Tuesday, March 17, 2009

Pembersihan Kem Abdullah

Mula - mula siasatan rasuah yang menggunakan SPRM dan lembaga Disiplin Umno hanya dijadikan ugutan kepada Kem Abdullah untuk duduk diam menanti hari untuk akur menyerahkan tugas kepada Najib. Namun nampaknya siasatan tersebut seolah tidak mendiamkan kem Abdullah yang masih cuba bergerak sedikit demi sedikit (memang biasa Kem Abdullah ni lembab sikit-sikit) ke arah mempertahankan Abdullah untuk kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri.

Untuk itu tindakan seterusnya perlu diambil segera kerana itu Datuk Norza (MPT paling junior) telah diheret ke mahkamah. Ini mungkin juga mereka mengharapkan sedikit imej baik buat perang rasuah bn dan membina imej SPRM yang telah dipandang hina. Namun sebenarnya rakyat sudah tidak mudah tertipu. Pagi tadi semasa sarapan sebuah meja yang penuh dengan anak muda sendiri kedengaran bercakap - cakap mengenai perkembangan ini. Kata mereka pendakwaan Dato Norza itu hanya wayang....siasatan yang dihebahkan terhadap Datuk Azalina juga wayang..sebenarnya ia adalah pembersihan kem Abdullah....wah ! anak muda sudah pandai menganalisa politik.

terbaru pula Ali Rustam khabarnya sudah disiasat dan dikeluarkan surat tunjuk sebab, petang ini mungkin akan ada perbincangan untuk tindakan lanjut. Nama Khairy terbabit juga...namun cheGuBard tak percaya Khairy boleh dikenakan apa - apa tindakan kerana ini pembersihan kem Abdullah, dan Khairy sudah jumpa minta 'settle' dengan Najib...Khairy sudah pun meninggalkan Kem Abdullah...

Sayuti menulis :
Nama Ali Rustam kini menjadi tumpuan. Desas desus Ali akan digantung disebarkan sejak minggu lepas dan menjadi rancak sejak dua hari lepas. Ia lebih panas lagi apabila hari ini berita kemungkinan Ali akan dikenakan tindakan terpampang dalam akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Secara automatik apabila Utusan Malaysia menyiarkan berita berkenaan umum akan merasakan ianya maklumat sahih kerana Utusan adalah lidah Umno dulu kini dan selamanya.

Tetapi apa yang menjadi persoalannya kenapa Utusan jadi seberani itu sehingga ianya boleh menimbulkan kecederaan moral kepada Ali? Apakah Utusan juga ada agendanya dan sedang melaksanakan agenda pihak tertentu. Sekiranya tidak ada arahan Utusan tidak akan memainkan berita berkenaan kerana boleh dianggap sebagai menyalahi undang-undang dan adat berorganisasi.

Dalam perkembangan lain Ali Rustam kini dikatakan sudah merasa tertekan. Para penyokong sudah mula berang dan marah dengan apa yang berlaku dan merasakan ianya tidak adil.

sila klik sini untuk membaca habis

1 comment:

  1. Anonymous4:11 PM

    tapi dollah biasa ler takut nak lawan....

    akhirnya najib jadi PM dan badrul kena ISA

    ReplyDelete