Namun persoalan dan debat adalah samada Eli mempunyai hak untuk kebebasan peribadi dan samada pertimbangan moral harus menjadi titik pertimbangan masa depan politiknya. Namun demikian, memperkatakan persoalan moral adalah sesuatu yang sangat subjektif dan berbeza daripada seorang ke seorang. Contohnya Adakah seorang yang sembahyang setiap hari lebih bermoral dari seorang yang memakai pakaian mini skirt? Adakah seorang yang tidak merokok lebih bermoral daripada seorang yang merokok? Siapakah dan bagaimana kita menilai akan nilai moral seseorang? Persoalan yang lebih pokok adalah samada satu perbuatan itu mencabul hak mana-mana pihak atau individu? Dalam insiden ini, sesuatu berlaku dalam kamar seseorang, adakah perbuatan tersebut mencabul hak orang lain? Kini, perbuatan dalam kamar ini menjadi tatapan umum, kini hak siapa yang tercabul? Siapakah mangsa dan mengapa seorang mangsa harus dihukum?
Saya tidak mahu berdebat banyak tentang persoalan moral ini dan mahu menghadkan hujah saya mengenai Eli Wong yang saya kenali dan terpulang kepada orang lain membuat analisa masing-masing.
Jika saya diberi dua kertas dan disuruh menulis sifat-sifat kebaikan dan kelemahan Elizabeth Wong atau lebih dikenali sebagai Eli, maka secara ikhlas saya kena memberitahu bahawa senarai yang ada di bahagian keburukan itu agak panjang berbanding dengan kebaikan. Namun jika dinilai secara objektif sifat-sifat beliau yang positif, maka terpaksa saya akur bahawa kebaikan beliau yang sedikit ini cukup kuat, cukup mendalam, cukup berprinsip untuk memadam sifat-sifat kelemahan dan kekurangan beliau. sila klik sini untuk membaca penuh
No comments:
Post a Comment