Sunday, March 29, 2009

Komen laman Umno terhadap kemenangan Khairy

KEMENANGAN KJ - TERTIKAMNYA AKAR UMBI PEMUDA UMNO

Pertandingan yang lebih banyak meninggalkan persoalan dihati ahli-ahli akar umbi UMNO, dan kemarahan yang begitu membara. Itulah pertandingan Ketua Pemuda U
MNO Malaysia yang berakhir semalam dengan kemenangan yang tidak diduga oleh Khairy Jamaluddin, calon yang tidak mendapat tempat dihati majoriti akar umbi, tetapi dipilih juga oleh ketua-ketua Pemuda bahagian dan perwakilan pemuda bahagian.

Tahniah kita ucapkan, bukan kepada KJ yang begitu aktif menjdi dermawan ketika kempennya, tetapi kepada perwakilan-perwakilan dan ketua-ketua pemuda yang mungkin terlalu kenyang sehingga mata terlalu layu untuk melihat siapa yang mereka undi di atas borang undi mereka.

Dari segi pengiraan, kita juga dapat melihat populariti KJ yang begitu melambung dengan setiap kali pengiraan semula dibuat. Hmm, majoriti KJ naik hanya selepas pengiraan semula dibuat berulang kali.
Apa yang nyata disini, pihak KP dan perwakilan bahagian telah memenuhi tugas dan janji mereka untuk membawa kata dan kepercayaan pihak akar-umbi yang melantik mereka. Kami boleh ingat lagi, begitu sayunya calon-calon yang bertanding untuk jawatan dan perwakilan ketika mesyuarat bahagian dijalankan. Ada yang sanggup meredah bendang, banjir dan (adakalanya) kawasan kubur waktu malam demi mendapatkan sokongan-sokongan yang diperlukan dari akar umbi untuk memenangi jawatan-jawatan tersebut. Semua berdiri gagah, berikrar dan berjanji akan setia mewakili apa kehendak akar-umbi. Kata-kata pesanan dari akar umbi dijadikan amanat pemegang-pemegang jawatan ini. Sebab itu, kita lihat, siapa yang akar umbi calonkan sebagai Ketua Pemuda, mereka sebagai perwakilan akan memastikan calon itu akan diundi dan Insya'Allah, akan menang. Jika tidak percaya, tanya perwakilan-perwakilan Pemuda Alor Setar, Sungai Petani dan Kuala Kedah. Akar umbi calonkan Datuk Mukhriz, dan mereka undi...well, mungkin sebab tu cawangan Tok Pasai dan Sri Pantai isytihar pembubaran kedua-dua cawangan Pemuda tersebut.

Menyedihkan bagi akar-umbi pemuda UMNO, selepas mendengar kemenangan khairy semalam, mereka semua mendapati dibelakang mereka terpacak sebilah pisau/parang/sesuatu-tajam-tapi-bukan-dari-anwar-ibrahim. Ya, mereka telah ditikam belakang oleh bukan orang lain, tapi oleh mereka yang diberi kepercayaan oleh mereka sendiri.

Dengan tragedi kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda, Pemuda UMNO Malaysia secara sah hilang kehormatan dan relevannya, kerana ianya kini dipegang oleh seorang yang didapati bersalah dalam politik wang tetapi masih boleh bertanding kerana "ianya bukan kadar yang sama seperti Ali Rustam", walaupun bawah artikel dan kategori yang sama. Sebagai seorang yang ada pengetahuan sikit-sikit, saya dah baca ruling hukuman ke atas KJ. Saya boleh faham 100%, cuma saya tak faham justifikasi yang dibebelkan oleh Lembaga Disiplin yang tak masuk akal langsung. It pays to have friends in the Lembaga Disiplin...and it really pays.

Kini terserah kepada akar-umbi Pemuda UMNO samada mereka menerima dengan hati yang terbakar...ops...terbuka dan menelan sepahit mana yang datang, atau berani berubah dan memohon satu rujukan semula dimana hak memilih Ketua Pemuda UMNO adalah ditangan akar-umbi sendiri untuk memastikan calon yang mereka pilih menerima undi akar-umbi sendiri. Kita dah ikut jalan lama, tapi terlalu ramai yang setia-kat-wang, inilah masa untuk Berani Berubah. Melayu mempunyai banyak masalah yang datang bertubi-tubi semenjak Mac 2008, dan nasib Melayu kini terkontang-kanting, menunggu masa untuk menyembah bumi di pilihanraya umum ke 13, dan dengan kemenangan KJ, mungkin kita tak perlu tunggu pilihanraya ke 13 lagi. Sejak keputusan semalam, kedengaran sebegitu ramai ahli-ahli pemuda UMNO yang mahu keluar dari parti. Tak tahulah berapa kerat yang tinggal apabila pilihanraya datang.

Mungkin kita tak perlu berbuat apa lagi. Track record KJ dan menunjukkan sentuhan Midasnya. Kelantan, Permatang Pauh, Kuala Terengganu, semuanya berakhir dengan kehancuran calon UMNO disitu. Apabila dia pergi ke Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau, bolehlah calon-calon Barisan Nasional balik rumah, kemaskan pakaian ke dalam bag dan berpindah ke tempat-tempat lain kerana mereka tahu, kehancuran bakal tiba.

Kepada akar-umbi Pemuda UMNO, fikirlah masa depan anda. Apakah yang bakal diwarisi dari kepimpinan seseorang yang tidak tahu memimpin, tidak dihormati dan sombong? Mari kita Berani Berubah, dan menjayakan perubahan, selagi ianya boleh dicapai. - petikan dari Laman Maya Umno

4 comments:

  1. mamak returns!!!
    just grab a good seat to see how they grille each others.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:51 PM

    Sememangnya Pemuda UMNO sudah tiada harga diri, maruah dan kehormatan. Bagi mereka ideologi tanpa wang, adalah ideologi yang rugi dan gerak kerja mereka hanya berdasarkan duit. Mahathir tak sepatutnya sedih apabila anakanda yang berani tumbang kerana segala kebejatan dan kedurjanaan Pemuda UMNO berakar umbi sewaktu beliau menjadi Presiden UMNO.
    Kenyataan Tg Adnan mengaitkan DSAI dengan rasuah politik sememangnya menampakkan kedunguan beliau melihat siapa berkuasa semasa itu - tak lain tak bukan Tun Dr Mahathir.... iaitu rakan kongsi beliau di dalam drama Tamil "Correct, Correct, Correct" yang dibintangi VK Lingam, Vincent Tan, Tg Adnan, Eusope Chin, Ahmad Fairuz dan sutradara oleh TDM (Tun Dr Mahathir)

    ReplyDelete
  3. Kehebatan KJ hanya pada sijil nikahnya bukan politiknya!

    ReplyDelete
  4. wow Kera Jadian, tunjuk isyarat illuminati yahudi. kita bongkar dan siasat apa kaitan Khairy dalam pertubuhan yahudi tersebut. Agen Israel???

    ReplyDelete