Thursday, March 05, 2009

Mohon penjelasan Pekida ?

Pagi ini menerima terlalu banyak email dari mereka yang katanya ada hubungan dengan kumpulan yang menggelarkan diri mereka PEKIDA, ini berikutan posting sebelum ini yang menyebut penglibatan kumpulan ini dalam insiden kekecohan depan Bangunan SUK Negeri Perak. Malah ada antara ahli kumpulan tersebut juga membawa pistol.

Bukan menuduh sebarangan namun jelas penglibatan seorang pemimpin 'senior' kumpulan tersebut iaitu Ayahanda Lajin. Ketua Kumpulan 'Melayu Islam' di Ipoh. Gambar dibawah jelas beliau (yang bersongkok dan menunjukkan isyarat lucah terlibat dalam insiden tersebut.

Dalam insiden di depan bangunan SUK Perak tempoh hari tidak tahu apa puncanya mereka ini cuba mengganas dengan menjerit 'Islam!'..'Islam!'... sambil pada masa yang sama mencarut dan memaki hamun malah cuba membuat keganasan fizikal.Sila klik sini untuk membaca lanjut.

cheGuBard tidak mahu bermusuh dengan kumpulan ini. Setelah meniliti matlamat dan niat perjuangan kumpulan ini ternyata sama menuju ke arah kebaikan. Tidak dinafikan ada jumga ahli kumpulan ini yang terlibat membantu PAKATAN, namun sering kedengaran dari kumpulan mereka ini terpaksa sokong dalam senyap. Namun berbeza dengan beberapa penglibatan ahli kanan kumpulan ini yang jelas keterlaluan.

Jika ada ahli kumpulan ini membaca posting ini sila nyatakan kepada pimpinan utama kumpulan ini untuk menyatakan pendirian atau memberikan arahan terbuka kepada ahli mereka agar menjauhi keganasan dalam politik khususnya, jika tidak amat sayang kumpulan yang 'bermatlamat baik' ini akan musnah imejnya.

11 comments:

  1. Ni salah sorang daripada mereka yang perangai mcm tu..

    ramai lagi..

    Ingat peristiwa di Ijok sudah..

    Tak semua ayahanda pekida ni berperangai mcm tu..kalau tanyo den yang orang kodah nie..

    bolah utara je yg ok..takde havoc havoc macam belah selatan nie..

    kenapa belah selatan ni kecoh semacam..sebab hidup dalam keadaan fantasi..nak jadi gangster Cina la konon..

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:27 AM

    terima kasih kepada saudara kerana tidak meletakkan salah laku segelintir ahli PEKIDA sebagai pegangan perjuangan sebenar PEKIDA...

    kami mempunyai gerak kerja tersendiri dan yang pastinya kumpulan2 yang mempergunakan nama PEKIDA untuk tujuan kepentingan peribadi akan ditangani...

    sokongan senyap PEKIDA dalam pru lepas banyak membantu kemenangan PKR, PAS mahupun DAP...

    ReplyDelete
  3. Aku bukan ahli Pekida..tapi setahu aku pertubuhan ni berfungsi untuk menjalankan dakwah, kebajikan,amal maaruf nahi mungkar berlandaskan Islam untuk membantu Melayu Islam.

    So, what happen dengan isu di atas? Mana pergi dakwah keimanan ahli2 nya (kalau betullah yg buat kecoh tahan 28 ADUN PR tu ahli pekida dan ada bertaraf ayahanda pulak tu)

    Aku harap pengikut2 pertubuhan ni jangan condong pada fahaman politik yg serong lah...jangan percaya bulat2 dakyah Umno tu..korang ni dah jadi ahli pembela bangsa dan agama. so busuklah kalau ada "ayahanda" boleh tunjuk isyarat "f**k"...kecik benar keimanan tu...tapi cukup besar kepoh,gopoh,gelojoh n lembunya bila buat huru hara....

    Pada persepsi aku, puak2 ni lebih gebang jer..prinsip takder...

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:19 PM

    weiiii...PEKIDA,3 Line...pi mampoihhh la ....BERANI kacau sesama MELAYU sajaa...BERANI lawan dengan bangsa Melayu sendiri sajaa...dengan Bangsa lain penakut paitt...!!!! Takdak teloqq....ayahanda,kekanda..adek beradek taik KUCING..PIIIII RAHHHHH...!!!!!

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:30 AM

    islam x pandang bangsa.melayu ke cina ke india ke bangla ke sumernya x dipandang-Nya melainkan umatnya yg bertaqwa.jgn fanatik pada bangsa.kalau nak dibanggakan sgt bangsa arab yg boleh mendabik dada sebab Nabi Muhammad dr org arab.apa pada bangsa?...

    ReplyDelete
  6. bahasa menunjukan bangsa.
    bangsa memperjuang apa?
    Islam memperjuangkan agama.
    perkida menunjukan perjuangan?apa.
    Manusia memperjuangkan kehdupan.

    kita perjuang apa?
    tiada apa-apa.?
    Jadi berok........darwin....?????

    ReplyDelete
  7. Anonymous9:35 PM

    JANGAN SALAH FAHAM PADA PEKIDA.WUJUD NYA BAIK.

    CUMA ADA YANG GUNAKAN PEKIDA UNTUK KEPENTINGAN DIRI.BUKAN DALAM PEKIDA SAJA BENDA NI BERLAKU,DALAM PIBG PUN BOLEH BERLAKU.

    ReplyDelete
  8. MELAYU ITU ORANG YANG BIJAKSANA,
    NAKALNYA BERSULAM JENAKA,
    BUDI BAHASANYA TIDAK TERKIRA,
    BILA MENGAMPU BIJAK BERALAS TANGAN,
    –dipetik dari nukilan usman awang–

    ReplyDelete
  9. MELAYU ITU ORANG YANG BIJAKSANA,
    NAKALNYA BERSULAM JENAKA,
    BUDI BAHASANYA TIDAK TERKIRA,
    BILA MENGAMPU BIJAK BERALAS TANGAN,
    –dipetik dari nukilan usman awang–

    ReplyDelete
  10. Anonymous2:08 AM

    pada dasarnya perjuangan PEKIDA adalah berlandaskan amal makruf nahi mungkar, namun disebabkan golongan kepimpinan PEKIDA yang bukan sahaja cetek pemikiran ilmu duniawinya malahan akhirat telah menyebabkan barisan kepimpinan dipilih daripada golongan-golongan yang hanya mempunyai IJAZAH DAlAM BIDANG PERGADUHAN DAN SEGALA BENDA HARAM, andai kata kepimpinan dalam PEKIDA merubah stigma pemilihan pemimpin dengan berpandukan dogma-dogma KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN AKHLAH nescaya PEKIDA yang asal akan kembali semul.
    Perubahan perlu dilakukan, saya lihat anak-anak muda hinggakan yang berumur 12 tahun sendiripun dengan bangganya mengaku sebagai ahli pekida. Disina saranan saya juga adalah SEMUA RUMPUN2 PEKIDA DIGABUNGKAN MENJADI SATU SAHAJA DAN BUKANNYA BERPECAH BELAH MENGIKUT RANTING .. APAKAH TIMBULM PERSOALAN PENGUASAAN KUASA DI SITU, SUNGGUH BODOH DIFIKIRKAN APABILA PARA PERJUANG BANGSA INI HANYA BERANI SESAMA BANGSA SENDIRI SAHAJA..... NAK KATA BODOH MARAH. NAK KATA CERDIK MEGAH... ITULAH PEKIDA , LAKSANAKAN PERUBAHAN UNTUK KEMANTAPAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

    ReplyDelete
  11. Anonymous11:50 PM

    Salam,

    Saya nak bagitau individu dalam gambar tu bukan ahli Pekida. Utk pengesahan boleh rujukkan fb rasmi Pekida Ipoh sendiri iaitu http://www.facebook.com/pekida.daerah.ipoh

    Jgn main tudah dan fitnah ja dan jgn sampai pihak Pekida membawa perkara ini ke muka pengadilan. Sblm kyar sebarang artikel rujuklah dari sumber yang sah. Semak dulu betul atau tak individu tu btl2 ahli sah Pekida. Jadi sila romove artikel ini sbelum pihak Pekida membuat laporan polis dan tundakan saman. Harap maklum.

    ReplyDelete