Ketika melayari internet sementara menunggu pesawat berangkat di LCCT untuk ke Sarawak, terbaca akhbar internet The Star versi Bahasa Melayu.
Tajuk utamanya ialah 'Saya nakhoda PAS - Nik Aziz' berita ini cara penulisanya jelas ingin mengharapkan pimpinan PAS bertelagah dan ingin rakyat percaya bahawa pertelagahan dalam umno adalah biasa kerana PAS juga begitu.
Umno kini agak 'tenat' namun mereka sudah pasti akan gunakan segala apa yang ada untuk menyelamatkan hanyat Umno. Antara yang pasti akan digunakan ialah cuba memecahkan parti lawanya. Maka itu kita perlu lebih hati - hati saat ini.
Dua hari lepas cheGuBard dihubungi oleh pimpinan AMK dari Kedah yang menyatakan bahawa mereka dihubungi oleh AMK pusat untuk menyatakan rasa 'tidak senang' AMK pusat apabila membaca blog ini yang tercatat program Anak Muda sempena pilihanraya Bukit Selambau pada 27 Mac. Kononya AMK pusat tidak senang kenapa cheGuBard boleh buat program atas nama 'anak muda' di Kedah ?
Program itu dibuat atas jemputan Dewan Pemuda PAS tempatan. Namun untuk elakkan masalah dan mencari jalan terbaik maka cheGuBard telah membatalkan progrfam yang sepatutnya dibuat di Dewan Peruda Sg. Petani itu. cheGuBard tidak ambil hati walaupun ini bukan kali pertama terjadi.
Sebagai balasanya cheGuBard, Bahagian Rembau akan membuat program besar menyambut Ketua Angkatan Muda keADILan Pusat ke Rembau 23 Mac ini. Telah disusun program hi tea pada petangnya dan ceramah umum malamnya.
Ketepikan perbezaan pendapat dan kepentingan individu. Rapatkan saf tentang kezaliman.
Sekarang ini tiga medan ; Batang Ai, Bkt.Selambau dan Bkt. Gantang didepan kita. Medan ini bukan setakat ujian atau referendum kepada Najib tetapi percayalah rakyat juga menjadikan tiga medan ini untuk melihat cara kita bekerja sama dan menjaga disiplin parti.
MINTA LALUAN PADA TUAN PUNY BLOG IAITU CHEGU BARD SEBAB NAK MINTA SEMUA PENGUNJUNG KE LAMAN BLOG
ReplyDeletehttp://federationofbloggers.blogspot.com/
KERANA ADA SEDIKIT PEMBERITAHUAN TENTANG RAKAN KITA.........
HARAP DAPAT BERTANDANG KE BLOG BERKENAAN
sam nie memang bebal...aku tengok dia berlari anak kejar nak salam dollah aritu pun aku tahu dia bebal...
ReplyDeletekena kepung ngan budak permuda umno aritu pun panik...
rupanya bukan saja Najib altantuya mengkudeta kerajaan perak...Samsul comel pun rampas kuasa AMK penang yer....
ReplyDeleteMaklumat : cikgu bulan lepas AMK ada buat program di Sarawak. Mula mula bincang dengan bahagian lanang peserta dan sedia dan pejabat Lanang boleh di pakai percuma tetapi malangnya last minit mereka tukar semua ketepi bahagian lanang dan buat dengan sewa trempat di YMCA SIBU... elok dpt free sewa pula ?
ReplyDeletekemudian kursus penyusunan teruk, dan yang laing best, saya terlibat beli barang RM399 tapi amk tak bayar bila minta bayaran dengan sungguh2 dia org minta saya beri bill RM1000 untuk dptkan rm399 saya balik, nampaknya amk pun sama dengan Umno yang boleh palsukan bil...
menengok gaya sam ni, dia nak masuk Umno tak lamo lai...zaman dia dah abis
ReplyDelete