Thursday, March 05, 2009

Sah ! Kugam mati dibelasah dalam tahanan

Kugan yang mati - mati Polis serta puak puak Bn pertahankan kononya mati kerana sakit paru - paru berair dua hari lepas disahkan mati kerana kecederaan anggota dalaman yang amat teruk. Ini di sahkan melalui laporan bedah siasat yang dilakukan oleh seorang pakar patologi yang merupakan bedah siasat kedua selepas laporan bedah siasat yang pertama palsu.

sila klik sini untuk membaca lanjut.

Benarnya dakwaan cheGuBard dalam posting terdahulu jika Kugan mati 10 tahun dahulu mungkin kematiannya umpama mati katak tidak terbela. Tetapi nasib baik kini mood kebangkitan dan kesedaran rakyat tinggi. Kalaupun Kugan 'penjenayah' atau apa sahaja tuduhan bukan kuasa Polis untuk membunuh beliau dalam tahanan.

Sekarang dakwa polis terbabit, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negeri perlu mohon maaf terbuka. Dakwa juga mereka yang terbabit dalam bedah siasat palsu yang pertama.

2 comments:

  1. Polis tidak boleh bertindak sekaligus sebagai penguatkuasa, pendakwa, dan penghukum. Itu jelas. Sekalipun Kugan terlibat dalam jenayah curi kereta hukumannya tak sampai mati. Polis yang terlibat menyeksa Kugan - melihat kesan seksaan pada mayat Kugan, hendak saya terus bertanya: apakah kamu masih manusia? Tidak pernah aku melihat binatang buas menyeksa mangsa buruan sebegini rupa, sekalipun harimau - terkam tengkuk, mati, dan makan. Itu saja. Harimau pun tak menyeksa buruannya macam manusia laknat itu yang memakai seragam, siap dengan topi yang ada nama tuhan pula.

    Apakah mereka merasakan sendiri begitu hebat semata-mata kerana kita memberikan kuasa kepada mereka memegang pistol?

    Yang lebih kejinya, wujud cubaan menutup kes itu dengan usaha pihak hospital yang membuat autopsi pertama. Siap tuduh keluarga Kugan "mengubahsuai bukti" pula! Di mana nilai kemanusiaan doktor yang terlibat?

    Seram sekali ... pegawai kerajaan, hakim, polis, doktor .... semuanya terlibat dalam penghakisan nilai manusiawi di masyarakat. Orang yang menjunjung keadilan dilayan bak penjenayah, dihukum dengan undang-undang yang sepatutnya diperlakukan ke atas orang jahat. Macam mana kita nak mengajar anak kelak nanti ... apakah sampai kita nak bagi tau kecuali orang tua siapa siapa pun jangan percaya! cukup tertekan saya oleh perkembangan politik dari hari ke hari.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:54 PM

    Pegawai olis mana yang bangang sangat kata Kugan mati bukan dipukul, tp kerana penyakit paru-paru berair. Anjing punya polis. tipu rakyat hidup-hidup. Tetapi bila rakyat yg dah meluat maki polis seperti kejadian di depan pejabat SUK Perak tempoh hari, pandai pulak nak marah-marah.

    ReplyDelete