Tuesday, March 31, 2009

Altantuya tak boleh disebut di bukit gantang

Hari ini cheGuBard akan menumpukan selama dua hari bermula hari ini di Bukit Gantang sebelum akan bertolak semula ke Bukit Selambau. Suasana di Bukit Gantang ini nampaknya agak panas dari Bukit Selambau. Ada laporan pergaduhan dan sabotaj berlaku. Biasalah sebab di Bukit Gantang Umno, dan Umno sebagai parti yang makin lemas akan bertindak merapu.

Semalam hampir semua bendera DAP dan KEADILAN dirampas oleh SPR dan Polis di Bukit Gantang. Kononya kerana hanya PAS yang bertanding. Pagi ini pula semua ceramah anjuran KEADILAN tidak dibenarkan. Maka ko ordinator program KEADILAN telah bertindak pantas dan memasukkan makluman program melalui ko ordinator program PAS.

Panik dengan kerjasama dan tindakan pantas itu maka Polis telah mengeluarkan syarat bahawa semua penceramah khususnya KEADILAN dilarang menyebut isu Altantuya. Sesiapa yang menyebut akan dikenakan tindakan dibawah akta hasutan.

Sebelum ini Polis meletakkan syarat jangan menyebut pasal Kerajaan Perak dan kini pasal Altantuya. Polis menjadi alat Bn yang semakin ketakutan.

Maka cheGuBard ada 3 program ceramah malam ini dengan tajuk utama Altantuya..... hahahahahaa

Kalau Najib berani mengapa tidak saman sahaja akhbar Peranchis dan beberapa akhbar luar negara yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.

sila klik sini untuk membaca Altantuya muncul di mana - mana.

6 comments:

  1. Anonymous5:44 PM

    Aku mangkin lama mangkin meluat dengan undang-undang dan peraturan umno.Ini yang orang-orang umno laung-laungkan malaysia negara bebas?bebas taik kucing.Perangai macam budak-budak kalau kome takut di lanong ombak jangan berumah di tepi pantai.kalau kome takut nak berpolitik nyorok aje bawah ketiak bini haprak punya pengecut.

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:06 PM

    ha..ha..ha..joke of the year...teringat pesan org tua dulu2..berani kerana benar,takuttttt kerana salah...lawakla PDRM,lupa lak motto depa....

    ReplyDelete
  3. Harakah dan suara keadilan diharamkan. Ceramah tak lih lebih pukul 11 malam, mesti dalam bangunan, tak lih melimpah, bermacam halangan. Apa jadah nie..demokrasi benda apa nie?. Gila punya kerja!. BN semua bolih..tv sampai ke tengah malam menipu rakyat, bolih aje...ini macam main bolih, pemain PR bolih bermain kaki kiri aje, goalie tak ada, BN pemain 15 orang dengan gol pos 2 kaki lebar. Memang bodoh betullah BN nie. Asyik nak tipu aje...agaknya mereka nie takut kot, ha, ha...

    ReplyDelete
  4. salam semua..
    saya perlukan pendapat anda..tq

    panas-hisamudin bersilat cekak..
    link terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html

    lebih panas-masjid di conteng dgn makian
    link terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html

    p/s
    buat banner besar2....

    1)MULAI HARI INI HINGGA TERTANGKAPNYE PEMBUNUH ALTANTUNYA, KITA AKAN GANTIKAN ALTANTUNYA DENGAN NAMA PUTERI MONGGOLIA atau MINAH MONGGOL kerana POLIS DIRAJA MALAYSIA TAK BAGI SEBUL ALTANTUYA... KESILAPAN INI AMATLAH DIKESALI..

    2)PAKAI TOPENG MINAH MONGGOL RAMAI2 pastu gantung di tengkok masing2 INI BUKAN ALTANTUYA.. JGN PERASAN...

    ok tak cadangan aku? huhu
    to ISA: ini cadangan tau bukan hasutan.. hehe takut oo ISA

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:45 AM

    Hahah Chegubard, although I don't agree on a government based upon any religious principles, I have to say that I love the main titles of your 3 lectures!

    ReplyDelete
  6. Polis sudah diistiharkan secara tidak langsung sebagai kompenan ke 16 BN selepas SPRM dan SPR atas kerja mereka sebagai pencacai Umno/Bn!

    Awas terbentuknya sebuah negara Polis di rantau ini! Malaysia tanahairku! Demokrasinya telah mampus! Pemimpin negara bertindak rakus!

    ReplyDelete