Tuesday, March 31, 2009

Ezam salah tajuk semalam.


Semalam seorang yang cheGuBard anggap abang, Ezam Mohd Nor berceramah di Bukit Selambau. Ceramah yang diadakan di Sungai Lalang di perkarangan rumah penyokong Umno itu mulanya dijangka besar tetapi hanya dihadiri kira - kira 20 orang petugas Bn sendiri.

Ezam masih seorang pemidato hebat tapi cuma gayanya sahaja hebat malangnya pengisiannya agak kosong. Semalam seorang teman telah pergi merakam ceramah beliau. Terus terang cheGuBard katakan yang setelah menonton rakamanya semalam hati ini sedih Ezam seolah tercari - cari rentak ceramah. Jelas apa yang dia cuba sampaikan bukan dari dalam naluri beliau.

Dia dengan jelas semalam menyebut "PKR parti tiada maruah...bagaimana nak ada maruah calon yang diletakkan pun juga Hitam....Letak Calon India"....

Sedarkah kamu saudara Ezam calon Bn yang kamu datang sokong itu juga India dari MIC.

Sedih dan kesian cheGuBard melihat Ezam. Masuk Umno tak dibenar pegang jawatan hanya layak menjadi alat bila tiba pilihanraya. Musuhnya dalam Keadilan, Lokman Adam lebih cerdik darinya. Sekurang kurang Lokman sudah di iktiraf sebagai Exco Pemuda Malaysia.

cheGuBard pernah cabar GERAK yang sama ditubuhkan dengan Ezam supaya menjawab beberapa persoalan namun sehingga kini GERAK membisu.

Sila klik sini untuk membaca cabaran buat Gerak.

13 comments:

  1. Saya pernah menjadi mentee Sdra Ezam di Pulau Pinang suatu beliau masih menjadi mahasiswa UIAM. Saya antara yang menyanjung beliau (dari jauh) tatkala beliau bergerak di pentas yang penuh ranjau dalam Keadilan dan Pakatan Rakyat. Namun, beliau telah membuktikan bahawa beliau tiada ketahanan dan jati diri.
    sekarang maruah dan harga diri beliau amat rendah, lebih hanyir dari nanah dan lendir. Kata-kata beliau sekarang banyak menikam diri sendiri dan tidak mustahil AlLah SWT akan terus meletakkan beliau dengan kedudukan yang lebih hina.
    Kesian, nasib seorang yang pada mulanya mulia, namun kini menjadi teramat hina. Saya ingin namakan beliau YAH (Yang Amat Hina) Mohamad Ezam Mohd Nor.
    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:20 PM

    LA INGAT 20,000 ORANG PI DENGAQ CERAMAH DIA..

    BIAQ BETOI 20 ORANG?

    ReplyDelete
  3. pegi lah kau bad-ut.berlagaik baik kono.air kencing pun meleleh lagi

    sebab ezam tak layan kau lah yang kau kata kat ezam camtu.

    kanag aku buka satu2 rahsia kau kat blog aku baru kau tahu.kau jgn ingat aku tak tahu apa rahsia kau

    sarawak oh sarawak

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:24 AM

    aper citer sdra nazree pengerusi Gerak tu?..saya antara orang yang turut serta dalam kempen beliau di Rembau, hebat ceramahnya...ada gaya ala-ala Anwar Ibrahim...tapi awat tibe-tibe nak jadi UMNO?parti hampeh?

    Ni chegubard satu hal...kan sdra nazree pernah tolong chegu kempen di rembau dengan mahasiswa?aper citer sampai nampak bergaduh besar & tak puas hati dengan pengerusi Gerak?

    dgr chegubard juga ada nak main korup dgn exco Selangor projek juta-juta?betul ker?ke hiden?sape dulu taja kempen sdra nazree tolong chegubard kat rembau?timetu chegubard rasuah sdra nazree ker?

    ni mesti ada banyak info mesti boleh bagi kedudukan sebenar?

    Din Kpg Solomak

    ReplyDelete
  5. salam semua..
    saya perlukan pendapat anda..tq

    panas-hisamudin bersilat cekak..
    link terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html

    lebih panas-masjid di conteng dgn makian
    link terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html

    p/s
    buat banner besar2....

    1)MULAI HARI INI HINGGA TERTANGKAPNYE PEMBUNUH ALTANTUNYA, KITA AKAN GANTIKAN ALTANTUNYA DENGAN NAMA PUTERI MONGGOLIA atau MINAH MONGGOL kerana POLIS DIRAJA MALAYSIA TAK BAGI SEBUL ALTANTUYA... KESILAPAN INI AMATLAH DIKESALI..

    2)PAKAI TOPENG MINAH MONGGOL RAMAI2 pastu gantung di tengkok masing2 INI BUKAN ALTANTUYA.. JGN PERASAN...

    ok tak cadangan aku? huhu
    to ISA: ini cadangan tau bukan hasutan.. hehe takut oo ISA

    ReplyDelete
  6. kenapalah jadi sampai macam tu skali ye abang ezam tu. memainkan isu-isu perkauman adalah sangat kebudak-budakan.hmmmm....

    ReplyDelete
  7. kesian... awal2 dulu menjadi tokoh reformasi yang amat disegani dan disanjungi... akhirnya meludah ke muka sendiri apabila kembali menyertai parti pro british itu.. bwk isu tak laku pulak tu, surat damai lah ape lah.. mintak dia beringat sikit, dlm umno tu ramai sgt yg x suka dia.. regime paklah dah tumbang, habis la dia nnti berdepan dgn team Dr. M n najib, team yg dia tentang habis-habisan dahulu...

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:40 PM

    pada buat ceramah tak laku lebih baik jual laksa je dapat jugak hasil

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:41 PM

    jangan lupa menteri besar rampas kuasa tu pun hitam legam juga

    ReplyDelete
  10. Bila jahat tersemai di lubuk hati, lidah akan menutur tak tentu hala! Otak jadi gila! Itulah padahnya orang yang hidup pura-pura memburu harta dan kuasa!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dan salam perjuangan.

    Awalnya, saya kagumi saudara Ezzam. Dari segi hujjahnya ketika berpidato hingga semangat perjuangannya menentang kezaliman.

    Tapi kini segalanya berubah. Saya amat yakin dia berubah kerana ada sesuatu yang dia sendiri ingin rasai. Namun, apa yang ingin dia rasai itu tidak dapat dikecapinya. Hingga dia terpaksa terima apa yang ada sekarang.

    Tak sangka, awal2 zaman redormasi dulu dialah orang yang saya kagumi. Lagilah waktu tu saya zaman sekolah menangah lagi. Kesudahannya sangat mengejikan.

    Gunting dalam lipatan, Musuh dalam selimut, itu yang mampu saya lebelkan dirinya. Menikam sahabat sendiri, Meninggalkan saf yang diredhai kerana sesuatu agenda yang memakan diri kesudahannya.

    "Moga Allah tunjukki hati-hati kita yang lalai dan alpa ini. Aminn Ya Rabbal `alamin."

    Salam Perjuangan dari saya.

    ReplyDelete
  12. Anonymous3:14 PM

    AJK Keadilan Rembau...
    Wahai Din Kg Solomak @ Yusof Tapa...

    ila baca kenyataan cheGuBard dalam sinar...sapa pun yang salah tak kira menteri kita tak lindungi... Nazri ni siapa...mungkin dia masih kawan chegubard tapi dari segi prinsip dia dah salah maka dia harus jawab... Ezam tu juga kalau kiranya dlm perjuangan ini anwar tak pernah pun bg apa2 tapi saya tahu ezam pernah beri cikgubard kerja dan masa kahwin dia dulu ezam banyak bantu tetapi kerana prinsip tak semistinya perlu dijual kerana bantuan peribadi....

    pasal projek berjuta di selangor sila dedahkan jgn main tuduh sahaja....

    cikgu bard terpaksa jual vcd, jual mlm nak tanggung bahagian rembau......

    ReplyDelete
  13. Master Yoda10:40 AM

    Salam bro...

    Tuk blogger ruang bicara faisal,

    Stail sama jugak yg aku tgk, ugut...pastu senyap...

    Ugut, pastu senyap....

    Ckp berdegar degar, bukti takde.....

    Kah kah kah

    Hang ni baik ganti Nabil ke Din Beramboi ke jadi Raja Lawak M'sia....

    Ni saranan ikhlas aku..

    Kah kah kah

    ReplyDelete