Tuesday, January 30, 2007

Abdullah perlu contohi Ban Ki-Moon

Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) menggesa pemimpin negara ini mencontohi tindakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon yang memulakan kempen mempertingkatkan ketelusan badan dunia itu dengan mengisytiharkan harta milik diri dan keluarganya terlebih dahulu.

Ban Ki-Moon telah memulakan kempen mempertingkatkan ketelusan badan dunia itu dengan dirinya sendiri dengan melakukan pengisytiharan harta beliau dan keluarganya, semalam.

Berdasarkan laporan agensi berita Reuters, Ban Ki-Moon telah mengisi borang pengisytiharan harta beliau dan keluarganya sesuai dengan tekadnya mempertingkatkan ketelusan. .

“Malah lebih menarik lagi pengisytiharaan ini dibuat secara terbuka,” ujar Eksekutif Koordinator GERAK, Badrul Hisham Shaharin.

“GERAK juga berharap agar pimpinan negara ini turut mencontohi tindakan tersebut.

“Kempen mempertingkatkan ketelusan dan anti rasuah kerajaan akan hanya menjadi bahan ketawa selagi Perdana Menteri dan keluarganya serta menteri-menteri kanan gagal mengisytiharkan harta mereka,

“Malah, terlalu banyak laporan salahguna kuasa terhadap pemimpin kanan kerajaan termasuk ahli keluarga Perdana Menteri sendiri, gagal disiasat oleh pihak berkenaan.”

Semenjak April, PBB itu telah mensyaratkan semua kakitangan kanannya untuk mengisi borang pengisytiharan harta, berikutan pembongkaran dan penyiasatan skandal “Oil-For-Food Program” untuk Iraq dan beberapa tuduhan yang mengaitkan badan dunia itu dengan korupsi.

Abdulllah sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pernah dikaitkan dengan skandal tersebut. (zul malaysiatoday.net)

berita berkaitan : Setiausaha Agung PBB sudah Dollah bila lagi.

Monday, January 29, 2007

Siasatan 'cuai' kes Man Dato', penjelasan Peguam Negara dan polis dituntut

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - Keputusan pembebasan, Azman Ismail (Man Dato') oleh Mahkamah Tinggi Ipoh Rabu lalu, telah menimbulkan 'polemik intergriti' membabitkan pasukan polis dan Peguam Negara setelah pengendalian siasatan kes pembunuhan Mohd Hosni Fadzil Mohd Amin dikatakan amat longgar.

Mahkamah Tinggi Ipoh telah melepas dan membebaskan Man Dato' anak bekas Dato' Bandar Ipoh, Dato' Ismail Shahbodin bersama empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan, Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, pada tahun 2003 tanpa dipanggil membela diri.

Sehari kemudiannya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kelemahan yang berlaku dalam siasatan kes bunuh itu disengajakan.

Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) memandang serius kenyataan Ketua Polis Negara serta kelemahan pengendalian pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara itu dan meminta penjelasan terhadap kecuaian tersebut, kata Pengarah Eksekutifnya, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini dalam mengulas isu pembebasan Man Dato' dan empat rakannya dari tuduhan membunuh setelah mahkamah mendapati pengendalian kes pembunuhan tersebut terlalu cuai menyebabkan bukti sukar diperolehi.

"Atas faktor yang disebut Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Dato' VT Singham, dan melihat seorang tertuduh Man Dato' (anak bekas Datuk Bandar Ipoh), Peguam Negara dan PDRM tidak boleh mengelak dari persepsi orang ramai mengenai kemungkinan kecuaian yang terjadi dalam proses pendakwaan itu disengajakan," dakwanya.

Hilang percaya

Gerak kesal dengan perkembangan tersebut, dan Peguam Negara serta pihak Polis seharusnya memberikan penjelasan teliti bagaimana ’kecuaian’ itu boleh berlaku.

"Dan jika ’kecuaian’ ini disengajakan kerana pengaruh dan salah guna kuasa (korupsi), ia amat serius kerana ia turut melibatkan nyawa remaja yang berumur 21 tahun yang terbunuh dalam kejadian pada tahun 2003 itu,"katanya tegas.

Penjelasan teliti perlu dibuat kerana kes tersebut bakal menambahkan lagi kecurigaan dan ketidakpercayaan orang ramai kepada institusi penting dalam sistem perundangan negara, kata Badrul Hisham.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak berkuasa secara serisu menyiasat dan memberi penjelasan terhadap 'kecuaian' yang dinyatakan, malah pihak Peguam Negara dan polis perlu segera mengatasi kecurigaan yang telah timbul berikutan keputusan kes ini<>

Man Dato'bebas

Rabu lalu (24 Januari 2007) Hakim Makhamah Tinggi Ipoh, Dato' V. T. Singham, dalam penghakimannya menyatakan terdapat banyak persoalan yang timbul jika meneliti laporan proses penyiasatan polis.

Beliau berkata, proses siasatan polis dalam kes berkenaan telah menimbulkan banyak tanda tanya manakala pihak pendakwaan pula lemah.

Katanya, keseluruhan siasatan polis berhubung kes itu boleh dipersoalkan kerana ia dilaksanakan dalam keadaan yang tidak memuaskan.

Dalam alasan penghakimannya bagi membebaskan ‘Man Dato' dan empat rakannya, Singham antara lain mempersoalkan:

PDRM dan Peguam Negara cuai?

* Mengapakah pihak polis mengambil masa hingga enam hari untuk ke lokasi kejadian bagi melakukan ujian forensik?

* Proses bedah siasat ke atas mangsa bunuh hanya dilakukan oleh seorang pembantu hospital dan bukan pakar patologi.

* Pendakwa enggan menyatakan nama seorang lagi suspek yang masih bebas dalam kertas pertuduhan sedangkan lelaki itu disyaki suspek utama kes pembunuhan itu.

* Timbul keraguan ujian profil DNA yang dibuat oleh pakar forensik yang baru lima bulan pulang dari Australia dan ia merupakan kes pertama yang dianalisis oleh beliau.

* Analisis DNA yang dibuat melalui komputer meragukan sama ada ia dibuat oleh pakar itu sendiri atau pembantunya.

* Keputusan DNA tidak membantu pendakwaan kes itu berikutan keterangan perubatan dibuat secara terbuka.

* Banyak barang kes di tempat kejadian pembunuhan tidak diambil dan disiasat oleh polis sedangkan ia boleh menjadi bahan bukti. Dalam kesimpulan penghakimannya, Singham turut menyifatkan kes ini merupakan kes paling cuai yang dikendalikan oleh Peguam Negara.

Peguam Negara Fail RayuanM

Sementara itu semalam, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membebas dan melepaskan anak ‘Man Dato’ serta empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar, Mohd. Hosni Fadzli pada 2003.

Notis tersebut dihantar ke pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, petang semalam untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendaftar, Salha Hamzah yang mengesahkan menerima notis rayuan itu berkata, notis berkenaan telah difakskan ke Mahkamah Tinggi Ipoh oleh Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Katanya, rayuan kes itu akan didengar di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

‘‘Jadi rayuan itu akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas selesai pengumpulan rekod-rekod rayuan,” ujarnya dalam satu laporan akhbar hari ini.

KPN beri amaran

Ekoran dari itu juga, Ketua Polis Negara mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kelemahan yang berlaku dalam siasatan kes bunuh itu disengajakan.

Beliau telah memberi amaran akan bertindak tegas ke atas para pegawai yang terlibat dalam penyiasatan kes itu dan tindakan akan diambil jika mereka cuai dalam menjalankan siasatan kes bunuh tersebut.

Bapa mangsa, Mohd Amin Mohd Ibrahim, 54, yang kehilangan anak kesayangannya, Mohd. Hosni Fadzli, setekah dilaporkan dibunuh pada tahun 2003 lalu percaya cahaya keadilan mutlak akan menjelma.

Beliau percaya ia akan menjadi kenyataan selepas KPN memberitahu, polis akan melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti kelemahan yang berlaku dalam siasatan.

Menurutnya, kenyataan tegas KPN itu seolah-olah memberi cahaya dalam usaha menyerlahkan keadilan sebenar kes tersebut yang mendapat liputan meluas.

“Saya rasa terbela dengan kenyataan itu dan merasai cahaya keadilan akan menyerlah juga dalam usaha membela arwah anak saya,” katanya dalam satu laporan akhbar hari ini.

Beliau yang bekerja sebagai pemandu lori bersyukur dengan reaksi positif yang diberikan oleh Musa.

Azman bersama Mohd Shafiq Azreen Mohd Salleh (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, (Tony); Mohd Faizal Radzali (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan (Adik), bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, dituduh membunuh Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin dengan membelasah termasuk menendang dan memijak mangsa sehingga mati di Ikhwan Auto, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta, di sini antara 3 pagi dan 10 pagi 22 Disember 2003./wann.

PETIKAN DOKUMEN YANG DIKLASIFIKASIKAN OSA


Sammy Vellu (menteri yang bertanggungjawab memastikan kebajikan para kapitalis pemegang konsesi tol) sudah mula bising - bising, kerana beliau kehilangan fail / dokumen rahsia dari pejabatnya. Dia jadi lebih marah apabila dokumen rahsia yang hilang itu tiba tiba muncul di tangan Tian Chua dalam satu sidang media anjuran PROTES di Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat. Apa dokumen sulit yang menyebabkan Sammy Vellu marah sangat itu ?

Di atas ini merupakan petikan dokumen yang diklasifikasikan sulit di bawah akta rahsia rasmi kerajaan (OSA) ....sila baca kenyataan rasmi GERAK berkenaan isu ini.

Kemarahan Sammy Vellu itu disambut dengan laporan polis oleh Seketeriat Melayu Muda pada 27 Januari 2007 di Balai Polis Brickfields. Sammy Vellu juga turut telah 'mengarahkan' peguam negara untuk tangkap pencuri dokumen sulit itu ?

Friday, January 26, 2007

Bagaimana Malaysia meminjam USD 50 bilion secara bayangan sahaja.

Pada 15 Jun 2006, Reezal Merican Naina Merican telah menghantar satu pucuk surat kepada Datuk Zamani Abdul Ghani, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia. Surat itu adalah mengenai sejumlah USD50 bilion yang diperlukan oleh Malysia untuk membiayai pembangunan negara.

Sekiranya anda terlupa, baru-baru ini Malaysia telah melancarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang sepatutnya berjadual daripada 2006 hingga 2010 dan dikatakan memerlukan kos RM200 bilion. Apa yang tidak diketahui ramai, ialah Malaysia sesungguhnya tidak mempunyai wang sebanyak RM200 billion untuk membiayai RMK9.

Siapakah dia malaun yang bernama Reezal Merican dan apakah kuasa yang dimilikinya memberi arahan kepada Timbalan Gabenor Bank Negara? Reezal Merican ialah salah seorang daripada budak-budak di ‘Tingkat Empat’ dan memegang jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia. Reezal tercanguk di jawatan itu bukanlah kerana kebolehannya tetapi kerana dia merupakan salah seorang ‘khadam’ ataupun budak suruhan Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri yang mahu dia di sana untuk membuka mata dan telinga bagi pihak Khairy.

Tugas Reezal Merican bukanlah untuk melapurkan apa sahaja kepada Khairy dan menjaga Menteri Kewangan II untuk melentokkannya, tetapi juga menentukan agar Khairy dapat membaca segala lapuran dan surat-surat sebelum ia tiba di meja Menteri Kewangan II. Apabila semua surat itu sampai ke meja menteri kewangan II setiap dokumen yang penting sudah dibaca dulu dengan komen tertentu tertulis di atasnya dengan arahan projek mana dan kontrak mana yang perlu diberikan kepada syarikat tertentu. Dengan kata lain, segala projek sudah siap dibahagi-bagi sebelum menteri kewangan II dapat melihat kertasnya.

Untuk melencong sedikit, sebelum Abdullah Ahmad Badawi membentangkan RMK9 di Parlimen untuk didebat dan diluluskan, ada satu salinan yang telah diserahkan kepada Menteri Kewangan II. Atas salinan awal berkulit keras itu dan pada setiap projek yang tersenarai dalam RMK9, sudah ada arahan bertulis tangan Khairy memberi arahan syarikat mana yang patut diberikan projek tertentu. Abdullah Badawi membentangkan RMK9 hanya sebagai satu formaliti sahaja. Semua kontraktor sudah memulakan persiapan mereka walaupun Parlimen belum selesai memberikan perkenan terhadap projek tersebut.

Ada pihak yang menyebut bagaimana Menteri Kewangan II begitu naik marah. Apapun, dengan adanya malaun seperti Reezal Merican yang sentiasa mengawasi pergerakan beliau, apakah yang boleh dibuatnya? Dia hanya boleh naik geram dan tidak lebih dari itu, jika tidak khidmatnya akan ditamatkan apabila tamat temphonya perlantikannya. Jadi tentu anda faham sekarang kenapa dia dapat lanjutan khidmatnya baru-baru ini. Ini berlaku kerana dia bijak tidak menolak Khairy; sebaliknya akur dengan apa sahaja yang Khairy mahu. Ini adalah satu rahsia bagaimana mengekalkan jawatan anda.

Itu sebabnya semua orang mengidam mahu berada di anjung kuasa. Ia diiringi kuasa yang besar dan lesen untuk mengelak dihukum kalau membunuh pun (dan di Malaysia frasa ini bukan sahaja satu cakap-cakap sahaja malahan boleh dianggap betul-betul, kalau anda faham apa yang saya maksudkan).

Apapun, itu hanya satu kisah lain. Apa yang mahu kita bincangkan di sini ialah surat bertarikh 15 Jun, 2006. Reezal Merican berkata dalam surat itu bahawa dia menerima arahan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Abdullah Ahmad Badawi. Surat itu merujuk kepada pembiayaan bernilai USD 50 bilion yang diperlukan untuk mengongkosi RMK9 yang memerlukan RM200 bilion.

Jumlah USD25 bilion itu adalah dirancang akan diperolehi daripada 25 bank utama tetapi akan disalurkan melalui satu syarikat swasta berstatus ‘private limited company’ bernama Asasatu Technology Sdn Bhd. Ada nama Ir. Hj Zubir bin Hj Ahmad yang disebut dalam surat itu sebagai Managing Director syarikat tersebut. Wang USD50 bilion itu akan disalurkan melalui syarikat swasta ini dan bukan dihantar terus kepada kerajaan Malaysia. Ini bererti secara rasminya Malaysia tidak meminjam duit. Wang pinjaman itu dibuat oleh satu syarikat sendirian berhad.


Yang menariknya dalam keseluruhan urusan itu, mengikut catatan Pendaftar Syarikat, Asasatu Technology Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berpangkalan di Permatang Pauh di Pulau Pinang, yang dalam proses menggulung tikar. Betul benar, syarikat yang sedang membuat urusan meminjam USD50 bilion untuk kerajaan Malaysia adalah sebuah syarikat yang sedang mahu tutup. Alangkah hebatnya kisah itu. Bagaimana mungkin syarikat yang mahu gulung tikar digunakan sebagai alat untuk kerajaan Malaysia merundingkan satu perkara yang sungguh penting seperti mendapatkan dana untuk membiayai RMK9?

Kali terakhir Asasatu Sdn Bhd menyerahkan lapurannya ialah pada 31 Disember 2000. Sejak itu tidak ada lagi lapuran akan yang diserahkan. Pada 2000 aset tetap syarikat dikatakan berjumlah RM524,248.00 dengan aset semasa bernilai RM1,976,421.00. Akan tetapi tanggungan semasa syarikat ialah RM1,071.641.00 dan tanggungan jangka panjang sebanyak RM321,756.00. Keuntungan tahun itu ialah RM39,512.00 dengan keuntungn terkumpul sebanyak RM125,272.00. Ini bukannya satu syarikat yang harus digunakan oleh Malaysia untuk mendapatkan USD50 bilion bagi tujuan mendapatkan dana bagi pojek sepenting RMK9.

Kita tidak tahu apakah angka kewangan yang terkini tetapi oleh kerana syarikat sedang bersiap mahu gulung tikar, kita boleh mengagak sudah tentu sejak 2001 syarikat ini tidak boleh kemana-mana. Ir. Hj Zubir Hj Ahmad yang disebut dalam surat bertarikh 15 Jun, ialah seorang pengarah syarikat dan memiliki 1,990,000 saham sedangkan Rosni binti Rahmat, seorang pengarah yang lagi satu memiliki 20,000 saham.

Yang menjadi lebih menarik ialah nama agen yang akan mengatur pinjaman kewangan dan disebut dalam surat itu sebagai Union Financial Services Corporation di Sydney, Australia . Alamat syarikat ialah PO Box A2286. Jadi tidaklah mudah mengesahkan apakah syarikat ini satu syarikat peti pos sahaja ataupun satu syarikat pengurusan dana yang berlesen. Mengambil kira bahawa kita bercakap mengenai keperluan biaya projek Malaysia untuk lima tahun sehingga 2010, tentulah seram kita dibuatnya. Ini bererti pinjaman bernilai USD$50 billion yang diperlukan oleh Malaysia sedang diuruskan oleh sebuah syarikat yang dikenali melalui petipos dan sebuah syarikat sendirian berhad di Malaysia yang sedang bersiap
mahu gulung tikar.

Dua minggu sebelum 15 Jun 2006, yakni pada 30 Mei 2006, Asasatu Technology Sdn Bhd telah menulis kepada Abdullah Ahamd
Badawi satu surat menawarkan USD50 bilion dan menyebut dalam surat itu bahawa rakan niaga mereka Union Financial Services Corporation. Surat itu telah ditandatangai oleh Ir. Hj Zubir bin Hj Ahmad. Ada seorang yang bernama Roland Bueyer telah disebut sebagai President of Union Fincancial Services Corporation. Surat Reezal Merican bertarih 15 Jun 2006 adalah satu jawapan kepada surat bertarikh 30 Mei 2006.

Malahan sebelum itu, pada 22 Februari 2006, ada satu syarikat bernama Project Equity Services Group daripada Singapura telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Men
teri dan Gaboner Bank Negara merujuk kepada satu pertemuan pada 25 Oktober di Bank Negara. Surat itu menyebut nama semua yang hadir dalam pertemuan itu.

Apa yang harus dirakamkan di sini ialah surat bertarikh 22 Fberuari 2006 menyebut bahawa keseluruhan urusan ini mestilah dilaksanakan melalui Hj. Zubir bin Hj Ahmad, Managing Director Asasatu Technology Sdn Bhd. Ia juga menyebut bahawa ini adalah juga permintaan yang dibuat oleh Bank Negara. Ini bererti Bank Negara telah mensyaratkan agar Asasatu Technology menjadi proksi kerajaan Malaysia.

Pinjaman USD50 bilion itu perlu dibayar balik dalam masa sepuluh tahun dan dikenakan faedah tahunan antara 2.88% hingga 3.5%. Tentunya ia mesti dibayar balik dalam bentuk US Dollar dan mengikut apa juga kadar perukaran matawang pada waktu yang terbabit. Ini bererti USD50 bilion itu terdedah kepada turun naik matawang dan risiko pertukaran wang.

Kalau dibaca ketiga-tiga
surat berkenaan adalah jelas Bank Negara sudahpun bersetuju agar satu syarikat sendirian berhad yang sedang mahu gulung tikar digunakan untuk mendepani pinjaman USD$50 bilion dan syarikat ini akan menjadi proksi kerajaan Malaysia supaya tidak jelas bahawa Malaysia yang meminjam USD50 bilion daripada luar negara.

Kedua, keseluruhan pekej pinjaman ini telah didalangi oleh satu syarikat broker Singapura, tetapi sebagai helah tidak mahu mendedahkan nama Singpura, takutkan ada jari telunjuk diarahkan kepada anak menantu Perdana Menteri, makanya mereka rancang gunakan satu syarikat petipos Australia menjadi ‘partner’ kepada syarikat (yang sedang gulung tikar) di Malaysia.

Ketiga, kerajaan tidak mahu meminjam secara rasmi kerana itu si peminjam terpaksa mengikat konsep ‘mama-papa private limited company’ yang bernama Asasatu Technology Sdn Bhd. Ini akan menunjukkan kerajaan Malaysia adalah lebih bersih dari bersih dan le
bih putih dari putih.

Akhirnya jelaslah, apabila kerajaan Malaysia mengumumkan jumlah RM200 bilion untuk RMK9 di Parlimen, dan menyatakan mereka tidak pun punyai wang itu untuk membiayai projek tersebut. Akan tetapi kerana tidak mahu memaparkan negara sedang meminjam dollar Amerika yang ada kadar faedahnya, termasuk dikenakan peraturan turun naik matawang bagi membiayai rancangan pembangunan negara, mereka gunakan satu syarikat kecil sebagai topeng dan syarikat topeng itu menggunakan pula satu syarikat peti pos Australia yang sememangnya mendapat sokongan Singapura.

Dengan lain perkataan, melalui tipuhelah menggunakan beberapa lapis syarikat topeng dan syarikat peti pos, Singapura sebenarnya yang mengongkosi pembangunan Malaysia yang diwarwarkan sebagai Rancangan Malaysia Kesembilan ataupun RMK9."

'terjemahan marhain tua'

p/s : sila klik pada gambar dokumen untuk melihat dokumen yang lebih jelas.... tolong sebarkan ....

Saya tidak yakin dengan BPR : Datuk Ishak

Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail tidak bercadang membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaannya terhadap abang Menteri Besar Negeri Sembilan, kerana beliau “tidak yakin ia akan membawa sebarang hasil”.

Baru-baru ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mencabar orang ramai membuat laporan kepada BPR jika mereka mempunyai bukti bahawa abangnya Datuk Azman Hasan mencampuri pentadbiran kerajaan negeri.

Awal bulan ini ada pihak tertentu menconteng dinding beberapa bangunan di sekitar Seremban, menuduh Azman Hasan, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, mengganggu urusan kerajaan negeri.


Ishak berkata, sebelum ini, beliau pernah membuat laporan kepada BPR berhubung dakwaan seorang bekas ahli Exco kerajaan negeri telah menyelewengkan pungutan derma untuk pertubuhan anak yatim “tetapi hingga sekarang belum diketahui kedudukannya”.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng itu berkata, beliau membuat laporan tersebut lima tahun lalu, tetapi sehingga hari ini beliau tidak mengetahui hasil siasatan BPR terhadap laporan tersebut.

Ishak mendakwa, bekas exco tersebut telah membuat jamuan sambil memungut derma kononnya untuk disumbangkan kepada pertubuhan anak yatim di Negeri Sembilan.

Pungutan derma

Bagaimanapun, beliau mendakwa, pungutan derma tersebut tidak disumbangkan kepada pertubuhan anak-anak yatim terbabit.

Ishak berkata, beliau mendapat maklumat mengenai salahlaku Exco terbabit setelah membuat siasatan ke atas pertubuhan berkenaan.

Mengenai isu yang membabitkan abang Menteri Besar itu, Ishak mempertahankan dakwaannya bahawa Azman sering mengarahkan jabatan kerajaan supaya memberikan kontrak kepada kroninya.

“Tidak ada sebab lagi untuk saya membuat aduan BPR kerana kes yang membabitkan bekas Exco itu tidak diambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi malaysiakini.

Ishak berkata, apabila beliau bertanyakan mengapa perkara itu berlaku, pegawai-pegawai BPR Negeri Sembilan memberitahu ia tidak diteruskan kerana arahan pihak atasan.

Sementara itu, Pengarah BPR negeri, Mohd Yusoff Md Zain enggan mengulas mengenainya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan, Ariffin Berham mendakwa pergerakan itu pernah cuba menghantar nota bantahan mengenai campurtangan Azman kepada Menteri Besar, tetapi tidak berjaya walaupun temujanji awal telah dibuat.

“Datuk Seri Mohamad berkata, beliau mahu laporan mengenai kes rasuah abangnya tetapi apabila Angkatan Muda PKR mahu menghantar nota bantahan, beliau tidak mahu dan takut menerimanya,” katanya.

Thursday, January 25, 2007

Skandal kewangan terbesar : Khairy bakal sapu RM 875 juta


Bila pula penafian Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi dipandang serius oleh rakyat Malaysia, termasuk bila dia nafi negara tak ada duit dan terpaksa pinjam sebanyak RM175 bilion untuk tampung projek di bawah RMK9? Memang tabiat Pak Lah untuk nafikan segala kritikan kepadanya walaupun kadang-kadang dia sendiri tidak tahu hujung pangkal perkara yang dinafikannya.

Pak Lah nafi Khairy Jamaluddin jadi penasihatnya. Memang betul, Khairy tidak perlu menasihatkan pak mentuanya kerana apa saja keputusan Khairy sudah menjadi keputusan kerajaan, jadi tak perlu nasihat lagi. Pak Lah nafi kata Khairy dan anaknya, Kamaluddin minta projek daripadanya.

Betul kata Pak Lah itu, kerana Khairy dan Kamal tak perlu minta projek daripada Pak Lah yang selalu tidur dalam mesyuarat itu kerana dua anak muda billionaire itu boleh putuskan sendiri projek mana yang mereka dan kroni mahu bolot, tak perlu minta-minta lagi!

Sekarang, Khairy gunakan balacinya, Reezal Merican untuk dapatkan 0.5 peratus daripada RM175 bilion itu, dan dimasukkan dalam kantung peribadi mereka, dan dengan itu mudahlah Khairy mencapai matlamatnya jadi Perdana Menteri dalam usia paling muda, di bawah 40 tahun, apatah lagi apabila saingan terdekatnya, Najib Razak sedang menggelepar kepanasan! Bagi Khairy, apa saja boleh walaupun menggunakan syarikat yang banyak masalah dan hampir (sudah?) bankrap. Cuba kira berapa yang Khairy akan dapat nanti: yakni RM875 juta! (detikdaily)

baca artikel berkaitan di laman GERAK : Skandal Kewangan Terbesar

NS must cry for Ili Ameera

AS a father, I feel a lot for Azlan Jaafar and deeply share his grief and sorrow. I believe many of you, even if you do not have children, will understand a father’s grief at losing a child and at losing one in such tragic fashion.
Azlan’s 17-year-old daughter, Ili Ameera, went for her National Service (NS) training. She never came back. Last Thursday, she died as she was being rushed to the Malacca Hospital after experiencing breathing difficulty at the Ayer Keroh training camp.

For Azlan and his wife, their loss is perhaps more devastating than the American parents who have to send their son to war-torn Iraq. At least, for the Americans, they are made
aware of the possibility that their beloved son or daughter may never return. That is after all, a war zone!

But for the Malaysian parents, their daughter was enrolled on a programme aimed supposedly at promoting national unity. They did not enlist her to fight in the battlefield. Yet, their little girl never came back.

Ili Ameera’s death raises a lot of questions on the NS programme. How, why did it happen? What is the medical aid available at the NS camps during an emergency? Are all the trainees certified medically fit before they are enlisted? Are parents made aware of what their children have to undergo during NS training?

The RM500 million NS training programme is now in its fourth year. This year, a total of 34,318 youths are enrolled for the NS programme to be held at 78 camps nationwide.

With so many things going wrong right from the start in 2004 and also this year, culminating in the death of Ili Ameera last week, the NS programme comes under heavy criticism again and rightly so too.

Sometimes, it is very difficult to comprehend why a plan that aims to mould our young people into loyal, patriotic, responsible and wholesome citizens be that bad?

That can't possibly be. But it's true.

It was unfortunate indeed that the NS, with all its noble aims and objectives, got off to such a bad start. The inaugural NS programme, launched on Feb 16, 2004 and i
nvolving 85,000 youths born in 1986 was fraught with problems from the onset.

Apart from sexual related problems, there were also accusations of physical assault, theft and drug abuse.
to read more pls click

Wednesday, January 24, 2007

Malam Reformis Dalam Kenangan

Gelombang Reformasi yang melanda negara bermula tahun 1998 adalah salah satu detik yang penting dalam sejarah perjuangan rakyat.

Gelombang Reformasi tidak akan wujud tanpa titisan keringat insan pencinta demokrasi dan kebebasan.

Dalam memperjuangkan reformasi, tidak kurang yang telah pergi meninggalkan kita. Antaranya ialah Omar Tan, Mgg Pillai, Hajjah Ning, Ustaz Fadzil Noor, Haji Taib, Cikgu Non dan lain-lain.

Cetusan idea "Malam Reformis Dalam Kenangan" lahir daripada kesedaran pentingnya untuk kita memperingati mereka ¨C Reformis Tulen, yang telah meninggalkan kita dengan sumbangan masing-masing, justeru dijadikan teladan dan dijanakan sebagai tenaga penggerak untuk terus mara ke depan.

Dengan ini ingin kami menjemput saudara/saudari untuk hadir ke "Malam Reformis Dalam Kenangan" pada 26 Jan (Jumaat), jam 8:30pm, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Dato Seri Anwar Ibrahim, penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) juga akan hadir sebagai salah seorang pemidato pada malam tersebut. Program selainnya adalah termasuk nyanyian, sajak dan pengkisahan yang mengisahkan pengorbanan perjuangan aktivis reformasi.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi setiausaha jawatankuasa "Malam Reformis Dalam Kenangan", saudari Ginie Lim 012-6693453 atau Nasir Isa 0193999744.

Call for Application for the Gwangju International Internship Program 2007

with Amin Iskandar and Athia in front of PSPD, Seoul office

We are pleased to announce a call for application for the Gwangju International Internship Programme on Human Rights 2007. This programme is conducted by The May 18 Memorial Foundation based in Gwangju City, South Korea. The Foundation was founded with the funds from Gwangju citizens, sympathetic overseas Koreans, and from individuals who sacrificed and got indemnification from the government. It was created on August 30, 1994 by people who believe it's important to keep the ideas and memories of the 1980 May 18 Gwangju Democratic Uprising alive and remembered. Read more the information at the attached files or cut and paste this link in your browser:
http://eng.518.org/main.html?TM18MF=B04&bc_table=ENG_NOTICE&amp;amp;amp;form_act=V&bnum=20&page=1


Note: The May 18 Memorial Foundation is preparing for the celebration and commemoration of the Gwangju Democractic Uprising of 1980. Different events and celebrations are slated for this year 2007. Please visit the English section of our website at www.518.org for more information.

Best regards,
Amin Iskandar Coordinator of International Exchange Program

Email: amin.iskandar@gmail.com
Mobile: +8210-5696-0518

if in case anyone want a support latter or any assistant can contact me at 0176688404 or email me at badrul_angkatanmuda@yahoo.com

Gwangju Prize for Human Rights Award 2007

with Mr Chan Ho Kim, International Corporation team, The May 18 Memorial Foundation

We are pleased to announce call for nomination of the Gwangju Prize for Human Rights 2007.

What is Gwangju Prize for Human Rights?

Gwangju Prize for Human Rights Award 2007

The Gwangju Prize for Human Rights Award was established to celebrate the spirit of the May 18 Gwangju Uprising by recognizing both individuals, groups or institutions in Korea and abroad that have contributed in promoting and advancing human rights, democracy and peace in their work. The prize is awarded by the citizens of Gwangju in the spirit of solidarity and gratitude from those whom they have received help in their struggle for democratization and search for truth. It is hoped that through this award the spirit and message of the May 18 will be immortalized in the hearts and mind of humankind.

The previous winner of Gwangju Prize for Human Rights are:

1) 2000 : Xanana Gusmao (President of East Timor)
2) 2001 : Basil Fernando (Executive Director of AHRC, Hong Kong)
3) 2002 : Korean Association of Bereaved Families for Democracy (South Korea)
4) 2003 : Dandeniya Gamage Jayanthi (Monument for The Disappeared, Sri Lanka)
5) 2004 : Aung San Suu Kyi (NLD General Secretary, Burma)
6) 2005 : Wardah Hafidz (UPC General Secretary, Indonesia)
7) 2006 : Angkhana Neelaphaijit (Thailand) and Malalai Joya (Member of Parliament, Afghanistan)

To read more about Gwangju Prize for Human Rights 2007, please click here.
The nomination form are attached above.

If you have question regarding this, don't hesitate to contact:

Sangseon Kim or Marj Ibanez

also can contact badrul_angkatanmuda@yahoo.com for any assistant

Tuesday, January 23, 2007

Bantuan banjir: Exco kerajaan Negeri Sembilan berbohong-AMK

NEGERI SEMBILAN: Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ir Jamlus Aziz telah berbohong bahawa tidak wujud halangan oleh pihaknya terhadap pasukan bantuan Angkatan Muda Negeri Sembilan (AMKNS) untuk membantu mangsa banjir negeri itu, kata Setiausahanya, Amiruddin Abd Wahab.

Menurut Amiruddin, kenyataan Jamlus bahawa pendedahan awal AMKNS mengenai halangan pihak tertentu terhadap pihaknya sebagai bermotifkan politik semata-mata, sebagai satu pembohongan.

Malah, katanya Jamlus juga berbohong apabila mengatakan bantuan pembangkang hanya tiba selepas banjir reda dan hanya memilih kawasan yang ada pengikut parti itu sahaja.

“Angkatan Muda keADILan Negeri Sembilan dengan ini menyangkal kenyataan bohong tersebut,” tegasnya dalam kenyataan kepada Malaysia Today.

Kenyataan Jamlus tersebut telah siarkan dalam Utusan Malaysia, 10 Januari lalu.

Menurut Amiruddin, adalah jelas bantuan AMKNS di Felda Sungai Kelamah, Gemas pada awal kejadian banjir lalu, telah dihalang oleh ahli JKKK yang juga pemimpin Umno setempat.

“Ketua Kampung sendiri menyatakan yang mereka telah menerima arahan untuk tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak khususnya parti politik,” jelasnya.

Selain itu, dipercayai polis Cawangan Khas digunakan untuk menghalang bantuan tersebut dengan merakamkan gambar penerima bantuan yang menyebabkan mereka takut menerima bantuan pembangkang.

Mengenai tuduhan Jamlus, pembangkang hanya tiba selepas banjir reda, Amirudin berkata pihaknya ialah pasukan bantuan pertama yang tiba di Pusat Pemindahan, Felda Sungai Kelamah.

“Ini diakui sendiri oleh beberapa penduduk kampung yang ditemui dan mengatakan mereka berpindah sendiri dan belum mendapat apa-apa bantuan sehingga kami sampai,” ujarnya.

Malah, jelasnya pihaknya terus menghulurkan bantuan melalui kerja-kerja pembersihan selepas banjir, meskipun dengan tenaga dan kewangan yang terhad.

Dalam hal ini, katanya, Barisan Nasional (BN) gagal bersikap terbuka dalam membantu mangsa banjir, sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan politik.

Dalam pada itu, Amiruddin merakamkan ucapan terima kasih kepada Telekom Malaysia dan TV3, yang telah menyenaraikan Pusat Aduan Rakyat, Angkatan Muda keADILan sebagai antara organisasi yang turut menyumbang bantuan kepada mangsa banjir.

UMNO JOHOR PUN BANJIR DI BATU TALAM?

Di Johor banjir, di Batu Talam pun banjir. Inilah yang sedang menghantui UMNO Johor. Sudah tiba rakyat Johor menilai dan muhasabah terhadap apa yang berlaku. Tinggalkanlah UMNO...

Rujuk blog
http://mimpiboneka.blogspot.com/

Wednesday, January 17, 2007

AMNS hantar nota bantahan kepada Menteri Besar

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Cabaran terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohammad Hassan supaya pihak yang menuduh bahawa keluarganya campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri disambut dengan satu perhimpunan aman di hadapan pejabat MB hari ini.

Perhimpunan aman itu disertai oleh pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPNS) dan Angkatan Muda KeADILan Negeri Sembilan (AMKNS) dan kira-kira 50 aktivis anti korupsi dan kronisme di kalangan pemuda kedua-dua parti pembangkang.

Harakahdaily difahamkan ketika ini perhimpunan telah dimulakan dengan pihak pihak polis ditempatkan di setiap penjuru pejabat MB Negeri Sembilan bagi menghalang perjalanan perhimpunan aman dan penyerahan memorandum kepada MB.

Perhimpunan aman itu dikepalai Pengarah Pusat Aduan Rakyat Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin, Ketua Angkatan Muda Negeri Sembilan Ariffin @ Rebin Berham dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani selain barisan kepimpinan kedua-dua pergerakan.

Tuntut penjelasan

Menurut Mohd Taufek, penyerahan memorandum itu diadakan bagi menuntut penjelasan dan kebertanggungjawaban Mohamad terhadap tuduhan keterlibatan abangnya, Dato' Azman Hassan dalam pentadbiran kerajaan negeri serta dilantik ahli Majlis Perbandaran Nilai (MPN) seperti yang didedah Adun Lenggeng, Dato' Ishak Ismail.

"Kita telah lihat sebelum ini kes campur tangan keluarga Adun Pelabuhan Klang, Dato' Zakaria Darus dalam Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan ianya telah diambil tindakan, tetapi dalam pentadbiran Negeri Sembilan keterlibatan keluarganya yang dilantik sebagai ahli MPN ditutup begitu sahaja.Ini perlu kepada satu tindakan dan siasatan oleh BPR bagaimana keluarga MB boleh dilantik menjadi ahli majlis," katanya.

Selain itu katanya kenyataan secara terbuka Ishak dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan tahun lalu mengenai keterlibatan keluarga MB dalam pengagihan kontrak dan menekan kakitangan awam perlu disiasat oleh BPR dan pihak berkuasa yang lain.

Dalam memorandum yang sama DPPNS dan AMKNS juga mendedahkan isu penggunaan wang dana kemiskinan oleh MB bernilai RM4.5 juta seperti yang dilapor Audit Negara bagi tujuan membaiki rumah MB itu tahun lalu.

"Tidak perlu tunggu hingga ada satu laporan khas diserah kepada BPR atau sebagainya, pihak berkuasa boleh siasat atas laporan akhbar yang dibuat oleh pihak tertentu dan kenyataan Ishak sendiri selaku Ketua Umno Bahagian Seremban," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Tidak layan memorandum

Sementara itu Badrul Hisham yang memberi `maklumat terkini mengenai penyerahan memorandum berkata, memorandum itu tidak berjaya dihantar kepada MB kerana tidak ada seorang pun wakil yang mahu mengambilnya meskipun maklumat mengenai penyerahan memorandum telah dimaklumkan kepada pejabat MB terdahulu sebelum ini.

"Mereka hanya menghantar seorang pengawal keselamatan yang bernama Zainal untuk menerima memorandum bantahan kami ini.Ini satu penghinaan kepada kami setelah MB sendiri bercakap secara emosi mahu kami menyerahkan bukti kepadanya.Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin," kata Badrul dengan nada geram.

Dalam hal ini katanya AMKNS melihat MB sebenarnya takut dan tidak dapat menangkis isu yang dihadapkan ke atasnya sebaliknya secara emosi menafikan dakwaan.

Beliau yang melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu mendesak MB memberi jawapan telus berhubung dakwaan pelbagai pihak termasuk yang telah didedah Ishak secara terbuka dalam sidang DUN Negeri Sembilan lepas.

Badrul Hisham yang juga merupakan eksekutif ko ordinator GERAK, memberitahu bahawa kehadiran rombongan AMKNS dan DPPNS turut dipantau oleh anggota yang didakwanya sebagai dari Jabatan Keselamatan Negara berdasarkan kad nama yang diserahkan kepadanya sebentar tadi.

"Kita akan teruskan protes terhadap isu ini dan kita akan menyebarkan kepada seluruh rakyat tentang pentadbiran MB yang kucar-kacir ini.Selain itu kita juga akan bawa isu ini kepada BPR selain hari ini kita akan serah memorandum melalui faksimili kepada pejabat MB," katanya.

"Kita tahu MB kini panas punggung dengan isu terhadapnya,"katanya lagi.

Selain itu kira-kira dua trak FRU lengkap dengan gas pemedih mata siap sedia menunggu kehadiran rombongan AMKNS dan DPPNS sejak awal pagi lagi, katanya.

Conteng dinding tanda marah

Sementara itu Isnin lalu, Menteri Besar yang juga teman rapat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan mengeluarkan kenyataan mengecam pihak-pihak yang didakwanya sebagai tidak bertanggungjawab melepas geram menconteng dinding beberapa bangunan di sekitar Seremban, menuduh Azman yang juga Setiausaha Umno Negeri Sembilan, mengganggu urusan kerajaan negeri termasuk pemberian kontrak.

Kejadian itu dilaporkan disedari pihak MB sejak Sabtu lalu dan ia mendorong Mohamad mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Kamaruddin Siaraf menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan mengenai abangnya itu.

Serentak dengan itu Menteri Besar itu menyifatkan ia sebagai fitnah dan cubaan golongan tertentu memburuk-burukkan reputasinya.

Beliau mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti bahawa abang beliau mencampuri urusan kerajaan negeri supaya membuat laporan kepada BPR.

"Laporkan kepada BPR kalau betul abang saya ada campur tangan. Jangan conteng pada dinding, itu perbuatan orang pengecut," katanya kepada para wartawan selepas majlis pertemuan dengan ketua serta pegawai jabatan kerajaan negeri dan persekutuan di Seremban.

Mohamad berkata dakwaan mengenai campur tangan abangnya itu pernah ditimbulkan seorang Adun semasa persidangan DUN yang lepas dan apabila diminta memberikan bukti, anggota berkenaan menjawab: "Azman pernah memarahi anggota kerajaan negeri pada satu majis makan malam perhubungan Umno Negeri Sembilan."

Beliau berkata perkara itu 'tidak boleh dianggap campur tangan' kerana ia adalah majlis Umno dan sebagai Setiausaha Perhubungan dan pengerusi majlis sambutan, Azman berhak menegur kakitangan yang tidak menjalankan tugas dengan betul dan memuaskan.

"Oleh itu masyarakat harus faham bahawa Azman tidak boleh dilihat sebagai abang saya tetapi perlu dilihat sebagai Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan segala surat yang beliau tulis adalah atas dasar setiausaha perhubungan dan bukan atas dasar abang saya," katanya.

Ishak pertahan dakwaan

Sementara itu menjawab kritikan itu Ishak mempertahankan kenyataannya bahawa Azman telah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri terutama dalam pembahagian kontrak.

Ishak berkata, pegawai kerajaan sendiri yang mengadu perkara itu kepadanya dengan menyatakan Azman sendiri akan menelefon pegawai kerajaan supaya memberikan projek kepada kontraktor-kontraktor pilihannya.

“Dia menggunakan kedudukan sebagai abang Menteri Besar untuk mengarahkan pegawai kerajaan supaya memberikan projek kepada kontraktor pilihannya,” kata Ishak dalam satu laporan akhbar versi online.

Oleh kerana perkara itu sudah menjadi perbualan di Negeri Sembilan, Ishak berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Sebaliknya Azman yang mengetahui perkara itu, telah bertindak memarahi beliau, kata Ishak lagi.

“Datuk Azman bertindak keterlaluan seolah-olah beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sedangkan jawatannya hanya Setiausaha Umno negeri,” katanya.

Ishak berkata, adalah menjadi kewajiban dan tanggungjawab beliau untuk membetulkan kesilapan kerajaan negeri seperti yang dilakukannya semasa pemerintahan bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad.

Pegawai tidak berani mengadu

Katanya, pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak berani mengadu kepada Menteri Besar kerana bimbang dikenakan tindakan tatatertib.

“Sebab itu mereka datang mengadu kepada saya dan saya terpaksa membawanya kepada pengetahuan Menteri Besar untuk tindakan lanjut.

“Jika saya tidak berani, buat apa saya menjadi Ketua Umno Bahagian Seremban dan Adun Lenggeng,” katanya lagi.

Sementara itu, Ishak menafikan beliau terbabit dengan tindakan pihak tertentu yang menconteng dinding beberapa bangunan di sekitar Seremban yang menuduh Azman mengganggu urusan kerajaan negeri. (Wan Nordin)

Tuesday, January 16, 2007

'AMARAH 'TOL KE DUA

Kira-kira 500 orang menyertai perhimpunan di Plaza Tol Gombak untuk membantah kenaikan kadar tol bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Pada masa yang sama, kira-kira 50 anggota polis, termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut ditempat di situ untuk mengawal keadaan.

Perhimpunan tersebut berakhir selama kira-kira sejam lebih tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Protes – gabungan parti-parti pembangkang, badan bukan kerajaan, kesatuan sekerja dan kumpulan pelajar.

Sebelum ini, demonstrasi yang sama diadakan di bandar Sunway di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang disertai oleh lebih 2,000

Mulai 1 Januari, kadar tol di lima lebuhraya di Lembah Klang telah dinaikkan antara 20 hingga 60 peratus.
Protes tersebut berlangsung di sebuah stesen petrol yang terletak kira-kira 500 meter dari plaza tol berkenaan, menyebabkan lalulintas terhenti selama kira-kira 20 minit.

"Polis, polis. Jangan kacau!," laung mereka yang menyertai bantahan tersebut yang sebahagian besarnya pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Antara mereka ialah Presiden MTUC Syed Shahir, Naib Presiden PKR, R Sivarasa; Ketua Penerangan PKR, Tian Chua; pemimpin DAP Ronnie Liew, bekas tahanan ISA yang juga pemimpin PAS, Saari Sungip; Timbalan Ketua Pemuda PAS, Idris Ahmad dan Penyelaras Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (GERAK), Badrul Hisham Shaharin juga wakil pertubuhan - pertubuhan mahasiswa.

BN dipersalahkan

Protes tersebut bermula kira-kira jam 3 petang dengan seramai 50 orang pada mulanya. Orang ramai turut menyaksikan protes di stesen minyak tersebut manakala kereta-kereta pula menutup jalan masuk ke stesen itu.

Mereka yang menyertai protes itu menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi kenaikan kadar tol tersebut. Malah, mereka menegaskan kadar tol hanya akan turun sekiranya kerajaan sekarang kalah dalam pilihanraya umum akan datang.

"Hidup rakyat! Hancur BN! Hapuskan toll! Tukar tukar, kerajaan,” laung mereka.

Hujan yang turun seketika tidak mematahkan semangat mereka, malah jumlah mereka yang menyertai protes itu semakin bertambah. Kenderaan yang lalulalang di situ turut membunyikan hon tanda menyokong bantahan tersebut.

Pihak polis menghantar dua kereta perisai tetapi kemudiannya memindahkannya dari kawasan tersebut. Bagaimanapaun, ada di kalangan orang ramai yang mengambil peluang itu untuk bergambar di depan kereta perisai tersebut.

Terdapat enam trak FRU di situ, tetapi sepertimana dalam protes di Sunway Pyramid minggu lalu, polis mengambil pendekatan berlembut dalam mengawal perhimpunan tersebut.

Selepa empat kali polis meminta supaya bersurai, mereka yang menyertai protes tersebut bersurai kira-kira jam 5 petang. Kebanyakan anggota FRU terdiri daripada anggot wanita.

Satu lagi protes dirancang

Ahli jawatankuasa Protes, Tian Chua berkata, penganjur dijangka mengadakan satu lagi protes dalam tempoh dua minggu lagi.

"Kehadirannya tidak begitu ramai kerana kami tidak mampunyai banyak masa untuk membuat persediaan,” katanya.
orang.

Kadar tol Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Plaza Tol Gombak dinaikkan RM1 menjadi RM5, manakala kadar lebuhraya tersebut di plaza tol Bentong pula dinaikkan 50 sen kepada RM3.

Empat lagi lebuhraya yang dinaikkan kadar tolnya ialah Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Koridor the Guthrie.

Malaysian Bloggers Unite!!!! Bloggers Malaysia Bersatu!!!

For all the Malaysian Bloggers who are willing to join this struggle, please get this logo at Kickdefella to support the campaign.

(Kepada semua bloggers-bloggers Malaysia yang mahu ikut serta dalam perjuangan ini, sila klik di Kickdefella untuk mendapatkan logo dan menyokong kempen ini.)

Saturday, January 13, 2007

Bertudung tapi ke Gereja !

Gambar -bambar di bawah ini adalah gambar yang di hantar melalui e mail hampir 5 bulan yang lepas. Dengan Di bawah ini di perturunkan gambar - gambar tersebut untuk di perbincangkan... Fikir - fikirkanlah .... tapi harus matang dalam tindakan. tajuk "Bertudung Tapi Ke Gereja!" tidak diketahui motif penghantar email tersebut.

sila berkongsi komen...... bincangkan secara matang dan berilmu... insyaAllah saya akan cuba komen minggu depan.........

Hukuman sebat di Acheh ayuh bincangkan !

Sepasang Pemuda Dicambuk

Aceh (12 Jan) Sepasang pemuda dihukum cambuk karena divonis bersalah telah melakukan perbuatan mesum (khalwat). Eksekusi cambuk dilakukan di depan masjid Kampung Mulia, Kecamatan Kuta Alam, Banda Aceh, usai shalat Jumat (12/1).

Pasangan yang dicambuk adalah Syahrul Rizal bin Abdullah (21) dan Liza Wahyuni binti Sulaiman (20). Berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah awal Januari lalu, Syahrul Rizal dicambuk sebanyak lima kali, sementara Lindawati dicambuk tiga kali.

Prosesi hukuman cambuk diadakan di depan masjid Kampung Mulia usai shalat Jumat. Puluhan warga datang menyaksikan prosesi hukuman tersebut. Bahkan ada yang naik ke lantai dua masjid yang belum rampung dibangun itu.

Kepala Dinas Syariat Islam Kota Banda Aceh, Muhammad Nasir Ilyas, mengatakan, kedua pemuda itu dicambuk karena terbukti melanggar Qanun No 14 tahun 2003 tentang perbuatan mesum (khalwat). Mereka ditangkap warga di sebuah rumah di Kampung Mulia menjelang subuh pada November 2006 lalu.

berita lanjut layari : www.AcehKita.com

Friday, January 12, 2007

che'GuBard ajak semua turun demo ahad ini !

Selepas gagal untuk menghadiri demo minggu lepas kerana hal yang tidak dapat dielakkan kali ini che'GuBard akan bersama dalam demo ahad ini. che'GuBard menggesa orang ramai untuk turun dalam demo yang dianjurkan Gabungan parti pembangkang, kesatuan pekerja dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Protes Kenaikan Tol (Protes) untuk membantah kenaikan kadar tol Ahad ini (14 Januari), jam 4 petang, di depan Plaza Tol Gombak.

Orang ramai dijemput ke perhimpunan itu bagi menunjukkan bantahan terhadap kenaikan kadar tol di lima perhentian tol di sekitar Lembah Klang.

Di samping itu, perhimpunan itu juga diadakan untuk mendesak kerajaan mendedahkan betir-butir perjanjian konsesi lebuh raya dan membatalkan keputusan kenaikan tol.

Berhubung kenyataan Perdana Menteri yang akan menggunakan Akta Rahsia Rasmi terhadap mereka yang mendedahkan perjanjian konsesi lebuh raya, Setiausaha Protes, Dr Hatta Ramli dalam kenyataan kepada Harakahdaily semalam menegaskan menjadi hak rakyat untuk mengetahui kandungan perjanjian yang melibatkan kepentingan rakyat itu.

"Namun kerajaan bukan sahaja tidak ingin mendedahkan perjanjian tersebut, malah mengeluarkan kata-kata yang berbunyi ugutan untuk menakutkan parti pembangkang. Ini adalah sikap yang amat tidak bertanggungjawab," kata Dr Hatta.

Sebelum ini, Protes telah pun menyerah memorandum bantahan kepada Perdana Menteri dan menganjurkan ceramah umum "Bantah Kenaikan Tol" pada 27 Disember lalu.

Mereka juga mendedahkan perjanjian konsesi lebuh raya yang ditandatangani kerajaan dan syarikat lebuh raya, serta menganjurkan perhimpunan awam di Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid buat pertama kalinya pada 7 Jan lalu.

Menurut Dr Hatta, perhimpunan kedua ini juga akan dihadiri oleh pimpinan parti pembangkang, kesatuan pekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan mahasiswa.

Thursday, January 11, 2007

AMNS SEDIA KERJASAMA DENGAN ADUN BAHAU

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA NEGERI SEMBILAN
11 JANUARI 2007

ANGKATAN MUDA NEGERI SEMBILAN (AMNS) amat terkejut dengan pengumuman YB Lim Fui Ming keluar dari DAP. Namun AMNS juga menghormati tindakan beliau. Walaubagaimanapun AMNS amat berharap agar Lim Fui Ming dan DAP dapat menyelesaikan masalah ini dalam semangat kekeluargaan.

Bagi AMNS Adun Bahau itu tidak perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya 2004 sebaliknya terus menumpukan sepenuh perhatian dalam meberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat setempat.

Jika beliau memerlukan platform parti untuk meneruskan dan melicinkan khidmat beliau sebagai wakil rakyat AMNS bagi pihak keADILan Negeri Sembilan menawarkan platform tersebut. Menjadi polisi keADILan bekerjasama dengan mana – mana pihak yang sentiasa berusaha membantu rakyat, menentang kezaliman dan penindasan rakyat , menentang rasuah dan menyuburkan demokrasi.

YB Lim Fui Ming juga agak rapat dengan keADILan dalam banyak bidang. AMNS juga sebelum ini ada beberapa kali bertemu beliau membincangkan permasalahan rakyat negeri ini. Berdasarkan semua itu AMNS punya keyakinan dan amat berharap agar YB Lim Fui Ming akan terus berpegang pada prinsip menentang amalan kronisma, rasuah dan penindasan yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

Menyentuh mengenai komen Mohamas Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang menyatakan bahawa tindakan ADUN Bahau keluar DAP adalah tepat kerana pembangkang gagal membantu rakyat, AMNS melihat Menteri Besar cuba memainkan isu ini untuk mengalihkan isu permasalahan besar yang dihadapi oleh beliau dalam kerajaan negeri dan UMNO negeri sendiri.

Mohamad mengalami krisis kenyakinan di kalangan pegawai kanan kerajaan negeri mahupun pimpinan UMNO sendiri apabila Datuk Ishak Ismail ADUN Lenggeng merangkap Ketua Bahagian UMNO Seremban membangkitkan isu campur tangan urusan keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran parti mahupun kerajaan negeri. Hampir semua ahli keluarganya menjawat jawatan penting dalam kerajaan negeri dan kebanyakan agihan kontark perlu melalui tapisan keluarga Menteri Besar itu.

Jika MB berharap menggunakan isu Adun Bahau keluar DAP untuk menutup isu kronisma dan penyelewengan maka beliau mungkin silap.

AMNS telah merancang dan akan melaksanakan beberapa tindakan serentak untuk membongkarkan kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Mohamad Hassan.

berita berkaitan : 1. AMNS tawar Adun Bahau kerjasama

Kenapa saya sokong boikot pilihanraya Batu Talam ? : Black

Jari pegundi disemak dan dan dihitamkan sebelum dibenarkan mengundi. Pilihanraya Umum Afghanistan 2005.

Umum sudah mengetahui bahawa proses pilihanraya di Malaysia sering dipertikaikan dari segi kebebasannya dan ketelusannya. Banyak sebab yang telah menjadikan proses pilihanraya di Malaysia dipertikaikan dan dikritik baik oleh masyarakat di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.

Keadaan menjadi tambah gawat apabila baru-baru pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengatakan bahawa peraturan pilihanraya di Malaysia perlu dikaji semula kerana ia sudah terlalu lama dan sudah tidak sesuai dengan negara yang sudah menggunakan undang-undang itu selama 50 tahun. Abdul Rashid juga menyatakan bahawa SPR perlu diberi lebih kuasa agar dapat menjalankan pilihanraya secara bebas, telus dan adil.

Kenyataan Abdul Rashid itu dilihat sebagai mengesahkan yang selama ini pilihanraya di Malaysia tidak dijalankan secara bebas, telus dan adil. Walau apapun niat yang tersembunyi dari pihak Abdul Rashid, sekarang masyarakat umum telah jelas bahawa selagi undang-undang pilihanraya tidak direformasikan, selagi SPR tidak bebas dari cengkaman pemerintah, pilihanraya di Malaysia tidak akan berjalan dengan bebas, telus dan adil.

Selain dari faktor SPR, kita juga jangan lupa tentang faktor-faktor lain yang penting dalam sesuatu proses pilihanraya seperti faktor media. Di Malaysia semua media arus perdana dikuasai oleh parti pemerintah. Jadi jika di musim pilihanaraya, media-media arus perdana akan memainkan peranan sebagai “jentera kempen parti pemerintah”. Liputan yang diberikan terhadap calon-calon daripada parti pembangkang terlalu sedikit dan media-media arus perdana memainkan peranan untuk “membelasah” calon-calon daripada parti pembangkang. Baik media cetak mahupun media elektronik. Malahan parti politik seperti PKR masih lagi tidak mendapat lesen untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri. Akhbar HARAKAH milik parti PAS pula telah dihadkan pengelurannya dari seminggu sekali kepada sebulan dua kali. Jadi apakah padang permainan sama rata?

Itu belum kira lagi undang-undang yang zalim dan anti demokrasi seperti ISA, OSA, AUKU, Akta Mesin cetak dan banyak lagi yang tidak akan memungkinkan partisipasi masyarakat, baik masyarakat umum atau mahasiswa untuk terlibat secara demokratik. Dari segi sejarah pada sekitar tahun 1960an kita dapat menyaksikan calon-calon daripada Barisan Sosialis telah ditangkap beramai-ramai di bawah ISA yang menyaksikan pemboikotan pilihanraya pada ketika itu. Dan selagi adanya undang-undang yang anti demokrasi seperti ISA, tidak mustahil ia akan digunakan lagi jika pakatan pembangkang menjadi lebih kuat.

Tuntutan agar SPR menggunakan dakwat hitam untuk dicelupkan ke jari pegundi-pegundi yang telah mengundi untuk mengelakkan pengundian berulang juga tidak pernah dilayan wlaupaun telah didesak oleh parti pembangkang berulang kali. Banyak negara-nagara yang mengamalkan amalan mencelup jari ke dakwat hitam untuk mengelak pengundian berulang seperti India, Indonesia, Thailand, Afghanistan, Sri Lanka dan banyak lagi. Amalan ini telah diterima sebagai salah satu komponen yang penting untuk bagi memastikan pegundian berulang dan masalah pengundi hantu tidak timbul.

untuk membaca artikel selanjutnya layari : http://blackinkorea.blogspot.com/