Friday, December 28, 2012

Mohon penjelasan Ketua Pemuda Umno mengenai jutaan hutang di Bank Pertanian

Kenyataan Umum

27 Disember 2012

MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RM YANG BERDASARKAN REKOD MASIH TERTUNGGAK

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah, adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?

Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini ? Jika ini semua benar wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga. Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini , jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang. Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini. Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ?

Mohon Khairy sendiri tampil menjawab sendiri.

che'GuBard
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia



Wednesday, December 26, 2012

Pelancaran JELAJAH ANAK MUDA MENUJU #KL112 | 26Dis| 7mlm| Machang| Kelantan

DISEMBER 26 | 7.00 MALAM | MACHANG | KELANTAN 
[PELANCARAN ROADSHOW MENUJU #KL112 - 1 JUTA TURUN!!]
Tapak Ekspo, Jalan Machang-T.Merah, Machang
YB Saifudin (PKR), Chegubard (SAMM), Dato Che Loh, Ustaz Latif, Ustaz Fadly Shaari,
Adam Adli (SMM), Cikgu Man (AMK)

Pertanyaan: 019-9317608
Bagi menggandakan momentum mobilisasi ke arah Hari Kebangkitan Rakyat #KL112, satu inisiatif besar telah disusun oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama sekutu anak muda terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia dan dengan sokongan seketreriat HKR, satu roadshow Jelajah Anak Muda Menuju #KL112 akan menjengah ke seluruh Negara.
Pihak secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 juga menjemput semua NGO yang mempunyai tuntutan rakyat untuk hadir ke pentas jelajah ini bagi terus menghasut orang ramai hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh yang dimaksudkan. NGO diberi keutamaan dan setakat ini, hampir semua venue jelajah akan dihiasi oleh warna-warna NGO bertuntutan.
Harapan secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 agar maklumat jelajah bersifat ‘countdown HKR’ ini dapat dihebahkan sebaik yang mungkin bagi memberikan impak terbesar menjelang perhimpunan paling besar dalam sejarah negara – yang menampilkan… 1 Juta Rakyat!
Pelancaran gilang-gemilang akan bermula di Kelantan pada 26 Disember, iaitu 16 hari menjelang #KL112, seterusnya Jelajah Anak Muda akan menjengah semua negeri di semenanjung dengan 12 lokasi dan kemuncak jelajah ‘Final Countdown’ akan berlangsung di lokasi bersejarah negara iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 mengira detik 12 Januari 2012

Projek tanah Upayapadu: Umno diminta tanya Awang Adek


KOTA BHARU: Beberapa badan bukan kerajaan dan Umno diminta bertanya kepada bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin berkaitan pembangunan tanah di Gua Musang.

Ini kerana, beliau yang menandatangani surat sokongan agar projek membabitkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan  Upayapadu Plantation Sdn Bhd dilaksanakan.

Demikian kata Ustaz Fadli Shaari (gambar), Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataannya hari ini.

Surat yang ditandatangani oleh Awang Adek adalah kedua selepas surat pertama dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005.

Penjelasan Fadli ini merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.


(Surat Awang Adek dan Peter Chin yang menyokong projek)

Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.

Hari ini, 25 Disember 2012, dilaporkan di dada-dada akhbar desakan NGO Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wira PERKASA dan Pertubuhan Minda Orang Muda (MOM) agar penjelasan dibuat oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Begitu juga akhbar semalam 24 Disember 2012 di mana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

"Kenyataan-kenyataan ini seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net," katanya.

Menurut beliau, ia bukan projek rahsia kerana telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Surat kelulusan pula telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

"Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan," kata Fadli dalam kenyataannya.

Justeru, katanya, beliau meminta semua pihak di Kelantan terutama pemimpin UMNO dan NGO-NGO boleh bertanya terus kepada Dato Dr Awang Adek berkenaan isu ini.

Menyentuh kenyataan Pengerusi OMBAK agar YAB Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, Fadli menulis, "saya kira OMBAK boleh bersabar."

"Mana tau, jika nasib baik, OMBAK pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti," katanya berikutan cadangan Menteri Besar Kelantan agar pihak yang memfitnahnya sebelum ini disaman.

Saturday, December 22, 2012

TV3 sibuk pasal Selangor tapi lupa air di Kuala Pilah berkarat

Kualiti air di kawasan Kuala Pilah berada dalam keadaan yang teruk sejak akhir-akhir ini. Tidak sepatutnya ini berlaku memandangkan ia telah diuruskan oleh syarikat swasta iaitu SAINS.
Setiap rumah tetap membayar jumlah yang sama biarpun kualiti air yang diterima sangat menyedihkan.
Menjadi tanda tanya kepada masyarakat untuk apa urusan bekalan air ini diswastakan jika masyarakat tidak dapat menikmati kualiti air dan perkhidmatan bekalan air yang lebih bagus.
Air yang ditadah dalam kolah berkeladak  sekitar DUN Senaling sejak akhir-akhir ini. 
Masalah bekalan air yang di hadapai oleh negeri-negeri dibawah Barisan Nasional dipekakkan mata dibutakan telinga oleh pelbagai media.
Ibarat kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
Gambar air paip berkeladak dan berkarat di Kuala Pilah di http://pasns.blogspot.com/2012/12/bekalan-air-paip-di-kuala-pilah.html

Sunday, December 16, 2012

Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012

sebahagian dari peserta dalam sidang pleno resolusi

dalam sidang media selepas selesai sidang meja bulat turut serta Jefery (AMK Sabah)
Kenyataan Media

16 Disember 2012

SIDANG MEJA BULAT PENGERAK ANAK MUDA SABAH 2012 HASILKAN 3 RESOLUSI

Pada 15 Disember 2012, secara rasminya SAMM Sabah telah dilancarkan. Sempena pelancaran SAMM Sabah telah diadakan satu Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012 di Lintas View Hotel, Kota Kinabalu. Sidang meja bulat ini telah dihadiri oleh 50 pengerak anak muda dari perbagai latar berlakang organisasi.

Sidang Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Boby Bin Lewat @ Ewat yang bermula jam 12.00 tengahari telah dirasmikan oleh Datuk Kalakau Untul. Kalakau merupakan Presiden Persatuan Dusun Sabah Bersatu, bekas Timbalan Menteri Buruh. Dalam ucapan ringkasnya dia mengimbau pengalaman selaku Ketua Pemuda UPKO selama 12 tahun. Beliau menegaskan betapa anak muda harus duduk sendiri berbincang untuk membuat keputusan demi masa depan negara.

Dalam sidang meja bulat pertama yang mengabungkan anak muda dari perbagai latar belakang politik ini telah berlangsung selama 3 jam dengan menghimpunkan pandangan dan idea dari semua pihak. Telah dipersetujui 3 Resolusi penting dalam sidang meja bulat ini iaitu  :

  • menyedari masalah pendatang tanpa izin yang diberi kerakyatan secara 'pintu belakang' menjadi satu masalah utama yang memberikan impak sosial, ekonomi dan keselamatan kepada Sabah secara keseluruhan. Masalah ini bermula dari pada Projek Kad Pengenalan bawah Dr. Mahathir dan kini semakin parah di bawah Najib Razak. Masalah ini ialah konspirasi penguasa kerajaan pusat untuk terus mengawal dan menjadikan Sabah sebagai simpanan tetap untuk kekal berkuasa. Apabila masalah ini mula disedari maka Kerajaan Pusat dibawah Bn berjanji untuk mengadakan Suruhanjaya Di Raja bagi menyelesaikan isu ini. Namun janji tinggal janji. Pada 29 Julai 2012 Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing, Timbalan Presiden UPKO dan ahli parlimen Tuaran telah istihar diri keluar Bn kerana tututan Suruhanjaya Di Raja (RCI) isu Kad Pengenalan kepada orang asing tidak dilayan sekali lagi Najib mengulang janji mengumumkan akan diwujudkan RCI. Namun sehingga kini masih tidak tertunai. Sehubungan dengan itu Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012 dengan ini memutuskan tidak boleh ada PRU ke 13 tanpa menunaikan janjiRCI ini yang mengumumkan tindakan yang ke arah penyelesaian yang konkrit serta menghukum pengkianat yang terlibat. PRU tanpa RCI isu kad pengenalan  dan tindakan konkrit hanya proses untuk menipu dan meragut hak warga Sabah kerana pendatang yang memegang Kad Pengenalan ini sudah didaftar menjadi pengundi dan jumlahnya hampir sama dengan penduduk asal Sabah yang sah. Sidang Meja Bulat hari ini memutuskan jika PRU 13 tanpa RCI maka semua wajib menolak parti yang bersekongkol dengan parti yang menguasai putrajaya (Bn) walaupun parti itu berwajah Sabah kerana mereka bersengkongkol mengkhianati hak warga Sabah

  • pilihanraya umum akan menjelang ini amat penting demi masa depan politik Malaysia amnya dan Sabah khususnya. Rakyat Sabah telah ditindas dan diperbodohkan selama 55 tahun maka kami mengistiharkan PRU akan datang ini bukan perlawanan parti politik melawan parti politik tetapi kuasa rakyat melawan Barisan Nasional. Jesteru itu semua parti politik yang melawan Bn wajib sekarang untuk duduk semeja berunding ke arah satu lawan satu. Kami anak muda menyeru semua membuang jauh kesombongan dan ego politik kepartian sempit demi masa depan negara. Anak muda menggesa wajib satu lawan satu, ego politik kepartian sempit sehingga menyebabkan lebih satu calon ialah pengkhianatan besar kepada rakyat.
  • Anak Muda bersetuju sidang meja bulat seperti ini akan dijadikan platform gerakan anak muda untuk mencari kebersamaan demi masa depan Sabah dan Malaysia yang dicintai. Dalam masa terdekat ini akan diadakan satu siri latihan anak muda dengan menumpukan latihan hak warga ke arah memperkasakan anak muda Sabah yang lebih berperanan dalam menentukan masa depan sendiri.
 Resolusi ini telah dibacakan oleh Boby (Penyelaras SAMM Sabah) dan dipersetujui dengan laungan 'tukarrr!!' oleh 50 anak muda. Selepas ini resolusi ini akan diperturunkan ke seluruh anak muda Sabah melalui perbagai program anak muda.

Sekian

Seketeriat
Sidang Meja Bulat Pengerak Anak Muda Sabah 2012

antara yang hadir

Sumpah Najib tak kenal Altantuya benar atau palsu?

akan terbit satu lagi terbitan sensasi SAMM nantikannyadi pasaran
Arkib berita Utusan 23/8/2008
Ramai orang pakat timbulkan persoalan ini apabila towkey karpet Deepak Jaikishan pecah lubang isu akuan bersumpah 1 dan 2 P.Balasubramaniam penyiasat persendirian yang kini berada di luar negara.

Deepak dakwa Najib ada peranan dalam isu SD Bala -Malaysiakini
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya pada tahun 2008.

Dalam satu wawancara dengan Harakah, seperti dimuatkan di Youtube, Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-cita Najib menjadi perdana menteri.
"Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi perdana menteri, mereka ada kepentingan mereka, mereka dudah bersedia.

"Salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu, ini sangat high level," kata Deepak.

Pada masa itu, Najib merupakan timbalan perdana menteri. Beliau kemudiannya dilantik menjadi perdana menteri pada 2009 selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur ekoran pencapaian buruk dalam pilihan raya umum 2008.

SD pertama Balasubramaniam, didedahkan pada 3 Julai 2008, mengandungi kenyataan bersumpahnya bahawa Najib mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Pada hari berikutnnya, Balasubramaniam membuat satu lagi SD dan mendakwa bahawa dakwaan dalam SD pertama adalah palsu.
"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ini. Objektif utama besar dari itu, mereka kena hentikan langkah seterusnya.

"(Pada) malam itu juga kena siap, kena U-turn (tukar pengakuan Bala), kena tutup (perkara itu), itulah yang masalah utamanya.

Deepak mendakwa beliau menerima satu panggilan telefon daripada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada senja 3 Julai 2008.

Deepak mendakwa Rosmah meminta bantuannya memandangkan beliau mengenali Balasubramaniam, yang mendedahkan SD pertama pada pagi hari tersebut.

Susulan itu, Deepak mendakwa beliau mengunjungi kediaman rasmi Najib di Putrajaya dan memberitahu Najib bahawa Balasubramaniam enggan bekerjasama.

"Pertama (Najib) telefon satu lawyer, lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia dan cari jalan supaya (Balasubramaniam) setuju, untuk batalkan SD dia.

"Saya telefon Bala... Dia kata dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD," dakwa Deepak.

Deepak mendakwa Najib kemudiannya mencadangkan supaya adiknya Nazim yang seorang arkitek dan usahawan, untuk mewakilinya.

Dakwanya, pertemuan itu seterusnya berlangsung sekitar tengah malam di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Dakwanya lagi, rundingan melibatkan sejumlah wang yang tidak didedahkan itu kemudiannya berlangsung dan Nazim seterusnya menghubungi Najib untuk mengatur seorang peguam untuk menderaf SD kedua di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Dalam video berkenaan, Harakah memadamkan nama seorang peguam yang disebut Deepak.

Susulan itu, satu sidang media diadakan secara tergesa-gesa pada keesokan harinya.

Deepak mendakwa peguam berkenaan tidak mahu hadir, yang memaksanya memanggil seorang peguam lain untuk menemani Balasubramaniam bagi bertemu media.

Deepak mendakwa, beliau mendedahkan maklumat ini untuk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengambil tindakan dan melindungi integriti insitusi tersebut.

"Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang hendak dengar cakap sepasang suami isteri. Kita ada 28 juta manusia di Malaysia," katanya.
Harakah bil 1801
VIDEO l 14.39 mins

Siasatan kes Altantuya perlu dibuat semula-Karpal -Harakahdaily
 Pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishan tentang akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P Balasubramaniam memerlukan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu disiasat semula.

Pengerusi DAP, Karpal Singh, seorang peguam senior membuat cadangan itu ketika memberikan ucapan pembukaan di Kongres DAP pagi ini.

Karpal juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab segala pendedahan yang dibuat oleh Deepak itu.

Deepak dalam wawancara dengan media termasuk Harakahdaily mendedahkan beliau diarahkan oleh Najib untuk berbincang dengan P Balasubramaniam agar menarik balik pengakuan bersumpahnya yang mendakwa Najib terlibat dalam pembunuhan gadis Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Deepak juga mendakwa, adik Najib, Nazim Razak telah bertemu dengan Bala dan bersetuju membayar wang jutaan ringgit bagi membolehkan Bala membuat perubahan kepada SDnya itu.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isterinya yang sedang sarat mengandung.

Hasilnya, Bala telah membuat SD 2 dan mengubah segala penyataan yang beliau buat dalam SDnya yang pertama.


RM 40 juta hanyasebahagian kecil dari rompakan, Tangkap Musa, Selamatkan wang rakyat Sabah

sebahagian yang dibenarkan naik ke tingkat 5, Kompleks Kerajaan Persekutuan (mini putrajaya)
yang menempatkan pejabat SPRM Sabah



Kenyataan Media
15 Disember 2012
Laporan SPRM Terhadap Musa Aman dan Nazri Aziz, SAMM Tuntut Siasatan Baru

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan SPRM terhadap Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Musa Aman dan yang didakwa menerima wang sebanyak RM40juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi merujuk kenyataan bersumpah Datuk Seri Lajim Ukim 11 Disember yang lalu.
SAMM juga dalam masa yang sama turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia apabila didedahkan Chia menaja kenderaan mewah, Hummer kepada anak Nazri.
Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Dato’ Seri Musa Aman.
Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012 Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan telah digugurkan di atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.
Namun kenyataan bersumpah Lajim Ukim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri Aziz di Parlimen. Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?
Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, DS Lajim Ukim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan, DS Lajim memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut. Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah menurut Lajim.
Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta. Pengumuman Nazri Aziz juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah.
Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz. Kesediaan DS Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM.
Sekian
Boby Bin Lewat @ Ewat
Penyelaras SAMM Sabah

** Laporan telah dibuat oleh Boby bagi pihak anak muda Sabah dan di iringi oleh lebih 60 orang anak muda.

Thursday, December 13, 2012

SAMM Bersama Sekutu Anak Muda Jelajah Negara Pastikan Kejayaan Mobilisasi 1 Juta Rakyat – 12 Jan 2013 #KL112



Kenyataan Media
12 Disember 2012

SAMM Bersama Sekutu Anak Muda Jelajah Negara Pastikan Kejayaan Mobilisasi 1 Juta Rakyat – 12 Jan 2013 #KL112

Hari ini tanggal 12 Disember 2012, ramai memilih untuk melakukan perbagai perkara istimewa dalam mengenang tarikh yang unik ini. Namun bagi kami Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ia tarikh bermakna kerana telah berjaya mengikat persetujuan 12 organisasi massa (ormas) muda untuk bersetuju menjelajah seluruh pelusuk negara sebulan menjelang menjayakan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013.

Rakyat dari perbagai latar telah menghadapi perbagai masalah, rakyat kini telah berjaya mengorganisasi diri dalam kumpulan bagi mengenengahkan masalah bersama. Telah bertahun melalui proses perbincangan, memorandum dan sebagainya namun regim penguasa bukan sahaja bisu tetapi menunggang media mengelirukan rakyat dan menjadikan rakyat yang sedar menuntut hak sebagai musuh.

Akhirnya kumpulan – kumpulan ini bersatu dan bersetuju mengenengahkan 6 tuntutan besar yang diterajui oleh 6 ormas iaitu
ANAK : Perjuangan menuntut hak dan kebajikan Generasi kedua FELDA
KASE : Menuntut proses saman dan pendidikan trafik yang telus, menuntut pemansuhan AES
Anti Lynas : Himpunan hijau perjuangan menyelamatkan alam sekitar demi masa depan
Royalti : Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas
SMM : Mansuhkan PTPTN dan Menuntut pendidikan percuma 
BERSIH : Menuntut 8 perkara asas demi sebuah pilihanraya telus dan adil
Tuntutan ini juga dituruti dengan tuntutan lain seperti hak tanah, pertahankan bahasa ibunda, pertahankan kampung tradisi dan kawasan warisan, tuntut keadilan buat Aminulrashid, Beng Hock dan Kugan, dan perbagai lagi masalah rakyat.

Kesemua ormas ini telah bersetuju di bawah saketeriat yang dipengerusikan oleh Hj Mohamad Sabu untuk bersama berhimpun secara aman dan menjadikan tarikh 12 Januari 2013 sebagai Hari Kebangkitan Rakyat bagi mengenengahkan semua tuntutan rakyat yang tidak dipedulikan.

Melihat semua isu ini melibatkan masa depan negara yang akan diwarisi oleh kelompok muda negara maka sewajarnya kaum muda harus memainkan peranan lebih ke depan. Atas kesedaran itu maka SAMM telah duduk semeja bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan akhirnya bersama 12 ormas lain untuk mengadakan satu Jelajah Mobilisasi ke  arah 1 Juta Rakyat #KL112.

Bermula di Kelantan pada 26 Disember, iaitu 16 hari menjelang #KL112, seterusnya Jelajah Anak Muda akan menjengah semua negeri di semenanjung dengan 12 lokasi dan kemuncak jelajah ‘Final Countdown’ akan berlangsung di lokasi bersejarah negara iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 mengira detik 12 Januari 2012

Program jelajah mengandungi beberapa aktiviti penting seperti
  • Ceramah Perdana – Rapat Umum menampilkan pimpinan muda dari perbagai latar belakang
  • Pengedaran risalah dan penerangan dalam kumpulan – kumpulan kecil. Sebanyak 250,000 risalah kenapa anak muda harus bersama jayakan #KL112 akan diedarkan ke seluruh negara
  • Perjumpaan dengan ormas dan pimpinan muda di perbagai peringkat bagi memaksimakan impak #KL112
Berikut ialah Jadual Rapat Umum Jelajah Mobilisasi ke arah 1 Juta Rakyat #KL112.
  • DISEMBER 26 – TAPAK EXPO, MACHANG, KELANTAN (pertanyaan 019-9317608)
  • DISEMBER 28 – TAMAN RIA MESRA, GURUN, KEDAH (pertanyaan 017-5568557)
  • DISEMBER 29 – BUKIT GEDONG, BAYAN BARU P.PINANG (pertanyaan 017-4760274)
  • DISEMBER 30 – DATARAN DSAI, TAMBUN TULANG, PERLIS (pertanyaan 019-4342244)
  • JANUARI 1      - KG BUKIT PULAU, BUKIT KATIL MELAKA (pertanyaan 012-2478016)
  • JANUARI 2      - TAMAN TASEK JAYA, PAROI N.SEMBILAN (pertanyaan 0123696474)
  • JANUARI 4      - DEWAN DATO FAUZI, SEKINCHAN SELANGOR (pertanyaan 012-3312364)
  • JANUARI 5      - PADANG PPR, KEMPAS JOHOR (pertanyaan 012-7030747)
  • JANUARI 6      - TAMAN MUHIBBAH, TEMERLOH PAHANG (pertanyaan 017-9573855)
  • JANUARI 8      - DATARAN PEKAN RABU, JALAN BAHARU P.BUNTAR PERAK (pertanyaan 012-5595258)
  • JANUARI 9      - DEPAN MYDIN KUALA IBAI, K.TERENGGANU (pertanyaan 019-9809974)
  • JANUARI 11    - KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU KUALA LUMPUR (pertanyaan 0123696474
Antara pimpinan muda yang terlibat
·         Hj Mohamad Sabu (Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat)
·         YB Saifuddin Nasution Ismail
·         YB Nurul Izzah Anwar
·         Ust Fadli Shaari (Setiausaha Media Menteri Besar Kelantan)
·         Adam Adli (aktivis muda)
·         YB Nizar Jamaluddin
·         YB Chang Lih Kang (MPP PKR)
·         Siti Aisyah Shaikh Ismail (Serikandi PKR)
·         Sandrea Ng (AMK)
·         Safwan Anang (Pengerusi SMM)
·         YB Sivakumar (DAPSY)
·         YB Elizebeth Wong
·         Khalid Ismath (Aktivis muda)
·         Hishamuddin Rais (Pengendali blog Tukar Tiub)
·         YB Tian Chua
·         Sheikh Omar (Seketeriat Himpunan kebangkitan Rakyat)
·         Law Bing Haw (Ketua AMK Melaka)
·         Mandeep Sigh (BERSIH)
·         Aduka Teruna (ROYALTI)
·         Tinagaran (JERIT)
·         Benz Ali (PAM)
·         Adam Hamid (Selebriti / Pengarah drama)
·         Mazlan Aliman (ANAK)
·         Suhaizan Kayat (Pemuda PAS)
·         YB Firdaus Jaafar (KASE)
·         Anis Afida (Angry Lobster – selamatkan pengerang)
·         YB Ng Sue Lim (DAPSY)
·         YB Syed Azman (PAS) serta ramai lagi pimpinan muda di perbagai peringkat.

Selain dari SAMM sendiri seperti che’GuBard, Edy Noor Reduan (Pengarah Propaganda SAMM Kebangsaan), Cikgu Faizi (Pengarah Latihan), Zulkifli Ibrahim (Pengarah Pengkaderan), Angah Habib (Penyelaras bersama Kedah), penampilan istimewa Rara Young (Penyelaras Wanita Muda SAMM) dan ramai lagi watak muda dalam SAMM akan diketengahkan melalui jelajah ini.
Memohon semua pihak untuk sama membantu membuat hebahan.Sekian dan terima kasih.
Kenyataan bersama

Che’GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Safwan Anang
Pengerusi SMM

Adam Adli
Pengarah Bersama Jelajah Mobilisasi ke arah 1 juta #KL112

Yasir Sheikh Abd Rahman
Pengarah Bersama Jelajah Mobilisasi ke Arah 1 juta #KL112

Wednesday, December 12, 2012

Deepak dedah cerita disebalik SD ke dua Bala


KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.

"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.


Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily.

"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula.

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.

Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.

Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.

Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".

Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.

Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.

Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.

Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.

Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.

Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.

Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.

Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.

Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.

Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara.

Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.

Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu.

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan  abang dia, siapa yang akan siapkan SD.

Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.

Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.

Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.

Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.

Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu
yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah  bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.

Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.

Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.

Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.

Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.

Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup.

Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah.

Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.

Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja." - harakah online

Sepanduk 'I Love PM' bukti Najib sedang tertekan



Sepanduk I Love PM fonomena biasa pemimpin hujung usia pemerintahan

Tulisan : che'GuBard

11 Disember 2012


SEPANDUK 'I LOVE PM' BUKTI JIWA HAMBA DAN NAJIB DALAM KEADAAN TERTEKAN

Perasan atau tidak kita sejak kebelakangan ini hampir setiap majlis yang diadakan oleh Najib Razak pasti akan ada diedarkan playkad tertera I LOVE PM diedar dan dipaksa diangkat untuk tujuan menunjukkan kekuatan Najib secara peribadi.

Mubarak muncul ketika riak protes mula muncul dengan berselindung dengan perbagai imej media wajah baik
Setelah tiada yang sanggup mengangkat sepanduk Mubarak mewajibkan tiang lampu dan dinding mengangkat wajahnya

Ini tidak pelik, ini strategi ramai pemimpin yang ditolak rakyat cuba mengolah persepsi ketika dihujung usia. Hosni Mobarak contohnya ketika apabila rakyat mula memercikkan riak protes dia juga sering memenuhkan programnya dengan teriakan dan julangan sepanduk seperti 'I Love Mubarak' dan berselindung disebalik imej Mesir namun setelah api kebencian memuncak dan rakyat bersatu bawah bendera Mesir tidak ada lagi yang mahu mengangkat sepanduk Mubarak dia memaksa semua tiang dan dinding mempamerkan gambarnya untuk menunjukkan kekuatan peribadinya.

Leila Ben Ali punya banyak bahan propaganda untuk menolak imej boros dan mewah sehingga menjahanamkan Tunisia
Begitu juga di Tunisia Ben Ali di hujung era pemerintahan beliau menggunakan imej Tunisa dengan gambar perbagai gaya untuk membentuk persepsi dia ialah Tunisia dan siapamelawan dia maka tidak patriotik dan menentang Tunisia. Isterinya Leila Ben Ali menjadi antara watak kebencian rakyat kerana sikap borosnya berterusan ketika rakyat menderita kesusahan cuba diperbaiki dengan perbagai usaha media seperti mengeluarkan risalah dan buku memuja muji isterinya.

Rosmah menggunakan taktik sama Leila Ben Ali menerbitkan buku untuk memperbaiki imej memberikan persepsi sokongan rakyat sehingga mengheret Sultan Pahang melancarkan biografinya.

Namun yakinlah ini semua usaha sia - sia, rakyat tetap bangkit 'menghalau' diktator pewaris regim penindas rakyat ini dari takhta. Usaha permainan media itu akhirnya hanya menjadi penyedap hati diktator di hujung usia oleh anak buahnya atau agensi yang dibayar menaikkan imej mereka.

Sama seperti di Malaysia Najib sebenarnya tidak pernah diuji dengan pilihanraya, dia tidak pernah mendapat mandat rakyat. 2008 yang mendapat mandat rakyat ialah Abdullah Badawi yang mengetuai Bn, itupun setengah mati mempertahankan regim dengan segala macam penipuan pilihanraya. Jika dibawah Najib imej peribadinya jauh lebih parah dari Abdullah. Imej Abdullah ialah Abdullah lemah dan Khairy (menantu) yang merosakkan. Tetapi imej Najib lebih teruk iaitu dia dan isterinya sama merosakkan.
penipuan media menjadi penghubung nyawa Najib lihat sahaja gambar yang disiarkan di media utama negara, untuk menunjukkan orang ramai menyambut Najib maka mereka sanggup melakukan ubah suai terhadap gambar Najib, malangnya pengubahsuaian bertaraf 'cap ayam' ini mudah dikenalpasti.


'sindikit' ubah suai gambar untuk propaganda media ini yang dimulakan oleh pasukan Najib tanpa segan silu ditiru oleh pemimpin lain. Untuk menyambung nyawa politik mereka sanggup ubah suai gambar menunjukkan mereka denkat dengan Najib. Lihat dua gambar di atas Khoo Tsu Kon tidak wujud dalam gambar sebenar tetapi untuk ruang iklan berbayar dalam akhbar dia telah ubah suai gambar seperti diatas.
 

Namun penasihat propaganda Najib cepat memainkan peranan imej Malaysia (1Malaysia) menjadi benteng perlindungan kejap baginya. Dia cuma menyatukan Bn dengan imej negara, maka siapa menentang Bn maka menentang tidak patriotik. Namun sejak akhir - akhir ini menjadi rahsia terbuka pergolakan dari dalam Bn itu sendiri. Najib sudah mula hilang kawalan, perwatakan 'mat selamat' seperti dia bukan nakhoda yang baik untuk mengawal jentera perang pilihanraya.

sudah menjadi rahsia terbuka pergeseran dingin Najib dan Muhiyuddin, sehingga kini misteri poster menyokong Muhiyuddin sebagai PM muncul di Johor tidak terjawab
Sehinggakan perhimpunan agong umno 'PAU 2012' telah menjadi acara pulih semangat dan rayuan.Najib terpaksa mengaku dia buat silap dan minta maaf. Najib terpaksa menggunakan taktik Hitler iaitu mencipta Yahudi sebagai musuh yang perlu dibunuh untuk menyatukan German. Najib terpaksa memberikan seribu satu persepsi salah menipu perwakilan Umno mengenai musuh politik mereka agar Umno bersatu tidak 'tikam belakang' . Ya, perasan atau tidak , jangan tikam belakang menjadi tajuk utama sebenarnya dalam PAU 2012 kali ini. Semua perwakilan sudah diberi skrip. Skrip lagu anak kecil main api yang menuntut aktornya menangis itu bukan untuk menangisi harta yang Melayu yang telah hilang kerana jika diteliti semua hak Melayu hilang setelah 55 tahun Umno menguasai negara tetapi sebaliknya ialah untuk menipu dan memberi persepsi takut kepada perwakilan dan menuntut mereka jangan tikam belakang. Semua ini dialkukan dengan teliti oleh sepupu Najib , Hishamuddin yang menjadi pengerusi penyusun skrip perbahasan. Hishamuddin pasti menyusun semua ini bersungguh sungguh kerana ini pusingan penting menyekat kemaraan Muhiyuddin kerana jika Muhiyuddin berjaya menjadi PM maka hasrat Hishamuddin menjadi PM tentu terbantut.
SAMM akan muncul dengan terbitan bau sarat dengan bahan bukti termasuk bahan yang diterjemah dari Peranchis

Hishamuddin hanya mungkin menjadi PM dengan menjadikan Muhiyuddin tua di kerusi TPM kerana faktor usia Najib jauh lebih junior dari Muhiyuddin. Selepas Muhiyuddin tua di kerusi TPM dia akan berundur dan sudah tentu, Hishamuddin lah akan menggantikan TPM dan dalam track yang betul untuk menggantikan sepupunya sebagai PM.

Ini semua tidak akan dibenarkan berlaku oleh Zahid Hamidi. Untuk menunaikan hasratnya menjadi PM ia perlu menolak secepat mungkin Muhiyuddin sebagai PM. Itu sebabnya ketika arahan haram disebut nama Deepak dalam PAU2012 lalu tiba - tiba Zahid dalam seidang medianya menyebut dia akan menjawab isu Deepak dalam ucapan penggulungannya hari berikutnya. Namun dia tentu diberi ugutan kata dua sehingga dalam ucapannya penggulunganya esok itu hanya penuh mentera memuji Najib tidak ada menyebut isu Deepak seperti yang dijanjikan.Kita kena faham semangat panglima Zahid tak setara mana lagi selepas dia keluar ISA ketika kebangkitan Reformasi 1998.
Najib terhimpit dan terkepung kali ini
ketika keadaan ekonomi meruncing rakyat mungkin mengharapkan Mca selaku parti ekstremes cina yang kebetulan majoritinya masyarakat peniaga agar melalui kongresnya keluardengan formula penyelesaian ekonomi malangnya cuma dimulakan dengan sentimen anti hudud dan diakhiri dengan laungan I Love PM
Apapun Najib cukup terhimpit kini, itu belum lagi karenah parti komponen lain, tekanan isu berbangkit, masalah ekonomi negara yang makin meruncing maka dia mula dilihatsesama rakan sebagai pemimpin yang mungkin membebankan Bn itu sendiri. Dia tidak ada jalan lain selain dari membina persepsi dia secara peribadi kuat maka anak - anak buahnya menyusun memaksa semua orang untuk mengangkat sepandul I Love PM tetapi dia lupa dia hanya mengulangi manul kejatuhan semua pemimpin yang ditolak rakyat.
ketika orang India terhimpit masalah parti ekstrem perkauman India hanya mampu menunjukkan jiwa hamba dengan jeritan I Love PM

Bagi Mca dan Mic yang dipaksa mengangkat sepanduk I Love PM untuk menarik kenyakinan rakyat terhadap penyatuan Bn sebenarnya lupa rakyat sudah cerdik.Yang diperlihatkan bukan penyatuan tetapi jiwa hamba komponen Bn. Sepatut yang diangkat ialah 'Hidup Rakyat'. Mca selaku parti perkauman melampau orang Cina harus mengangkat Hidup Cina dan Mic parti perkauman melampau orang India seharusnya mengangkat sepanduk Hidup India khususnya ketika orang India dirundung perbagai masalah yang tak selesai sejak merdeka yang gagal diselesaikan oleh Bn. Namun dengan mengangkat I Love PM menyerlahkan politik mereka ialah bagaimana mengekalkan kekuasaan semata - mata bukan kepedulian rakyat.

Jom satu juta rakyat #KL112

Tuesday, December 11, 2012

Lajim lempar 'bom' melalui Akuan Bersumpah


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (gambar) membuat Akuan Bersumpah (SD) hari ini dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah.

Menurut Lajim dalam SD itu, buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah.

"Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah," katanya.

Beliau juga berkata, wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri.

Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah, katanya.

"Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah," tegas Lajim dalam SD itu.


Berikut adalah akuan bersumpah Lajim Ukin.



AKUAN BERSUMPAH

Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat
Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19,
Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan,
Penampang 88200 Kota Kinabalu dengan sesungguhnya dan sebenarnya
membuat perakuan berikut:

1.                 Saya adalah seorang ahli politik yang telah
memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak
merdeka dalam tahun 1957;

2.                  Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan
Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat
bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994.
Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

3.                  Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan
Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai
pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama
diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;

4.                  Sepanjang penglibatan saya dengan UMNO, saya telah
dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak tahun 2000. Majlis
Tertinggi UMNO adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam
UMNO dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO, termasuklah
hal ehwal kewangannya;

5.                  Saya juga menganggotai Badan Perhubungan UMNO
Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO di
peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;

6.                  Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau
mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’
Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang
dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;

7.                  Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa
pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang
niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini
dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan
Dato’ Seri Musa Aman;

8.                  Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen,
dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia
digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan
derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi
Ketua Menteri;

9.                  Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang
penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan
dan pengurusan di dalam UMNO di peringkat pusat dan negeri, saya tidak
pernah tahu atau diberitahu mengenai:

i.               Sebarang perbincangan
yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan
UMNO Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah
RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

ii.               Sebarang pengisytiharan
yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan
UMNO Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada
UMNO Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

iii.               Sebarang bukti urusniaga,
transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO
atau Badan Perhubungan UMNO Sabah yang boleh membuktikan bahawa UMNO
Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan

iv.               Sebarang laporan atau bukti
yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan
UMNO Sabah bahawa UMNO telah mendapat manfaat dari derma politik RM40
juta itu;

10.              Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa
kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar,
menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu
dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang
hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah
tidak mendapat pulangan setimpal;

11.              Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber
untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin
kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua
Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan
kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;

12.              Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan
di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak
pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari
penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai
rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya
dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin
kerajaan Sabah;

13.              Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada
mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara
ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen
pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;

14.              Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat
dalaman yang saya ada mengenai perjalanan UMNO dan kerajaan di
peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.


Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.