Thursday, March 26, 2009

Petikan Mahasiswakini : Altantuya dah mati tapi mayatnya diletupkan...

Kuala Lumpur 25 Mac 6.21pm | Pergantungan serta-merta permit penerbitan Suara Keadilan selama tiga bulan walaupun tarikh luput permit sehingga bulan depan, diumpamakan Pengerusi SMM Badrul Hisham Shaharin sebagai ‘Altantuya dah mati, tapi diletupkan pula mayatnya’.

chegubardSuara Keadilan patut perbaharui permitnya bulan empat. Tapi akhbar ini digantung serta-merta (selama tiga bulan)…tindakan ini umpama meletupkan Altantuyaa. Altantuyaa dah mati tapi diletupkan juga mayatnya,” sinis Badrul.

Tambahnya lagi, pergantungan Suara Keadilan dan Harakah turut disifatkan sebagai tindakan tergesa-gesa segelintir pemimpin pemerintah untuk menghalang akses maklumat oleh rakyat.

Rakyat telah melihat bahawa ini ketakutan khususnya kepada Najib Tun Razak yang bermula dengan pendedahan surat khabar Perancis, di UK dan hari ini pendedahan akhbar bsar di Indonesia. Mereka tidak mampu mengawal dunia dan cuba mengawal media tradisi yang sempit dalam negara, Inilah kita katakan sebagai tindakan tergesa-gesa segelintir pemerintah,” jelasnya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai CheguBard turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua akhbar oposisi tersebut kerana konsistan lantang menyampaikan maklumat sahih kepada rakyat, walaupun berdepan pelbagai birokrasi pemerintah.

Rakyat juga diseru untuk terus melanggan kedua-dua akhbar oposisi tersebut dalam masa pergantungan permit penerbitan tersebut.

Terdahulu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membakar beberapa kotak salinan laporan rasuah di depan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kerana suruhanjaya tersebut dilihat melakukan dakwaan terpilih.

Kes pengeboman gadis Monggolia Altantuyaa Sharibuu kembali dikaitkan dengan diri bakal Presiden UMNO YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila suatu laporan penyiasatan terperinci didedahkan dalam akhbar berbahasa Perancis Libertarian.

Kenyataan ini dibuat selepas beliau menyertai perbicaraan kes pergantungan dua akhbar tersebut di ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sekitar jam 3.30 petang tadi di sini. -mahasiswakini

No comments:

Post a Comment