Wednesday, March 04, 2009

Bn yang sudah hampir lemas gunakan semua...

Era Najib bermula, zaman ini akan pasti mengingatkan kita mengenai sejarah jawa yang punya fasa masa yang dikenali sebagai zaman Edan. Najib amat lemah, dia bakal melangkah ke gerbang kerusi nombor satu dalam keadaan terpalit dengan penuh kekotoran. Orang yang lemah ini pasti akan menggunakan semua 'senjata' yang dipunyainya untuk memastikan dia berkuasa penuh. Dia akan lebih kejam dan zalim dari Mahathir.

Krisis masa kini belum lagi gila ia hanya bunga - bunga kegilaan Najib.

Contohnya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang seharusnya adil dan bebas telah kelihatan begitu seronok menjadi kuda Najib. Kejadian arahan speaker Perak yang menghantar arahan untuk diadakan pilihanraya di Perak jelas dikianati. SPR tidak punya kuasa pertikai arahan, tugas mereka ialah hanya mengadakan pilihanraya bila diarahkan. Ini diakui oleh bekas Pengerusi SPR yang paling teruk dihina oleh rakyat dalam sejarah kewujudan SPR. Tan Sri Rashid dalam kenyataanya yang disiarkan di TV3 menyatakan SPR tiada pilihan lain selain mengadakan pilihanraya kerana itu kehendak berdasarkan undang - undang. Namun nampaknya Tan Sri Abd Aziz ini lebih hina kerana bukan setakat terpaksa menjadi kuda tunggangan tetapi kelihatan bersungguh dan seronok menjadi kuda tunggangan.

Dia telah menetapkan tarikh pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambang sebelum ini demi menyesuaikan dengan pemilihan Umno dan dilakukan serentak kerana takut dengan gelombang jentera PAKATAN yang bertumpu seperti di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu yang menyaksikan Umno dimalukan. Dan hari ini sekali lagi mengumumkan Pilihanraya Kecil Batang Ai serentak kerana ketakutan bakal gagal menjamin kemenangan Bn kerana tumpuan jentera rakyat besar - besaran.

Apapun wahai semua mari kita istiharkan pilihanraya ini sebagai satu referendum untuk menolak Najib. Memang orang Umno pun ada ramai yang menolak Najib, juga anggota Bn namun mereka ini semua penakut. Hanya kuasa rakyat yang harus bangkit !!!

1 comment:

  1. UMNO memakai kaedah "Matlamat Menghalalkan Cara".

    Pencemar Demokrasi


    http://reformisjalanan.blogspot.com

    ReplyDelete