Perbagai isu timbul dalam negara seiring dengan kegawatan ekonomi yang muncul. Ayat lunak Najib ketika membentangkan buget baru ini mengajak semua memikirkan soal ekonomi dan mengenepikan persaingan dalam politik.
Bak kata Makcik yang duduk belakang rumah cheGuBard di Bukit Chedang. Kalau dekat dah lama muka Najib nie kena kahak !! Bukan sebab apa sebab terang terang cakap lain buat lain.
Umno sememangnya sentiasa nak tunjuk baik umpama tangan kanan hulur salam dan tangan kiri pegang parang tajam sedia untuk 'memakuk'.
Macam mana nak kata Umno Bn sedia untuk duduk sama demi ekonomi, Pinjaman TEKUN contohnya bukan untuk tolong bumiputera tetapi untuk bantu Umno. Hanya orang umno yang layak pinjam tekun, jika belum ahli Umno kena istihar keluar parti lain dan masuk Umno.
Konon nak duduk sama bincang masalah rakyat, minggu lepas terang - terang satu perbincangan meja bulat untuk mencari penyelesaian masalah pembuangan pekerja. Semua ahli parlimen dapat jemputan program anjuran Kementerian Sumber Manusia maka ramai ahli parlimen Pakatan sejak dapat jemputan mula menelaah buku dan mencari maklumat dari dalam dan luar negara untuk sama menyumbang idea menyelesaikan masalah tersebut, malangnya saat akhir jemputan dibatalkan kerana katanya hanya untuk ahli parlimen Bn.
Bn serius selesaikan masalah rakyat ? Sebuah keluarga susah yang si suami kena buang kerja dan balik ke Rembau tetapi oleh kerana tidak mampu maka keadaan kehidupan cukup teruk. Maka kehidupan melarat keluarga ini di siarkan dalam akhbar Sinar Harian. Selepas itu ada jiran yang beri pandangan untuk mereka berjumpa dengan wakil rakyat Bn. Malangnya mereka di maki dengan suara yang tinggi kata " pergi lah minta tolong surat khabar, masuk Tv, pergi minta tolong PKR ..." kekecewaan mereka ini sampai ke pada kami di Rembau dan dapat bantuan tetapi sejauh mana kami PKR Rembau yang ditekan mambu membantu ?
Setiap hari Bn menunggang media cakap ikut suka, tetapi pembangkang tidak diberi ruang. Sudah lah tidak diberi ruang Bn sentiasa menfitnah PAKATAN. Ada ruang ceramah tetapi malangnya ruang ceramah terbuka ini juga sudah disekat. Sebelum ini cheGuBard cuma dimakjlumkan penganjur bahawa polis bagi amaran jangan sentuh isu Perak, tetapi berlainan di Pahang. Hj Suhaimi Said, Ketua Penerangan KEADILAN dimaklumkan bahawa tidak akan ada permit ceramah di Pahang. Nampaknya Bn makin takut dan gelisah.
Nampaknya Zaman Edan kembali. Zaman Edan merujuk kepada zaman (dalam sejarah jawa) yang dikenali sebagai zaman gila. Zaman ini kuasa jahat begitu menindas sehingga yang jahat kelihatan baik.
Penindasan pernah berlaku pada zaman Mahathir namun Zaman Najib ini lebih bakal parah lagi dari Zaman Mahathir. Sekurang kurangnya Mahathir kuat dan bijak. Tetapi Najib sudahlah takut dan dikuasai isteri yang tamak dia pula penuh dengan skandal dan lemah akar umbi....maka orang yang lemah akan lebih menggunakan segala apa yang ada sebagai senjata untuk membunuh lawan.
Najib contohnya ialah orang yang berselindung memberikan nasihat yang salah kepada Istana Perak. Dia begitu yakin kerana mahkamah akan ditungganginya sepenuhnya. Percaya dan yakinlah mahkamah tidak akan menyebelahi kuasa rakyat di Perak.
Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka Hakim Komathy yang tegas telah di 'arah' cuti dan Hakim sementara penggantinya Rozana pula telah membenarkan penukaran kes ke mahkamah tinggi berdasarkan penghakiman Hakim Zabidin.
Semalam Kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, lucu sungguh Hakim Zabidin yang sama juga duduk mendengar kes tersebut. Serentak dengan itu Menteri, Nazri telah mengumumkan pula bahawa Ghani Patail dan Musa Hassan bersih dari tuduhan memalsukan bukti.
Cucu Mat Kilau atau Syukri yang mengendalikan PahangDaily semalam dikepung oleh polis rumahnya dan ditangkap kerana Saiful buat laporan keatasnya sila klik sini...... hahahahaa.... sedialah semua kita akan terus berjuang ...pusingan terakhir ini makin getir.
No comments:
Post a Comment