Friday, May 10, 2019

Surat terbuka kepada SPRM : Penyelewengan tapak Bazar Ramadhan Di MBMB

Kepada :

YBhg. Dato' Sri Mohd Shukri Abdull,
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Ibu Pejabat SPRM,
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.


10 Mei 2019


LAPORAN SALAH GUNA KUASA PENGANJURAN BAZAAR RAMADHAN DI MBMB

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Saya telah mendapat maklumat menyatakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah bertindak menyerahkan pengurusan Bazaar Ramadan Klebang 2019 kepada Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Klebang yang kemudian menyerahkan kepada sebuah syarikat MNM Bersama Eenterprise.

Setelah diteliti MNM Bersama dimiliki oleh Mohd Nasir Mamat. Individu ini juga merupakan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Tangga Batu yang juga merupakan Naib Ketua Cabang Tangga Batu. Selaku pemegang jawatan politik berkenaan maka sudah tentu penama punya akses terus membepngarui JAPERUN Klebang.


Maka timbul persoalan salahguna kuasa atau pertembungan kepentingan
  1. Bagaimana MBMB membuat keputusan untuk menyerahkan pengurusan tapak perniagaan tersebut kepada JAPERUN  ? Sangat diketahui dengan kedudukan politik penama sudah pasti dia punya akses untuk mempengaruhi keputusan.
  2. Bagaimana di peringkat JAPERUN pula boleh membuat keputusan menyerahkan pemngurusan tapak perniagaan kepada syarikat yang dimiliki penama yang semamngnya tidak boleh dinafikan punya kases terus kepada JAPERUN atas kedudukan politiknya ?
MBMB punya seharusnya menjelaskan berapa pendapatan yang MBMB perolehi apabila kami turun menemui perniaga jelas mereka mengakui membuat bayaran RM2300 untuk saiz 9 x 18 (10 x 20). Harga ini boleh dikatakan sangat tinggi dan inilah antara punca peniaga perlu menjual barang mahal dan akhirnya pengguna biasa menjadi mangsa barang mahal.

Untuk pengetahuan SPRM berdasarkan rekod yang kami perolehi dari MBMB menyatakan MBMB punya polisi menggalakkan tapak perniagaan diuruskan oleh pihak komuniti (MPKK) atau persatuan peniaga sendiri seperti Pasar Ramadhan luar Masjid Al Falah yang dikendalikan oleh MPKK Stulang Daeng. Sesuai dengan menolak penganjuran syarikat dan menggalakkan komuniti diperkasa, maka  MBMB telah menolak permohonan syarikat contohnya Zai Collaboration yang memohon tapak Bazaar Ramadhan di Lot 12018, Klebang.

Satu lagi jelas entiti perniagaan yang dapat projek ini daftar niaga lain bidang macam mana jabatan/agensi kerajaan boleh luluskan perniagaan yang bidangnya tidak didaftarkan. Ia jelas kesalahan bawah pendaftaran perniagaan pula.

Namun ramai melihat secara istimewa syarikat MNM Bersama Enterprise mendapat hak penganjuran melalui MBMB dan JAPERUN KLEBANG yang mana syarikat punya akses politik langsung maka timbung persoalan salah guna kuasa. Malah harga tapak yang mahal jelas menunjukkan penganjuran bersifat keuntungan  juga menjadi persoalan. Maka dengan itu SPRM diminta untuk masuk menyiasat perkara ini.

sekian ;

BADRUL HISHAM SHAHARIN a.k.a che'GuBard

https://www.facebook.com/CheGuBard-Original-330750857632133/