Friday, March 13, 2009

Ringkasan berita ;

Khir toyo tarik janggut Abu Urwah kerana dedah rasuahnya.
Kalau ditanya tentu Khir Toyo akan kata menyesal kerana menjolok sarang tebuan. Dia yang menyerang pembelian lembu korban sebanyak 46 ekor akhirnya terselit senyap termalu dalam Dewan Undangan Negeri Selangor yang mula bersidang minggu ini. Dua hari dia dilipat teruk oleh YB Azmin Ali. Semalam pula bukan sahaja dia tapi isterinya juga dilayak oleh YB Saari Sungip atau lebih dikenali sebagai Abu Urwah. sila klik sini untuk membaca pendedahan Abu Urwah. Untuk itu Khir secara gangster telah tunggu Abu Urwah di luar dewan mengugut dan menarik janggutnya. Mungkin Khir nak tarik janggut YB Azmin tapi malangnya YB Azmin tak ada janggut.

Pembersihan kem Pro Dollah
Nampaknya seperti yang telah cheGuBard kata jadi kenyataan. SPRM digunakan untuk bersihkan kem Dollah. Pagi ini Dato Norza, pengampu Khairy telah dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan rasuah. Sila klik sini untuk baca terus. Seperti yang termaktub dalam syarat Umno siapa yang didakwa tidak boleh bertanding. Norza menurut teman - teman dalam Umno ialah antara calon porpular dalam pertandingan MKT kali ini. Selepas ini mungkin penyokong kem Dollah seorang lagi iaitu Datuk Azalina Othman Said. Sila klik sini untuk baca lanjut.

Tindakan saat akhir ini digunakan untuk meastikan kem Dollah benar - benar lemah dan menyerahkan jawatan kepada Najib. Ramai tertanya apa nasib Khairy ? Khairy kemungkinan selamat kerana ia sudah meninggalkan Dollah keseorangan, dan cuba berbaik dengan Najib. Ia menjadi calon porpular untuk jawatan Ketua Pemuda.

Norza jelas menyatakan rasa kesal sambil menitis air mata di luar mahkamah. sila klik sini untuk baca lanjut. Jika di lihat fakta kes cheGuBard sendiri pernah beri bukti pada SPRM terhadap orang rapat dengan Najib rasuah politik tetapi sehingga kini kes tersebut senyap.

Bn takut Pilihan Raya.
Ternyata Bn akan gunakan apa juga cara untuk ambil kuasa tapi pasti akan gunakan apa jua cara elak pilihanraya. Telah didedahkan bagaimana Bn menghubungi PAS Kedah meminta agar dinasihatkan MB Kedah agar terima perletakan exco YB Arumugam tetapi tidak perlu kosongkan DUN Bukit Selambau. Ini jelas bertentangan dengan cerita gah depan media mereka. Di Perak mereka seboleh boleh akan guna semua cara elak pilihanraya. Bn sedar saat ini jika diadakan pilihan raya pasti rakyat menolak mereka.

Terbaru Mahkamah Persekutuan menolak penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang memutuskan pilihanraya semula di DUN Persiangan, Sabah. Alasannya ialah SPR telah bersalah kerana melewatkan masa penerimaan kertas pencalonan KEADILAN sehingga akhirnya kertas pencalonan ditolak dan Bn menang tanpa bertanding. Pada ketika Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membuat keputusan mungkin kerana untuk ugut ahli politik Sabah dari berbaik dengan Anwar Ibrahim dan jelas kerusi Persiangan ialah antara Joseph Kurup ditentang calon KEADILAN. Joseph antara yang disebut sebelum ini contong mengkritik Bn Pusat. Malangnya setelah lega 16 September tak menjadi maka mereka gunakan Mahkamah Persekutuan untuk elak pilihanraya. sila klik sini untuk baca lanjut. Mungkin jika boleh Bn juga akan hidupkan semula YB Bukit Gantang dan YB Batang Ai untuk elak pilihanraya.

Blogger 'Cucu Mat Kilau' cabar Saiful saman pendedahan laporan perubatan.
Seorang blogger, Syukri yang dikenali sebagai Cucu Mat Kilau mencabar Saiful individu yang berjumpa dengan Ezam dan Najib sebelum membuat laporan dia diliwat Anwar Ibrahim supaya turut menyaman mereka yang terlibat dalam laporan perubatan yang mengatakan beliau tidak diliwat.

Saiful telah membuat laporan polis dan mengugut menyaman Syukri. Selepas laporan dibuat secepat kilat menurut Syukri polis telah menangkapnya, mengugut dan menakut-nakutkan keluarganya. Beliau yang juga mengendalikan laman PahangDaily Online mencabar jika benar Saiful berani mengapa tidak saman pendedahan laporan perubatan yang menyatakan beliau tidak diliwat. Sila klik sini untuk bacaan lanjut.

Dari DUN Selangor 'Jika berani bekas MB dan Bekas Exco juga istihar harta'
Selepas menunjukkan prestasi membanggakan dalam agenda Selangor Maju Rakyat Mewah, iaitu program merakyatkan ekonomi, Kerajaan Selangor melangkah satu langkah lagi kehadapan iaitu mengistiharkan secara terbuka harta milikan Menteri Besar dan barisan Exconya. Pengistiharan ini akan diperolehi secara online di www.selangor.gov.my kini diperingkat teknikal web untuk dinaikkan. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Pakatan Selangor.

Kini rakyat menanti adakah Khir (bekas MB) dan bekas exco Selangor berani membuat pengisytiharaan harta. Jawapanya sudah tentu tidak berani kerana akan terdedahlah semua jenayah terancang mereka selama ini.

Selain itu Selangor juga akan berada selangkah di hadapan apabila menjadi negeri pertama memulakan usaha mengembalikan proses pilihanraya kerajaan tempatan. Menteri Besar dalam Dewan Undangan Negeri telah mengumumkan kewujudan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan mengusulkan dikembalikan pilihanraya kerajaan tempatan. Pilihanraya kerajaan tempatan sebelum ini telah diharamkan oleh kerajaan Bn apabila Bn kalah terus dalam Pilihanraya Umum peringkat kerajaan tempatan.

No comments:

Post a Comment