Thursday, August 10, 2017

Pengasingan cawan Islam dan bukan Islam di sekolah kenapa MIC, PPD, Sekolah perlu menipu ?

Catatan Umum

10 Ogos 2017


1. Pada 6 Ogos 2017, Solidariti Anak Muda Malaysia telah mendapat email menyatakan kejadian pengasiangan cawan di kantin sebuah sekolah di Selangor. Maklumat siap dengan gambar tertera label di cawan iaitu "MURID BUKAN ISLAM' & "MURID BUKAN ISLAM". Setelah beberapa usaha pengesahan dibuat didapati gambar diambil di Sekolah Taman Puteri Hulu Langat, Selangor. SAMM juga telah berkongsi di media sosial dua gambar tersebut


klik https://www.facebook.com/SAMMKebangsaan/posts/1620059908013810

2. Namun pada hari yang sama SAMM menaikkan di laman sosial Ketua Biro Pendidikan Biro MIC telah dipetik disebuah portal berita menafikan perkara tersebut berlaku (klik http://www.beritadaily.com/sekolah-nafi-gunakan-cawan-asing-bagi-pelajar-bukan-muslim/) Menurutnya PPD dan sekolah menafikan perkara tersebut berlaku.

3. Namun satu lagi petikan portal berita ( klik http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/10/schools-policy-of-separate-cups-for-muslims-and-non-muslims-draws-ire/ ) menyatakan sebaliknya. Kejadian tersebut benar berlaku malah gambar diambil sendiri oleh wartawan dilapangan oleh portal berita tersebut. Sekolah enggan memberikan komen tetapi menurut pekerja kantin amalan itu berlaku sejak tahun lepas lagi.

4. Persoalanya kini apakah keperluan mengadakan pengasingan tersebut ? Persoalan lebih penting ialah kepada Ketua Biro Pendidikan MIC, PPD dan sekolah itu menipu ketika memberikan respon kepada sebuah laman portal berita ?

5. Negara sedang dalam mood sambutan 60 tahun ulang tahun kemerdekaan, adakah pengasingan cawan di sekolah kebangsaan ini perlu ? Juga kenapa parti politik dan penjawat awam (PPD dan Sekolah) perlu menipu dalam menangani perkara ini.

catatan oleh che'GuBard, SAMM


Tuesday, August 08, 2017

Isu Mahathir 'Kutty' dedah hipokritnya sesetengah pemimpin PH

Kenyataan Umum

8 Ogos 2017

petikan booklet 'sudahlahMahathir'

1. Kira - kira 30 Julai 2017 lalu, Zahid Hamidi ketika berucap dalam Majlis Penutup Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya telah mendedahkan nama asal Mahathir iaitu Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Kononya pendedahan beliau ekoran maklumat yang beliau perolehi dari Ketua Pengarah JPN. Selepas itu tiba - tiba pemimpin PH gegak gempita membela Mahathir dengan mengatakan ia fitnah dan bersifat perkauman.


2. Pertama pendedahan yang kononya sensasi ini hanya menunjukkan Zahid Hamidi ketandusan isu. Sebenarnya tidak perlu sehingga menyeret nama Ketua Pengarah JPN dalam pendedahan ini kerana ia hanya maklumat lapuk yang sejak 1988 lagi identiti keturunan Mahathir sudah pun di dedahkan kepada umum oleh pemimpin Semangat 46 khususnya bekas pemimpin Umno. 1998 selepas pemecatan Anwar sekali lagi identiti ini menjadi isu termasuk didedahkan salinan kad pengenalan biru Mahathir. Jelas ia bukan benda baru pun, namun tindakan Zahid menyeret nama Ketua Pengarah JPN hanya mengundang pelanggaran etika dan undang - undang kerana menjadi kesalahan khususnya apabila Ketua Pengarah JPN terlibat dalam kegagalan melindungi maklumat peribadi.


3. Keduanya, sangat melucukan apabila bersungguh pula beberapa pemimpin pembangkang menjadi tukang jawab Mahathir dalam isu ini. Ini menunjukkan betapa munafik (hipokritnya) pemimpin pemimpin tersebut kerana ada antara mereka sendiri dalam ucapan politik mereka sebelum ini menggunakan istilah Mahathir Kutty dan seumpamanya selama ini.

4. Malah saya perlu ingatkan Suresh ketika sebelum menjadi ahli parlimen payung terjun di Padang Serai pada 2 Febuari 2013 pernah meminta kelayakan kerakyatan Mahathir disiasat kerana keturunan Mahathir.

Dia ketika itu merupakan pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa taraf kerakyatan Dr Mahathir disiasat kerana menurut dakwaannya keturunan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu berasal dari India.

“Nama penuh Mahathir adalah Mahathir Mohd Iskandar Kutty. Perkataan Kutty bermaksud ayahnya seorang India Muslim,” kata R Suresh dipetik dari laporan portal Free Malaysia Today bertarikh 2 Februari 2013.

Carian di laman sosial Facebook dan blog turut mendapati isu ‘Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty’ telah lama dibangkitkan penyokong pembangkang malah aktivis Hishamuddin Rais juga dalam tulisan pernah menggunakan nama berkenaan untuk merujuk kepada Dr Mahathir.

“Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty memadamkan ‘Anak Lelaki’ untuk kelentong orang Melayu. Sangkaran Pillai menukar naka (nama?) menjadi Chandra Muzaffar untuk tipu Melayu. Justeru manusia akan melakukan apa sahaja untuk keuntungan diri,” tulis Hishamuddin Rais menerusi artikel bertajuk “Cui bono, siapa untung?” yang disiarkan lidah rasmi PKR, keadilandaily.com pada 15 Mac 2013.

Malah jika dikumpul petikan video isu keturunan Mahathir ini sememangnya menjadi mainan bibir pemimpin bembangkang sebelum ini.



Jadi sebenarnya tidak apa yang pelik dan sensasi dengan isu keturunan Mahathir yang sememangnya dimainkan sebelum ini cuma malangnya kali ini tembakan peluru kapur Zahid Hamidi telah membuktikan betapa sesetengah pemimpin pembangkang sangat hipokrit (munafik).


Mahathir yang merupakan diktator zalim, perompak dan lanun yang sangat rakus telah disucikan sebersih bersihnya hanya kerana dia berada bersama pembangkang. Malah siapa yang berani bercakap benar mengenai Mahathir akan dianggap musuh kepada mereka.

Nampaknya berdasarkan perkara ini tidak mustahil satu hari nanti, Najib Razak juga akan dianggap suci selepas berhenti menjadi Perdana Menteri dan siapa ketika itu bercakap soal 1MDB atau apa sahaja akan menjadi musuh yang jahat.


Juga ada yang melucukan apabila pengendali kempen bebas Anwar juga terperangkap menggunakan isu perkauman dalam memberikan respon perkara ini. Hanya tersenyum menanti ada pula yang akan menyelongkar salasilah Anwar... benarkah dia 100% melayu ?



catatan oleh ;


che'GuBard SAMM

Thursday, August 03, 2017

SPRM patut tangkap tuan beg bukan tukang angkat beg

Kenyataan Umum

2 Ogos 2017
ZAHID MD ARIP, AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI BUNGA RAYA CUMA BUDAK SURUHAN ISA SAMAD
FELDA sejak dikorporatkan di bawah Tan Sri Isa Samad sememangnya terlalu banyak kepincangan dan skandal diperkatakan. Bukan sahaja Isa Samad tetapi sebelum ini ligat diperkatakan peranan Isteri dan keluarga Isa Samad juga. Malah jauh awal sebelum ini bukanlah rahsia ada ahli keluarga Isa Samad juga telah disoal siasat oleh SPRM berkaitan skandal mengambil komisyen berkaitan urusan FELDA.


Sejak FELDA dikorporatkan, pihak pembangkang telah menjadikannya antara agenda utama kerana ia berkait rapat dengan kepentingan kira – kira 100,000 keluarga seluruh negara dan lebih lagi kehilangan wang serta kerugian tidak munasabah yang sangat besar telah dikesan.

Setelah wujudnya parti Mahathir iaitu parti cap Bunga Raya, kononya harapan untuk mengubah undi warga FELDA sangat tinggi. Bunga Raya antara yang bergerak masuk keluar kawasan FELDA mendesak siasatan ke atas kehilangan wang FELDA khususnya selepas pemecatan Isa Samad baru baru ini. Namun harapan ini menjadi sedikit kabur apabila SPRM telah menahan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bunga Raya iaitu Zahid Md Arip kerana terlibat dalam mengambil komisyen dalam rundingan pembelian hotel oleh FELDA Investment Corp (FIC). Di sini barulah terbongkar rupanya pimpinan Bunga Raya juga menjadi sebahagian dari anggota struktur korup FELDA yang telah menghilangkan banyak wang itu.
Bunga Raya dan pembangkang keluar masuk kawasan FELDA desak SPRM bertindak mengenai kerugian dan kehilangan wang FELDA. SPRM pun menjalankan siasatan bermula dengan rundingan pembelian Hotel oleh FIC yang melibatkan nilai ratusan juta ringgit yang mana dikatakan FIC telah membeli beberapa hotel termasuk di London dengan nilai jauh lebih tinggi dari harga pasaran. SPRM membuat serbuan merampas fail – fail berkaitan, setelah dipastikan sememang sahih pembelian jauh di atas harga pasaran maka tangkapan dibuat.
Semalam seorang pemimpin parti cap bunga raya antara yang ditangkap. Namun bagi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), penangkapan ini masih bersifat politik kerana kes ini kes lama. Menurut maklumat yang diperolehi, SPRM sudah menjalankan siasatan yang mana turut menyoal siasat ahli keluarga Isa Samad namun ia terhenti begitu sahaja.

Maka timbul persoalan, adakah Zahid Md Arip yang merupakan bekas Pemuda Parti Keadilan Nasional ini akan ditangkap jika masih berada dalam Umno dan masih menjadi ketua sebuah gerakan menyerang Anwar (TIBAI)?
Ini bukan sesuatu yang pelik kerana sememangnya semenjak zaman Mahathir menjadi PM, Mahathir telah memperkudakan semua agensi bagi menekan musuh politiknya. Kalau siapa lawan akan ditahan dengan perbagai alasan.
Bagi SAMM Zahid Md Arip hanyalah seorang tukang angkat beg Isa Samad kerana berdasarkan kelulusan akedemik jelas dia sendiri tidak layak pun menjadi pegawai khas kepada Pengerusi FELDA mahupun Pengerusi FGV. SPRM sedang ditertawakan kerana hanya menahan tukang angkat beg. Rakyat sedang menantikan bos iaitu pemilik beg itu ditahan sebagai bukti seriusnya SPRM.
PH khususnya Parti Cap Bunga Raya dituntut untuk menyatakan pendirian apabila terbongkar yang pimpinan tertingginya merupakan sebahagian dari struktur FELDA yang telah menghilang dan mencatatkan kerugian yang tinggi itu. Adakah koruptor akan suci bersih sebaik sahaja menyertai PH atau pembangkang ? Jika begitu Isa Samad atau Najib sendiri jika sertai pembangkang juga akan bersih seperti mana Mahathir ?
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM


Wednesday, August 02, 2017

Isu UNISEL, Jana Niaga & MBI, laporan penuh timbang tara dituntut

Kenyataan Umum

2 Ogos 2017

1. Merujuk berita Malaysiakini (https://www.malaysiakini.com/news/390049#tW2q3jjeU0rRz4a2.97) yang melaporkan respon balas YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor berkenaan isu UNISEL yang dibangkitkan banyak pihak kebelakangan ini.

2. Untuk pengetahuan Nik Nazmi ada pihak yang telah mengedarkan dokumen – dokumen ‘rasmi’ berkaitan isu ini termasuk dokumen milik MBI, UNISEL dan Jana Niaga juga milik syarikat Guaman berkaitan itu tersebut. Saya sendiri hampir 3 bulan lalu sudah mendapat satu set dokumen lebih 20 muka surat termasuk salinan cek serta baucer pembayaran selain minit mesyuarat dan surat – surat berkaitan. Saya perolehi semuanya melalui pos dan sangat yakin banyak pihak juga memperolehi dokumen yang sama.

3. Dalam dokumen tersebut jelas di bawah Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim telah dihentikan pembayaran kepada syarikat Jana Niaga yang mempunyai kontrak kerja dengan UNISEL kerana isu perkhidmatan yang tidak memuaskan.

4. Kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh pihak yang menuntut pembayaran. Mahkamah telah membuat keputusan menyebelahi UNISEL maka sudah tentu ada asas yang kukuh disitu.

5. Kemudian ketika Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar MBI telah diadakan satu rundingan yang dalam terma perundanganya ‘timbang tara’ malah menurut dokumen yang diperolehi dinayatakan dengan jelas UNISEL tidak bersetuju malah ada peringkat tertentu tidak mengetahui tentang ‘rundingan timbang tara’ yang berakhir dengan Menteri Besar Incoprated (MBI) membayar jutaan wang terus kepada Jana Niaga dan memindahkan ia dalam bentuk hutang UNISEL kepada MBI. Dalam dokumen yang diperolehi terdapat baucer pembayaran RM10 juta dan RM6juta iaitu dipercayai sebahagian dari jumlah pembayaran.

6. Melalui dokumen yang diperolehi jelas merakamkan betapa kenyataan media MBI bercanggah. Salinan surat jawapan balas Prof Redzuan Naib Canselor UNISEL rujukan UNISEL/P.NC/16/259 (L) bertarikh 26 Mei 2016 memaklumkan tender telah dibuat dan kontrak JNSB ditamatkan.

7. Surat Naib Canselor UNISEL turut mempertikai YM Raja Shahreen CEO MBI di bawah klausa 4.2 kontrak JNSB dibatal 2013 dan tindak MBI yang dilihat menyalahkan UNISEL serta kepimpinan UNISEL yang baru. Naib Canselor Unisel dikatakan kecewa terhadap MBI yang membayar JNSB tanpa pengetahuan Unisel.

8. Dalam satu surat Naib Canselor Unisel turut mendapatkan khidmat pandangan luar dari firma guaman Raj, Ong dan Yudistra surat bertarikh 30 November 2016 kepada UNISEL menyatakan Unisel tidak bersalah yang berhutang ialah JNSB.

9. Oleh yang demikian menjadi tandatanya bilakah timbang tara itu diputuskan dan mengapa MBI perlu membayar kepada syarikat sedangkan mahkamah memberi kemenangan kes kepada Unisel.

10. Namun malangnya merujuk kepada berita Malaysiakini yang melaporkan respon Nik Nazmi dalam isu ini bukan sahaja dia gagal menjawab isu pokok tetapi ia didapati kemungkinan menipu apabila Nik Nazmi dilaporkan berkata  “Pada masa ini, Unisel dan Jana Niaga sudah tidak ada hubungan kontrak,” .

11. Tidak ada hubungan kontrak? Adakah  Nik Nazmi menipu ? Sama ada dia tak baca surat MBI, Jana Niaga Sdn Bhd dan Unisel atau dia tak masuk dalam mesyuarat atau rundingan hanya melibatkan geng kartel Azmin semata.

12. Berdasarkan dokumen Surat MBI 16 Mei 2016 rujukan surat MBI/ UNISEL/UNISEL-05/2016 (04).

a. Cadangan Penyelesaian Pertikaian di antara UNISEL dengan JNSB. Baucar bayaran RM10 dan sejumlah RM6 juta (no cek 1222537) sebagai penyelesaian serta penyambungan kontrak JNSB yang ditamatkan sebelum ini oleh UNISEL.
b. Surat MBI bertarikh 19 Mac 2015 kepada Jana Niaga Sdn Bhd tawaran Penyelesaian Pertikaian Unisel dan JNSB. Memulakan operasi dibawah perjanjian baru.

13. Apakah tipu surat Prof Redzuan Naib Canselor UNISEL rujukan UNISEL/P.NC/16/259 (L) bertarikh 26 Mei 2016 memaklumkan tender telah dibuat dan kontrak JNSB ditamatkan dan akur kepada kontrak baru serta bayaran dibuat MBI kepada UNISEL dan mempertikai klausa 4.2 kontrak JNSB dibatal 2013 dan tindakan MBI yang dilihat menyalahkan UNISEL serta kepimpinan UNISEL yang baru.

14. Namun tidak pelik bila pimpinan Kerajaan Selangor menjawab sedemikian rupa kerana masih ingatkah kita dengan kenyataan YB Haniza Talha yang setelah tersepit ingin membela Azmin dalam isu projek RM10juta cat pintu gerbang, ADUN itu mengatakan duit RM10juta itu duit derma dan bukan duit kerajaan. Nama penderma akan dicatatkan di pintu gerbang setelah siap. (klik http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/01/04/pintu-gerbang-derma-alasan-paling-legend/ ) Namun sehingga kini bukan sahaja sudah siap malah sudah ada kesan retakan dibanyak tempat pun tetapi nama penderma yang dijanjikan hanya penipuan semata – mata.

15. Nampaknya bukan sekadar impian mahu melihat UNISEL iaitu institut pengajian bawah kerajaan PKR Selangor merialisasikan janji pendidikan percuma tetapi kini Azmin melalui MBI pula membuat bayaran tidak sepatutnya dan kemudian membebani UNISEL membayarnya sebagai hutang. Hutang tersebut kemudian akan dipindahkan tidak lain dan tidak bukan pelajar UNISEL.

16. Kepada Nik Nazmi saya rakamkan simpati kerana terkial kial cuba menjawab perkara yang dia sendiri saya yakin tidak tahu hujung pangkal. Nik Nazmi dijadikan kambing hitam semata oleh kartel Azmin. Cuma dia perlu tahu takperlu berpusing pusing dalam isu ini kerana dokumen berkaitan sudah tersebar dimiliki oleh ramai pihak .

17. Juga mengecewakan jawapannya yang mengatakan jangan pedulikan kes UNISEL ini kerana kes 1MDB lebih melibatkan nilai wang yang besar telah menyerlahkan sikap dia dan banyak pemimpin pembangkang hari ini yang menyifatkan merompak atau mencuri wang rakyat menjadi halal selagi 1MDB lagi jumlahnya besar.

18. Azmin Ali dituntut mendedahkan kepada umum laporan penuh rundingan timbang tara yang dimaksudkan. Kita juga mahu alasan munasabah kepada rundingan dan bayaran dibuat tanpa persetujuan UNISEL.

Oleh ;
Che’GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


sebahagian dari dokumen yang diperolehi