Friday, September 18, 2015

Baju Merah ; polis mangsa dan berat sebelah ?

Catatan Umum

18 Sept. 2015

Berkenaan Himpunan perkauman berbaju merah, SAMM berpegang dengan dua kenyataan awal SAMM sebelum himpunan sila rujuk
diperingkat awal himpunan lagi peserta telah membakar suar tetapi
dibiarkan oleh penganjur dan polis.
1. Setelah meneliti laporan dari lapangan dan perbagai sumber termasuk rakaman video Himpunan Perkauman berbaju Merah pada 16 September 2016, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pertamanya ingin menyatakan simpati terhadap anggota keselamatan yang dikerah mengawal himpunan tersebut. Mereka bukan sahaja dimaki hamun dengan perbagai perkataan kesat oleh demonstran tetapi turut dicederakan hingga beberapa orang terpaksa mendapatkan lawatan lanjut di hospital. Ada video yang merakamkan pimpinan Umno turut berada dalam kekecohan dan turut memaki hamun dan mengeluarkan ayat - ayat provokasi melampau. Demonstran yang kebanyakanya merupakan anggota Umno atau dibawa oleh instrumen Umno ke himpunan tersebut mungkin berasa 'dilindungi' hingga bertindak kasar sehingga ada video yang merakamkan anggota polis terpaksa lari menyelamatkan diri. Kita yakin anggota polis cukup punya kekuatan untuk bertindak tetapi mungkinkah ada arahan supaya 'berlembut' ? Jika tidak masakan anggota polis terpaksa lari ?
berapa perbelanjaan sewa bas itu belum
 dikira penggunaan bas Jabatan Kerajaan

2. Umno perlu bertanggung jawab penuh terhadap apa yang terjadi. Umno tidak boleh mengelak mereka terlibat kerana telah terdedah bukti surat perkeliling mobilisasi oleh Umno malah pada hari tersebut secara terang terangan PWTC (ibu pejabat Umno) menjadi antara 'pusat lindungan utama peserta. Kehadiran pimpinan Umno perbagai peringkat termasuk Menteri Kabinet juga jelas. Begitu juga aset rakyat seperti bas milik Jabatan Kerajaan digunakan tanpa berselindung bagi memberikan pengangkutan percuma membawa peserta. Malah terdedah satu video yang jelas dimana pertelingkahan melibatkan Menteri Umno dan beberapa orang remaja mengenai 'buget' makan dan bas.

3. Pesaka sebagai pernganjur hanya menjadi alat 'front' semata. Pesaka ini merupakan persatuan sukan yang diletakkan dibawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Bergerak dengan sebahagian besar dananya ialah duit rakyat atas nama sukan. Maka adakah Pesaka sudah disalahgunakan bagi menganjurkan himpunan tersebut.

antara peserta yang membawa senjata parang
ada beratus peserta lain dengan aksi yang sama
4. Kepada pihak PDRM, ya SAMM bersimpati kepada kamu tetapi kamu mangsa yang berat sebelah. Himpunan BERSIH 4 boleh berlangsung aman malah boleh bermalam dijalanan namun kamu katakan ia ganas dan tidak memberikan permit. Himpunan Merah ini jelas sejak dari awal dimobilisasikan dengan sentimen kebencian dan membakar semangat perkauman namun PDRM beri permit. Hasilnya jelas himpunan itu berakhir ganas dan anggota polis sendiri menjadi mangsa.

5. Apabila himpunan berakhir dengan kekecohan, beranikah PDRM memanggil penganjur termasuk mereka yang digelar pemimpin hadir untuk dirakam percakapan seterusnya dikenakan tindakan seperti himpunan sebelum - sebelum ini ? Jawabnya tidak, bukan sahaja himpunan merah ini malah PDRM sendiri sehingga kini takut memanggil Mahathir untuk dirakam percakapan. Berbeza dengan pimpinan pembangkang yang dikenakan tindakan hanyan kerana berbaju kuning atau berucap dalam himpunan. ada gambar peserta himpunan jelas membawa senjata tetapi adakah polis bertindak ?
dua himpunan berbeza bersih dan kotor


6. Menteri di  Kementerian Kerajaan Tempatan lebih memalukan apabila ramai ternanti dia mengeluarkan bil seperti mana sombongnya dia terhadap himpunan BERSIH 4. Namun dia dengan selamba menyokong himpunan merah dengan menyatakan kawasan himpuan tidak berbau kencing dan hanya dikenakan setengah dari bil tuntutan pembersihan dibezakan dengan BERSIH sedangkan warga KL menjadi saksi bagaimana kotornya kawasan sekitar himpunan dengan sampah berbeza dengan tapak himpunan BERSIH 4.


berapa wang Felda digunakan untuk memperdaya
peneroka felda bagi membawa mereka hadir sama ?
7. Dari jumlah bilangan penganjur menyebut 250,000 orang hadir. Namun dari imej yang dikumpulkan jumlahnya pasti tidak lebih 60,000 orang. Jika dengan kehadiran hanya memenuhi padat Padang Merbuk dan jumlah berselarakan di kawasan sekitar KL itu penganjur menyatakan ianya 250,000 orang maka penganjur terpaksa mengiktiraf himpunan BERSIH 4 sudah menjangkau angka 1 juta orang. Dalam menyebut aspek angka mobilisasi ini, siapa boleh menjawab berapa perbelanjaan sebenar bagi membawa semua peserta himpunan dan persiapan logistik berkaitan ? Sebuah pertubuhan beliau didedahkan surat mereka menawarkan perjalanan dan tempat tinggal percuma dengan wang saku RM 100 jika ini terpakai disemua peringkat mobilisasi maka berapa juta wang hangus dan SAMM yakin sebahagianya ialah wang dari akaun negara dan syarikat berkaitan negara GLC.

8. Dalam perkembangan sama juga nampaknya puak - puak pro Dr.M juga begitu beriya - iya benar menguktuk kononya himpunan Merah ini tidak ramai dan ia adalah himpunan Najib. SAMM mencabar Dr.M sendiri kalau berani adakan perhimpunan penyokong Mahathir dan jangan kudakan himpunan BERSIH untuk kudakan rakyat bagi mencapai cita - cita politik sempit kamu dan proksi-proksi kamu. Namun SAMM tidak menyurukkan rasa kecewa jiak benar ini merupakan 'showforce' kem Najib maka Najib benar - benar anak didik Mahathir untuk mengumpul sokongan dengan membakar sentimen perkauman dan tunggang semua instrumen bagi menunjukkan kekuatan.

9. Apa pun himpunan Merah telah selesai. SAMM berhasrat untuk menganjurkan Forum "Apa selepas himpunan merah ?". Awal minggu depan ahli panel terdiri dari penganjur, ahli akedemik, aktivis akan ditampilkan kerana SAMM melihat perlunya ditarik semula perbincangan ini ke meja rundingan. Pertembungan pandangan dan idea harus diuruskan dengan bijak dan dirungkai dalam perbincangan. Diharapkan semua panelis yang dijemput berani untuk tampil merungkai idea mereka dan SAMM sedang memastikan ia akan disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

sekian.
che'GuBard, SAMM

hanya air biasa digunakan bukan air kimia
himpunan turut disertai menteri dari Umno
pengakuan di facebook dimana peserta diperdaya hadir
Pejabat Majlis Peguam juga jadi mangsa provokasi
dan diancam. Ini budaya Melayu ?




Peserta Himpunan ganas dan bertempur dengan polis

No comments:

Post a Comment