Monday, March 16, 2009

Kononya gambar Menteri dan anaknya pula tersebar ?

Posting ini ialah sambungan posting lepas bertajuk "Politik cara keji berterusan" sila klik sini.

Kira - kira dua minggu rasanya email chegubard@gmail.com dipenuhi dengan penghantar 'tak dikenali' yang menghantar email gambar yang 'kononya' gambar seorang Menteri dan gambar anaknya dalam keadaan yang 'amat peribadi'. cheGuBard percaya dan yakin kerja menjelang Perhimpunan Agong Umno ini ada kaitan dengan persaingan politik.

Inilah yang dikatakan politik jijik.

cheGuBard semasa pilihanraya banyak juga dapat macam macam gambar 'lawan politik' tapi kebanyakan gambar tersebut diletakkan taraf 'malas layan' kerana ia langsung tidak membina politik persaingan sihat. Walaupun masa pilihanraya lepas calon Bn bertindak ala gangster bersama jentera kerajaan.

Seperti gambar calon Bn Rembau pada masa itu yang berpakaian ala perempuan (sila klik sini untuk tengok) atau gambar dia di club malam (sila klik sini untuk tengok). Malah ada macam - macam lagi tetapi kenapa perlu bersaing politik guna cara yang tidak membantu mematangkan rakyat. Sepatutnya kan lebih baik bersaing dengan tawaran dan memberi penerangan, debat terbuka dan seumpamanya. Biar rakyat berfikir peroleh maklumat dan menjana modal insan negara. Ramai juga yang marah cheGuBard ketika itu kenapa tidak digunakan segala peluru yang ada sedangkan Bn cukup ganas, poster dan bendera keADILan dikoyak , dibakar sila klik

Namun dalam bab ini cheGuBard konsisten. Sila baca petikan posting yang lalu.
"Dalam isu Chua Soi Lek contohnya cheGuBard konsisten dari awal menyatakan ia satu pencerobohan ruang peribadi beliau. Yang harus di siasat dan dibincangkan oleh rakyat bukan betapa 'power'nya Soi Lek dalam rakaman tersebut tetapi sepatutnya ialah begitulah hebat dan seriusnya pertempuran dalaman sebuah parti (Mca) gabungan Bn. Soi Lek ketika itu cuba dibunuh karier politiknya kerana agak kritikal dalam beberapa isu. Yang harus di siasat ialah bagaimana ruang privasi seperti itu boleh diceroboh. Kedua apa kaitanya dengan pendedahan demi pendedahan mengenai betapa Mca sedang bergelumang dengan 'geng' kongsi gelap. Seterusnya perlu dibincangkan juga jika 'seks' tersebut adakah benar ada kaitan dengan rasuah untuk mendapatkan tender seperti yang didedahkan pada ketika itu juga. Namun oleh kerana tahap terlalu sukakan sensasi cerita 'keseronokan' menonton video itu melebihi isu yang lebih penting kepada rakyat." sila klik sini untuk baca lanjut
Seruan kepada semua orang politik. Hentikan politik keji ini.

2 comments:

  1. Saya sokong..
    Hentikan politik cara keji ini.

    ReplyDelete
  2. ini macamlah Chegu Bard..salute commandante! kena bezakan ruang peribadi dan ruang awam.

    ReplyDelete