Wednesday, March 04, 2009

“Jika di atas pokok pun ia sah”,Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff

sila klik imej atas untuk lebih jelas

(artikel saduran dari blog Black)

Itulah pandangan yang diberikan oleh penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika ditanya mengenai kesahihan persidangan tergempar yang diadakan di Perak semalam.

Persidangan tergempar itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

“Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan,”. Klik disini berita selanjutnya.

Jeng… jeng… jeng….

Makin gelabahlah Najib,

Menggelupurlah Rosmah,

Perak bukan Timah kata Mahathir,

Nizar masih MB kata Ku Li,

Apa kata Dollah?

Dulu Najib main sondol aja,

Tak guna otak,

Tak fikir habis,

Sekarang terberak.


Semalam TV3 fitnah lagi kononya siarkan gambar penyokong KEADILAN yang mengganas. TV3 penipu besar aku punya bukti dia datang dari kelompok polis / Umno....

Semalam polis yang bacul telah melindungi anggota gangster yang ramai juga ahli Kumpulan PEKIDA, ini berdasarkan pengakuan mereka sendiri. Ada ahli kumpulan songkok tinggi ini juga membawa pistol dan menunjukkan pistolnya di khalayak umum untuk menakutkan. Cabar PEKIDA nafi terlibat dan minta mereka arahkan ahli mereka jangan terlibat.

3 comments:

  1. Aku tak pastilah samada Pekida ke atau 3line ke..tapi puak ni gemar buek kepoh, kecoh, gopoh & lembu!

    Babi hutan pun tau sasaran & tujuan untuk menyondol...puak ni ntah apa2 diikutnya...

    Orang buek gig dikato buek sombah setan & bakar Quran...dek percayo sms palsu...ni kisah den dulu lah...

    Tang hal Perak ni pun den raso samo jugak....main percayo buto2 tak berpikir...yang bonar dicakap salah..yg salah laie haram dijunjung dibonarkan...

    Ajaran sosek ker puak ni??? Mano sumpah kalimah yg puak ni junjung?

    ReplyDelete
  2. Ada yang menyamakan situasi Sidang Tergempar Bawah Pokok DUN Perak semalam sama seperti Kerajaan Pasir Berdengung dalam cerita LAKSAMANA DO RE MI. Baguslah, kerana Kerajaan Pasir Berdengung itu adalah kerajaan yang sah dalam cerita itu, tetapi telah dirampas oleh Menteri FASOLA ZAMBRY. Semua orang tau Menteri FASOLA merampas kuasa kerajaan negeri secara tidak sah.


    Kerajaan Pasir Berdengung: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak
    Menteri FASOLA: Dr Zambry Abdul Kadir Al-Kuti

    Akhirnya Menteri FASOLA (DR. Zambry) ini dijatuhkan oleh LAKSAMANA DOREMI (KUASA RAKYAT) melalui senjata Rahsia BULUH RUNCING, simbol untuk PILIHANRAYA NEGERI



    Saya cadangkan apabila berjumpa dengan DR. ZAmbry ini, sila tunjukkan pada beliau sebatang Buluh Runcing, kerana Dr. Zambry akan bukak kasut beliau secara automatik apabila melihat Buluh Runcing itu.

    Al-Fatihah juga kepada Sultan Melaka dahulu, Sultan Mahmud yang Mangkat dijulang.


    mullahkane.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. budak2 PEKIDA mmg suck!!! diorang poyo kuat...tu pun bila ramai geng diorang ada...tp ajak one by one mmg penakut...

    ReplyDelete