Friday, August 29, 2008

Rayuan Jejak Fakir 2008

Salam….

Ramadhan datang sekali lagi. Syawal juga bakal menjelma. Dalam kesibukan persiapan kita untuk berdepan dengan bulan Istimewa ini dengan mood tawaduk dan kemenangan yang bakal diraikan amat diharapkan kita tidak melupakan insan yang kurang bernasib baik.

Program jejak Fakir Negeri Sembilan yang berrmula dari tahun 2005 telah sedikit sebanyak membawa sinar gembira dan mampu mengukir sedikit senyum pada ratusan keluarga fakir di seluruh Negeri Sembilan menjelang perayaan. Tahun ini dengan keinsafan masih banyak yang memerlukan bantuan, keADILan sekali lagi berusaha mengumpulkan bantuan untuk disampaikan kepada ratusan keluarga fakir yang sedia tersenarai.
Kebanyakan keluarga yang disenaraikan ini ialah keluarga yang tercicir dalam senarai penerima bantuan dari pihak sepatutnya.

Bagi pihak mereka kami merayu bantuan
· Wang tunai
· Pakaian Hari Raya (terpakai atau baru)
· Barangan makanan seperti tepung, gula, susu,beras, minyak dan sebagainya.

Kami menyampaikan bantuan juga kepada yang bukan Islam agar semangat perayaan ini dapat dikongsi bersama jester itu jika ‘sumbangan’ saudara merupakan zakat atau fitrah sila maklumkan untuk kami asingkan dan agihkan mengikut prosedur yang sepatutnya.

Penyumbang boleh menghubungi Azizi 012-3696474 atau cheGuBard sendiri 0176688404 untuk menguruskan penghantaran bantuan.

Sekian dan terima kasih.
sila baca beberapa posting mengenai jejak fakir terdahulu

Open Latter to Paklah From Ghombau..(yang diterima melalui email)


kepado pak lah...
PM paling sey sayang...


I lap u namo sey ni KARIM...pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...tak kona'???? menantu PAK LAH tu laaaaa...suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek menantu lak...

sey nulih surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah sobab naik'an hargo minyak ari tu.. lopeh ini bilo hargo minyak naik..hargo barang lain pun naik gak laaaa...banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAK LAH!!!!!!!

sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor... sey sanggup bekoban untuk UMNO dan bn.. anak sey yg 7 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh la jadi mat rompit kek SENAWANG tu...dapek gak la duit sesikit...buleh gak la menoruskan tradisi keluargo sey ni yg nyokong UMNO dan bn ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat... rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan sey.. bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 'ok la tuuuu' sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual datsun kotak mancis sey tu.. dapek gak la duit...tokih2 pun ado la hasil'eh.. team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu...

walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey... buek permulaan nk ngubah kehidupan sey.. sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk buek kodok sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo) sey akan buek minyak masak sendiri itu antaro caro sey ngubah caro hidup.. ade banyak laie caro semuo kerano UMNO dan bn... dan sey mintak bona' pak lah naik'an laie hargo minyak yg ado.. bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah rumah sey nih org pembangkang...dio slalu guno highway, biar padan muko dio...tu la...suko bona' nyokong pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...palo hayah dio tu... nnt pak lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai kain pelikat bilo dh nak dokek2 pilihanraya nanti... insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dahtu gantung kek rumah.. tapi jangan lupo lak.. pak lah sain otogeraf yor kek kain tu.... jgn lupo pak lah.. naik'an laie hargo minyak.. jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak bini'eh nk mentodarah... sey totap nyokong pak lah.. akhir kato biar pak lah sonang, janji kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup bn..

sekian timo kasih.. ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo gak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...


pocah kaco,

pocah golas,

sudah baco,

harap baleh.

Salahkah DAP ada banyak exco bangsa Cina ?


Petikan tulisan Suara N9: Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada masa ini menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan DAP 10 , PKR 4 dan PAS 1 kerusi. Sementara BN mempunyai 21 kerusi dengan UMNO 19 , MCA 1 dan MIC 1 kerusi.Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan hanya memerlukan 4 kerusi sahaja lagi untuk memerintah Negeri Sembilan.

Apakah ini akan berlaku pada 16 September 2008 atau pada Pilihanraya Umum ke 13 , biarlah ianya menjadi teka teki Dato Seri Mohamad Hassan untuk menilai sendiri kesetiaan ADUN BN kepada beliau.Apa yang pasti sekiranya terdapat 2 orang ADUN Melayu dan 2 orang ADUN bukan Melayu dari BN di N.Sembilan keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat maka , BN tidak lagi memerintah N.Sembilan.

Buat masa ini terdapat 22 ADUN Melayu , 9 ADUN Cina dan 5 ADUN India di Negeri Sembilan. DAP mempunyai 7 ADUN Cina dan 3 ADUN India. PKR pula diwakili 2 ADUN Melayu , 1 ADUN Cina dan 1 ADUN India. Sementara PAS hanya 1 ADUN Melayu.

Pada ketika ini kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Dato Seri Mohamad Hassan mempunyai 10 orang EXCO tidak termasuk Menteri Besar dimana 8 EXCO Melayu, 1 Cina dan 1 India.Sekiranya Pakatan Rakyat di N.Sembilan berjaya membentuk kerajaan dengan andaian diatas maka akan terdapat 9 ADUN Cina , 5 ADUN India dan 5 ADUN Melayu. Sementara BN hanya ada 17 ADUN Melayu yang semua diwakili UMNO.Sudah pasti atas dasar demokrasi ADUN Cina akan mendapat lebih jawatan EXCO di N.Sembilan ini yang majoritinya dari DAP. Kemungkinan bilangan EXCO Melayu 3 , EXCO Cina 4 dan EXCO India 3.

Maka wajarkah kita menyalahkan DAP jika ramai EXCO Cina di Negeri Sembilan ?

Mengapa tidak disalahkan ADUN dari UMNO yang tidak ramai keluar dari BN untuk menyertai Pakatan Rakyat Negeri Sembilan samada dengan menyertai DAP, PKR, PAS atau Bebas ?Mengapa tidak disalahkan para pengundi Melayu di Negeri Sembilan untuk memenangkan wakil Melayu dalam Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke 12 atau Pilihanraya Umum ke 13 nanti ?Mengapa tidak salahkan pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat berbangsa Melayu dalam PKR dan PAS yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mempastikan kemenangan calon mereka dalam pilihanraya dengan mengorbankan segala tenaga , masa dan wang ringgit ?

Bak kata Nabil “Raja Lawak” orang Mambau , Negeri Sembilan “Lu pikirlah sendiri”.

Monday, August 25, 2008

Saksi sumpah tolak sumpah

Ketika Saiful 'bersumpah' rakyat dilaporkan oleh media perdana bahawa sumpah itu disaksikan oleh Ramlang Porigi, Imam Besar Masjid Wilayah. Namun selepas orang dalam Masjid Wilayah sendiri memberikan maklumat bahawa saksi itu bukan imam Masjid Wilayah tetapi hanya staff Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Selepas itu pemimpin Bn cepat cover kononya title imam itu tak penting tetapi sumpah itu cukup kerana bersaksikan 'ulama' seperti 'Ust' Ramlang Porigi.
Semalam bumi Permatang Pauh bergegar kerana Sdr Ramlang Porigi hadir dan maklumkan bahawa dia 'terpaksa' hadir saksikan 'sumpah' itu oleh orang atasan setelah Imam Masjid Wilayah enggan bersubahat. Malah katanya dia berpakaian jubah bukan kerana dia ulama tetapi dia baru lepas menghadiri satu majlis.

Dia dengan tegas menyatakan dia juga menolak sumpah Saiful....!!!


Umno makin terdesak

Umno terus menyerang dan menggunakan isu peribadi, menjelang hari - hari terakhir kelihatan banner yang menggelikan hati...Tolak Anwar kaki zina dan liwat... bersama Kepimpinan Bersih dan Beriman.... tak ke kelakar nama nyer tu.. then letak PIC Najib banner ini di satu masjid yang Najib lawati...


Umno makin terdesak mereka gunakan perbagai taktik perdaya pengundi. Antaranya semalam di sekitar Permatang Ara telah tertangkap sekumpulan pemuda bermotorsikal membuat bising dan membawa bendera DAP, dan apabila ditahan dan dikenalpasti mereka ialah petugas Bn yang diupah untuk bawa bendera DAP dan bertindak liar kononya untuk takutkan pengundi Melayu.

Juga semalam dua orang petugas Bn tertangkap di Permatang Pasir ketika cuba menggantung banner palsu keADILan yang kononya tertulis Lim Kit Siang bakal Timbalan Perdana Menteri. Dua orang budak dalam gambar itu antara yang ditangkap.

Ariff Shah (calon Bn) juga mengakui bahawa dia juga terlibat dalam membayar RM 100 - RM 500 sehari kepada petugas khas mereka sebagai bayaran tenaga pakar termasuk sebagai agen perisik. Calon Bn mengakui mereka bayar petugas termasuk bayar agen perisik. Ini bertentangan dengan akta pilihanraya. Tetapi seperti biasa SPR pekak akan terus buat pekak.

Bn terdesak dalam mendapatkan undi bukan Melayu, mereka mula sanggup membayar kepada tokoh - tokoh masyarakat bukan Melayu untuk istihar masuk Bn. Namun mereka gagal buktinya seorang pemimpin tempatan bernama Ponnusamy. Ponnusamy pernah di temuramah oleh wartawan Suara Keadilan keluaran minggu lepas.Beliau berpengaruh dikalangan penduduk kaum India di Seberang Jaya. Beliau ditawarkan RM30,000 untuk masuk Bn tetapi dia tolak dan buat laporan Polis

Nampaknya Najib juga ada musuh dalam Umno .... berhampiran sebuah bilik Gerakan Umno..kelihatan satu banner yang ada pic Najib dan Altantuya..atasnya tertulis Bakal Perdana Menteri Malaysia.

AKIM agen BN untuk keliru pengundi PAS


Nampaknya jangkaan awal che'GuBard bahawa kehadiran calon AKIM kerana ditaja oleh Bn tepat !!

Strategi mereka ialah ketika media memanipulasi dan menipu dalam isu hubungan semasa PAKATAN, maka mereka memerlukan calon alternatif untuk dipilih pengundi yang sememangnya membenci Bn. Khususnya teman anggota PAS yang mungkin terkeliru dengan permainan media.

Ada tiga tanda tanya...
  • ketika penamaan calon...calon AKIM ini kelihatan lebih selesa dengan pemimpin Bn
  • dalam posting lepas che'GuBard dah maklum mengenai bagaimana banner AKIM ada yang digantung hampir dengan markas Bn
  • dan yang terkini bukti bunting yang dikeluarkan berbunyi " Jika Anda tak suka calon Bn undilah AKIM tetapi jangan Undi Anwar"

antara banner / bunting undi BN dan kalau tak suka Bn undi AKIM yang terdapat
di depan bilik Gerakan Umno di Kawasan Permatang Rawa.

Namun che'GuBard menjangkakan anggota PAS tidak akan mudah diperbodohkan dengan cara tersebut. Kehadiran Tuan Guru Nik Abd Aziz semalam yang walaupun dalam keadaan tak berapa sihat seharusnya memberikan isyarat jelas kepada anggota PAS. Namun kami melihat perkara ini dengan serius juga.

Kepada teman ahli PAS yang membaca artikel ini diharap boleh membantu dengan berjumpa dengan ahli PAS bakal pengundi dan terangkan kepada mereka kedudukan sebenar. Dan jika anda duduk di luar kawasan sila hubungi mereka melalui telefon.

Saturday, August 23, 2008

KJ jangan lupa Kelantan....

Begitu angkuh sekali Kj yang umumkan nak tamatkan Anwar di Permatang Pauh kali ini... lupakah kamu Kj yang hampir kesemua negeri yang kamu lawat dan khususnya Kelantan yang dia istihar nak rampas dan tumbangkan tapi Bn tewas teruk.
Kj perlu sedar dalam PRU yang lalu Umno Rembau juga tidak mendokong dia. Dia menang kerana berjaya memperalatkan jentera kerajaan dan penipuan SPR yang berlaku kerana takutkan dia selaku menantu PM.
Malam ini InsyaAllah seramai 60 lebih ahli Umno Rembau dan termasuk pimpinan akan hadir ke Permatang Pauh untuk istihar 'bosan' dengan politiking Umno dan Khairy sendiri. Mereka akan menyerahkan borang menyertai keADILan.
Semua dijemput ke Ceramah Perdana : Selamat Tinggal Umno - 23 Ogos 2008 - 9.00 malam - Depan Masjid Kubang Semang.
Dalam perkembangan lain pula che'GuBard mengutuk tindakan memperkudakan polis dan undang - undang negara dalam usaha terdesak Bn memastikan Anwar tewas. Sekurang - kurang nya 4 orang penduduk kampung yang kuat menyokong keADILan ditahan tanpa alasan. Semua mereka ditahan di tempat umum. Seorang pemuda Khairi dari Kubang Semang telah ditahan 3 hari kononya di bawah keselahan Pilihanraya. Dia ditahan oleh sekumpulan anggota polis ketika bermain bolasepak di kampungnya. Sehingga semalam keluarganya juga gagal untuk mendapat kebenaran bertemunya. Pegawai penyiasat mengatakan kononya polis mendapat perintah reman tetapi tidak mahu mengulas lanjut.
Sekurang kurangnya 100,000 anggota keselamatan dikerahkan ke Permatang Pauh. Ini satu angka yang melampau. Unit 'UTK' dan Komando juga dikatakan berkeliarana di beberapa kawasan untuk menakutkan pengundi.

Malam Munajat dan pic sana sini P.Pauh

Seluruh Umat Islam di jemput ke Malam Munajat Ummah 2008 seperti poster di bawah
(klik untuk imej lebih besar)

AKIM mula gantung poster dan banner tapi pelik kenapa Banner AKIM banyak di gantung berhampiran Bilik Gerakan Bn... adakah benar tuduhan AKIM ditaja oleh Bn kerana mahu pecahkan Undi PAS kepada Anwar.... ??


Seorang teman telah menyumbangkan dua buah belon helium lengkap berlampu yang berlogo keADILan... terima kasih James !!! Dua belon dinaikkan iaitu di Jalan Baru dan Pekan Permatang Pauh.



Bn tak sudah - sudah !! Selepas banner menghina dan provokasi tidak jalan mereka pula buat banner berlogo keADILan kononya menampilkan gambar Anwar - Perdana Menteri dan Lim Kit Siang - Timbalan Perdana Menteri... semalam hampir 20 banner ini dikutip oleh cheGuBard sendiri dan hampir semuanya diletakkan berhampiran bilik Gerakan Bn dikawasan Melayu.

Dalam pada masa meriah-meriah kempen pilihanraya ada beberapa banner pasal politik dalaman Umno hahahaha... ni antara pic yang diambil dari laman Umno - Reform.

Friday, August 22, 2008

Bn belanja lebih RM 50 Juta

Dalam satu kenyataan bertulis, Presiden SAPP Yong Teck Lee berkata, BN akan membelanjakan lebih RM50 juta untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. BN telah menghantar ribuan petugas-petugas untuk berkempen diPermatang Pauh yang mana belanja yang diperlukan akan mencecah puluhan juta ringgit.
Yong mempersoalkan dari manakah wang itu diperolehi. Beliau merasakan tidak mungkin ianya datang dari tabung BN kerana BN hampir bankrup dimana ianya tidak mampu menjelaskan hutang yang bernilai RM218 juta untuk membiayai bahan kempen dalam pilihanraya 2004 yang lalu.
“Kami berharap, pemimpin BN Sabah tidak akan membiarkan Sabah dipergunakan untuk membayar hutang RM218 juta itu dan menanggung perbelanjaan pilihanraya Permatang Pauh.”
Yong merujuk kepada kes dimana sebanyak RM16 juta telah dirampas oleh pihak berkuasa Hong Kong. Wang tersebut dikatakan dirampas ketika dalam perjalanan ke Permatang Pauh melalui Hong Kong.
Dalam perkembangan berkaitan, adik angkat Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman, iaitu Michael Chia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Hong Kong dan Interpol ketika cuba membawa wang tunai Singapura bernilai RM16 juta keluar dari negara tersebut.
Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.
Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta. “CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.
Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.
Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).
Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.
Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.
Namun bak kata pepatah modern, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.
Sumber: Malaysiakini dan Malaysia Today

Blog baru khas untuk Najib

Hari ini cheGuBard terima ugutan supaya berhati-hati hahahahahaha.... dan kebetulan hari ini juga dalam Utusan keluar ugut untuk ambil tindakan kepada bloggers.... hahahaha

Nah dua lagi blog untuk untuk tontonan

cheGuBard tak tanggungjawab apa yang blog ini siarkan tapi cuma nak beri tahu makin di ugut makin menjadi nampaknya... kenapa yer ?

Kain rentang melampau................




Wednesday, August 20, 2008

Allah S.A.W...tuhan islam hadhari kah?




Saiful rujuk doanya kepada Allah S.A.W bukan Allah s.w.t ....? sila baca lanjut dengan klik

di atas ialah salinan imej email Saiful kepada kawan - kawannya yang diterima pada malam yang kononya dia buat laporan polis.

Ingat dia kata dia kena 9 kali dan kemudian bertukar 8 kali... maknanya dia yang berumur 23 tahun, tinggi, gagah (berdasarkan blognya dia belajar silat dan pernah menyertai kejohanan mempertahankan diri) yang sudah pasti jauh lebih kuat dari Anwar yang berumur 61 dan pernah menjalani pembedahan tulang belakang..... bagaimana agaknya Anwar mampu paksa dia sebanyak 9 atau 8 kali....

Bayangkan dia dipaksa kali pertama dan membantah kerana terpaksa tetapi pergi kerja lagi esoknya.... kemudian dipaksa kali kedua dan dia tetap pergi kerja lagi esoknya...ini berulang sebanyak 8 atau 9 kali......

ini ada beberapa gambar lagi menunjukkan bagaimana disiplinya petugas BN yang majoriti dari luar Permatang Pauh....


Negara Rakyat "merdeka dari keZALIMan BN"




Aktiviti 1
  • Konvoi dari selatan ke Permatang Pauh
23 Ogos 2007
10.00 pagi - semua kenderaan dari Selatan akan berkumpul sambil edar risalah di R & R Seremban
11.00 pagi - R & R Rawang
01.00 petang - R & R Tapah
03.00 petang - R & R Sg Perak
04.00 petang - R & R Juru
(pertanyaan Azizi 012 3696474)
  • Merdeka Auto Show
24 Ogos 2007
11.30 pagi - 7.00 petang
(pertanyaan Din Binjai 0176688404)

Tuesday, August 19, 2008

Please check Ariff Shah UMNO ni betul ke buat PhD?

"I cut and paste part of article dari Malaysiakini. Please check Ariff Shah Calon UMNO di Permatang Pauh ni betul ke buat PhD. Atau ini jenis PhD yang ramai artis2 di Malaysia dapat. Sekarang ni ramai artis dah ada PhD. Entah bila lah mereka ni sweat it out buat PhD.
An Old Timer: I read in one of the local papers that the BN candidate for Permatang Pauh, Arif Shah has a diploma in civil engineering from Grabel International and is currently pursuing a Ph.d from Edison University of Technology.

I did a quick Internet search and could not find any information on either of the institutions.

Could it be that Grabel International is one of those unaccredited private colleges located in one those shophouses in Chow Kit Road and could it be that Edison University of Technology one of those many diploma mills churning out Bachelors, Masters and Phd degrees at prices ranging from US$100 to US$1,000?

I believe Permatang Pauh voters want to know the truth about this guy's real academic qualifications for they want their MP to be honest with himself and the public. If one does not have any real diploma or degree, just honestly say so. (maklumat yang di email..)

Pelik tak sudah-sudah menipu...........



Dua hari lepas jalan di Kubang Semang sesak teruk.... cheGuBard yang ada 3 tempat ceramah cuma sempat pergi dua tempat... satu lagi gagal sampai kerana jalan depan Pejabat Umno Bahagian Permatang Pauh tutup.

Jalan tutup kerana sebuah kereta yang terlanggar sebuah kereta yang diletakkan sebelum pejabat parti itu dan kemudian cuba larikan diri sebelum panik dan melanggar 5 buah kenderaan lagi serta terlanggar seorang budak melayu bermotorsikal. Bebudak Umno di depan Pejabat Umno itu terus menyerbu kereta yang dipandu lelaki cina itu dan memecahkan tingkap kereta tersebut. Lelaki cina itu panik keluar dan cuba lari kemudian dipukul pula lagi. Mujur polis segera datang dan meleraikan keadaan. Lelaki cina itu ditangkap dan dibawa ke balai Polis. Jalan ditutup sementara bebudak Umno ditenangkan dan kereta - kereta yang rosak di bawa pergi.

Ini mungkin kerana kempen perkauman yang keterlaluan yang dibawa oleh Umno.

Tetapi pelik dalam TV3 tiba - tiba cerita lelaki cina itu ditangkap kerana curi kereta dan penyokong keADILan merusuh..... hahahahahaaaaa

Jentera Umno semalam mula bertindak 'ganas' ceramah cheGuBard di Kg. Kuala Mengkuang diganggu oleh bebudak bermotor Umno.Ketika menuju tempat ceramah,tiba di simpang masuk Kg. Kuala Mengkuang ada bilik Gerakan Umno, cheGuBard terpaksa perlahankan kenderaan kerana agak ramai. Rupanya Ezam sedang berceramah, nada dan amarahnya sama bunyi seperti dalam keADILan. sempat berhenti sebentar...isunya kosong cuma serangan peribadi ke atas Anwar, cuma yang menarik ialah Ezam dan Lokman Adam satu pentas.... kira - kira 100 orang mendengar ceramah.


Saya berceramah kira - kira 1/2 km dari tapak ceramah Bn. Ketika saya memulakan ceramah sekumpulan pemuda bermotorsikal beramai - ramai datang membuat bising. Kira - kira 5 minit selepas itu Toyota Alpard Putih yang dinaiki Ezam lalu perlahan dengan di iringi Kereta Polis dan sekumpulan lagi pemuda bermotorsikal. Pelik Ezam di iring Polis ...menterikah dia ? tak akan pendekar kebanggaan Omar Din Lincah takut hingga di iring polis..?

Namun bagus juga di buat macam itu...orang kampung marah !! Dua orang penduduk tempatan datang selepas ceramah sebelum cheGuBard naik kereta.... mereka perkenal diri sebagai ahli dan pengundi Umno sebelum ini.... mereka juga benci dengan taktik ganas perguna bayar bebudak Melayu buat kacau.

Kata mereka ialah mereka kecewa kerana taktik bayar budak - budak buat kacau ini hanya di buat dalam kawasan Melayu...kenapa tidak dikawasan bukan Melayu...kerana orang bukan Melayu pandai tak macam Melayu yang dibodohkan Umno. denngan bayaran harian...

Taktik Umno bahaya... bakar api perkauman dan mungkinkah peristiwa Umno bunuh penyokong PAS 1986 berulang..? Di atas ialah gambar perbuatan lucah (dari susan loone) bebudak Umno yang keterlaluan di hari Penamaan Calon tapi kuar t.v penyokong PAKATAN yang melampau.

cuba teka siapa ini ...?




cuba teka siapa ini ....? sila klik untuk membaca lanjut

Monday, August 18, 2008

Kenapa Najib marah - marah dalam berita tengahari tadi...

Hari ini dari pagi sampai tengahari hujan lebat di Permatang Pauh. Tengahari tadi sempat tengok berita TV3.... kelihatan Najib marah - marah...

"Penceramah.....pemimpin PKR semua biadab........Adakah rakyat nak orang seperti ini jadi pemimpin negara "...lebih kurang cam tu le bunyinya Najib membebel...

Tentu ramai di luar Permatang Pauh pelik kenapa tiba-tiba orang tua nie membebel.... Jawapannya dia marah kerana telah dihalau dari kampung lebih dari sekali.....

untuk membaca lanjut sila klik sini

Perjumpaan bloggers meriah !!

Kesempatan PRU Permatang Pauh telah diambil untuk mengumpulkan beberapa bloggers. Selepas basah lencun dek hujan yang turun tiba - tiba sebaik sahaja penamaan calon tamat pertemuan bloggers diadakan di sebuah gerai milik Unit Ehsan P.Pinang. Ternyata walaupun ada antara kami kali pertama berjumpa tetapi cepat mesra mungkin kerana aura yang sama.
untuk membaca lanjut mengenai perjumpaan tersebut bolehlah baca tulisan Mat Saman Kati dengan klik sini.

Program khas Permatang Pauh


  • 16 Ogos 2008, 9.30 pagi
Pertemuan bloggers di Permatang Pauh
Semua bloggers yang berkongsi aspirasi Reformasi dan mendokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 2008 dijemput untuk bersama dalam satu majlis sarapan bersama bloggers. kepada semua bloggers yang mahu menyertai sila email ke cheGuBard@gmail.com atau hubungi Zulkifli Ibrahim 0124775588
  • 23 Ogos 2008, 9.00 pagi
Konvoi Rakyat ke Permatang Pauh
Satu konvoi rakyat dari selatan ke Permatang Pauh akan bertolak dari Seremban dan akan berhenti di beberapa R & R sepanjang Lebuhraya untuk mengedarkan risalah kempen kesedaran. Ikutilahlah dengan penuh keseronokan dan semangat konvoi rakyat ini. Hubungi Azizi 0123696474 untuk keterangan lanjut.
  • 24 Ogos 2008, 9.00 pagi - 7.00 malam
Merdeka Auto Show 2008 : Harapan Baru Anak Muda Malaysia
Pameran / Jualan
  • kereta berkuasa tinggi
  • motor berkuasa tinggi
  • aksesori kereta

Pertandingan

  • skuter tercantik
  • kereta tercantik
  • buka dan pasang tayar
  • skill mengendalikan kenderaan
  • penonton bertuah

persembahan khas

  • aksi stunt
  • drift kereta ralli
  • lain lain : konvoi Rakyat pusing permatang pauh dan dari selatan ke permatang pauh

perasmian

  • Ybhg Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • YAB Lim Guan Eng
  • cheGuBard

pertanyaan Din Binjai 0164695343

Sunday, August 17, 2008

gambar dan ulasan isu ringkas


Bn seperti biasa menggunakan khidmat pemuda bermotorsikal dengan upah harian, dua gambar ini diambil di depan bilik Gerakan Induk Pemuda Bn. Bukan setakat upah harian, makanan percuma malah artis juga dibayar untuk membuat persembahan bagi menarik budak-budak motor. Malam sebelum penamaan calon M.Nasir telah membuat persembahan. Mereka ada RM yang banyak dan mereka yang bayar bebudak melayu untuk mengganas... maka jika ada kes ganas sapa yer yang lakukan....??


Bn mula risalah fitnah mereka... Anwar dikatakan menaja forum anti Islam... itu palsu dan fitnah.. cuba tanya Khairy Jamaluddin apa peranan Isterinya dalam sebuah pertubuhan yang menyokong murtad.... ? Fakta yang pernah saya cabar Khairy berdebat tetapi dia ketakutan menjawab... jangan lupa Isteri Khairy ialah anak PM..

Setiap kali pilihanraya seperti pasti ada berita Puteri Umno di raba.... sapa yang raba ? di atas ialah gambar aksi Puteri ayu Umno ketika penamaan semalam. Apa kata imam kampung yang setia ngan UMno...?

sumpah pakai Al quran.... tidak pelik bukan sekali Umno beraksi memperalatkan sentimen Melayu menggunakan Al Quran... Ingat tak Rafidah Aziz sendiri pernah menangis guna kitab suci tersebut untuk tunjuk dia bersih dalam satu PC.... cuba tanya Abang Ezam adakah Kak Rafidah ini bersih ...? Malah tiap kali mesyuarat Kak Rafidah akan letak Quran di depan tak takut lansung bagi-bagi harta rakyat depan Quran.


Ada sesiapa nak ulas kehadiran Saiful dalam majlis Umno yang turut dihadiri Najib Tun Razak semasa Bn Umum calon..? Ada sesiapa nak ulas mengenai maklumat sahih pertemuan Saiful dengan Rodhwan (pegawai polis yang mencuri contoh darah / DNA Anwar semasa kes Konspirasi 1 (1998) untuk dicantumkan dengan fabrik tilam sebagai bukti palsu mahkamah yang kemudian ditolak mahkamah). Saiful dan Rodhwan telah bertemu secara sulit di Concorde Hotel, K.L sebelum Saiful membuat laporan polis.


Hotline 'Pengundi Permatang Pauh'

  • Hampir 1000 pengundi melaporkan hilang dari senarai pemilih setelah beberapa kali mengundi di Permatang Pauh !!
  • Ada majikan dilaporkan tidak membenarkan pekerja keluar mengundi !!
  • Ada pengundi yang ditukar pusat mengundi tanpa dimaklumkan !!
  • Ada pihak yang mengutip kad pengenalan pengundi !!
  • Ada tawaran wang jika mengundi Bn !!
  • Ada ugutan kepada pengundi !!

Kami sedia membantu sila hubungi / sms talian hotline dengan nyatakan nama dan no. kad pengenalan

HOTLINE DAFTAR PEMILIH
PRK P.PAUH 2008
0174532539

sila hubungi no di atas jika

  • bermasalah atau tiada kenderaan untuk datang mengundi
  • tidak dibenar majikan keluar mengundi
  • ingin menyemak dan mengetahui pusat mengundi
  • ada pihak ambil kah pengenalan atau mengugut
  • ada maklumat tawaran wang

Kenyataan bersumpah Dr. Osman ...lautan manusia bersama

Berikut ialah kenyataan bersumpah Dr. Osman seorang doktor beragama Islam yang bertugas di Pusrawi yang telah memeriksa Saiful dan mengesahkan bahawa sehingga 28 Jun 2008, Saiful tidak pernah diliwat.
















sila klik http://chegubard.blogspot.com/2008/07/saiful-tidak-diliwat.html untuk membaca salinan asal laporan perubatan. Maknanya sehingga 28 Jun Saiful tidak diliwat... dan selepas itu dia berada dalam jagaan Polis dan jika selepas itu ada laporan lain mengatakan Saiful diliwat siapa yang meliwat dia..?

Tidak sampai 24 jam sebelum pernamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pauh 2008, seperti dijangka Saiful muncul membuat 'sumpah'nya di dalam masjid, kemudian apabila ditanya wartawan kenapa dia membuat sumpah hari ini ? dia panik dan menjawab saya tidak tahupun Anwar akan bertanding di Permatang Pauh.... hahahaha ini lawak antarabangsa kerana satu 'Malaya' tahu Anwar akan tanding kecuali Saiful. sila klik untuk membaca penuh

Saiful juga panik untuk mengulas mengenai pertemuannya dengan Najib... sebelum laporan polis dibuat.. dan bagaimana dengan masih tidak terjawab kenyataan che'GuBard mengenai bagaimana Ezam juga bertemu Saiful sebelum laporan polis dibuat dan 'budak' Ezam yang mengiringi Saiful pergi membuat laporan perubatan....

Apa kesan sumpah Saiful ? Bn mengharapkan Anwar keseorangan ketika penamaan calon tetapi lihatlah ini realitinya...
Hampir seluruh Menteri Kabinet bersama termasuk bekas-bekas menteri dan mereka berjaya menurunkan seramai ini penyokong !!
Penamaan calon dibuat pada ketika Muktamar PAS berlansung agar pemimpin PAS tidak hadir supaya berjaya cywar mereka yang mengatakan keADILan hanya didokong DAP. Namun kehadiran Tuan Guru Nik Abd Aziz pasti menghancurkan harapan mereka.
lautan manusia (lebih 60,000 orang) bersama "Harapan baru rakyat Malaysia"

Saturday, August 16, 2008

ikuti laporan dari Permatang Pauh

Jadual begitu padat di Permatang Pauh ini, tidak mengizinkan update yang sempurna maka semula dijemput ke http://wrlr.blogspot.com/ untuk update terkini.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai Saiful telah muncul di majlis pengumuman calon Bn Permatang Pauh dan semalam dia bersumpah ?!! ikuti komen saya yang tersiar di http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=185&Itemid=58#JOSC_TOP

Friday, August 15, 2008

Penjelasan MB Selangor mengenai isu UITM

Shah Alam – Kerajaan Negeri Selangor peka terhadap laporan akhbar membabitkan kenyataan pembukaan 10% kuota UiTM kepada pelajar asing dan bukan bumiputra. Kerajaan Negeri ingin menjelaskan kenyataan tersebut adalah bukan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat ataupun Parti Keadilan Rakyat. Ianya dibuat ketika Dato' Menteri Besar Selangor menjawab soalan daripada pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputra ke dalam UiTM.Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera. Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman.Dato Menteri Besar ingin mengulangi pendirian bahawa Beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak-hak keistimewaan pelajar bumiputra dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi membantu mengangkat martabat pelajar Melayu serta bumiputra Sabah dan Serawak. Kerajaan Negeri terus menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan termasuk Artikel 153 Mengenai Hak-hak Istimewa Orang Melayu.Dalam melaksanakan aspirasi bangsa melayu, UiTM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu kuota kemasukan. Ia juga perlu memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan kemudahan universiti itu sendiri supaya ianya boleh dianggap sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani diperingkat Negara dan juga Antarabangsa.Pihak Kerajaan Negeri menyeru supaya isu ini tidak dipanjangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan mengingatkan pelajar supaya tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh sesetengah pihak.Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berharap supaya pelajar dan ahli akademik berusaha mengembeling tenaga menolong pihak Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan tinggi di Selangor serta sekaligus dapat menjayakan polisi "Merakyatkan Ekonomi Selangor".

Monday, August 11, 2008

Pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sumbangan saudara / saudari amat diperlukan.

  1. sumbangan tenaga (culaan, gerak gempur dll)
  2. sumbangan kenderaan (motorsikal, lori dll)
  3. sumbangan barangan (lcd projector, tv, Kayu bendera, mesin photostat dll)
  4. sumbangan khemah, kerusi, meja dll
  5. sumbangan barangan makanan (beras, gula, kopi dll)
  6. sumbangan kewangan (wang tunai, membayar bil cetakan dll)
sumbangan boleh dibuat di pejabat Perhubungan keADILan Negeri masing-masing, atau bilik gerakan utama PRK Permatang Pauh di Yayasan Aman.

sebarang pertanyaan sila hubungi cheGuBard di 0176688404 atau email di cheguBard@gmail.com

Sabah 'panas' selepas PRU 12

Sempat Era bergambar dengan 'Maincik' di depan Hospital Kuala Penyu.
Malaysia Maju dan Membangun ? Penduduk Kuala Penyu masih terpaksa menggunakan feri dan terpaksa mengunggu lama untuk mengikuti jalan singkat (3jam) ke K.Kinabalu. Sudah 3 pilihanraya janji membina jambatan dilafazkan tetapi sehingga kini janji tinggal janji.
Era, che'Nur, Wafiqah dan Wanie sempat 'berposing' di beranda Pangsapuri tempat mengidap semalam di K.Kinabalu.
'Dopot' dan mama sempat berposing dalam Kapal Terbang pulang.
Bumi Kota Kinabalu dari atas udara dalam penerbangan pulang.

Pada 4 - 9 Ogos lepas cheGuBard telah berada di bumi Sabah, lawatan singkat ke Sabah ini sebenarnya telah dirancang sebulan lepas.

Bersama isteri dan anak telah menjelajah ke Beufort, Kuala Penyu dan beberapa kawasan lagi. Bapa saudara yang kini bertugas menjadi pengarah sebuah jabatan kerajaan di sana menjadi tuan rumah bagi kami sekeluarga. Kesempatan singkat juga diambil untuk bertemu beberapa pimpinan tempatan di Sabah.

Nampaknya bara perubahan makin panas. Cuma ramai yang ditemui berkongsi persetujuan iaitu ia mula makin panas selepas pilihanraya. Malah ada penduduk tempatan yang ditemui mengatakan jika mereka tahu akan berlaku perubahan hebat di semenanjung pasti Sabah sikit sebanyak akan ikut jua.

Antara isu yang lama dan seolah tiada penghujung ialah isu kad pengenalan, anak tempatan seolah tertindas dengan kebanjiran pendatang 'berkadpengenalan'. Malah operasi penangkapan pendatang tanpa izin sebenarnya memangsakan lagi penduduk pribumi. Sehingga kini masih ramai penduduk asal tidak mempunyai kad pengenalan tetapi seakin ramai pula pendatang punya kad pengenalan yang didapati secara rasuah, membeli kad pengenalan curi atau pun dibawa masuk kerana projek undi yang dibuat BN. Maka ketika operasi ada penduduk pribumi gagak menunjukkan kad pengenalan tetapi pendatang terlepas. Ada keluarga yang merintih di Sabah kerana ahli keluarganya yang tidak punya kad pengenalan telah ditahan dan dihantar ke Filipina atau Indonesia.

Selain itu isu kemajuan makin terasa...... banyak kawasan masih jauh ketinggalan. Sabah sebuah tempat yang cantik, Pantai Sawangan di Kuala Penyu yang mengadap Pulau Tiga sangat cantik tetapi tidak dikenali kerana terperosok di kawasan pendalaman tanpa jaringan infrastuktur yang baik.

Seperti biasa jaringan maklumat alternatif amat diperlukan di Sabah ini.... sedikit risalah yang dibawa menjadi rebutan. Isu Anwar menjadi bualan dan Sabah juga sebenarnya mendoakan 16 September Anwar sebagai Pm menjadi realiti.