan dan cadangan); memorandum dan perjumpaan rakyat Malaysia perlu dilakukan oleh Kedutaan Arab Saudi. Supaya proses ini sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada semua pihak bagi mengelakkan kejadian seumpamanya berlaku di masa hadapan.

3. Siasatan oleh Arab Saudi perlu diimbangi oleh panel antarabangsa. Arab Saudi juga perlu melantik badan bebas antarabangsa yang menilai tahap keselamatan, setiap kali bermula musim haji.

4. Merakamkan kesedihan 3 kematian dari Kelantan. Mengucapkan terima kasih atas pelan ganti rugi yang pantas. Tetapi menegaskan ganti rugi tidak mengembalikan nyawa dan anggota yang cacat. Kecuaian perlu dihindarkan. Penegasan ini perlu diserahkan secara bertulis untuk diproses kedutaan secara rasmi.

5. MEMOHOM ARAB SAUDI MEMASTIKAN DUIT GANTI RUGI SAMPAI KE WARIS DENGAN SELAMAT. 

i. PSM mengemukakan rekod Malaysia menguruskan wang ganti rugi buruh paksa Jepun bernilai RM207 bilion yang tidak sampai ke mangsa. 13 Disember 2004, Bank Negara mengeluarkan banker's cek bernilai RM107 bilion dan RM100 bilion lagi diperuntukkan dalam bentuk syer Maybank yang didaftarkan pada 13 Disember 2004. 

ii. Pada 24 Disember 2013 pula, Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan menyumbang sebanyak Dh36.6 juta (RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Malaysia. Khusus untuk 20 000 mangsa di Pahang dan Kelantan. Kesemua bantuan ini sangat meragukan. Mekanisme bagaimana ianya sampai ke sasaran. 

No comments:

Post a Comment