Sunday, September 20, 2015

Adakah pembiaya buku fitnah 50 dalil Anwar ini hero ?

Catatan Umum

20 September 2015

1. Bila menyebut nama Khairuddin Hassan kini tergambar dia kononya hero hebat yang berani dan jujur. Dia menjadi hero kerana dikalangan pembangkang termasuk PKR juga mengangkat dia hero kerana termakan dengan lakonanya. Tanpa bersembunyi dia turut menemui beberapa pemimpin pembangkang bagi projek menaikkan imej dia.

Khairuddin dikatakan berada dibelakang Ummi, Azwan dan menjadi antara
pembiaya utama memulakan konspirasi terhadap Anwar. Dia sentiasa berada
di mahkamah bagi memastikan rancangan memenjarakan Anwar berjaya.

2. Kita jangan lupa siapa dia ini ? Dia inilah yang dikaitkan sebagai pembiaya buku fitnah 50 Dalil yang menjadi punca fitnah terhadap Anwar Ibrahim. Ingat jika kita mengangkat dia hero, benar dan berani, adakah kita mengakui kerjanya terlibat menfitnah Anwar yang mana dia tidak pernah mengakui dia berbuat fitnah ketika itu bekerja sama dengan kem Mahathir.

3. Dia ini cukup dikenali sebagai ahli politik cekap cari makan di dalam Umno. Dia ada hubungan kekeluargaan dengan Abdullah dan agak rapat dengan PM ketika itu namun saat akhir ketika Abdullah hampir jatuh dia beralih kem dan mempercepatkan kejatuhan Abdullah.

dia bangkrap kerana gagal bayar hutang dan kesnya dibawa oleh syarikat kewangan ke mahkamah.

4. Dia kononya menjaja konon dimufliskan kerana melawan Perdana Menteri. Kita kena ingat dia muflis kerana tidak mampu membayar hutangnya, adakah jika Najib membayar hutangnya maka dia akan menyokong Najib, sedangkan gaya hidupnya yang berkahwin artis mewah dan bergaya itu yang memerangkap hidupnya berhutang tidak mampu bayar dan bankrap.

5. Dia bankrap tidak mampu bayar hutang tetapi siapa yang menaja beliau 'melancong' ke beberapa buah negara bagi membuat laporan ke atas Najib Razak. Yang kemudian dikatakan dokumen yang dilampirkan dalam laporan - laporan dia buat ialah dokumen yang dipalsukan hanya untuk menyedapkan laporanya dan mungkin memuaskan hati 'funder'nya.


6. Sebuah laman blog mendedahkan dua hari lepas Khairuddin telah membuat satu pertemuan dengan seorang lelaki (orang puteh) warga asing di Hotel Eastin, PJ. Menurut sumber gerak geri  lelaki dan Khairuddin amat pelik seperti tidak memandang ketika bercakap. Timbul persoalan siapa lelaki ini dan adakah berlaku 'hulur envelope' dalam pertemuan tersebut. Keesokannya selepas perjumpaan Khairuddin membuat kenyataan dihalang imegresen ke luar negara dan dikatakan sudah ada jet mewah pun sudah menunggu sedia Khairuddin di Subang.

7. Agen Mahathir terus gambarkan Najib zalim dan takut kerana menghalang Khairuddin keluar negara. Ya, Najib ada salah dan zalim. Kezaliman ini diwarisi daripada Mahathir yang jauh lebih zalim dan jahat ketika khususnya hujung pemerintahannya. Bukan sahaja Mahathir menghalang pihak yang hendak melawanya dari keluar negara, menafikan akses media dengan kawalan ketat malah menyumbat lawan politiknya ke dalam penjara tanpa bicara (ISA).

Dr.M di majlis persandingan pelakon Umie Aida dan Khairuddin

7. Kita mampu melawan Umno dan mendepani Najib. Jangan sesekali terperangkap dengan raja fitnah Mahafiraun, Dr. M dan agen - agennya. Kita mampu melawan Umno Bn dan menjatuhkanya. Mahathir hanya mahu ambil kesempatan menjatuhkan Najib kerana gagal menjadi bonekanya. Mahathir mahu Umno terus berkuasa kerana dengan itu dia menjamin keselamatan dia,proksi, kroni dan keluarganya terus menguasai perbagai sudut negara.

8. Walaubagaimanapun penyalahgunaan undang-undang seperti menghalang pengkritik ke luar negara ialah tindakan bacul bagi saya. Jika benar Khairuddin didapati memalsukan dokumen dalam laporan polisnya di beberapa buah negara asing maka dakwa dia dimahkamah terbuka dengan menjamin haknya membela diri.

9. Simpati dan ingatan saya menjelang EidulAdha ini terhadap Anwar Ibrahim tokoh pejuang rakyat yang terpenjara. Adakah dia makin dilupakan disaat rakyat dilatih oleh kita mengangkat watak-watak pemfitnah yang menjadi punca kejatuhanya sebagai hero ?

10. Kita latih rakyat herokan Mahathir dan agenya. Bila tiba pilihanraya mereka akan sebut undi pembangkang negara hancur dan ketika itu jika rakyat terpedaya sekali lagi maka ia salah kita yang melatih rakyat mengherokan syaitan - syaitan bertopeng manusia ini.


Sekian.

che'GuBard

sila klik untuk membaca lanjut apa dia kempen sudahlah Mahathir : http://chegubard.blogspot.my/2015/08/apa-dia-kempen-sudahlahmahathir.html

2 comments:

  1. Anonymous7:54 AM

    Setuju sangat2 dgn statement ni..

    ReplyDelete
  2. setuju juga..tepat dan padat..syabbas bro...amin

    ReplyDelete