Friday, March 27, 2009

Apa erti keputusan Umno kali ini...

Khairy Menang

Tidak mengejutkan cheGuBard secara konsisten mengatakan dula bulan lepas lagi dia akan menang. Dia sudah meninggalkan kem Abdullah dan melakukan deal dengan Najib. Dia ini bijak ketika mengintai kelemahan Bapa mertuanya maka dia gunakan sepenuhnya namun ketika melihat bapa mertuanya beban dia tinggalkan. Cuma kesian kepada Mahathir dan Mukhriz dimainkan Najib.

Umno masih tak berubah pemilihan KJ bermaksud Umno masih ikut buta tuli 'chai' oleh kerana signal kuat Najib KJ menang, dan sudah tentu faktor RM menjadi punca dia menang juga tanyalah siapa yang berkubu di kubunya di Corus Hotel.

Tok Mat Kalah

Nampaknya paling gembira malam keputusan itu ialah orang Sendayan yang ditipu MB. Minta Tok Mat secara serius akui kesilapan dalam penindasan kerajaan Bn Ns terhadap penduduk sendayan. Ini mungkin berkat doa' mereka di Sendayan. Namun yang pelik KJ boleh lepas tetapi dalam Negeri Sembilan jika KJ betul mahu bantu dan setia pada Tok Mat sudah tentu Tok Mat leh sangkut dalam 20 tertinggi, maka Tok Mat kena fikir. Shahril Samad kononya 'ugut' nak letak jawatan menteri sebab kalah MT yang memang Najib akan gantikan dia pun. Adakah Tok Mat berani ikut jejak langkah Shahril sebelum digulai KJ dengan lebih teruk lagi.

Umno Reform ?

Betulkah barisan yang dipilih ini benar - benar reformasi dengan menampilkan pemimpin yang mud, idealistik dan bersih.

Naib Presiden Hishamudin Tun Hussien yang gagap dan merapu dalam isu PPSMI. Zahid Hamidi yangt penuh skandal rasuah dan jenayah. Isu Amir Bazli juga dia tak terjawab. Shafie Afdhal memang dijangka akan memang sebagai balas budi sebab Sabah adalah punca kekuatan Umno.

Orang seperti Shaziman, Idris Jusoh dan Md Zin cheGuBard sendiri pernah siapkan kompilasi dokumen rasuah mereka. Tidak percaya tanya Ezam, Ezam tahu mereka rasuah.

Bagaimana dengan kitar semula seperti Mahadzir Khalid, JJ, Awang Adik.... semuanya terpalit dengan skandal dan apa idea baru mereka ?

Trend global sekarang menuju kepada memberi ruang 30% kepada wanita tetapi nampaknya Umno undur ke belakang dengan hanya seorang yang terpilih.

3 comments:

  1. Anonymous3:37 PM

    Tidak ada harapan langsung!!!

    ReplyDelete
  2. selesai sudah PAU dimana ada sedikit saja 'kejutan' yakni transformasi yang diingini segelintir mereka yang 'bersih'.
    bagi saya apa jua yang berlaku tidak akan mengubah 'persepsi' rakyat.
    Apa yang penting jangan kita leka dan selesa kerna bagai ada musuh dalam selimut menikam PR dari dalam

    ReplyDelete
  3. Sayuti Omar ejen Fitan Anwar

    Baca di sini
    http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/orang-kuat-anwar-sokong-najib.html

    ReplyDelete