Friday, March 20, 2009

Najib (Rosmah) nak bomohkan Pak Lah ?


KUALA LUMPUR, : Penemuan dua helai kertas yang digulung dan dibaluti kain kuning di bawah meja Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di tingkat 39 bangunan PWTC menjadi fokus perbahasan di Dewan Rakyat petang tadi.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata penemuan bahan itu membangkitkan persoalan mengenai isu keselamatan Perdana Menteri. Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul perbelanjaan tambahan kerajaan persekutuan.

Anwar mempersoalkan bagaimana pihak tidak bertanggungjawab diberi ruang untuk memasuki bilik mesyuarat Majlis Tertinggi dan meletakkan bahan itu di bawah meja Presiden UMNO.

Akhbar Sin Chew Jit Poh melaporkan skuad pemusnah bom polis menjumpai bahan berbalut kain kuning di bawah meja Abdullah ketika melakukan pemeriksaan biasa di bilik mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam.

Menurut laporan itu, skuad pemusnah bom polis telah mengambil bahan itu untuk dihantar ke Jabatan Forensik bagi siasatan lanjut.

"Mengapa perlu polis membawanya kepada Jabatan Forensik untuk disiasat sedangkan sepatutnya mereka (polis) merujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) untuk mentafsirkan tulisan jawi tersebut," kata Anwar.

Apabila Ahli Parlimen BN Sri Gading, Mohamad Aziz, bangun mempertikaikan kesahihan laporan Sin Chew, Anwar menegaskan berita berkenaan adalah berdasarkan maklumat polis. Beliau memuji keberanian akhbar itu melaporkannya berbanding akhbar arus perdana lain.

Anwar menyifatkan taktik menggunakan unsur bomoh dan syrik sebagai "politik menjijikkan, " namun isu lebih serius, kata beliau, ialah tahap keselamatan yang disediakan untuk Perdana Menteri adalah lemah.

sila klik sini untuk membaca lanjut isu 'tangkal dibawah meja Pak Lah"

8 comments:

  1. Anonymous9:03 AM

    EMMM ...BARU SEKARANG ANWAR YAQIN DENGAN BOMOH DAN MAINAN ILMU HITAM. HERAN PULAK AKU. SEWAKTU DALAM UMNO AKU DAH BERAPA KALI BERITAU DIA TAPI TAK NAK PERCAYA-APA DIA KATA.KITA BERSERAH PADA ALLAH.BETULLAH!!TUP TUP SEKARANG DAH YAKIN PULAK.DULU CIKGU BARD AKU DAH BERITAU DIA TTG.KHAIRY JAMALUDIN TU ADA GUNA BOMOH HEBAT DR INDON,AKU CUMA MINTA ENGKO RESPONS SAJA SUPAYA AKU BOLEH BERESKAN MAINAN ILMU DIA TU..TP DIAM SAJA.KALAU TIDAK JANGAN HARAP KJ NK DUDUK JADI MP REMBAU.AWAL LGI DAH DICANTAS.SO JADILAH ENGKORANG MENYALAK-NYALAK KESANA-SINI. SKRG AKU DAH DIBELI OLEH YB TAN SRI (TAK PERLU TAULAH...)SB DIA YAKIN PADA AKU DAN AKU TAK PERLU DUIT PUN CUMA MEMBANTU SAJA.
    BILA TERANTUK BARU TENGADAH YEEE..!

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:02 AM

    komen orang gila duit....laknatullah percaya benda khurafat

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:30 AM

    Fuyoooo...saper yg kena BOMOH..Pak Lah main BOMOH ke atau BOMOH pekena Pak Lah??????mana le tau Pak Lah mintak ubat kuat ke???

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:04 PM

    Anwar bukan cakap pasal bomoh atau percaya bomoh-bomoh tu....bahlul....

    Yang percaya orang macam kamu.....Anwar membangkitkan tahap keselamatan pejabat seorang PM sehingga dengan mudah dimasuki dan diletakkan benda-benda kurafat tu.

    Kamu reti ke membaca dan faham ke tidak apa yang ditulis tu....

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:31 PM

    syabas betehh........

    ReplyDelete
  6. Orang UMNO ni memang percaya kpd khurafat. Kajian yg dibuat oleh penyelidikan UM 3 tahun dulu telah mengesahkan iaitu 98% pimpinan UMNO percaya pd Bomoh ertikata lain....dot..dot..dot..

    Oleh itu berkokoklah orang UMNO kuat-kuat dan kata Tun M lagi hari ini...UMNO akan luput...!!!

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:33 PM

    Salam Chegu.

    Betul ke?

    Takkan Melayu Islam buat macam tu?

    Kita macam tak percaya.

    ReplyDelete
  8. Anonymous1:20 PM

    tak heran. mmg dari dulu lagi UMNO main bomoh untuk kekalkan jawatan atau apa-apa pun. entahlah, tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete