Monday, March 23, 2009

Selamatkan Air Selangor

HENTIKAN !!!

Kerajaan Persekutuan Mesti Hentikan Serta Merta Usaha Untuk Menyelamatkan Syarikat-Syarikat Kroni.

SOKONGAN !!!
Sokonglah Usaha Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mengambil alih Syarikat-Syarikat Konsesi Air Demi Manfaat Rakyat Negeri Selangor !!!!

Ekonomi negara kini menuju kemelesetan. Dengan menaikkan tarif air, ia pasti menambah bebanan rakyat. Inilah tindakan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan yang kini sedang berusaha hendak membayar harga yang mahal kepada syarikat-syarikat konsesi air supaya dapat mengambil alih aset-aset mereka. Tindakan Kerajaan Persekutuan ini boleh menyebabkan kenaikan kadar bil air.

Usaha Kerajaan Persekutuan ini bakal dimulakan di Selangor. Jikalau rakyat Selangor dan Malaysia membiarkan sahaja perkara ini berlaku, maka Kerajaan Persekutuan pasti melakukan tindakan yang sama ke negeri-negeri lain di Malaysia.

Sebenarnya, syarikat-syarikat konsesi air sangat tamak. Kata mereka Kerajaan Selangor menawarkan harga rendah untuk mengambil alih aset-aset mereka. Padahal mereka selama ini sudahpun mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Ayuh, sekarang jangan biarkan mereka menyedut lagi duit kita semua untuk disimpan dalam akaun bank-bank mereka!

Ada Tiga Sebab Mengapa Kerajaan Persekutuan Tidak Wajar Mengambil Alih Aset-Aset daripada Syarikat-Syarikat Konsesi Air di Selangor:
1] Kita terpaksa membayar harga (bil) yang tinggi. Tiada lagi pemberian air percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan. Kenaikan tariff air.
Sebaliknya, jikalau Kerajaan Negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi, kadar harga air menjadi semakin murah menurut perkiraan berikut:
Kadar sekarang RM1.33/M3
Turun 10% pada tahun 2009, bersamaan RM1.33/M3
Turun 20% pada tahun 2011, bersamaan RM1.18/M3
Turun 25% pada tahun 2013, bersamaan RM1.11/M3

Kualiti (mutu) air bertambah buruk dalam pengendalian Syabas.


2] Ia merupakan usaha menyelamatkan kroni secara tidak sopanKerajaan Persekutuan hendak menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang sedang menanggung hutang yang banyak:
Hutang Puncak Niaga : RM1.30 bilion
Hutang Syabas : RM2.90 bilion
Hutang Splash : RM1.60 bilion
Hutang Abbas : RM0.64 billion
JUMLAH HUTANG : RM6.40 bilion

Kerajaan Persekutuan dijangka membayar kadar harga yang tinggi kepada syarikat-syarikat konsesi bagi mengambil alih aset-aset mereka. Wang ringgit rakyat yang banyak hendak disedut dan diserahkan kepada syarikat-syarikat konsesi air yang memang sudah kaya raya. Maka, amalan rasuah bakal berterusan malah berleluasa.

3] Syabas paling banyak mengaut keuntungan
Syabas merupakan pembekal tunggal air di Selangor dan Kuala Lumpur. Kerajaan Persekutuan hendak memberikan lesen tunggal pengoperasian air kepada Syabas. Kualiti air dijangka terus berkeadaan buruk, iaitu kotor, berbau, mungkin beracun. Layanan buruk terhadap aduan pengguna yang berkaitan air. Tiada tender terbuka kepada lebih 72% kontrak berkaitan industri air yang bernilai RM600 juta. Pengguna perlu membayar RM50 bagi bayaran penyambungan semula, berbanding dengan hanya RM10 sebelum industri air diswastakan; privatization.
Dalam kajian terhadap dokumen Syabas, didapati sebanyak lebih RM325 juta disalahgunakan dalam urusan pembahagian kontrak industri air kepada pihak-pihak tertentu pada tahun-tahun 2005, 2006 dan 2007.
Sebanyak RMN51.2 juta adalah dibelanjakan bagi membaik pulih pejabat Syabas, padahal Jabatan Kawalan Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan peruntukan RM23.2 juta pada tahun 2005.
Menurut perjanjian Syabas, kenaikan 25% tarif dijadual, berkuatkuasa pada tahun 2012, diikuti kenaikan 10% pada tahun 2015, kenaikan 10% pada tahun 2019 dan kenaikan 5% pada tahun-tahun 2021, 2024, 2027 dan 2030.
Syabas telah melebihi “ceiling contract value” mereka sebanyak RM200 juta dari tahun 2005-2207
Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad ada menerima bayaran gaji selaku Pengarah sebanyak RM5.1 juta pada tahun 2007 (bersamaan RM425,000 sebulan!), iaitu merupakan antara gaji Pengarah yang paling tinggi di Malaysia.
Dia juga merupakan Pengerusi Eksekutif kepada Syabas, iaitu 70% kepentingan dimiliki Puncak Niaga.
Skandal paip:
Pembelian batang paip daripada syarikat-syarikat Indonesia bernilai RM600 juta.
Syarikat-syarikat yang berikut juga dimiliki oleh orang yang sama!
"Sebenarnya Menjadi suatu Kesalahan bagi Kerajaan Persekutuan untuk Mengadakan Perundingan Terus dengan Syarikat-Syarikat Konsesi Tanpa Melibatkan Kerajaan Negeri langsung, Menurut Perkara 191 (4) dan 191 (7) Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Mempunyai Hak bagi Menamatkan Perjanjian Menurut WSIA 2006, tetapi Beliau Enggan Melakukannnya. Mengapa?"

"Air Merupakan Hak Asasi Manusia dan Tidak Boleh Dipindah Milik Menjadi Barangan atau Komoditi yang Menguntungkan Pihak-Pihak Tertentu. Kerajaan-Kerajaan Negeri Bertanggungjawab untuk Menyedari Perkara Penting Ini.

Dengan Membayar Harga yang Mahal kepada Syarikat-Syarikat Konsesi, Ia Bermakna Kerajaan Persekutuan Bersedia Menswastakan Keuntungan Tetapi Bakal Menanggung Kerugian yang Sangat Banyak."
Apakah yang Patut Kita Lakukan?
1) Adakan mesyuarat di peringkat kawasan anda bersama Majlis Tempatan atau Pertubuhan Penduduk.
2) SMS kepada rakan-rakan dan kepada Kerajaan Persekutuan bagi membantah usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan Syabas
yang kini mengalami kerugian.
3) Fakskan kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi di talian 03-88893712, dengan menyatakan bantahan terhadap usaha menyelamatkan Syabas dan syarikat-syarikat konsesi air lain yang sedang mengalami kerugian.
4) Hantarkan berita kepada surat khabar, radio atau televisyen, dan media dalam talian yang memuatkan bantahan terhadap usaha menyelamatkan Syabas dan syarikat-syarikat konsesi air yang mengalami kerugian.
5) Mulakan Blog tentang isu ini dan poskan ulasan tentang isu ini dalam blog- blog lain.
Sumber : Panel Penilai Air Kerajaan Negeri Selangor 25 Februari 2009

2 comments:

  1. Anonymous10:50 PM

    Cukuplah monopoli syarikat Syabas dan Puncak dalam industri air di Selangor.Tidak menjadi rahsia,CEO Puncak Niaga dan Syabas juga mempunyai berpuluh-puluh syarikat sokongan berkaitan air di Selangor.Antaranya siapa tak kenal Syarikat Laksana Wibawa, kilang paip air,Damini Corp pembekal meter dan bahan kimia pembersih air,Mega Bestari contraktor,Semarak Niaga ,syarikat Land scaping dan berpuluh-puluh lagi yang ada sangkut paut dengan air.
    Cukuplah monopoli CEO Tan Sri Rozali Ismail ini.Sewajarnya kerajaan Selangor mengambilalih semula konsesi air,

    ReplyDelete