Thursday, March 12, 2009

hakikat air selangor

Jika rakyat atau pengguna air di Selangor terus mendiamkan diri dan tidak bersama membantu kerajaan mendesak Puncak Niaga kepunyaan Tan Sri Rozali (proksi Tan Sri Muhamad Taib) dan Kerajaan Pusat menyerahkan pengurusan pembekalan air Selangor kepada Kerajaan Selangor maka rakyat Selangor akan terus di dera dengan kenaikan air yang zalim seperti jadual di atas. Kenaikan kadar tarif air ini adalah berdasarkan perjanjian Kerajaan Selangor (semasa di bawah Bn) dengan Puncak Niaga (melalui Syabas) ketika menyerahkan pengursan air Selangor kepada Tan Sri Rozali.

Kini Tan Sri Rozali tidak mahu menyerahkan / memulangkan pengurusan air kepada Kerajaan Selangor kerana ingin terus menikmati keuntungan besar. Malangnya kerajaan Pusat juga tidak serius membantu malah kemungkinan air Selangor akan pula diambil oleh kerajaan Pusat dari Tan Sri Rozali. Jika terus diletakkan di bawah Kerajaan Pusat sifirnya tetap sama pengguna akan terus rugi.


Panel penilai air Selangor telah membentangkan rancangan untuk mengambil alih semula pembekalan air. Pengambil alihan ini adalah berdasarkan cita - cita Kerajaan Selangor untuk memberikan air murah atau percuma kepada rakyat. Sasaran terdekat ialah mengurangkan kadar tarif dari RM0.77/meter padu kepada RM0.60/meter padu kepada pengguna domestik. Dan menjelang 2013 pengurangan sebanyak 25 % kepada RM0.57/meter padu. Selain dari unit air percuma yang telah dinikmati sekarang.

Kerajaan Selangor sudah membuat kajian dengan pengurangan tarif air itupun keuntungan belipat kali ganda akan terus dijana melalui anak syarikat kerajaan negeri yang bakal menguruskan sendiri pembekalan air.

Di Pulau Pinang contohnya pembekalan air berlegar sekitar RM0.37/ meter padu bagi 20 meter pertama dan RM 0.22 bagi 20 - 40 meter padu seterusnya. Melalui rekod Pulau Pinang yang membekalkan air yang jauh lebih murah kepada rakyat juga telah menjana sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang menjana keuntungan berlipat kali ganda keuntunganya.

Syabas yang Korup

Syarikat yang dimiliki oleh Puncak Niaga yang dimiliki oleh Tan Sri Rozali tidak punya rekod bersih. Siasatan audit mendedahkan kes seperti 72 % dari kontrak Syabas bernilai RM600 juta bukan melalui pecahan tender terbuka tetapi runding terus yang mengakibatkan kehilangan bernilai RM325juta.

Dari segi pengkhianatan ekonomi negara Syabas juga terlibat dalam melanggar arahan Kementerian Kewangan yang mewajibkan paip air dibeli dari pengusaha tempatan sebaliknya Syabas pada tahun 2005 dengan sengaja membelanjakan RM600 juta mebeli paip dari Indonesia yang harga dan proses pembelianya amat diragui.

Selain itu Syabas telah membayar elaun RM1.5 juta kepada Tan Sro Rozali pada tahun 2007.

Selangor berkemampuan urus air sendiri.

Kononya hujah kemampuan menguruskan air men jadi persoalan. Benarkah Syabas di bawah Puncak Niaga benar - benar mampu memberikan perkhidmatan terbaik ? Tanya penduduk Lembah Kelang adakah air yang dinikmati benar - benar bersih...jika benar kenapa statistik penggunaan alat penapis air tertinggi tercatat di Lembah Kelang ?

Itu belum masuk rekod bekalan air terputus dan seumpamanya lagi...? Yang pasti Syabas di bawah Tan Sri Rozali berjaya mencapai rekod cemerlang dalam pemotongan air 'segera' bagi pengguna domestik yang gagal menjelaskan bayaran..! Kita punya cukup bukti di mana Tan Sri Rozali menggunakan kedudukanya untuk terus mengampu sesetengah pemimpin negara dan negeri untuk terus dibenarkan mengaut keuntungan melampau hasil penjualan air. Malah ada bukti juga dimana beliau terlibat mencipta ilusi Puncak Niaga pengurus air terbaik dengan memaksa operasi mengutip tandangan 'paksa' dari kontraktor dan pengguna air.

Kerajaan Selangor sebenarnya mampu. Hampir 80 % aset air negeri sebenarnya di bawah kerajaan. Cuma aspek pembekalan kini masih dicengkam kapitalis di bawah puncak niaga.

KDEB sebuah anak syarikat kerajaan Selangor yang cukup punya rekod perniagaan cemerlang, telah menyertai semangat Negeri Maju Rakyat Mewah yang di bawah oleh PAKATAN dengan sedia berkongsi kekayaan syarikat dengan menanggung bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama.

Sebagai sebuah syarikat yang terus mengekalkan profesionalisme dan tanggungjawab kepada pelabur, KDEB juga punya rekod cemerlang berkongsi 'kek ekonomi' dengan rakyat bukan sahaja sebagai penanggung 'air percuma' tetapi banyak lagi bantuan secara langsung dalam banyak projek membantu rakyat miskin.

Tidak boleh dipertikaikan status kini, KDEB melalui Kumpulan Perangsang Selangor ialah peserta utama dalam industri air di Selangor dengan penguasaan 55 peratus Konsortium Abass Sdn Bhd (ABASS), 30 peratus kepentingan di dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan 30 peratus kepentingan dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd, (SPLASH).

Jika penstrukturan air Selangor ini berjaya sudah tentu, KDEB akan menjadi pemegang saham yang terbesar Syabas dan ini adalah berita baik bagi rakyat negeri Selangor kerana terselamat dari beban kenaikkan harga air sebanyak 37 peratus dan kenaikan yang amat tinggi seterus-seterusnya yang termaktub dalam perjanjian konsesi yang kelihatan amat berat sebelah.

5 comments:

  1. Anonymous1:03 AM

    Siapa tak kenal Tan Sri Rozali Ismail,Tauke Syabas dan Puncak Niaga ,anak peneroka Gedangsa.Dari nobody jadi somebody.Bagaimana kekayaan beliau menjadi misteri.Dari Mengambil alih beribu ekar tanah peneroka Felda Bukit Cerakah untuk dijadikan perumahan Puncak Alam.Kemudian mengambil alih sungai-sungai di Selangor dan Mengwujudkan Puncak Niaga dan mengambilalih Syarikat Bekalan air Selangor(PUAS) dijadikan Syabas.

    Tidak cukup mempunyai Syabas dan Puncak Niaga.Beliau mengwujudkan berpuluh-puluh syarikat sokongan untuk monopoli semua tender dan kepentingan berkaitan perkhidmatan air.Beliau ada syarikat paip air,beliau ada syarikat meter air juga,bahan kimia air,Land Scaping,kontaktor pasang paip,kontraktor binaan dan bermacam-macam syarikat lagi.

    Bagaimana beliau mendapat semua harta terpijak Selangor ?,tentu tidak lain tidak bukan cable dan conection yang 'maha besar' dibelakang beliau.Oleh yang demikian eloklah Kerajaan Selangor mengambil semula harta kekayaan Negeri Selangor supaya dapat dinikmati seluruh rakyat Selangor.

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:19 PM

    Salam... nampak sangat dangkalnya pemikiran sesetengah daripada kita. Hanya dengan dakyah kerajaan negeri Selangor yang tidak tahu mengurus tetapi lebih bijak berpoliitik...maka rakyat selangor yang tak panjang akal seperti penulis dan sesetengah dari kita akan p-ercaya temberang serta fitnah adu domba yang dibuat oleh kerajaan PR Selangor. Sebenarnya Kerajaan Seklangor cuba mencari helah untuk memberhentikan pemberian air percuma yang ternyata menyeksakan mereka. dengan memberikan gula-gla seperti ini akhirnya rakyat akan percaya dan sekaligus rakyat menyalahkan kerajaan pusat dan puncak niaga khususnya pengerusinya tan sri rozali. Hentikanlah permainan ini kerana kami rakyat selangor bukan dangkal pemikiran seperti pemimpin2 PKR dan PAS yang terpengaruh dengan Charles Santiago, Tony Phua, Ronnie Liew, Dr, Subramaniam etc yang punya kepentingan dan bakal menerajui suarikat bekalan air apabila ianya dikembalikan kepada kerajaan Selangor. memanglah untuk rakyat tetapi rakyatnya ialah nama-nama yang disebutkan di atas...so... dont insult our intelligence...terutama MB Khalid. ADIOS..

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:20 PM

    kalau berani... postla my comment.. baru rakyat tahu yang sebenarnya dan bukan berat sebelah...

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:18 PM

    "Sebenarnya Kerajaan Seklangor cuba mencari helah untuk memberhentikan pemberian air percuma yang ternyata menyeksakan mereka."

    Statististik ?? Data ??

    At least pernyataan diatas menyatakan peratus kenaikan air yang pengguna Selangor harus tanggung mengikut tahun semasa ??

    Mana data atau statistik yang menyatakan kerajaan selangor sekarang terbeban dengan pemberian 20 meter padu percuma ??

    Kalau takda ... adalah lebih baik kami yang kebanyakannya permerhati yang bersifat neutral menyokong dasar pengurusan air kerajaan selangor sekarang .. sekurang kurangnya mereka telah menjanjikan sesuatu dan telah pun melaksanakannya hampir satu tahun..

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:43 PM

    Maaf tapi saya kurang hormat orang politik ni kerana suka memburuk-burukkan orang lain, cakap tak serupa bikin dan most of the time apa yang mereka cerita tu banyak yang tak dapat dipastikan kebenaran, ditokok tambah dan hearsay saja.
    Takutlah kepada Yang Maha Esa, pada hari pengadilan apabila semua perbuatan kita akan didedahkan. UMNO, Keadilan mahupun PAS, hentikan politiking yang berlebihan.

    ReplyDelete