Tuesday, March 03, 2009

Hujung minggu lepas yang meletihkan (26 Feb - 1 Mac)



gambar atas dari program Sendayan

26 Feb, jam 4.30 petang meninggalkan dalam hujan lebat meninggalkan pejabat menuju ke Seremban untuk mengambil YB Taufek A.Ghani dan Yaser. Destinasi sebenarnya ialah Batu Pahat. Hujan lebat, maka kenderaan tidak boleh dipandu laju, memang tidak singgah ke rumah kerana semua telah siap di dalam kereta. Ada seorang teman beritahu Citra cheGuBard ini sudah umpama rumah cuma tak ada peti sejuk saja lagi. hahahaha... Mujur ikut cakap isteri minta beli Citra tempoh hari, pakai kereta luas sikit dan jalan jauh - jauh tak letih sangat. Cuma kereta yang dibeli dengan full loan agak memeritkan sikit bayaran bulananya. Citra sebuah kereta bagus dan selesa cuma minyak kuat sikit, kena pula dengan jadual perjalanan cheGuBard maka berdasarkan bil kredit kad untuk petrol sahaja tidak kurang RM1000.00 sebulan.

Sampai Seremban agak lewat. Yaser sedia menunggu di Shell berhampiran tol Senawang. Yaser, teman yang sekarang secara sukarela membantu che'GuBard membawa kereta untuk perjalanan jauh. Oleh kerana dia hanya bekerja 'part time' sebagai jurujual kasut untuk sebuah syarikat bumiputera maka dia punya banyak masa terluang. che'GuBard tak bayar cuma dia akan dapat komisyen hasil jualan vcd atau apa barang jualan yang dibawa ke tempat ceramah. Untuk 'maintain' perbelanjaan cheGuBard kena bawa beberapa barang jualan. Macam cheGuBard bagi tahu atas tadi mana nak tanggung tiap bulan RM 1000 lebih untuk minyak, RM 800 untuk kereta, RM 1500.00 untuk perbelanjaan bahagian, itu belum masuk tol (pun purata dalam RM600 lebih sebulan), makan minum dan seumpamanya. Itu cuma untuk perbelanjaan berkenaan dengan parti dan perjuangan ini. Mengenai keluarga nasib cheGuBard dikurniakan keluarga yang amat memahami, cuma kekadang isteri pun tidak paham kenapa cheGuBard kedekut sangat sampai nak beli barang sendiri kedekut tapi sanggup habiskan beribu untuk parti sebulan. Tapi semua itu jadi mudah dan indah kerana ramai teman tampil secara sukarela macam Yaser yang tak semena mena datang bantu bawa kereta dan bantu buat jualan di tempat ceramah.

Jam 6.30 petang, hujan masih lebat. YB Taufek masih bekerja di Pusat Khidmatnya di Paroi. Sementara menunggu Kudin (pegawai khas ADUN Paroi) YB Taufek membelek dan menyemak semua surat aduan yang diterimanya.

Sampai di lokasi Parit Haji Khadir, Batu Pahat sekitar jam 9.00 malam.Selesai jamak solat Maghrib dan Isya' tuan rumah menghidangkan ikan keli masak lemak, sayur kampung goreng. Dengan nasi panas berselera kami berempat makan. Inilah 'penyakit' penceramah nak bersenanm tak cukup masa tapi makan hahaha cukup mantap...mana - mana pergi ceramah pasti sajian bagus...

Walaupun hari hujan kira - kira tak kurang dari 600 orang memenuhi halaman Markas tempat ceramah. Ramai juga teman anak muda yang hadir, mungkin mereka datang untuk dapatkan pengakuan pasti datang untuk program mereka yang dah dijanjikan pada 14 dan 15 Mac nanti. Penceramah malam itu dimulakan oleh YB Taufek dan diakhiri dengan cheGuBard. Bekas ADUN Senggarang juga hadir meraikan.

Jam 12.30 malam bertolak pulang. Terus menuju ke Bangi nak ambil isteri dan anak, untuk destinasi akhirnya di Kedah untuk hadiri Konvensyen Wanita Kedah. Pemanduan perjalanan pulang dari batu Pahat pun tak boleh laju kerana menurut Yaser 'absober' belakang sebelah kanan 'habis' maka bila selekoh agak lari dan bahaya dalam jalan licin. (arghhhh!!! tension maknanya nak kena cari RM tukar absober pula lagi....). Berhenti di Pagoh untuk mencerahkan sikit mata...hahahaha makan lagi...

Singgah Seremban hantar YB Taufek dan Kudin, singgah rumah Yasir ambil pakaiannya. Sampai Bangi jam 4.30 petang. Kesian tengok che'Nur terpisat - pisat kena kejut. Setelah semua siap setengah jam kemudian bertolak ke Kedah.

Yaser memang 'kuat' memandu. cheGuBard sering tertidur hanya bangun sekejap - sekejap. Yaser hanya berhenti sekejap mengisi minyak di R & R Tapah. Sampai ke Kedah jam 9.00 pagi, terus ke Sham Homestay (banglo yang disewa wanita Kedah sehingga 12tgh untuk peserta Kongres Wanita siap-siap). Sementara Era dan che'Nur mandi dan bersiap, bersama Yaser keluar beli Nasi Lemak.

Setelah semua siap, makan nasi lemak kami meninggalkan Sham Homestay menuju ke Sri Mentaloon. Mungkin Yaser sikit kecewa kerana ikut janji asal dia akan dapat tempat tidur sesampai sahaja di Kedah. Hari ini 27 Febuari 2009, Wanita KEADILAN Kedah mengadakan Konvensyen Wanita Kedah di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah. Sampai dewan telah ramai. 3/4 dewan penuh. Wanita KEADILAN dari seluruh Kedah dan ada juga muka - muka aktivis wanita yang dikenali dari perbagai tempat selain Kedah.

Sementara cheGuBard sekeluarga mengikuti Konvensyen Wanita, Yaser telah mencuri peluang tidur dalam kereta. hahaha... dia berjaya habiskan 1/4 minyak kereta dari tangki penuh kerana tidur tak sedar dari jam 11 pagi - 4petang dengan enjin dan aircond buka...kesian letih sangat !

Jam 3.00 petang che'GuBard telah menjadi panelis untuk Forum penutup konvensyen hai itu dengan tajuk Srikandi Peneraju Perubahan bersama Puan Norlaila (isteri kepada tahanan ISA yang telah 7 tahun ditahan), YB Fuziah Salleh dan YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang). sila klik tajuk 1 dan tajuk 2 untuk baca lanjut

Selepas selesai, kami meninggalkan dewan jam 6.00 petang. Mencari di mana tempat menginap yang murah. Akhirnya kami jumpa Motel Pan Sutera berhampiran pejabat KEADILAN Kedah. RM50 satu malam. Maka ambil dua bilik. Bilik nya sempit maka Era dan che'Nur tidur sebilik, cheGuBard pula bersama Yaser. Selepas menurunkan barang dan mandi, sempat ke Pekan Rabu beli dodol dan kuih bangkit kegemaran mama dan mak mertua.

Selepas makan di gerai tepi stadium, terus ke Motel. Setelah rehat jam 9.00 malam turun ke bawah dimana Budi, setiausaha kerja KEADILAN Kedah sedia menunggu untuk menunjukkan jalan ke lokasi ceramah malam itu. Malam itu tapak ceramah memang besar nampak persediaan rapi, namun ceramah terpaksa di tukar kedalam madarasah kerana hujan lebat sangat. Penduduk sekitar cukup bersyukur kerana hujan lebat rupanya di situ telah lama kemarau dan itulah hujan kali pertama sejak sekian lama.

Malam itu ceramah bersama YB ir Amiruddin (exco negeri Kedah) dan YB Md Radzi Salleh (ADUN KEADILAN Lunas/ Exco negeri Kedah). PAKATAN Kedah sedang memperhebatkan penerangan kerana sedang diasak oleh Bn secara teruk. Bn memainkan 'psywar' kononya ADUN Lunas nak masuk Bn. Malam itu YB Radzi menjelaskan bagaimana dia menerima tawaran tetapi menolak, dia tak fikirkan diri sahaja tetapi orang ramai. Dia tak sanggup dicemuh rakyat yang bersemangat dan berkorban untuk melihat perubahan.

Malam itu selepas ceramah Nasi Kandar pokok ceri, Alor Setar menjadi belasahan.

28 Febuari, Awal pagi sudah meninggalkan Motel. Behenti sarapan di Hentian Gurun sambil isi minyak. Berhenti di Perak untuk berjumpa teman - teman anak muda bincang persiapan pilihanraya. Kemudian singgah di Tapah berjumpa dengan Din Binjai dan Zul Aloha yang juga dalam perjalanan ke K.Lumpur. Minyak tinggal setengah isi penuh semula di situ.

Jam 2.30 petang sampai di Quality Hotel, Shah Alam untuk sesi Amanat Harapan Rakyat. bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun Yaser terus hantar isteri dan anak ke rumah Bangi dan patah balik ke Shah Alam. Dari Shah Alam jam hampir 6 petang bertolak ke Seremban, destinasi ialah Sendayan. Oleh kerana tak makan tengahari maka amat lapar lalu singgah makan di Seremban 2 sebelum ke Sendayan.

Memang rezeki orang Rembau. Ketika makan datang seorang dermawan, katanya dia nak beri sumbangan zakat dalam bentuk beras dan barang makanan untuk KEADILAN Rembau sampaikan kepada orang miskin di Rembau. Alhamdunillah sememangnya KEADILAN Rembau tanpa bantuan tetap tetapi terus tetap mengadakan program bantuan.

jam 7.00 malam sampai di Kawasan Banglo, Bandar Sendayan. Malam tersebut ada pesta Char Koew Tiau dan Ceramah Umum. YB Abdullah Sani mengakhirkan ceramah malam tersebut. Selain cheGuBard, YB Taufek, Peguam Sdr. Jason (bekas Penasihat Undang -undang MCA Negeri Sembilan) turut memberikan ceramah malam tersebut.

Terima kasih kepada penyumbang yang menyumbang perbagai perkara, terima kasih juga kepada tuan rumah, Fauzi dan isteri serta keluarga yang bertungkus lumus memastikan program lancar.

Malam itu Yaser dihantar kerumahnya sebelum memandu balik sendirian ke Bangi sekitar jam 2.00 pagi

Walaupun hujan lebat ramai yang hadir malam tersebut. Persiapan sudah dibuat dari pagi namun semuanya terganggu apabila penguatkuasa Majlis Perbandaran Nilai menyerang tapak program dan merosakkan beberapa persiapan. Banner, bendera dirampas tanpa dipulangkan. Menurut beberapa orang setempat mengatakan bahawa MPN dikerahkan turun selepas dari MB datang ke kawasan tersebut untuk pergi kenduri kahwin sakit mata melihat persiapan dibuat. Inilah busuknya Umno...lihat di Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan sedikit masa dulu di Perak ....umno masih boleh buat aktiviti guna dewan tidak dihalang kerana PAKATAN hormati demokrasi. Sedangkan dalam masa yang sama Khairy jamaluddin juga ada program di kawasan perumahan berhampiran tidak pula diganggu bendera Bn nya....

1 Mac 2009, keluar rumah awal pagi juga kerana menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN di De Palma, Ampang. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ini begitu banyak perkara penting dibincangkan sehingga hanya tamat hampir jam 3 petang. Selepas selesai makan tengahari terus bergegas ke Seremban. Jentera Rembau di hantar sepenuhnya ke Tampin untuk memastikan program kemuncak bersama Datuk Seri Anwar malam itu lancar.

Ambil Yaser di rumahnya sebelum singgah sebentar ziarah mama dan papa di Seremban. Selepas itu menanti rombongan DSAI di Tol Senawang. Jam 8.00 malam DSAI sampai di tol Senawang dalam hujan lebat bersama konvoi menunjukkan jalan untuk satu mesyuarat tertutup bersama pemimpin perbagai parti di Negeri Sembilan diadakan disebuah rumah kenalan lama DSAI di Senawang.

Jam 9.00 malam 'lead konvoi' DSAI ke Restoran Dragon di Seremban 2. Jam 9.30 mlm ketika DSAI berucap cheGuBard meninggalkan program untuk ke Tampin. sila klik untuk mendengar ucapan DSAI. Hujan lebat sangat dengan absober yang dah mula berbunyi tak mungkin untuk laju.

Sampai di Tampin jam 10.40 malam. Terus di iring ke pentas utama. Pengerusi Majlis terus mempersilakan untuk berucap. Walaupun hujan lebat cukup rasa terharu apabila masyarakat sekitar perbagai bangsa tidak kurang 2,000 orang (mungkin lebih) sanggup berbasah menanti DSAI.

Setlah semuanya selesai jam 1.00 pagi bersama sebahagian jentera Rembau yang terlibat membantu menjamu selera di Kedai Tomyam berhampiran Tol Senawang. Jam 2.30 pagi, tinggalkan Sani dan Azizi di kedai tersebut sebelum hantar Yaser pulang ke rumahnya.

Sampai rumah jam 3.30 pagi, 2 Mac 2009 terus terlelap...ada beberapa jam sebelum bangun untuk pergi kerja.

hujung minggu ini juga pasti sibuk, Jumaat ke Pahang...Sabtu ada Demo Bahasa dan malam perlu berada di Bkt Selambau. Ahad siang perlu berada di Shah Alam dan malam pula di Bkt Gantang. Isnin malam ada sambutan maulidur rasul di Rantau.

4 comments:

  1. Anonymous2:21 PM

    kalaulah anak muda dalam reformasi ini semua seperti kamu.............

    ReplyDelete
  2. Undang-Undang Malaysia sape buat?
    da buat undang - undang sape langaq?
    2-2 pun UMNO gak.. hahahhaa
    klu takut ombak jgn berumah tepi pantai...
    klu takut kalah jangan mintak polis n fru tutup dewan...

    teloq letak mana? letak bg Bijan simpan?

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/127-500-pembohongan-umno-betul-ke.html

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/peristiwa-perak-3-mac-bahagian-1-3.html

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:42 AM

    lama x nampak brader rambut ketak yg selalu bawa kete penuh gambar anwar mana dia peg ek sakit ke

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:20 PM

    Bard,
    tahniah............. kau memang kuat...
    Alhamdullillah kau terus berjuang dari zaman pemuda menentang kezaliman menyanggah..... aku lupa dah........

    Insyaallah aku kepingin nak jumpa kau tapi belum ada masa kut sebab kau sibuk..

    tahniah bard

    ReplyDelete