Saturday, March 07, 2009

Gambar terkini dari Himpunan anti PPSMI

Gambar - gambar ini dikutip dari perbagai laman. cheGuBard mohon izin dari tuan punya gambar.


Ada sesiapa nampak orang ini lari bawa selipar dia yang putus dalam himpunan tadi ?
Bukti polis tidak tembak di udara seperti sepatutnya sebaliknya terus menembak gas pemedih mata ke arah rakyat untuk tujuan mencederakan. Seorang teman dari Rembau, Azhar terkena di kakinya dan cedera.
Gambar bukti gas pemedih mata dibedil kedalam masjid, ada banyak kali gas pemedih mata dibedil dalam masjid Negara termasuk ditembak air 'kotor dan asid'. Ini salah satu nampak gas peluru jatuh dalam kolam.
Perhimpunan aman, ramai yang datang dengan anak dan ada OKU juga turut serta tetapi mereka ini tetap diganasi polis tanpa belas kasihan

Inilah perhimpunan yang media Bn akan kata gagal dan hanya bawah 5 ribu. hahahahaha

Tokoh of the day ! Dia nie cukup tenang dan memang berani, jauh lebih berani dari kebanyakan pejuang bahasa yang muda !!
ini bukan kabus di awal pagi tetapi kabus asap gas pemedih mata. Ada kereta yang pecah cerminya kerana terkena gas pemedih mata.

Laungan rakyat !!

InsyaAllah dua tiga hari ini akan cuba 'update' catatan pengalaman perhimpunan. Untuk laporan sementara ini boleh klik sini.

18 comments:

  1. chegubard.. sebenarnya ada seorang kakak tu terkena tepat kat perut, gas pemedih mata tu. panasnya benda tu sampai nampak kesan terbakar pada tudung, dan dua helai baju yang dipakainya. Dia kata rasa macam perut melecur je. tapi tak sempat nak amik gambo, sebab tgh pedih2 mata tadi.

    ReplyDelete
  2. Salam Chegu Bard

    Kagum dgn semangat semua yag hadir ke himpunan tersebut.. Tahniah.

    kesal dgn sikap pihak polis, himpunan aman pun nak guna cara seperti org merusuh.. sungguh2 tak faham..

    ReplyDelete
  3. Perhimpunan GMP berjaya. Mata pedih tidak apa-apa, sekadar pembuka semangat sahaja.

    ReplyDelete
  4. Salam Chegubard

    Mengapalah sdr sanggup membakar semangat menentang dalam jiwa pembaca blog sdr dengan ulasan yang menyebelahi sudut pandangan sdr..


    Sdr paparkan gambar polis menembak kaki penunjuk perasaan (sebenarnya mereka belum menembak lagi), gambar anak2 kecil (mereka sekeluarga memang akan hadir disetiap perarakan haram dengan membawa anak2 (salah seorang OKU) tanpa memikirkan keselamatan anak dan diri sendiri, gambar orang tua (mengapa pakcik ni nak pergi berarak menetang kerajaan kan bahaya tak ada orang menasihatinya ke?


    Pada saya yang berasal dari Rembau, saya memang bencikan KJ tapi janganlah sdr mengapi-apikan semangat kaum melayu dengan cara yang salah...

    sepatutnya sdr mendidik mereka supaya patuh pada peraturan dan luahkan perasaan tidak setuju dengan cara yang adil (seperti perjuangan parti sdr) bukannya memberontak

    negara kita kini menghadapi masalah ekonomi sdr bantulah cara untuk memulihkannya

    malulah saya mengaku sdr org NS sebab pendirian sdr ini

    salam

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:46 AM

    oi brader. berhentila buat demo bodoh macam ni. Org melayu macam awak ni la yg buat negara kita mundur ke belakang. belakang cina & india. Nak agung2 kan sgt bahasa melayu kat mana pun boleh pakai? setakat nak eksyen kat indon bolehla. lebih dari tu jadila katak melayu bawah tempurung. Buka mata la sikit bodoh!

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:37 AM

    PPSMI adalah agenda politik, Betul ke Tak?

    Bagi saya orang kampung, PPSMI adalah sangat baik untuk penguasaan BI di kelangan penduduk luar bandar.Ini kerana, keadaan luar bandar yang serba kekurangan, tidak seperti pelajar bandar yang lebih terdedah dengan pelbagai bahasa.

    Pada masa sekarang, sekiranya tiada penguasaan bi yang baik, sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Tanpa penguasaan BI yang baik, kita semakin jauh ketinggalan di belakang kaum2 lain....

    Fikir2kan lah tindakan anda, untuk kebaikan bangsa sendiri.

    just 2cent.

    ReplyDelete
  7. lagi gambar...

    dalyaanoon.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Salam..mohon maaf mencelah tanpa izin..terlanjur di sini..mohon berbicara...tentang PPSMI..kenapa terlalu ghairah untuk dibubar?Apakah kesan nehatif terlalu banyak?Kenapa tak dilihat dari sudut yang positif..http://nuezaahra.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. martabatkan bahasa ibunda kita.

    ReplyDelete
  10. Biasalah media Umno-BN mana pernah paparkan cerita baik-baik tentang PR. Apa-apa pun tahniah buat PR atas kejayaan demonstrasi hari itu. Mudah-mudahan Istana tidak tuli dalam mendengar rintihan rakyat.

    'Salute' pada Dato' A. Samad Said. Biarpun dimamah usia, tetap bersemangat berarak membela bahasa bangsa sungguhpun ditembak dengan gas pemedih mata. Sesungguhnya perjuanganmu akan jadi inspirasi rakyat marhaen lain.

    farisariff.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. http://ikhwanhafiz.blogspot.com/2009/03/perjuangan-membantah-ppsmi-1.html

    http://ikhwanhafiz.blogspot.com/2009/03/perjuangan-membantah-ppsmi-2-akhir.html

    ini cerita pengalamanku chegu bard bergerak dr masjid negara

    ReplyDelete
  12. hahaha slipar paklah putus hahahaha lawak2

    ReplyDelete
  13. Anonymous said...
    oi brader. berhentila buat demo bodoh macam ni. Org melayu macam awak ni la yg buat negara kita mundur ke belakang. belakang cina & india. Nak agung2 kan sgt bahasa melayu kat mana pun boleh pakai? setakat nak eksyen kat indon bolehla. lebih dari tu jadila katak melayu bawah tempurung. Buka mata la sikit bodoh!
    ___________________________________________

    ini adalah contoh pengkhianat melayu secara terang-terangan

    ReplyDelete
  14. Menyampah betul aku tgk komen2 banggang yg pro PPSMI ni...

    Betul ke org luar bandar ketinggalan sebab tak belajar BI??

    Yg bercakap begitu, anak2 dari luar bandar ker? anak2 korang dapat pick up study dlm BI subjek Math & Scient ker?

    Buletin Labu bbrp bulan lepas ada siar statistik maklumat berkenaan prestasi Math & Scient dlm BI sekolah2 rendah kebangsaan di LAbu. Hanya 30% saja yg dapat pickup yg selebihnya kandas.

    Yg bercakap pro PPSMI ni dulu study Math & Scient dlm BM bukan? Bagus ke korang punya pencapaian Math & Scient???

    ReplyDelete
  15. Anonymous11:24 AM

    bodoh korang ni

    ReplyDelete
  16. Anonymous1:55 PM

    knp jepun atau korea boleh brjaya ngan bahasa ibunda dieorang...ape yg korang rase mundur sgt ngn bahasa mlayu ni???cube mntapkan bahasa inggeris tu melalui subjek tu sndiri,susah ker??? from mawardah rembau

    ReplyDelete
  17. aku cukup hormat pada dr.mahathir!Beliau seorang yang berpandangan jauh!Lihatlah kemajuan yang berlaku di Malaysia kini!Ini semua adalah idea2 beliau!Oleh itu saya menyokong penuh PPSMI kerana idea dan pandangan Dr.Mahathir adalah untuk masa depan bangsa Melayu sendiri!

    ReplyDelete
  18. Anonymous9:01 PM

    betul jugak apa kerismas cakap..saya setuju... kadang2 nak tergelak pun ada.. Kalau dibuat sesuatu dasar untuk kepentingan kemajuan orang melayu itu sendiri, ramai pulak yang membangkang tanpa mengambil kira aspek yang positif.. Kenapa ye... English ke Bahasa ke yang penting kita kena berusaha utk maju dgn cemerlang.. Melayu kena maju dalam setiap aspek.. Kita asyik membangkang itu dan ini, bangsa lain semakin maju dan kita semkin jauh ketinggalan... Sedih la...

    ReplyDelete