Saturday, August 18, 2018

Ujian litmus pertama 'Imam Jalanraya"

Catatan Umum

19 Ogos 2018


1. Sebaik sahaja PH menang PRU ke 14 lalu ramai mula jaga periuk masing masing takut untuk dekat dengan che'GuBard. Biasalah bila ber 'boss'  Mahathir anda bukan sahaja tidak boleh melawan malah tidak boleh langsung dilihat dekat dengan orang yang berani melawan walaupun atas apa alasan.

2. Namun berbeza dengan watak Haji Muhammad Sabu atau lebih dikenali abang Mad. Sekali sahaja ucapan tahniah sebaik dinamakan Menteri Pertahanan melalui aplikasi whats app dibalas dengan bertanya khabar dan pelawaan sarapan pagi di Restoran Nasi Kandar. Sampailah berjumpa sarapan bersama nampaknya Abang Mad walaupun menjadi menteri dia tetap Abang Mad yang sama. Pesan dia masih ku ingat, saya tetap sayang cikgu. Cikgu teruslah jadi pemantau yang menegur siapa sahaja termasuk lah saya, katanya.

3. Beberapa minggu lepas telah heboh diperkatakan mengenai kewujudan kes seorang individu yang saya juga kenal dan anggap abang yang dilantik menjadi setiausaha politik abang Mad. Individu tersebut telah diputuskan oleh mahkamah pada 2013 dan pada awal 2014 telah disah senaraikan muflis oleh Jabatan Insovensi . Di bawah dikepilkan nota carian Jabatan Insovensi


4. Namun yang mengundang persoalan ialah secara tiba tiba selepas Abang Mad dinamakan sebagai Menteri Pertahanan dan individu tersebut dimaklumkan sebagai Setiausaha kanan maka secara tiba tiba sejumlah wang lebih RM823 ribu telah dibayar secara tunai dirakam dalam fail Jabatan Insolvensi bagi menggugurkan status muflis individu terbabit. Jadual seperti dibawah.


5. Selepas perkara ini terdedah dan ada pihak membuat laporan SPRM. Maka perbagai alasan cuba diberikan antaranya ialah duit itu pinjaman dari kawan - kawan dan ada juga alasan duit itu sumbangan derma beberapa pihak. Secara moralnya kes ini 100 % telah salah kerana sejak tahun 2013 hutang tidak mampu dibayar namun secara selepas dinamakan sebagai Setiausaha Kanan Menteri Pertahanan tiba - tiba muncul pula orang nak bagi pinjam. Lebih RM823 ribu dipinjamkan , selaku penjawat awam berapa gaji akan diperolehi dan penjawat awam biasanya tidak boleh terlibat perniagaan besar lebih lagi berjawatan penting seperti Setiausaha Kanan Menteri bagi mengelakkan pertembungan kepentingan. Maka berapa tahun pinjaman itu boleh dibayar dan berapa pula kadar faedah dikenakan. Apa kepentingan peminjam juga menjadi persoalan ?

Jika alasan sumbangan ia sudah dua kali salah. Persoalan kenapa tiba - tiba wujud penderma selepas dinamakan setiausaha kanan menteri ?

Kita ingat lagi bagaimana nak cari derma untuk Abang Mad selepas dihukum oleh Mahkamah sebelum PRU 14 juga sangat susah, begitu juga tokoh penting AMANAH seperti Mazlan Aliman sendiri terpaksa 'merintih' bagi denda mahkamah yang dikenalan ke atasnya itupun jumlahnya hanya sekitar RM300 ribu sahaja.

6. Paling mengundang kelucuan ialah apabila muncul beberapa watak yang mempersoalkan pendedahan mengenai perkara ini. Contohnya Chin Tong, Ahli Parlimen DAP yang juga Timbalan Menteri Pertahanan yang kononya mengecam tindakan pendedahan kerana katanya tindakan pendedahan itu salah dan mengganggu siasatan SPRM serta mengheret kepada penghakiman media. Nampaknya cepat sungguh beberapa watak dalam kerajaan Malaysia Baru menjadi watak dalam Regim Lama yang digulingkan.

Sewajarnya pendedahan seperti ini wajar diraikan dan mereka harus menjawab secara terbuka. Tak kan lah keupayaan pertahanan negara berapa pesawat boleh terbang, berapa tak boleh terbang boleh didedah kepada umum termasuk negara asing tetapi isu pembayaran pelik 'bail out' muflis setiausaha menteri menjadi begitu rahsia.


7. Ini juga bakal menjadi ujian pertama SPRM, adakah mereka akan bertindak atau akur arahan senyapkan kes ini atau lebih teruk lagi menjadi 'clorox' membersihkan seperti yang dilakukan sebelum ini. 

Selain itu selepas tempoh 100 hari ini saya secara peribadi selaku rakyat Malaysia punya koleksi fail korupsi, kali ini saya akan dedahkan butiran kepada umum dan kemudian saya akan serahkan kepada SPRM satu demi satu untuk melihat sejauh mana SPRM dalam Malaysia Baru ini berbeza.

Kepada Abang Mad, simpati dan sangat berharap lulus ujian litmus pertama ini. Bertindaklah sebelum dokumen duit datang dari mana terbongkar pula.


catatan oleh che'GuBard, warganegara Malaysia