Thursday, November 29, 2007

Tol naik lagi !!!

Kadar tol di enam lebuhraya naik antara 30 sen dan RM10.70 sen mulai 1 Januari ini.

Enam lebuh raya itu ialah Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite); Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE); Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua); Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB); serta Tambak Johor dan Plaza Bukit Kayu Hitam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy Vellu ketika mengumumkan perkara itu berkata keputusan Jemaah Menteri itu yang diluluskan hari ini berkata enam lebuhraya itu tidak mempunyai kadar trafik yang tinggi dan tidak melibatkan pengguna yang ramai.

"Secara keseluruhan tidak banyak trafik seperti di Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Elite paling kurang trafik, LinkKedua pula hanya dilalui 16,000 kenderaan sahaja manakala di Tambak Johor kebanyakkannya yang melalui laluan tersebut adalah dari Singapura," katanya.

Kadar baru bagi SPDH melibatkan Plaza Tol Mambau ialah RM3.20 (naik 30 sen) manakala bagi Plaza Tol Lukut ialah 80 sen (naik 10 sen); Lebuhraya Elite RM14.96 sen (naik RM1.36 sen); Lebuhraya BKE RM1.60 (naik 30 sen), Lebuhraya LinkKedua bagi Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor RM1.60 sen (naik 30 sen) manakala Plaza Tol Lima Kedai pula RM3.90 (naik 80 sen) dan Plaza Tol Perling RM2.30 (naik 50 sen).

Lebuhraya NNKSB melibatkan Plaza Tol Bukit Raja ialah 60 sen (naik 20 sen) manakala Plaza Tol Kapar-Bukit Raja RM1.40 (naik 40 sen); Plaza Tol Bukit Kayu Hitam RM3.60 (naik 30 sen) dan Plaza Tol Tambak Johor RM2.90 (naik 30 sen).

Kadar ini adalah untuk kereta yang diklasifikasikan sebagai Kelas 1, demikian menurut laporan Bernama.

Kali terakhir kerajaan menaikkan tol ialah pada 1 Januari lalu melibatkan lima lebuhraya sekitar Lembah Klang, melibatkan kenaikan antara 30 sen dan RM1.

Lima lebuhraya ialah Lebuhraya Damansara-Puchong(LDP), Lebuhraya Shah Alam, Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya KL-Karak dan lebuhraya Koridor Guthrie.

Berikut adalah kadar kenaikan tol bagi semua kelas kenderaan di enam lebuhraya itu.

1. Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Negeri Sembilan

Plaza Tol Mambau:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM2.90 RM3.20 RM0.30 10.34 peratus
2 RM5.70 RM6.30 RM0.60 10.53
3 RM8.60 RM9.50 RM0.90 10.47
4 RM2.90 RM3.20 RM0.30 10.34
5 RM5.70 RM6.30 RM0.60 10.53

Plaza Tol Lukut:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah Kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM0.70 RM0.80 RM0.10 14.29
2 RM1.30 RM1.40 RM0.10 7.69
3 RM2.00 RM2.20 RM0.20 10.00
4 RM0.70 RM0.80 RM0.10 14.29
5 RM1.30 RM1.40 RM0.10 7.69

2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite)

Lebuhraya Elite:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah Kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM13.60 RM14.96 RM1.36 10
2 RM20.39 RM22.43 RM2.04 10
3 RM27.19 RM29.91 RM2.72 10
4 RM 6.80 RM7.48 RM0.68 10
5 RM10.20 RM11.22 RM1.02 10

3. Lebuhraya Kulim-Butterworth

Plaza Tol Kubang Semang, Pulau Pinang dan Lunas, Kedah:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah Kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM1.30 RM1.60 RM0.30 23.10
2 RM2.60 RM3.20 RM0.60 23.10
3 RM3.90 RM4.80 RM0.90 23.10
4 RM0.65 RM0.80 RM0.15 23.10
5 RM1.30 RM1.60 RM0.30 23.10

4. Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)

Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah Kenaikan Peratus Kenaikan
0 RM1.30 RM1.60 RM0.30 23.10
1 RM8.40 RM10.80 RM2.40 28.57
2 RM19.10 RM24.40 RM5.30 27.75
3 RM38.20 RM48.90 RM10.70 28.01
4 RM6.30 RM8.10 RM1.80 28.57
5 RM10.20 RM13.00 RM2.80 27.45

Plaza Tol Lima Kedai, Johor:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah Kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM3.10 RM3.90 RM0.80 25.81
2 RM6.10 RM7.80 RM1.70 27.87
3 RM7.70 RM9.80 RM2.10 27.27
4 RM1.50 RM2.00 RM0.50 33.33
5 RM3.10 RM3.90 RM0.80 25.81

Plaza Tol Perling, Johor:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM1.80 RM2.30 RM0.50 27.78
2 RM3.60 RM4.60 RM1.00 27.78
3 RM4.50 RM5.70 RM1.20 26.67
4 RM0.90 RM1.10 RM0.20 22.22
5 RM1.80 RM2.30 RM0.50 27.78

5. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Selangor

Plaza Tol Bukit Raja:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM0.40 RM0.60 RM0.20 50
2 RM0.80 RM1.10 RM0.30 37
3 RM1.20 RM1.60 RM0.40 33
4 RM0.20 RM0.30 RM0.10 50
5 RM0.40 RM0.60 RM0.20 50

Plaza Tol Kapar:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM2.10 RM2.70 RM0.60 28
2 RM3.70 RM4.80 RM1.10 29
3 RM5.20 RM6.80 RM1.60 30
4 RM1.10 RM1.40 RM0.30 27
5 RM1.90 RM2.40 RM0.30 26

Plaza Tol Kapar - Bukit Raja:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM1.00 RM1.40 RM0.40 40
2 RM1.80 RM2.50 RM0.70 38
3 RM2.50 RM3.50 RM1.00 40
4 RM0.50 RMO.70 RM0.20 40
5 RM0.90 RM1.30 RM0.40 44

6. Sebahagian Lebuhraya Utara - Selatan (Plus)

Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Kedah:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM3.30 RM3.60 RM0.30 10
2 RM4.80 RM5.30 RM0.50 10
3 RM6.50 RM7.20 RM0.70 10
4 RM1.50 RM1.70 RM0.20 10
5 RM2.40 RM2.60 RM0.20 10

Plaza Tol Tambak Johor, Johor:
.
Kelas Tol Semasa Tol Baru Jumlah kenaikan Peratus Kenaikan
1 RM2.60 RM2.90 RM0.30 10
2 RM4.10 RM4.50 RM0.40 10
3 RM5.50 RM6.10 RM0.60 10
4 RM1.30 RM1.40 RM0.10 10
5 RM2.10 RM2.30 RM0.20 10

Kelas 1 adalah untuk kereta, kelas 2 bagi lori kurang daripada satu tan, kelas 3 lori besar dan trailer; kelas 4 teksi dan kelas 5 bas.

Wednesday, November 28, 2007

Tunku pernah tuntut hak etnik cina dari Jepun

Membaca blog seorang sahabat ada merakamkan mengenai orang cina pernah menuntut kerajaan Jepun membayar pampasan terhadap penderitaan yang berlaku semasa pendudukan Jepun di tanahair. Kumpulan yang menuntut itu lebih agresif apabila mereka menamakan usaha tersebut sebagai tuntutan "Hutang Darah" kepada Jepun, perbagai cara digunakan termasuk tunjuk perasaan dan seumpamanya. Namun apa yang menarik tuntuk rekod kita ialah untuk mengurangkan tension perkauman agar nampak ia lebih sebagai tuntutan rakyat Malaysia makanya Almarhum Tunku Abd Rahman semasa Perdana Menteri, memberikan sokongan sepenuhnya dan menjadi jurucakap tuntutan itu kepada Kerajaan Jepun. Dalam rekod tuntutan tersebut turut menyatakan betapa etnik Cina mendapat layanan buruk dan Etnik Melayu mendapat layanan istimewa. Adakah perkara itu betul ? Tentu tidak hanya yang menjadi tali barut sahaja yang mendapat layanan istimewa... sebaliknya yang lain menerima kezaliman yang perbagai hasil penjajahan.... Namun Perdana Menteri pada ketika itu lebih bijak mentadbir negara.

Walau akhirnya pemberian hutang darah dibayar dalam bentuk pemberian kapal yang sekarang bernama MISC dan ditadbir oleh Petronas sebelum terjual ke Hong Kong. Apalah salahnya jika hari ini Abdullah Hj Ahmad sendiri mengetuai perbincangan "Hutang Perhambaan" orang India yang dibawa ke Malaya oleh British.Polis digunakan bukan lagi untuk melindungi tetapi untuk memastikan rakyat akur seperti 'lembu ternak'. Siapa membantah akan menerima akibatnya....

Satu bab lagi nak disentuh hari ini ialah perihal Tol. Kabinet mengumumkan bahawa tol tidak akan dinaikkan. Ramai yang muka kendur rasa marah dan tensionya pada regim, tetapi adakah mereka ini tahu bahawa dengan tidak menaikkan maka syarikat ini akan tetap untung kerana RM344 juta wang rakyat dibayar terus kepada mereka. Ertinya naik atau tidak pihak konsesi tetap untung tetapi rakyat tetap akan rugi. Bayangkan wang sebegitu banyak digunakan untuk membiaya pendidikan atau perubatan rakyat ia lebih berfaedah.

Kerajaan perlu segera bertindak beli sahaja syarikat tol tersebut dan maka setiap kali kenaikan batalkan jangan naik dan setiap tahun keuntungan masuk semula kepada akaun rakyat.

Satu lagi rakyat yang sedang kais pagi makan pagi harus tahu bahawa di parlimen Malaysia telah dibentangkan bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz telah membelanjakan RM7.3 juta untuk menghadiri 21 kali mesyuarat di luar negara. Ini satu jumlah yang melampau. Jumlah itu hanya perbelanjaan tambahan yang direkodkan bagaimana perbelanjaan yang di tuntut bukan melalui Kementerian contohnya tuntutan ahli parlimen.

Nah sekarang apa kata rakyat ?

Tuesday, November 27, 2007

Tahniah Adnan Yaakop

Hari ini Utusan Malaysia, melaporkan

Pejabat MB menang bidaan CCC 9

KUANTAN 26 Nov. – Pejabat Menteri Besar Pahang memenangi tender bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan CCC 9 selepas membida pada harga RM48,000.

Harga tersebut merupakan yang ketiga tertinggi dibida bagi siri nombor CCC selepas Sultan Pahang yang membida pada harga RM76,600 untuk CCC 1 dan dua Exco kerajaan negeri yang membida sebanyak RM62,400 untuk CCC 3 dan CCC 8. Bagaimanapun dua Exco itu dilaporkan telah menarik diri.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga memenangi bidaan untuk nombor CCC 20 dengan nilai bidaan sebanyak RM5,500.

Senarai nama pemohon yang berjaya bagi nombor siri CCC yang ditender, kini dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Alor Akar di sini.

Jumaat lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob memberitahu, dua anggota Exco kerajaan negeri Pahang yang membida nombor pendaftaran tersebut telah menarik diri.

Dua Exco itu ialah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Perpaduan, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.

Adnan berkata, beliau tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan berharga lebih RM10,000 kerana mereka mempunyai sumber pendapatan lain misalnya perniagaan.

‘‘Tetapi bagi mereka yang menjadi Exco, kalau nak beli nombor pendaftaran, saya nasihatkan berhentilah jadi Exco,’’ katanya.

Sementara itu, mengikut laman web JPJ, nombor 1 hingga 10 dikelaskan sebagai nombor utama dan pembida perlu membayar 10 peratus daripada nilai bidaan semasa memohon.

Pembida yang berjaya perlu membayar baki nilai tempahan dalam tempoh dua minggu dan mendaftarkan nombor tersebut dalam masa satu bulan.

che'GuBard cuma nak tanya apa kata rakyat Pahang khususnya yang menjelang hujung tahun ini sedang mengira 'wang kecil' atau menziarahi pajak gadai menghantar gelang rantai untuk tahun baru persekolahan anak...tetapi dalam masa yang sama wang rakyat digunakan untuk hanya memenuhi nafsu serakah pemimpin yang ego untuk memiliki nombor pendaftaran menarik....




Memerlukan bantuan translator...


Amat memerlukan bantuan penterjemah yang boleh membantu menterjemah tulisan dalam Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris.....

Keperluan amat mendesak dengan kerja yang bertimbun, bahan bacaan yang melambak dan aktiviti yang beratur .... masa amat terhad...tetapi masih perlu menyiapkan beberapa kerja untuk keperluan akedemik.

Bahan tak banyak satu tulisan dalam 4-5 muka surat......tidak perlu kemahiran berbahasa yang tinggi... gunakan bahasa semudah mungkin.....Siapa boleh membantu dengan sedikit saguhati sila hubungi.... chegubard@gmail.com

Terima kasih.

Monday, November 26, 2007

Email dari teman : Ketika rakyat kira duit syilling Menteri terus mewah..

Pihak kami telah menerima satu e-mel yang mendedahkan maklumat bagaimana banyaknya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia. Walau begitu banyak wang gaji mereka, mereka ini masih rakus dengan mengaut pelbagai projek.

Rakyat yang miskin, makin miskin dan ditindas dengan pelbagai kenaikan harga barang. Para menteri tidak menghiraukan nasib rakyat, mereka sekadar berlakon menunjukkan simpati tetapi mereka sebenarnya dalang kenaikan barang di Malaysia

asalamualaikum dan Salam Sejahtera, tuan dan puan,

Untuk makluman semua ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup.Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara,Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteriserta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahuai dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO diseluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Wilayah Persekutuan

Anggap keputusan Merdeka Centre cabaran !

KLpos.com hari ini melaporkan dapatan dari survey yang dilakukan oleh Merdeka Centre menyatakan bahawa kes pendedahan isu klip video yang didakwa merakamkan perbualan seorang peguam dengan seorang hakim kanan bagi mengatur pelantikan ketua hakim negara, dikatakan tidak akan mempengaruhi undi pada pilihan raya umum akan datang. Walaupun isu ini berjaya menarik perhatian dunia tetapi dalam negara oleh kerana rakyat tidak mempunyai akses kepada media bebas maka isu ini tidak dipedulikan.

Isu ini penting, kerana ia membuktikan betapa korup dan rosaknya sistem kehakiman yang kita ada hari ini. Jika lantikan Ketua Hakim boleh diaturkan sebegitu rupa apalagi dengan penggunaan kuasa, pengaruh dan wang untuk menentukan keputusan kes.

Ketika video ini mula didedahkan ramai pimpinan dan aktivis parti mula berkeyakinan bahawa ia merupakan 'buah pukul' yang kuat untuk menyedarkan orang ramai mengenai korupnya regim pemerintah dan pasti memberi kesan terhadap keputusan pilihanraya akan datang. Malangnya dapatan survey yang dilakukan oleh sebuah badan bebas jelas menunjukkan sebaliknya. Perkembangan ini seharusnya tidak melemahkan kita semua.

Kita harus mengakui bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Isu ini belum diturunkan betul-betul kepada rakyat untuk difahami. Alasan media tidak bebas dan kekangan undang undang regim tidak harus dijadikan alasan. Kita sudah lama berdepan dengan semua itu seharusnya menuntut kita agar lebih kreatif dan agresif.

Seorang blogger yang mengendalikan blog ; Roti Kacang Merah dengan kreatif telah melahirkan nada dering yang diinspirasikan dari video klip Lingam itu. Cara - cara kreatif ini mungkin perlu diperhatikan oleh pimpinan dan aktivis.


Hasil dari kerja kreatif bloggers tersebut sekumpulan anak muda di Negeri Sembilan yang menamakan diri mereka Sekteriat Mobilisasi Rakyat NS pula menganjurkan ceramah melancarkan nada dering tersebut dan sedia mengedarkan ribuan risalah menerangkan mengenai kewujudan video klip dan memberikan link percuma untuk orang ramai memuat turun nada dering untuk telefon bimbit mereka. Pengedaran risalah pula akan difokuskan di kawasan tumpuan anak muda seperti pusat membeli belah.

Dua program ceramah besar telah disusun untuk maksud promosi berkaitan.

BERSIH1 : Ceramah Perdana
Jumaat 30 Nov 07 Jam 9 malam
Di Pusat BA Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu – Sekretariat BERSIH Malaysia
Dr Badrul Amin Baharun – Ahli MT PKR
Sdr Zulkefly Omar – PJ PAS NS

BERSIH2 : Ceramah Perdana
Ahad 9 Dis 07 Jam 9 malam
Di Pusat BA Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
Sdr Ezam Md Noor – Pengerusi GERAK M’sia
Dr Zulkifli Ahmad – Sekretariat BERSIH M’sia
Mohd Taufek Abd Ghani – Gelombang Kuning NS
Suhaimi Kassim – Pengerusi GERAK NS

che'GuBard sekali Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dengan ini mengucapkan tahniah kepada anak - anak muda yang kreatif dalam usaha menyedarkan rakyat dan sekali lagi menegaskan bahawa keputusan survey Merdeka Centre tidak melemahkan tetapi diambil serius sebagai cabaran untuk melipat gandakan usaha.


"Aku kentut depan menteri" / Musa tipu lagi

Perjuangan ialah ingatan melawan lupa - ikuti selanjutnya di http://klpos.com

Baunya makin kuat....masanya telah dekat.... berhenti mengeluh...bangkit bersama bina pasukan ampuh !!!

Menjenguk ke akhbar yang menyatakan tidak ada gas pemedih mata, meriam air di gunakan di kawasan ibadah Hindu di Batu Cave adalah satu pembohongan jelas.

From thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Demonstrators broke into the Batu Caves temple compound and destroyed temple property early yesterday morning, Inspector General of Police Tan Sri Musa Hassan said.

He said the crowd that had gathered there swelled from a mere 200 people just after midnight to more than 1,000 by about 2am.

“The demonstrators forced open the locked gates and started breaking temple property, prompting the temple committee to lodge a police report,” he said.

Minutes later several trucks of policemen, including those in plainclothes and members of the Light Strike Force unit, arrived at the temple and told the demonstrators to disperse.

However, they refused and instead fled into the temple premises, when police gave them a last warning.

When policemen pursued them, the demonstrators pelted and attacked them with stones and inter-locking bricks, resulting in several policemen being injured.

The demonstrators also threw a Molotov cocktail at a tourist charter bus, setting in on fire. They also shattered the windscreens and windows of several passing cars by throwing stones and bricks at the vehicles.

Musa said no tear gas or water cannons were used at the demonstrators during the incident.

“By about 4am, 69 people had been arrested,” he added.

As at press time, police were keeping a close watch on the area.

Inilah bentuk Ketua Polis yang kita ada, ini penipuan jelas yang disambung oleh lidah media yang dikuasai pemerintah. Dua gambar dibawah yang dipetik dari blog JeffOii membuktikan penipuan Musa Hassan itu. Apa peliknya watak yang sama pernah menyatakan dalam mahkamah semasa kes perbicaraan DSAI (dalam sumpah berkata benar) bahawa beliau akan berbohong kalau diarahkan dan kerana tugas.


Mana - mana anak muda digesa membuat satu laporan polis rasmi terhadap tindakan ganas polis dan penipuan Musa Hassan ini. Memang tidak akan ada tindakan tetapi percayalah selepas regim ini jatuh semua laporan tersebut akan diangkat dan akan beraturlah semua si zalim diadili mahkamah rakyat !!!!


Kepada aktivis HINDRAF dan masyarakat etnik India atau yang beragama Hindu di Malaysia dengan ini secara ikhlas di ingatkan bahawa ini bukan isu perkauman. Ia isu yang berkuasa menzalimi dan menindas rakyat. Bukan sahaja Kuil Hindu ... rumah ibadah Islam (masjid dan surau) juga dipecahkan. Malah tokoh agama yang berkata benar dan tidak sebulu dengan regim pemerintah akan digam atau imam akan dipecat. Masjid negara pernah diserbu oleh polis regim pemerintah secara biadap dengan memakai kasut dan membawa anjing.

Ayuh bangkit bersama semua etnik, anak Malaysia. Ini masanya perlawanan marhaen melawan regim gila kuasa........

Sunday, November 25, 2007

Budaya Masyarakat sakit....


Tengah sibuk siapkan proposal untuk tesis akhir. Mendapat email dari seorang teman dari Thailand bertanyakan mana lebih menyakitkan ? Ada dua gambar yang mahu di kongsi dan renung ...fikir ... mana yang lebih sakit ? dalam budaya masyarakat yang sakit...

Bila rakyat sudah tak takut polis tak hormat Menteri

Jelas rakyat Malaysia sudah tidak takut Polis dan tidak hormat Menteri. Ini berlaku kerana polis sudah tidak menjunjung perlembagaan dan melindungi kepentingan rakyat, polis hanya tahu bertindak mengikut arahan tanpa mengetahui adakah itu sesuai dengan keluhuran perlembagaan. Polis juga tidak dipercayai apabila hampir semua pegawai atasanya sendiri

10 November lepas menyaksikan 100,000 rakyat tetap turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpun dengan berani jelas mencabar Perdana Menteri sendiri yang mengatakan beliau pantang dicabar ! Walaupun polis menukar Ibukota ke suasana seolah berada dalam darurat tetapi lebih 50,000 tetap berjaya berkumpul di depan istana.

Hari ini sekali lagi Najib memberi amaran, Hishamuddin memberi ugutan kepada guru...malah seperti biasa polis umpama budak suruhan berdiri mempertahankan tuanya .... amaran agar jangan berhimpun.... tetapi lebih 10,000 masyarakat India dan dengan sokongan kaum etnik lain telah terus berhimpun. terlibat dengan rasuah dan tuduhan melindungi gangster dan penjenayah... Menteri pula memang telah hilang kepercayaan rakyat terhadapnya.. mendapat kuasa melalui penipuan (pilihanraya) dan setelah berkuasa rasuah dan salah guna kuasa menindas rakyat sendiri.

Apa salahnya memberikan hak rakyat berhimpun.... contohnya kalau takut jalan sesak beri HINDRAF mana mana stadium di Kuala Lumpur , tetapi malangnya bukan hanya tidak memberikan mereka hak berhimpun kehadiran polis menjadi punca utama jalan sesak.

Menjadi perkara biasa rakyat bangkit menuntut kebenaran dan keadilan dari bebanan sejarah, jika kerajaan tidak memberikan sokongan setidak tidaknya kerajaan memberikan ruang untuk rakyat menuntut keadilan dari bekas penjajah yang pernah memeras nenek moyang kita dan kesanya dirasai hingga kini. Di Korea Selatan buakn setakat ruang protes malah kerajaan turut terlibat menuntut keadilan buat rakyat mereka yang tersiksa oleh Jepun ketika perang. Malangnya di Malaysia kerajaan lebih bertindak penyambung warisan penjajah dan bukan sahaja tidak berani malah tidak menyokong usaha menuntut hak tersebut.

Contohnya hari ini untuk mempertahankan kedutaan dari menerima tekanan dan memorandum Polis yang dibayar gaji dengan cukai rakyat seolah menjadi Polis di bawah penjajah British memukul dan menangkap rakyat, sendiri.Gambar di atas contohnya sudah pasti akan digunakan untuk menggambarkan perhimpunan itu ganas dan merosakkan harta awam. Tetapi menurut saksi mata teman saya (berbangsa Melayu) yang turut mengikuti perhimpunan tersebut; ternyata Polis panik. Polis tidak menjangkakan sebegitu ramai orang mampu meloloskan diri dari sekatan jalan raya yang bersifat perkauman. Sejak semalam banyak sekatan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur dibuat dan menumpukan pemeriksaan kepada Kaum India. Awal pagi tidak dijangka ribuan mula berkumpul. Nampaknya taktik perhimpunan BERSIH yang diserap dari ilmu Korea Selatan digunakan kembali pagi ini. Peserta perhimpunan muncul dari perbagai arah.

Polis yang panik mula menyerang membabi buta, termasuk menyepak dan menghayun belantan sebarangan dan kerana itulah banyak pasu bunga dan tong sampah terbalik. Peserta perhimpunan ramai yang marah tetapi kebanyakan mereka bertindak non agresif. Mereka menyambut semburan air kimia dengan duduk... !!!!

Saya ingin membawa contoh perhimpunan 10 Nov. dimana polis berjaya diperdayakan oleh 3 kumpulan di situ tiada pertempuran dan tiada apa yang rosak malah kedapatan pelancong kehairanan dan kemudian seronok mengambil gambar. Sebaliknya di Masjid India Polis yang tertipu dengan 3 kumpulan yang berjaya bergerak ke Istana mula bertindak gila dengan melakukan keganasan fizikal dan di situ juga menyaksikan banyak kerosakan harta awam kerana dilakukan polis sendiri. Malah ada pelancong turut terkena gas pemedih mata ketakutan lari.



Hujah perkauman dan perhimpunan ini merbahaya kerana akan berlaku keganasan dan membangkitkan sentimen perkauman. Pertama rekod perhimpunan rakyat akan aman sehingga diganggu polis itu menjadi rekod jelas. Perkauman ... ? HINDRAF menyaman kerajaan British apa yang Kerajaan Malaysia takutkan...? sepatutnya sokong dan buktikan bahawa Imperialisme sememangnya buruk dan memberikan kesan buruk dan kerajaan berusaha bersungguh membetulkan keadaan dan menuntut keadilan untuk rakyat yang terkesan akibatnya.

Isu perkauman hanya isu yang menjadi senjata penguat parti parti perkauman untuk terus berkuasa. Parti parti perkaumanlah yang menggunakan isu perkauman untuk terus berkuasa.

Apa yang berlaku hari ini membuktikan rakyat sudah bosan dengan penipuan pemerintah. Sistem yang kita ada hari ini kita warisi dari penjajah ia jelas gagal menjamin kesejahteraan rakyat terbanyak.

Abdullah, Najib dan semua ketua parti perkauman di Malaysia...buka mata !!! rakyat sudah cerdik... rakyat sudah berani dan tidak hormati kamu semua kerana kamu sudah tidak mampu mewakili aspirasi kami rakyat Malaysia..... jangan mainkan lagu lama 'perkauman'...

Sekali lagi ditegaskan, bukan semua che'GuBard setuju dengan HINDRAF tetapi asasnya kami bersetuju iaitu bangun menuntut hak dan HINDRAF menuntut keadilan untuk etnik India bukan mengancam etnik lain.

Parti politik atau mana mana organisasi yang non perkauman dan bersifat Malaysia harus tampil segera berbincang dengan HINDRAF untuk meletakkan HINDARF dilandasan yang terbaik (jika ada perkara kecil yang tak setuju bincang dengan terbuka) dan jelaskan kepada rakyat terbanyak mengenai usaha menuntut hak ini agar tidak dimanipulasi oleh parti perkauman yang berkuasa.

Kepada teman - teman Melayu dan Cina atau apa sahaja etnik di Malaysia sampaikan kepada kaum anda tenang jangan termakan umpan perkauman yang disajikan.... rakyat bangkit membela hak itu bukan perkauman.... itu perjuangan menuntut keadilan.... Kita bangsa Malaysia....

Selama ini kita pelik bagaimana kawasan majoriti etnik India yang banyak ketinggalan merupakan kubu kuat BN... tetapi nampaknya teori itu akan berubah....

Saturday, November 24, 2007

Demonstrasi budaya kita dan asas hak manusia

Gelombang Kuning dapat perhatian Pesuruhjaya HAM RI...

Gelombang Kuning ; kebangkitan rakyat Malaysia menuntut pilihanraya bersih dan adil turut mendapat perhatian Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Indonesia. Nurkholis dalam blog peribadinya dua kali telah menulis mengenai peristiwa 10 November dan Kempen BERSIH. Beliau secara terus terang menyokong kebangkitan dan tuntutan BERSIH, antara menarik katanya ialah "Trully Asia" harus lebih demokratis sekarang juga.

Untuk membaca blog beliau sila ke http://nurkholis70.blogspot.com/ Dalam satu perkembangan Nurkholis dipercayai akan mewakili HAM RI dalam satu lawatan rasmi ke SUHAKAM awal tahun ini.

Beliau ialah Pesuruhjaya HAM Indonesia yang paling muda. Beliau seorang peguam antara aktivis aktif menggerakkan massa ketika kebangkitan Reformasi. Beliau juga terlibat dalam banyak kes pembelaan perjuangan kaum tani menuntut hak ke atas tanah.

Di Indonesia HAM RI mempunyai bidang kuasa dan kedudukanya lebih dihormati. Lantikan pesuruhjaya HAM sendiri perlu melalui tapisan yang begitu sukar, ketika dinamakan diperingkat awal hampir 200 orang dicalonkan terdiri dari para akademik, aktivis, peguam dan seumpamanya. Namun hanya 20 yang terpilih setelah berdepan dengan semua anggota DPR (parlimen), jawatankuasa ahli akedemik khas serta dialog terbuka yang menjemput semua masyarakat.

Begitulah masyarakat yang mula bergerak ke arah demokrasi....tetapi negara 'Truly Asia' nak pilih semua kuasa PM yang yang lain kena setuju............

Wednesday, November 21, 2007

Menteri Besar dan kroninya kaut kantung rakyat?

Mohamad memulakan langkah sumbang sebagai Menteri Besar, dengan penuh ego dan sombong beliau tidak mahu duduk di kediaman rasmi Menteri Besar yang pernah diduduki oleh Isa dahulu, katanya.

Beliau bukan sahaja telah mengambil alih rumah tetamu kerajaan yang baru siap ketika itu malah turut membelanjakan RM4.5 juta untuk kerja pengubahsuaian tambahan, katanya.

Kelemahan ini cuba ditutup dengan mengalihkan isu, menyedari imej yang semakin teruk, banyak kempen atau acara disusun untuk menaikkan imej Mohamad, katanya.

Cuma malangnya semua ini memerlukan wang yang banyak dan membazir, hingga kerajaan negeri dan agensi di bawahnya seperti dimaklumkan awal banyak mengalami krisis kewangan.

"Maka demi meneruskan program dan kempen menaikkan imej Mohamad dana baru terpaksa dicari, maka Setiausaha Kerajaan Negeri dipaksa untuk mengambil alih akaun amanah Mufti untuk diletakkan di bawah unit kewangan negeri.Maka dana dalam akaun ini akan mudah digunakan untuk acara menaikkan imej seperti menyampaikan bantuan dan seumpamanya," ujarnya.

Tidak salah dan sememangnya bagus menyampaikan bantuan tetapi selalunya kos menganjurkan acara penyampaikan bantuan lebih besar dari bantuan yang disampaikan, katanya.

sila baca lanjut dengan klik di sini.

update selepas ini salinan laporan BPR ke atas MB NS yang dibuat pada 9 November lepas.

Tuesday, November 20, 2007

Ceriakan telefon bimbit anda dengan ringtone Linggam "korek korek"

Tidak dapat dipastikan siapa yang gila Linggam atau adik dia (baca: Malaysiakini). Tetapi sudah pasti Linggam pasti bangga gila bila mendapat tahu dia akan jadi 'icon' popular menghiasi ringtone telefon bimbit setanding apek....

Kerja tak senonoh melahirkan ringtone ini adalah hasil ‘rotikacangmerah‘ sementara menunggu suaminya si Zunar. Tahniah atas idea paling mengarut tahun ini !!!! che'GuBard tengah gelak sorang sorang dalam kesejukan di Seoul ini sambil melihat salji turun di luar tingkap perpustakaan.

Apa pun semua dijemput menikmatinya....

1. URL page
http://www.soundupload.com/audio/94tkbq6d4ej4a3q

2. direct-download Lingamphone Ringtone:
http://www.soundupload.com/download/94tkbq6d4ej4a3q

che'GuBard tak boleh bayang kalau dalam LRT pagi waktu nak pergi kerja tiba tiba dua tiga telefon bimbit berbunyi... hello ..korek..korek..korek.....

Rashid pekak atau cuba menipu diri...?

Amat menarik untuk merujuk kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bersedia melepaskan jawatannya jika terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini yang tersiar dalam beberapa media yang dikuasai regim pemerintah Malaysia.

Media melaporkan kenyataan angkuhnya yang menyatakan bahawa beliau sudah terlibat mengendalikan 6 pilihanraya tetapi sehingga kini belum ada pihak yang boleh tampil dengan bukti membuktikan penipuan dalam pilihanraya kecil atau umum.

Beliau dilaporkan mencabar untuk mana - mana pihak mengemukakan bukti dan beliau sanggup meletakkan jawatan jika bukti berjaya diketengahkan.

Komen Rashid di media ini ternyata satu usaha terdesak pihak SPR dalam usaha mempertahankan kenyakinan masyarakat Malaysia dan dunia amnya yang semakin hilang kepercayaan terhadap keupayaan SPR menjamin pilihanraya bersih dan adil. Malangnya usaha ini jelas hanya membuktikan betapa Malaysia mempunyai pengendali pilihanraya yang 'pekak' atau cuba menipu diri sendiri untuk terus menjadi alat regim pemerintah.

Begitu banyak bukti sudah dikemukakan dan kemuncaknya ialah apabila penipuan 'perdana' yang dilakukan dalam PEMILU 2004 yang menyaksikan kemenangan terbesar BN dalam sejarah politik tanah air. keADILan contohnya telah mengemukakan satu laporan yang dinamakan Sham Democracy: A Report on Malaysian Elections. Laporan yang lengkap ini membuktikan bagaimana SPR menjadi alat untuk BN terus berkuasa atas nama demokrasi yang dimanipulasi.

Kenyataan ini juga diragukan maksudnya kerana berdasarkan maklumat dalaman SPR menyatakan bahawa Rashid sedia berhenti atau tidak kontraknya akan tamat 31 Disember ini.

Rashid didesak berhenti bermain 'wayang' dan berhenti mengeluarkan kenyataan politik di media. Berdasarkan bukti - bukti yang dikemukakan sebelum ini termasuk laporan Sham Democracy: A Report on Malaysian Elections maka jika benar Rashid mempunyai maruah dia harus berhenti sekarang, bukan terus bermain 'wayang'.

keADILan dengan ini mendesak Rashid agar lebih memahami tanggungjawab amanah besar yang dipikulnya atau jika lebih minat berpolitik...letak jawatan sekarang dan masuk ke gelanggang secara jantan, bukan hanya menjadi alat dan pekakas regim penguasa.

Merujuk pula kepada perkembangan terbaru mengenai penafian Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bahawa Istana menyokong perhimpunan BERSIH, semua dibertenang dan jangan cepat melatah. Isunya bukan perhimpunan itu haram atau tidak atau perhimpunan itu mempunyai restu Istana atau tidak...tetapi fokusnya ialah lebih 40,000 rakyat berkumpul dihadapan Istana dan puluhan ribu lagi di sekitar Kuala Lumpur menuntut pilihanraya bebas dan adil.

Rakyat mempunyai hak untuk membuat aduan kepada Raja yang melantik SPR. Tidak perlu restu Ketua Polis untuk rakyat tampil membuat laporan Polis. Rakyat sudah mengemukakan laporan dan kepada yang mempunyai kuasa harus mengambil serius laporan rakyat tersebut.

Kepada rakyat yang dizalimi hak dalam negara demokrasi pula seharusnya jangan duduk diam selepas menghantar laporan. Perhimpunan Rakyat 10 November bukan titik henti perjuangan, ia satu permulaan sejarah baru. Terus gembeling kekuatan dan yakinlah kedaulatan rakyat itu lebih penting di martabatkan demi kepentingan semua.

Semua permasalahan yang dihadapi kini seperti rasuah, salahguna kuasa, pembaziran, kenaikan harga, kenaikan cukai dan semua masalah yang menghimpit rakyat tidak akan didengari keluhanya oleh regim pemerintah kerana mereka tidak takut dengan rakyat. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi kerajaan harus takut dan mengikut kehendak rakyat kerana mereka takut hilang kuasa apabila tiba pilihanraya kerana masa tersebut rakyat berkuasa menukar pemimpin untuk memilih yang lebih baik. Malangnya di Malaysia rakyat dikerah mengikut dan tunduk kepada regim penguasa. Pemimpin regim tidak takut dengan rakyat kerana mereka yakin setiap kali pilihanraya tidak akan kalah kerana pilihanraya cuma proses demokrasi palsu yang rakyat tidak punya kuasa dan SPR serta semua agensi kerajaan akan terus menipu memastikan regim yang sama kekal berkuasa.

Hanya kuasa rakyat mampu mengubahnya.......

Monday, November 19, 2007

Selamat Bersidang....

Bapa Mertua dan Menantu



Bersih - Watch a funny movie here
Gambar perhimpunan 4,000 menurut media milik regim pemerintah.... suasana media massa seperti laporan media milik Regim Junta Myanmar yang melaporkan hanya ratusan sami Budha turun ke jalan dan kebanyakannya merusuh dengan memecahkan tingkap bangunan.

Abdullah kata dia pantang dicabar ! Nah kamu menurut satu maklumat Bukit Aman menganggarkan 138,000 rakyat turun ke Kuala Lumpur tempoh hari untuk mencabar Perdana Menteri... sekarang apa kata PM atau menantunya ...? dan kini juga cabaran lebih berat buat pimpinan rakyat .... apa lagi selepas 10 Novermber... rakyat menanti apa yang perlu dilakukan ??

Menyebut pasal kenyataan Yang Di Pertuan Agong yang murka 'kononya' yang disampaikan dalam satu sidang media khas yang dibuat oleh Kakitangan Istana yang bertugas dengan Majlis Keselamatan Negara (JPM) yang juga seorang ahli UMNO. Bagi che'GuBard itu tidak kena mengena isunya bukan perkenan raja tetapi rakyat bangkit menuntut pilihanraya bersih dan adil...

Rakyat tidak pernah peralat raja atau menghina raja tetapi regim penguasa yang selalu peralat raja...rakyat sentiasa bangkit membela...

Wahai raja melayu ingatkah kamu ketika kamu hampir hilang kuasa kerana diperdaya Sir Harold Mac Michael ? Rakyat bangkit tanpa kira latar belakang bela dan kembalikan kamu ke puncak kuasa... Ingatkah kamu siapa yang menghina sehingga jumlah botol arak dan hutang judi kamu dibogelkan...bukankah ia kerja Presiden UMNO.... ? Kenyataan Abdullah mengenai hanya dia yang boleh tetap tarikh pilihanraya pun menghina Agong kerana hanya Tuanku sahaja yang ada kuasa bubar parlimen bukan Abdullah..... Tidakkah menghina meletakkan bekas setiausaha Agong Umno yang terpalit rasuah serta salahguna kuasa serta berpuluh laporan polis dan BPR ke atasnya sebagai Yang Dipertua Melaka dan kemudian penjenayah ini duduk bermesyuarat semeja atas nama Raja Raja Melayu.....?

Ketika rakyat bangkit dan seiring dengan itu mahu memartabatkan sistem raja .... raja murka.... Raja kononya lebih selesa dengan regim sedia ada yang tak henti henti memperalat dan menghina raja...? Adakah rakyat sudah tidak punya hak terhadap rajanya.....? atau raja umpama imam kampung yang terkunci mulutnya menyatakan kebenaran (hanya membaca tesk kutbah yang tersedia jabatan agama) kerana takut elaun sejemput ditarik..... ?

Pipi tak mancung jangan hidung tersorong sorong.... adat kita anak muda... kalau sudah murkha orang tak suka kenapa perlu di ajak bersama tinggal sahaja.... Dengan maruah rakyat akan terus bangkit membela kebenaran.... menobat keadilan.....

Mengasak keADILan, Meratah Kezaliman... memperkasa keDAULATan Rakyat !

hujungnya ingin che'GuBard memetik tulisan MSO dalam blognya seperti dibawah :
Di dalam hati manusia itu ada satu ruang yang dinamakan oleh para aribillah sebagai istana Iblis, jadi istana itulah yang tiap daripada kita harus dibersihkan dulu. Cara hendak membersihkannya ialah dengan berzikir. Tetapi kalau tasbeh sebesar lutut bergantung saja ditangan nak tunjukkan alim, tidak guna juga.

Harapnya dengan penjelasan Wan Mohd Safiain itu janganlah kita cuba mengaitakan lagi nama dan batang tubuh Yang di-Pertuan Agong lagi. Juga pihak yang terdesak dengan himpunan 100,000 itu janganlah mengait atau berselindung di sebalik batang tubuh YAng di-Pertuan Agong. Janganlah sangat mengharapkan warna kuning membantu kita. Marilah kita berhadapan secara mendada tanpa ada naungan atau maunah daripada mana-mana orang mulia. Guna kekuatan dan keyakinan sendiri!

Mengenai penafian (penjelasan) dibuat Datuk Pengelola Istana Negara itu kita sudah faham duduk dan letak perkara sebenarnya. Dan kita juga sudah tahu mengenai tugas-tugas orang besar dalam istana seperti mana digambarkan oleh Seniman Agung lagi "wali" P Ramlee di dalam filem Musang Berjanggut.

Datuk Ahli Nunjum, Datuk Nikah Kahwin, Datuk Mangkubumi, dan banyak jenis lagi datuk sebenarnya masih wujud dan masih tinggal di dalam istana raja-raja Melayu smapai ke hari ini. Semua mereka memainkan peranan penting dan mempunyai kepentingan dan naluri tersendiri sehingga sanggup yang menjadi Musang Berjanggut kerana tergila-gilakan menantu raja!

Thursday, November 15, 2007

Taufek pula cabar Khairy....

Bapa mertuanya pantang dicabar. Itu berdasarkan kenyataan yang keluar dari mulut bapa mertunya ketika menutup persidangan agong parti Melayu terbesar di dunia minggu lepas. Kemudian rakyat turun lebih dari 50 ribu dengan beruniform kuning memboloskan diri dari kepungan polis. Dalam keadaan 'darurat' lebih 50 ribu rakyat turun ke Kuala Lumpur mencabar bapa mertunya selepas bapa mertuanya mengatakan pantang dicabar... tetapi sehingga kini bapa mertunya hilang kata - kata selepas dicabar .....

che'GuBard secara peribadi pernah mencabarnya bertemu dalam pilihanraya selepas dia mengatakan akan memastikan Permatang Pauh dirampas Umno. che'GuBard nak bagi tahu tidak payah pikir mengenai Permatang Pauh yang Ketua Pemuda Umnonya berdepan dengan laporan polis oleh seorang wanita kerana tuduhan rogol sebaliknya ayuh kita beradu di Negeri Sembilan dalam pilihanraya ini dan lihat bagaimana Umno sendiri akan membantu untuk mengalahkan Khairy. Keyakinan ini wujud kerana terlalu banyak respon dan kenyataan sokongan yang diberikan oleh orang orang Umno sendiri dalam isu menentang Khairy ini. Jelas Umno sendiri mula bosan dengan sikap angkuh anak muda tersebut.

13 November lepas sahabat baik che'GuBard,
Taufek selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan pula menyuarakan cabaran terhadap Khairy. che'GuBard menyambut baik cabaran Taufek terhadap Khairy tetapi meminta agar kalau boleh biar che'GuBard sahaja bertemu dengan menantu Perdana Menteri yang sombong dan kononya jaguh anak muda ini.

Dengan ini sekali lagi che'GuBard atas nama anak muda yang ingin melihat Malaysia diselamatkan dari terus hancur mencabar Khairy kali ini Parlimen Seremban dinamakan sebagai gelanggang! Parlimen majmuk ini dilihat sesuia untuk menguji sokongan masyarakat Malaysia kepada Khairy....Jika banyak kontrak besar dan kepentingan negara boleh digadaikan oleh bapa mertua demni menantu dan anak anak takkan kerusi pilihanraya tidak mampu dipujuk bapa mertua untuk diberikan kepada menantu tercinta. Komposisi kerusi Seremban yang berlatarkan campuran kaum, majoriti pengundi muda dan golongan pekerja selain ia kerusi Bandar amat sesuai untuk Khairy menguji sokonganya.

che'GuBard akan menghantar surat rasmi kepada keADILan, Pas dan DAP untuk memberikan laluan kepada che'GuBard bertemu Khairy di kerusi Parlimen Seremban, tetapi tidak tahulah jika Khairy seperti Bapa mertuanya yang berkokok bising umpama ayam jantan "Pantang dicabar" tetapi menikus resah bila benar benar di cabar.

tak tahu nak update....

Dari tarikh 10 Nov hingga kini telah menerima berpuluh email bertanya mengenai "mengapa tak Update blog?".... Jawapanya ...entah... hehe cheGuBard pun tak tahu apa nak update... semua teman teman dah tulis... dua minggu ini pula pasti akan subuk giler.. sebab nak kejar siapkan kertas-kertas semester...

Apapun secara peribadi...che'GuBard ucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana berjaya pada 10 November itu. Ucapan penghargaan luar biasa kepada semua 'tentera merah' Unit Amal... anda semua hebat..cuma mungkin dengan sedikit latihan anda mampu menjadi 'pengawal revolusi' yang hebat... bila che'GuBard sebut revolusi semua kena tenang khususnya pembaca setia dari Bukit Aman yang pernah didedahkan IPnya... revolusi tidak semestinya bermaksud darah dan kematian serta kekecohan.... revolusi juga boleh berlangsung dengan aman dan kasih sayang... cinta mampu memusnahkan kezaliman.....

InsyaAllah tidak janji tetapi che'GuBard akan cuba menulis sedikit catatatan pengalaman dari pulang 6 Nov 6 petang di Malaysia sehingga 10 Nov hari kejadian tersebut.... termasuk rakaman setiap meeting yang kononya sulit dalam jawatankuasa teknikal.....
Nak tahu apa sebenarnya ...dan bagaimana 10 Nov. terjadi seperti itu..ikutilah updatenya nanti....
sementara itu agak terkejut membaca blog seorang ustaz yang boleh dikatakan ulama di Negeri Sembilan, Ustaz Abdul Halim Abdullah yang turut menurunkan komen mengenai 10 Nov. Dia ini hormati, ramai orang yang 'punya nama' pernah ikut beliau ke Mekah...malah dua ibubapa che'GuBard pun menunaikan Haji dan Umrah dengan Ustaz Halim. Ikuti Komen ustaz klik sini







pic dan video dapat dari email teman-teman, terima kasih !

Friday, November 09, 2007

20 jam menjelang perhimpunan !!!!

Letih.... memang sungguh letih sejak 6 petang 6 November jejak kaki ke bumi Malaysia seluruh penumpuan tenaga dan upaya dikerahkan untuk perhimpunan rakyat 10 November 2007. Semalam berceramah di Batu Kikir bersama Hj Mohamad Sabu. Kawasan terpencil kubu kuat UMNO lebih 1000 orang hadir. Jelas semangat dan janji mereka akan bersama dalam perhimpunan 10 Nov. Pagi tadi ketika membuat laporan BPR ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan, beberapa kakitangan BPR N.Sembilan sendiri pun begitu bersemangat bertanyakan makluman mengenai perhimpunan esok..... Tengahari tadi sempat berada di Masjid Negara...bersama Azizi yang menjual t-shirt BERSIH jelas mood orang ramai tinggi walaupun kutbah Jumaat di Masjid Negara khatib menyebut umat Islam jangan hadir perhimpunan haram....

Kini alhamdunillah semua sudah tersusun... maklumat terkini puluhan ribu rakyat sedang menuju ke Kuala Lumpur untuk perhimpunan esok ! Dari Terengganu sahaja 15 ribu dan Kedah 20 ribu.... jangkaan 100 000 akan diperolehi menjelang se awal 10 pagi.

Kita menjangkakan Dataran Merdeka akan ditutup. Tidak mengapa sila berkumpul di 4 tempat iaitu SOGO, Central Market, Masjid Jame' dan Masjid Negara. Sekurang kurangnya 1000 petugas (marshall) yang telah ditaklimatkan (terlatih) tersedia untuk menjalankan tugas esok. Tidak akan ada ruang untuk sebarang provokasi. Ia perhimpunan aman.


Esok sila ikut arahan dari marshal terbabit.

Maaf tiada masa untuk update lengkap blog ini mungkin akan update menjelang tengah malam esok.... apa apa pun Perhimpunan esok akan diteruskan itu muktamad ! tiada yang mampu menahan Gelombang Kuning Rakyat......

Polis telah mula menunjukkan ruang untuk berbincang...mungkin mereka telah sedar kekuatan rakyat yang akan turun nanti... saya percara polis akan bertindak bijak esok dengan menjaga keamanan...jumpa di sana !!!!

Thursday, November 08, 2007

Aku di Malaysia, 24 jam..anak muda jangan rehat !

Akhirnya jam 6 petang, 6 November 2007, kaki memijak lantai KLIA. Memang susah untuk membuat keputusan untuk pulang, kerja yang bertimbun, kewangan yang menghimpun...tetapi api semarak GELOMBANG KUNING telah memanggil pulang.
Sebaik sahaja memasuki Balai Ketibaan, Azizi dan adik iparnya telah siap menunggu, kenderaan (kereta baru Abang Mi Gemas yang dipinjam Azizi) terus menuju Bangi. 90 minit meluang masa bersama isteri dan anak. Terus ke Bangsar untuk bertemu teman-teman untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perhimpunan. Nampaknya semua berjalan lancar khususnya aku ingatkan jangan ada benda yang kita tak umum semua kena umum secara terbuka..biar rakyat tahu...biar SB tahu ... kita nak berhimpun aman meriah nak bertemu raja.... jangan ada kesempatan yang SB akan gunakan untuk tuduh ada pakatan sulit untuk merusuh dan sebagainya... dua pertemuan malam itu dengan kumpulan yang berasingan mengakibatkan hanya sampai rumah 2pagi.
7 November 2007; memulakan hari seawal 6.25 pagi keluar dari rumah menuju HUKM. Pak Lang Zaki (bapa mertua) menjalani pembedahan..kurus benar dia tetapi jelas bertenaga bila melihat aku..Pak Lang Zaki yang mengidap kanser terus kelihatan gagah bila berbicara mengenai 'perjuangan'...sebelum dia naik ke katil untuk ditolak ke dewan bedah, aku diminta update mengenai 'Gelombang Kuning'. Ibarat seorang ganeral dia menghadham setiap taklimat/update yang diberi. 7.45 dia memasuki dewan bedah dan sempat pesan minta kirim salam dekat semua dan terus berjuang. Terus menuju ke Seremban. Sarapan bersama beberapa teman untuk meminta bantuan mobilisasi 10 November ini. Perbagai topik dibincangkan dan keputusanya mereka yang tak pernah turun sebarang aksi jalan raya atau ceramah (tetapi pembaca tetap Harakah dan Suara Keadilan) bersetuju dan faham mengenai kepentingan turun 10 November ini. Malah mereka janji akan ajak semua teman - teman sepejabat.
10pagi bersama Ust. Suhaimi (Pengerusi GERAK NS), Hj. Taufek (Ketua DPPNS) dan beberapa teman aktivis parti mengedarkan risalah di Pasar Besar Seremban. Faiz, anak arwah Ust. Fadzil Noor yang merupakan seorang peguam juga turut serta dengan kami. Kebetulan YB.T.Rajagopalu bersama kakitangan Jabatan Pengguna sedang mengadakan operasi menyaman peniaga pasar. Ust. Suhaimi memberikan risalah kepada Rajagopalu, dengan muka kelat dia terima dan muka dia menjadi lebih kelat bila ada kakitangan penguatkuasa Jabatan Pengguna yang sama dengan rombonganya mengambil risalah dari kami sambil menyatakan 'bagus..bagus..'... secara amnya sambutan di Pasar Besar, Seremban cukup baik....khususnya dari kalangan bukan Melayu.
Dari Pasar singgah sebentar ziarah orang tua di Bukit Chedang, Rasah, tak sampai 15 minit terus bergegas ke Bangi. Sampai Bangi terus menukar kenderaan. Kereta kelisa yang tidak ada aircond itu aku tinggalkan di rumah kerana untuk Kak Ina dan Mak pergi ke hospital untuk ziarah Pak Lang. Aku menggunakan motorsikal Abang ipar aku untuk ke Masjid India...kerana di situ Jawatankuasa Teknikal akan bersidang sebelum mesyuarat Sekteriat. Kami perlu detailkan beberapa perkara sebelum dibentangkan ke mesyuarat nanti.
Oleh kerana menggunakan motorsikal agak cepat sikit perjalanan. Jam 4petang sampai ke Ibupejabat PAS Pusat, Jln Raja Laut untuk menghadiri Mesyuarat Seketeriat BERSIH. Masuk ke bilik mesyuarat dengan membawa topi keledar menarik perhatian beberapa teman. Ada yang menegur bagus susah dikesan apabila tukar-tukar kenderaan. Aku cuma mengiyakan tetapi menyimpan dalam hati alasan sebenar ialah bukan kerana itu tetapi kerana kami cuma ada satu kereta dan kalau pakai motor jimat banyak.
Di pejabat Pas ini aku update blog. Dari Pejabat PAS ini aku akan terus ke Seremban (dengan motorsikal) aku telah janji dengan Azizi untuk bantu dia beri taklimat Petugas di Taman Tuanku Jaafar dan kemudian berceramah di Surau Hitam, Ampangan. Harap mesyuarat ini cepat habis kerana motor Yamaha Sport tua itu tak boleh laju semput. Malam ini entah pukul berapa akan sampai ke rumah.
Esok (8hb Nov) pagi-pagi aku janji nak hantar anak ke Hospital Pakar An Nur. Kemudian akan terus ke KL untuk cari tempat boleh pakai wireless internet untuk komunikasi dengan contact person do beberapa bandar dunia untuk dapat update mengenai perhimpunan solidarity. Tengahari kalau sempat kena pegi kejap paling tidak tunjuk muka tanda hormat dekat Program Rumah Terbuka Persatuan Penduduk Teras Jernang. Walaupun aku tahu mereka semua paham tetapis egan juga sebab mereka sering bantu keluarga aku tetapi bila mereka ada program aku pula selalu sibuk.
Petang akan ke Kuang, kemudian terus ke Seremban... bertemu dengan beberapa orang peniaga yang bersetuju nak derma kain kuning, belon dan seumpamanya.... malamnya aklan terus ke Jempol untuk ceramah.
9 Nov. 10 pagi pula akan menyertai GERAK NS untuk laporan BPR di Seremban. Kemudian edar risalah di Seremban dengan memberikan penumpuan pejabat kerajaan. Kemudian akan bersolat Jumaat di Masjid Negeri dan membuka gerai/kaunter BERSIH. Selepas itu akan terus ke KL untuk beberapa taklimat kepada beberapa kumpulan.
Orang akan tanya tak letih ke...? aku akan jawab jika kita buat kerana kesedaran, apa yang kita letih itu akan bertukar riang... Ayuh anak muda jangan henti beberapa jam menjelang 10 November... teruskan usaha gembeling tenaga sebar maklumat...jangan rehat senaraikan semua kenalan dan teman pastikan anda ajak mereka sertai 10 November. Cetak sendiri risalah (print dari internet dan photostat) edar sebanyak mungkin. Fwd email/sms. Ingat muda bukan pada usia... tetapi kepada gerakan tanpa henti dengan bara semangat juang....
Semua turun jangan khuatir !

24 jam sebelum perhimpunan:Gempar GERAK NS serah bukti korupsi Md Hassan ke BPR


Apa pun Seketeriat BERSIH tidak akan berganjak perhimpunan Aman rakyat mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong tetap akan diteruskan. Perhimpunan akan bermula 3 petang pada 10 November ini di Dataran Merdeka, semua pemimpin tertinggi badan gabungan BERSIH akan hadir dan kemudian bersama rakyat merafak sembah mengadap Baginda Tuanku.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ketua Polis dan ramai lagi bagi pihak 'regim' akan terus memberikan amaran keras untuk menakutkan orang ramai dari berhimpun. Sekatan jalanraya juga mungkin akan dilakukan, tetapi berdasarkan maklumat dari sumber yang boleh diyakini... Polis juga diberi arahan untuk 'jangan' bertindak ganas...kerana sebarang keganasan akan memberikan kesan kepada pilihanraya yang terlalu hampir. Maknanya Polis akan digunakan untuk menakutkan orang ramai dari berkumpul dan sedaya upaya akan menghalang dari perhimpunan terjadi...(strategi ialah pisahkan orang ramai dalam kumpulan kecil dan halang perhimpunan besar)...

Rakyat diminta jangan takut dan gusar serta jangan terperangkap dengan ugutan polis. Apa yang mereka mahu rakyat tidak ramai, pecahkan yang turun dalam kumpulan kecil dan dimainkan di media bahawa perhimpunan tiada sokongan... ? Jangan biarkan mereka terus berkuasa... turun beramai - ramai...

Dinasihatkan yang datang dari jauh sila bergabung dengan kumpulan besar badan gabungan BERSIH yang bertolak dari tempat masing masing. Masuk serapat mungkin ke Lembah Kelang seawal Jumaat. Gabungan bersih khususnya PAS dicadang membuka pusat pusat kegiatan mereka untuk penginapan peserta yang datang dari jauh.

Dalam perkembangan lain GERAK Negeri Sembilan yang menjadi antara organisasi 'player' utama Sekteriat BERSIH NS akan menyerahkan bukti - rasuah Menteri Negeri Sembilan termasuk salah laku dalam pilihanraya dan menggunakan wang rakyat untuk rasuah politik.

Orang ramai di Negeri Sembilan diseru hadir ke hadapan Pejabat BPR NS di Seremban pada 9 November, jam 10.35 pagi untuk sama mendengar pendedahan yang akan dibuat oleh Ust. Suhaimi, Pengerusi GERAK NS.

Kemudian BERSIH NS akan membuka kaunter jualan/kempen BERSIH di Masjid Negeri pada 9 Nov itu juga dari jam 12.30 tgh - 2.30 petang. Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai BERSIH dan mendapatkan cenderahati BERSIH sila berkunjung....

Perhimpunan diteruskan..


Perhimpunan tetap akan diteruskan !
Kepada teman-teman yang ingin mendapatkan barangan "BERSIH" sempena Perhimpunan 10 November 2007, bolehlah menghubungi Tze Tze 012 3696474 , Ariffin 016 2862481, Szu Hei Mei 016 2155226 dan Asri 019 6529645.
( Setiap RM 1 daripada pembelian anda akan disumbangkan ke dalam Tabung Pilihanraya Negeri Sembilan )

Tshirt BERSIH RM 15.00
Wrist Band ( Gelang Kuning ) RM 3.00
Head Band ( Ikat Kepala ) RM 3.00
Button Badge RM 3.00
Pelekat Kereta RM 2.00

Monday, November 05, 2007

Abdullah akan umum pilihanraya.....

Mendapat dua email. Satu dari sumber dalaman SPR dan satu dari sumber dalaman JPM sendiri menyatakan bahawa Abdullah Badawi akan mengumumkan pembubaran parlimen dan tarikh pilihanraya kemungkinan besar dalam Ucapan Penangguhan Perdidangan UMNO 2007 pada hari Ahad (11 November) nanti. che'GuBard masih cuba menghubungi beberapa contact di Malaysia untuk mendapatkan pengesahan.
Walaubagaimanapun nampaknya rakyat tiada pilihan lain. Pilihanraya akan dilakukan awal kerana kerajaan mahu mendapat mandat baru segera dan selepas itu awal tahun depan tarif elektrik akan naik, tol akan naik, minyak akan naik, tambang pengangkutan awam akan naik...keainakn ini semua akan di ikuti dengan kenaikan harga barang keperluan yang akan menjerut leher kita dengan Inflasi yang menggila.....
Jika perkhabaran ini benar maka Perhimpunan Gelombang Kuning 10 November 2007 di Dataran Merdeka 3 petang menjadi lebih penting dan perlu disertai oleh semua rakyat...ia pesta rakyat terakhir sebelum pilihanraya....

Orang lama akan hadir

Semenjak blog ini 'dipanaskan' dengan kehangatan Gelombang Kuning, saya juga turut menerima email dan sms dari mereka yang satu masa dahulu berada di barisan depan setiap perhimpunan era yang dikenali sebagai kebangkitan Reformasi. Antaranya ialah wajah wajah 'strategis' yang dikenali. Namun selepas 2001 wajah - wajah ini semakin jauh dan jarang malah ada yang langsung tidak pernah kelihatan di jalanan. Banyak alasan seperti kesempitan hidup, terpaksa menumpukan kerjaya dan tidak boleh juga menolak alasan seperti bosan dengan kemelut politik yang tidak sudah-sudah. Ketika saya cuma aktivis biasa yang berani berani takut kehadiran kelibat mereka ini umpama inspirasi yang kuat.
Namun saya ingat lagi pesan seorang 'pemimpin' aktivis jalanan kepada saya ketika saya menerajui perhimpunan Black14 yang tidak mendapat restu 'parti', saya dipesankan
"cikgu terus jalan kami sokong...cuma jauh sikit sebab banyak hal...hari ini hadir sebab nak tengok wira baru..nanti bila tiba masa kami datang balik.." katanya
saya menjawab "saya bukan wira baru...saya cuma terpaksa ambil batton bila keadaan vacuum...tapi saya janji apapun saya janji akan terus jalan ... sampai orang lama datang balik.."
Kini saya dapat beberapa email dari orang - orang lama itu...mereka akan bersama dalam perhimpunan 10 November ini.... cuma sayangnya saya masih belum pasti dapat bersama kerana masih 'gagal' pastikan' tambang pulang....
Mungkin tidak manius saya kongsikan email peribadi yang saya terima, namun saya kongsikan di sini kenyataan Nora yang tersiar dalam satu laman web. Nora seorang peniaga kecil, ibu dan isteri yang tidak pernah takut turun ke jalan menuntut keADILan. Rekod tangkapan entah sudah tidak terhitung. Dia pernah dibogelkan oleh Polis ketika ditahan namun kini Nora bersuara lagi......
Norazimah Mohd Nor “sedia untuk di tangkap kerana turut serta dalam perhimpunan BERSIH”
Membicarakan mengenai amaran polis terhadap mereka yang mahu menyertai Perhimpunan yang dijangka besar pada 10hb Oktober 2007, salah seorang pro reformasi yang begitu aktif dan pernah ditahan sebanyak 9 kali berkata, beliau sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam menyertai Perhimpunan Bersih. Ini adalah perhimpunan yang mahukan demokrasi kita, khususnya ketelusan proses pilihan raya di laksana dengan adil dan bersih. Pilihan raya yang adil dan bersih akan menyuburkan demokrasi Malaysia dan akan memastikan mereka yang dilantik akan menjadi wakil kita yang sanggup berkhidmat untuk rakyat dan teruji bila berdepan dengan rakyat.
Kita tidak mahu wakil kita menang kerana kekuatan partinya dalam memanipulasikan keputusan dan propaganda yang berat sebelah. Kita tidak mahu wakil rakyat kita menang dengan mudah bukan kerana janji dan usaha yang telah dilaksanakan tetapi kerana kekuatan Barisan Nasional dan SPR bekerja sama untuk memenangkan individu tersebut.

Norazimah atau Nora tetap menyeru agar semua yang cintakan demokrasi dan negara ini untuk turut serta demi kepentingan rakyat kita. Menegakkan keadilan dan demokrasi kita adalah tanggungjawab kita dan reformasi yang dilancarkan dahulu adalah untuk rakyat menjadi keutamaan dan wakil-wakil yang dilantik adalah untuk berkhidmat demi kesejahteraan rakyat dan masyarakat kawasan mereka.

Nora, tegas dalam perjuangan reformasi dan bagi beliau perjuangan ini adalah satu kontribusi kecil untuk melihat nasib rakyat bawahan terbela. Ramai yang pernah menyertai demonstrasi mengakui kehebatan dan keberanian wanita ini dalam membabitkan diri untuk tuntutan reformasi dalam negara kita ini

Nora, menyeru rakan-rakan yang kenal dengan dirinya , yang sama-sama dengan berani terlibat dalam reformasi sebelum ini untuk kembali dalam menuntut Pilihan Raya yang bersih. Ini adalah satu lagi kontribusi untuk perubahan Malaysia ke arah memartabatkan rakyat negara ini. Ini bukan isu politik semata-mata tetapi adalah untuk kepentingan kita rakyat biasa di negara Malaysia. Bila ditanya mengenai amaran polis, Nora dalam kenyataan berkata, polis boleh hadir untuk menjaga perhimpunan ini tetapi bukan untuk mengugut atas kepentingan organisasi politik tertentu. Ini saranan dibuat oleh NORA sewaktu bertemu secara tidak dirancang dengan kami.
Dalam perkembangan lain kesediaan GAMIS yang mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kesediaan pergerakan mahasiswa itu untuk menggerakkan mahasiswa turun bersama pada 10 November ini memeriahkan lagi Gelombang Kuning.
Menurut jurucakapnya, Meor Affandi Meor Azizan, Gamis melihat perhimpunan ini sebagai salah satu agenda penting untuk menyeru rakyat membuat perubahan dalam sistem politik dan bentuk pentadbiran kerajaan.
Apabila ditanya mengenai AUKU yang mungkin menghalang mahasiswa, Meor dipetik berkata " Mahasiswa bersedia merempuh AUKU"....

Ceramah malam - malam akhir menjelang 10 November

Mobilisasi Gelombang Kuning Peringkat N.Sembilan

CERAMAH PERDANA
Bersama :Taufek Ghani – Pengerusi Sekretariat Bersih NS
Yau Con Seng – AJK KPP N.Sembilan
Us Idris Ahmad – PAS Pusat
Us Abd Ghani Abd Rahman – PAS Melaka
Rabu 7 November 2007 Jam 9 Malam
Di Pejabat PAS Cawangan Ampangan , Seremban (sebelah Surau Hitam)

CERAMAH PERDANA
Bersama :Hj Mohamad Sabu – PAS Pusat
Fariz Musa – Angkatan Muda Pusat
Zulkefly Omar – PAS N.Sembilan
Khamis 8 November 2007 Jam 9 Malam
Di Muassasah Darul Syarif, Jalan Batu Kikir-Bahau, Batu Kikir, Jempol

pertanyaan sila hubungi : 0123696474
berita terkini : London sudah siap untuk bersama Gelombang Kuning
SAVE MALAYSIARestore our rights!!
Event: International gathering to hand in memorandum for a FREE AND FAIR ELECTION!Venue: Malaysian Students Department (MSD), London, UK
Date: 10th November 2007Time: 2pm
Farhash -- 07874222857 Anwar -- 07769554266 Julailey -- 07889125195