Sunday, March 28, 2010

sedihnya...akhirnya Ezam melutut menyembah Muhiyuddin

Sedih hanya itu ayat yang keluar bila cheGuBard ditunjukkan gambar Ezam melutut menyembah Muhiyuddin. Ezam memang punya sosok panglima...namun akhirnya ia melutut di depan manusia.... sedih sedih...

Panglima Raja Sesumpah.


Justify Full
Inilah wajah panglima lompat raja sesumpah yang akhirnya terpaksa melutut menyembah Muhyidin untuk dapat selempang darjah tertinggi silat lincah malaysia.

Ibrahim Ali Imam segala katak serta Koh Tsu Koon turut hadir pada majlis Raja Sesumpah melutut menyembah Muhyidin. Maknanya Ezam telah bertukar dari kem Najib kepada kem Muhyidin.

Ezam juga mahu jadi panglima silat seperti Fairus rupanya. Setahu saya Ezam silat kuntau tu dia pandai la.

Fairus bukan sahaja lompat parti tetapi lompat pertubuhan Silat.

Pada bula Ogos 2007 di Pulau Pinang, Anwar ditabalkan sebagai Ketua Khalifah Imam Besar Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di saksikan oleh Fairus dan Mahaguru Dato' Majid.

Tetapi akhirnya Fairus melompat ke Silat Gayong Malaysia bersama Najib dan terus umum masuk umno di Kuala Lumpur. Macam-macam lompat ada.

Bila saya dedahkan wajah sebenar Fairus yang tidak hadir ke Mesyuarat Jakim 7 kali hingga menyebabkan Exco Agama P,Pinang diberi kepada YB Hj Malik, wartawan bertanya saya, apakah sebab Fairus sertai umno?

Jawabnya mudah...saya kata mana ada orang masuk umno ikhlas berjuang...
Siapa kata...Ezam raja sesumpah yang kata...bukan saya yang kata..
Buktinya apa? Cuba anda tonton Video ini.



Zahid Md Arip mantan cucu Ghafar Baba pernah berpantun...

" Kapal layar belayar sudah...
Tertulis dalam lipatan sejarah...
umno dulu haram sudah...
umno kini haram jadah...

Maknanya Zahid, Ezam, Lokman Nor Adam, Roslan Kassim, Hanapiah Man, Ghani Haron, Nazmi, Sd Johari, Hamdan Taha termasuk yang terbaru Fairus semuanya haram jadah rupanya..bukan saya kata, tetapi Zahid Md Arip yang kata..




Inilah rumah baru Ezam yang sedang diubah suai. Inilah bukti Ezam raja sesumpah ikhlas berjuang dalam umno. Rumah pun bertambah besar.


Saturday, March 27, 2010

Anwar mulakan gerak kerja mengekalkan kemenangan rakyat di Hulu Selangor

Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Majlis yang dinamakan "kempen selamatkan negara" itu, menyaksikan Kuala Kubu Bharu sesak dengan kenderaan orang ramai yang datang, termasuk dari luar Kuala Kubu Bharu.

pakatan gathering hulu selangor02Ada yang datang dari Tanjung Malim dan sejauh Sungai Besar, Perak. Mereka termasuk 50 orang yang menyewa bas dari sebuah ested di Tanjung Malim untuk datang menghadiri majlis malam tadi.

Pemimpin utama Pakatan termasuk timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategi PKR, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan ADUN DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San adalah antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir ialah penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Manakala ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba sejurus sebelum jam 11 malam.

pakatan kkb talks anwarPara pemimpin Pakatan itu berucap dengan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad - wakil rakyat Hulu Selangor yang meninggal dunia kelmarin kerana barah otak.

Menurut Tian Chua, Zainal Abidin yang pernah menjadi timbalan menteri besar Selangor ketika di bawah pentadbiran BN, telah bekerja keras berkhidmat untuk rakyat sehingga ke akhir hayatnya.

Mereka yang berucap malam tadi kemudiannya beralih kepada nada kempen, dengan masing-masing menyentuh isu-isu panas, antaranya kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah dan lain-lain lagi.

Khalid pula menegaskan bahawa dalam pilihanraya umum lalu, rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa perubahan.

pkr gathering in hulu selangorDi Selangor, katanya, Pakatan telah diberi mandat untuk memerintah dan "kami membalasnya dengan memberi perkhidmatan yang terbaik", dengan diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Difahamkan perhimpunan malam tadi dirancang lebih awal sebelum Zainal Abidin meninggal dunia.

Menurut Dr Hatta, Pakatan sedang membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut apabila Zainal Abidin menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ekoran itu, "kempen selamatkan negara" telah bertukar menjadi kempen untuk pilihan raya kecil.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak pula, dalam ucapannya berkata, PKR mahu meletakkan seorang calon yang boleh menrealisasikan impian Pakatan.

Katanya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM7 bilion dalam tempoh dua tahun.

Pada tahun 2009 sahaja, katanya, Selangor telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 20,753 orang.

pakatan kkb talks anwar and crowdMenteri besar Selangor, tegasnya, menggunakan harta kerajaan negeri untuk rakyat dan "bukan membina istana bernilai RM24 juta untuk dirinya".

Anwar mula berucap mulai jam 11.45 malam. Mengambil kira jumlah pengundi kaum India yang besar di Hulu Selangor, beliau menegaskan bahawa dua aktivis utama Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini bersama Pakatan.

“(T) Vasanthakumar, yang menyertai PKR, berada di sini," kata Anwar sambil menambah, V Ganabatirau, yang turut hadir, telah menjadi ahli DAP.






Friday, March 26, 2010

Bn akhirnya terpaksa berdepan pilihanraya kecil juga

Bn hanya gah di media arus perdana, buktinya banyak pilihanraya kecil yang Bn harus hadapi tetapi dielakkan sebaik mungkin. Contohnya Pilihanraya di Perak, Pilihanraya Kecil Kota Seputih, Kedah dan terbaru Pilihanraya Titi Tinggi di Perlis. Namun kali ini tidak dapat dielakkan ekoran Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (gambar) meninggal dunia jam 9.30 malam ini selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.

Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan dalam masa 60 hari.

Bn akan hantar calon Umno

Berdasarkan logik akal permainan sentimen Ketuanan Melayu sudah hampir pasti kerusi Hulu Selangor ini akan ditandingi oleh Umno. Itupun jika Umno tidak hipokrit dengan sentimen ketuanan Melayunya. Ini kerana mana mungkin atas nama ketuanan Melayu Umno kerusi tersebut yang majoriti pecahan pengundinya Melayu diserahkan oleh 'geng ketuanan Melayu' kepada kaum lain. Pecahan peratusan pengundi Hulu Selangor ialah 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum. kalau ikut pecahan kaum jika tidak meletakkan Umno maka Mca (parti perkauman Cina) lah yang paling layak bertanding.

Meletakan calon bagi Bn amat rumit kerana ini akan membuktikan 'belang hipokrit' sebenar Umno Bn. Nak jaga undi India di seluruh negara maka kena letak calon India tetapi berdepan dengan kekalahan dan maka terbukti juga perjuangan ketuanan Melayu hanya retorik kerana menghantar calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu pengundinya. Nak hantar calon Melayu sudah tentu Bn akan lebih jauh dari orang bukan Melayu dan protes parti dalam Bn pasti lebih kuat kerana Umno akan dikatakan merampas kerusi komponen lain.

Begitulah konflik bakal berlaku kerana mereka bermain dalam trek perkauman sempit. Namun bagi Pakatan Rakyat tidak susah meletakkan calon ini kerana kerusi itu bukan milik kuota mana - mana kaum tetapi calon bakal dipilih berdasarkan 'kopitensi' individu memberikan khidmat kepada rakyat dan faktor kemenangan yang wujud.

Siapa calon Bn paling layak ? Jawapanya ialah Ezam Mohamad Nor tokoh sabungan Umno untuk berdepan dengan Anwar. Ini mungkin peluang terbaik Umno untuk menyaksikan bahawa jutaan ringgit yang kerajaan bazirkan untuk memburukkan Anwar termasuk memberi upah kepada Ezam Mohamad Nor ada hasilnya.

AMK P. Pinang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani hari ini untuk mendesak pihak polis membuka siasatan atas dakwaan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh.

Beliau mendakwa Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim semakin 'gemuk' dan 'kenyang' setelah beliau bertindak keluar KEADILAN dan menjadi anggota Bebas.

"Umpan tak cukup, jadi tak lompat, umpan untuk Bayan Baru besar, sebab itu dia lompat..sekarang dia sudah kenyang," kata Ghafur lagi.

Sehubungan dengan itu, AMK P.Pinang mendesak agar polis dapat menjalankan siasatan dengan segera atas dakwaan Ahli Parlimen Kalabakan.

Dalam sidang media yang sama, Ahmad Azrizal Tahir selaku Ketua AMK Bayan Baru berkata "AMK akan menghantar 20 ribu tandatangan pengundi di Bayan Baru kepada Zahrain sebelum Parlimen habis bersidang untuk mendasak Zahrain meletak jawatan".

Turut hadir bersama Rizal Hamid, Syed Mikael, Marian Shafiee. Hamizah, Khairil , Amizudin Ahmat (Din Binjai) serta Zulkarnain menemani Azrizal Tahir di balai polis tersebut.

Thursday, March 25, 2010

Umno gadai keselamatan negara kepada Zionis (FMT)

Akar umbi Umno dikatakan semakin resah dengan pendedahan terbaru yang menunjukkan hubungan semakin ‘selesa’ antara kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak dan rejim Israel.

Selain menggunakan khidmat syarikat perunding Apco Worldwide yang dimiliki oleh Israel, kerajaan Umno-Barisan Nasional kinidilaporkan mengguna khidmat seorang bekas pegawai tentera Israel untuk merombak sistem komunikasi Polis Diraja Malaysia.

Pegawai berkenaan yang dipercayai menjalankan tugas itu menerusi syarikat Asiasoft (M) Sdn Bhd yang mendapat tender bernilai RM42 juta.

Syarikat itu adalah milik penuh Asiasoft Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Dakwaan terbaru ini pasti menambah kecurigaan ahli Umno dan rakyat yang selama ini mahukan Malaysia kekal menolak sebarang hubungan diplomatik dan perniagaan dengan Israel atau syarikat-syarikat Yahudi.

Dasar itu sebagai menzahirkan sokongan dunia Islam terhadap penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel sekian lama.mahathir-mohamad

Pembabitan seorang pegawai tentera Israel dalam merombak sistem komunikasi PDRM bukan sahaja menempelak dasar itu malah mendedahkan maklumat dan data sulit polis kepada pelbagai risiko.

Ancaman itu bertambah getir jika diambil kira syarikat yang mendapat tender itu berpengkalan di Singapura, negara jiran yang sudah lama mempunyai ‘minat’ terhadap isu-isu keselamatan di Malaysia.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin berkata warga Israel yang ditugaskan menambah baik sistem komunikasi PDRM berkhidmat sebagai ‘programmer’ di negara zionis itu.

Beliau bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel pada sekitar 1970 hingga 1987, menurut Badrul.

Persoalan yang timbul ialah kenapa Najib semakin berjinak dengan syarikat-syarikat Yahudi, menerusi Apco dan yang terbaru mengupah kepakaran Israel untuk PDRM.

Minggu lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendedahkan konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep 1Israel.

Menteri Pertahanan Zahid Hamidi pula mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahan Israel Ehud Barak pada tahun lalu.

Pada tahun sama, CIMB yang dikuasai adik Perdana Menteri, Nazir Razak, dilaporkan memberi kontrak kepada sebuah syarikat komputer yang berpengkalan di Israel.

Sebuah laman blog mendakwa, persekongkolan antara kerajaan Malaysia dan Israel bermula sejak zaman bekas Perdana Menteri, Dr
Mahathir Mohamed.

Blog bernama milosuam.blogspot.com itu menyiarkan surat bertarikh 16 Ogos 1999 oleh Mahathir kepada Barak yang ketika itu Perdana Menteri Israel.

Dalam surat berkenaan Mahathir dilaporkan mengucapkan tahniah kepada Barak atas kejayaan beliau memenangi pilihan raya Israel.

Mahathir juga dikatakan memohon pertolongan pemimpin Israel itu untuk melobi Malaysia bagi mendapatkan bantuan kewangan daripada sebuah tabung yang dikenali sebagai “Clinton Fund”.

Menurut surat yang disiarkan oleh blog itu, Mahathir meminta bantuan berkenaan untuk memastikan Umno dapat mengekang pengaruh
pelampau Islam, – jolokan yang lazim digunakan oleh Mahathir terhadap PAS.

Lontar Bom Petrol Tindakan 'Nakal' Politik

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Badrul Hisham Shaharin menyifatkan tindakan melontar bom petrol ke rumahnya awal pagi tadi sebagai satu tindakan 'nakal' dalam berpolitik.

Badrul Hisham atau dikenali sebagai CheGuBard ketika dihubungi Suara Keadilan berkata setakat ini siasatan anggota polis dan forensik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dilakukan di lokasi kejadian kira-kira 2.30 pagi hingga 5 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan pihak polis menemui sebiji bom petrol yang menjadi punca sehingga mengakibatkan kebakaran di lantai dan dinding luar rumahnya di Taman Chedang, Seremban.

Berikutan itu beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau tidak menolak sebarang kemungkinan terdapat unsur sabotaj mahu pun unsur khianat dalam permainan politik.

"Saya tidak menolak adanya kemungkinan ini lebih-lebih lagi dengan keadaan politik negara sekarang yang tidak stabil, macam-macam boleh berlaku.

"Ini kerja 'nakal' individu tertentu untuk menakutkan saya dan keluarga," kata beliau.

CheGuBard bagaimanapun berkata perkara ini tidak akan menjadi halangan sama sekali kepadanya untuk terus berjuang dalam politik dan KEADILAN serta mendedahkan perkara sebenar kepada rakyat dan menentang kezaliman.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi tadi ketika berada di rumah bersama isteri dan anaknya, CheGubard menyedari rumahnya dibaling dengan bom petrol sehingga mengakibatkan kebakaran dihadapan halaman rumahnya, namun berjaya dipadamkan sejurus kemudian.

Menurutnya, kelihatan dua orang menaiki motosikal dihadapan rumahnya ketika kejadian, berdasarkan sumber daripada jirannya.

Kereta beliau juga mengalami sedikit kesan kebakaran dan ini adalah kejadian pertama kali sebegini berlaku.

Berikutan itu beliau membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2 kira-kira 3 pagi tadi.

"Pihak polis memberi jaminan akan menyiasat perkara ini dan akan memaklumkan kepada saya jika terdapat sebarang perkembangan kes," katanya.

Baru-baru ini CheGuBard menerbitkan sebuah buku mengenai pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu berjudul 'Disebalik Misteri Pembunuhan Altantuya'. (petikan dari suara keadilan)

Wednesday, March 24, 2010

Isu kalimah Allah (imbasan)

Hadir memberikan kenyataan di bawah Notis 111 kaitan laporan Deepak (proksi Rosmah?)

2.15 petang tadi cheGuBard telah hadir di IPD Cheras untuk memenuhi notis memanggil memberikan kenyataan di bawah notis waran 111. Pertemuan dengan pegawai penyiasat kes selama hampir 45 minit telah merakam semua butiran yang diperlukan berikutan laporan Polis yang dibuat tempoh hari.

Pendakwaan terhadap (bekas) pemimpin KEADILAN P.Pinang tidak ada kerana mereka lompat parti/masuk Umno?

Zahrin dapat wang ?


Usaha anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Ibrahim untuk menyusahkan pimpinan PKR nampaknya makan diri sendiri apabila beliau didakwa 'sudah kenyang baru melompat' dan beliau dikatakan membuat kenyataan 'bodo-bodo'.

Orang yang menyusahkan Zahrain di Parlimen tidak lain dari orang yang dituduhnya mahu melompat meninggalkan BN untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam projek 16 Septembernya.

Datuk Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) dalam ucapannya meminta Zahrain menarik balik dakwaannya yang beliau adalah salah seorang yang hendak melompat parti menyertai PKR.

Dia juga mendesak media menyiarkan kenyataannya secara besar-besaran sebagaimana media menyiarkan kenyataan yang dibuat Zahrain sebelum ini terhadapnya.

Dalam ucapannya seminggu lalu, Zahrain menyebut 10 nama yang akan meninggalkan BN untuk menyertai Anwar bagi menubuhkan kerajaan baru. Salah saorang dari mereka adalah Ghafur.

"Kenyataan anggota parlimen Bayan Baru bodo-bodo...," kata Ghafur yang berucap dalam keadaan marah kepada Zahrain.

Beliau mempertikaikan kenapa Zahrain hanya menyebut beberapa orang sahaja yang mahu melompat sedangkan yang diperlukan Anwar adalah 30 orang..

"Hanya beberapa orang sahaja disebut mahu lompat...mana dia sekolah...mana cukup. Kenapa tidak disenarai mereka yang ke Taiwan itu, saya tidak ke sana," katanya.

Ghafur berkata, mungkin umpan yang diberikan kepada mereka yang mahu melompat tidak cukup sebab itu mereka tidak melompat.

"Umpan tak cukup, jadi tak lompat, umpan untuk Bayan Baru besar, sebab itu dia lompat..sekarang dia sudah kenyang," kata Ghafur diikutikan dengan tepukan gemuruh dalam Dewan Rakyat.

Ghafur juga menolak dakwaan Zahrain kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai komunis berkata, mungkin dia melompat kerana tidak mendapat apa yang dikehendaki dari kerajaan Pulau Pinang.

Beliau juga mempertikaikan Zahrain kenapa baru sekarang melompat bukan dua tahun lalu.

"Dua tahun baru lompat, kenapa tak lompat awal...sekarang dah jadi bebas...mungkin kerana kocek dah penuh," kata Ghafur.

Ghafur turut mencadangkan agar Umno tidak menerima orang semacam ini jika dia memohon untuk menyertai parti itu.

"Kalau dia boleh gigit tangan ketua dia, dia tentu boleh gigit ketua kita nanti," kata Ghafur.

Ghafur juga berkata, kalau orang macam ini masuk Umno, orang yang ada dalam umno akan keluar.

Ghafur juga berkata, dia tidak akan melompat parti hanya kerana duit yang diberikan tetapi akan melompat jika tidak bersetuju dengan ketuanya.

Menurutnya, pada tahun 1985, PBS (Parti Bersatu Sabah) cuba membelinya untuk keluar parti.

"Tetapi saya tidak terima kerana kalau saya hendak keluar parti kerana tak percaya kepada pucuk pimpinan bukan kerana dibeli," kata Ghafur.

Buku Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya - tinggal saki baki

Kepada yang memesan buku Di Sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya maaf kerana lewat sangat urusan penghantaran.

Ini kerana urusan menarik semula dan mengumpul semula stok dari perbagai tempat. Tidak sampai 200 sahaja stok buku yang tinggal.

Isnin lepas mula menghantar buku mengikut pesanan yang lama tertangguh.

Kepada yang masih berminat boleh pesan terus dengan klik sini untuk mengetahui arahan penempahan. Cuma kena 'redha' jika stok habis wang pos saudara akan dipulangkan semula.

Buku 'altantuya' ini tidak akan dicetak semula. Cuma dengar maklumat risikan menyatakan buku ini sudah 'dicetak rompak' oleh beberapa pihak. Penerbit, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) halalkan cuma kalau untung banyak jangan lupakan kelompok anak muda yang mengambil risiko tinggi menerbitkan buku ini.

che'GuBard sedang dalam peringkat akhir menyiapkan buku Fitnah 2 yang juga akan diterbitkan oleh SAMM. Dijadualkan juga sebelum akhir tahun ini satu buku 'besar' Malaysia Dalam Bahaya akan disiapkan.

Rumah che'GuBard dibaling bom minyak (molotov cocktail)

Kira - kira jam 1.30 pagi (24 Mac 2010) ketika cheGuBard sedang tidur bersama keluarga di rumah di Seremban terkejut dengan bunyi kaca pecah. Sebaik sahaja membuka pintu rumah kelihatan dua tempat api sedang menyala dan salah satu betul-betul bersebelahan dengan kereta.

Ketika itu jiran (rumah bujang) sebelah rumah sedang menyembur air bagi memadamkan kebakaran. Api berjaya dipadamkan. Lantai dan dinding ada kesan terbakar. Mujur anak muda dari rumah jiran sebelah cepat bertindak.

Menurut mereka (jiran), mereka terdengar bunyi motor berpusing dua kali di depan rumah. Ketika mereka intai, jelas kelihatan dua lelaki menaiki motor sedang membaling botol terbakar ke dalam rumah.

Sebaik sahaja api dipadamkan che'GuBard membuat panggilan ke talian 999. 20minit kemudian anggota polis tiba, cheGuBard di iringi oleh anggota polis membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2. Kira - kira jam 3.00 pagi. Kemudian Pegawai Penyiasat telah datang ke rumah jam 4.00 pagi mengambil gambar dan beberapa bahan dari tempat kejadian termasuk serpihan botol kaca tersebut.

Tiada siapa yang cedera dalam kejadian tersebut. Ketika kejadian che'GuBard bersama isteri dan dua anak berada dirumah dan sedang tidur. che'Nur Zaima Jahida (2 tahun 6 bulan) dan Karl Zameer Adzim (3 Bulan) terjaga kerana asap memenuhi ruang rumah.

Pihak polis berjanji akan menyiasat dan akan memaklumkan jika ada sebarang perkembangan.

Monday, March 22, 2010

Dari lensa SAMM

sila klik tajuk untuk melihat gambar yang terakam dari lensa SAMM
  1. Ketika Gemencheh masih kecoh dengan pembunuhan 'saudara kepada Rosmah Mansor' SAMM bersama Md Sabu menggegarkan Felda Bukit Rokan, Gemencheh. Menurut penduduk tempatan itulah 'crowd' paling ramai pernah berkumpul di kawasan Bukit Rokan.sila klik untuk lihat gambar

  2. Rakyat Selangor terus mendapat 'habuan' atas keberanian mereka berubah. SAMM hadir mengiringi YB Lau Weng San (ADUN Bukit Tunku) berceramah selepas menyampaikan bantuan persekolahan, warga emas dan rumah ibadat di kawasan beliau. sila klik untuk lihat gambar

  3. Bukan satu dua janji pilihanraya Bn di dalam Parlimen Rembau tidak terlaksana. Selain 5 janji utama (Hospital Rembau, UITM Rembau,Masjid Pedas,Pusat Tusyien Percuma buat semua anak sekolah dan Lapangan Terbang Rembau) banyak janji lain juga tak tertunai. Antaranya ialah projek pembentungan najis yang banyak menyusahkan penduduk di Senawang dalam Dun Paroi. Projek ini dah tertangguh lebih 4 tahun meninggalkan lubang amat besar dan dalam di depan rumah dan di tengah jalan. Berbelas luabng maut ini terbiar di kawasan perumahan. Ia boleh mengundang maut dan terbaru Senawang mencatatkan peningkatan demam denggi antara sebabnya ialah kerajaan menyediakan kolam ternakan nyamuk yang sempurna. Sebaliknya SAMM telah melepaskan sehingga kini 50 ekor ikan keli dan puyu bagi memusnahkan jentik - jentik. sila klik untuk melihat gambar

  4. SAMM Gempur Teluk Intan, bukan sekadar berceramah...team SAMM yang turun mengadakan perjumpaan dan taklimat tertutup menerangkan mengenai kes DSAI, mengedarkan risalah. sila klik sini untuk lihat gambar.

  5. Tidak kira kecil ke besar, gempur tetap dengan semangat. Perkampungan Cina, Bertam Ulu, Melaka sempena Tahun Baru Cina SAMM gempur. Tahniah kepada Kak Non dan jawatankuasa yang gigih. sila klik untuk melihat gambar.

  6. Ramai orang ingat bila cheGuBard dan SAMM mampu turun ramai gempur satu satu tempat sudah tentu cheGuBard ada banyak ringgit dan team SAMM dibayar. Kami tak dapat dana dari mana mana atau siapa pun.... kami cari sendiri. Anak muda yang turun sebagai sukarelawan SAMM juga tak berbayar, malah kadang kadang mereka yang belanja che'GuBard haha... ini contoh cara kami cari duit... jual cd ..jual buku... sila klik sini untuk tengok gambar.

  7. Demi kepercayaan perubahan perlu didesak bukan ditunggu maka SAMM pasti sampai juga, walaupun orang lain susah nak sampai. Dalam kebun durian di Lenggong SAMM Gempor. Malam itu sempat rasmi pusat informasi Fitnah 2. Tahniah Hj Hamzah dan sahabat dari KEADILAN Lenggong, ikatan PR di sana juga subur. sila klik gambar untuk melihat.

  8. SAMM ketika depan mahkamah menanti keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes MB Perak. Sila klik untuk membaca lanjut.

  9. Hadir dalam program anjuran Saiful, Pengerusi AIC Johor di kampung beliau. sila klik untuk melihat.

  10. Bersama Dato Tn Man Tn Ibrahim dan Dato Fauzi di Sendayan (Rembau). sila klik untuk melihat gambar.

  11. SAMM ke utara bantu program bersama DSAI di Kangar dan Kota Sarang Semut, kesempatan diambil untuk mencari dana dengan membuat jualan. sila klik untuk melihat gambar.

  12. dengan mengenepikan politik sempit SAMM dengan kerjasama hampir semua AMK Cabang di NS menyelaraskan pengedaran 100,000 risalah laporan perubatan Fitnah 2 ke seluruh NS. Alhamdunillah berjaya walaupun ada anasir yang cuba menggagalkan. sila klik untuk melihat gambar.

  13. bukan sekadar di NS tetapi SAMM juga menggempur Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman, Marang dan Cherating dengan mengedarkan 15,000 risalah. sila klik untuk tengok gambar.

  14. Bersama ribuan penyokong di Dungun. sila klik untuk melihat gambar.

  15. SAMM melihat serius isu GST dan turut bersama dalam mempertingkatkan kesedaran rakyat dalam isu GST ini. sila klik dan sila klik sini untuk melihat gambar

  16. walaupun ada yang mengetepikan namun SAMM terus mainkan peranan. lebih 10,000 sambut DSAI di Seremban. Sila klik sini untuk membaca lanjut.

  17. Umno dan juak mereka hanya gagah depan media sahaja, tetapi diajak berdebat menikut macam cencorot sebab mereka tiadak ada hujah fakta pun. Sila klik sini untuk melihat Debat Perdana Pulau Pinang.

  18. SAMM buat laporan polis terhadap laman Umno lucah dan menghina kaum. sila klik untuk melihat gambar.

  19. Apapun kata orang tapi SAMM terus fokus gembeling tenaga muda. Telah disiapkan SAMM Cabang Pekerja Muda. sila klik untuk melihat perjumpaan pertama bersama Syed Shahir, MTUC

  20. Menyerang adalah pertahanan terbaik. SAMM terus mengasak misteri pembunuhan Altantuya. sila klik sini untuk melihat ganmbar laporan polis mengenai keuntungan luar biasa syarikat wakil Rosmah yang membayar Balasubmaniam untuk lari ke India.

  21. Iringi AMKPP gempur PWTC hantar surat cabaran debat. sila klik tengok gambar gempar di PWTC

  22. Pertemuan aktivis SAMM dengan wakil peneroka Felda dalam NS bagi membentuk kerjasama menggempur 'peti simpanan deposit undi Bn' di NS. sila klik sini untuk melihat gambar.

  23. Ribuan penyokong menyambut SAMM di Belanja Kiri di Perak. sila klik untuk melihat gambar.

  24. Merancang dan bergerak secara strategik antara pegangan SAMM. SAMM dan AMK PP telah berjaya mengadakan retreat bagi merancang gerakan di Pulau Pinang. sila klik sini untuk melihat gambar.

Adakah dakwaan rasuah kuari Pulau Pinang ditutup kerana tertuduh dan lompat dan masuk Umno ?

KUALA LUMPUR 20 Mac - Ahli Exco Angkatan Muda KEADILAN Pusat Amizuddin Ahmat mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang menutup siasatan kes rasuah terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin walhal agensi itu sebelum ini mengakui terdapat asas untuk meneruskan kes tersebut.

"Adakah kerana antara pemimpin yang dimaksudkan sudah berhenti memegang jawatan dan masuk Umno, kes ini lalu terhenti dan ditutup?

"Adakah kes ini akan dikatakan tidak cukup bukti untuk meneruskan pendakwaan hanya kerana yang terlibat sudah melompat parti?" tanya Amizuddin.

Semalam SPRM Pulau Pinang memanggil Amizuddin yang juga Ketua AMK Kepala Batas berhubung surat yang dihantar kepada Pengarahnya Datuk Latifah Md Yatim.

Surat tersebut bertanyakan mengenai status siasatan penyelewengan kes kuari di negeri itu yang membabitkan bekas Mohammad Fairus.

Amizuddin merupakan pemberi maklumat dan pernah dipanggil SPRM untuk memberikan bukti berkenaan kes rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 itu.

Pada 27 Februari 2009 beliau mendedahkan penyelewengan dua pemimpin KEADILAN negeri kerana menerima rasuah daripada syarikat kuari di Seberang Prai.

Beliau yang ketika itu Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mendakwa memiliki bukti berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) dan slip bank berkaitan kemasukan wang ke akaun peribadi mereka.

Ketika dihubungi Suara Keadilan Amizuddin berkata beliau ke kompleks SPRM Pulau Pinang dengan ditemani Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Badrul Hisham Shaharin dan Ketua AMK Pulau Pinang Amir Ghazali.

SPRM dalam responnya kepada Amizuddin berkata siasatan di peringkat SPRM Pulau Pinang telah selesai dan kes itu telah dirujuk kepada ibu pejabat di Putrajaya.

Menurut Amizuddin, Latifah memberitahu beliau kes berkenaan bukan lagi di bawah bidang kuasa SPRM Pulau Pinang.

"Beliau kata kes itu bukan bidang bawah kuasanya lagi kerana kes itu telah diserahkan kepada SPRM Putrajaya. Jika mereka kata siasat, akan siasat, jika kata tutup (kes itu) maka tutup," ujarnya.

Amizuddin berkata Latifah berjanji untuk memberikan jawapan bertulis berhubung isu yang dibangkitkan dalam surat beliau dalam tempoh dua minggu.

Suara Keadilan sebelum ini menyiarkan kenyataan Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyifatkan tindakan Mohammad Fairus menyertai Umno mengesahkan persepsi rakyat bahawa wujud kompromi di antara beliau dan SPRM supaya tidak peneruskan pendakwaan ke atasnya.

Ini terbukti apabila beliau menyertai Umno hanya dua minggu selepas pengumuman SPRM dibuat.

Pada 12 Februari lalu SPRM telah menutup siasatan lapan kes berprofil tinggi termasuk kes rasuah Mohammad Fairus.

Sunday, March 21, 2010

Perang fesyen Pemuda Umno.... yang rugi pengundi Rembau

Dalam keadaan malu-malu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan wujudnya 'perang fesyen' antara beliau dengan anak bekas perdana menteri Mukhriz Mahathir.

“Tidak, tidak (ada perang). Pakaian ini (berdasarkan) apa yang selesa dan apa yang sesuai dengan keadaan. Saya selalu tidak fikir panjang lebar tentang apa yang saya hendak dipakai pada hari itu.

“Cuma saya melihat pada jadual, kalau saya hendak pergi ke sekian majlis yang memerlukan pakaian kebangsaan, batik, sut, saya akan pakai ikut kesesuaian dan keselesaan,” katanya yang berulang kali ketawa apabila mengulas perkara itu.

Khairy diminta mengulas penyertaan beliau dan Mukhriz - yang pernah merebut jawatan nombor satu dalam Pemuda Umno - dalam majalah gaya hidup dan fesyen kebelakangan ini.

Mukriz
bulan ini tampil dengan gaya korporat - berkemeja dan bertali leher - dalam majalah remaja dan gaya hidup popular KLue.

Diperkenalkan sebagai “rakyat Malaysia yang pendiam” (the Quiet Malaysian), Mukriz bercerita dengan pendirian dan pengalaman politiknya sebagai anak Tun Dr Mahathir Mohamed.

Manakala Khairy pula pada tahun lalu pernah tampil ala model - dengan gaya kontemporari - dalam majalah fesyen dan gaya hidup terkenal Harper's Bazaar dan bercakap soal politik, keibubapaan dan kontroversi yang membelenggunya.

Kedua-dua Khairy dan Mukriz dilihat sentiasa bersaing bagi mendapat tempat dan meraih populariti dalam sayap kanan Umno. Lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya masing-masing mempunya pertalian rapat dengan dua perdana menteri sebelum ini.

'Janggut pun dah beruban'

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di pejabatnya di Bukit Damansara semalam, Khairy berkata beliau tidak percaya dengan politik yang menggunakan fesyen bagi menonjolkan personaliti masing-masing.

“Ini politik yang sangat ceteklah,” katanya ringkas dalam wawancara penuh ceria itu.

Sebagai ketua kepada kira-kira 700,000 anggota pergerakan itu, Khairy juga kelihatan malu-malu apabila bercakap soal citarasa fesyennnya.

“Apa yang saudara lihat, inilah yang saya pakai,” katanya yang keberatan mengulas perkara tersebut.

Beliau sebelum itu sempat berseloroh, diikuti dengan ketawa besar: “Kamu dari Malaysiakini, saya tidak percaya kamu tanya soalan ini.”

Dalam sesi tersebut, ahli parlimen Rembau - yang sebelumnya bergegas daripada parlimen - tampil dalam pakaian formal dengan sut kelabu dan bertali leher warna gelap.

Menantu Tun Abdullah Badawi itu juga menjelaskan, pembinaan imejnya merupakan sesuatu yang tidak pernah dirancang.

“Saya tidak fikir pada perkara ini pun. Kalau tengok janggut saya pun dah beruban. Dari segi imej ini tidak adalah apa-apa yang saya rasa terancang, biasa sahaja," katanya.

Bengang dipecat, Musa mula bukak cerita?

21 March 2010-Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kebelakangan ini "semacam ada tekanan kepada pasukan polis, sama ada dari pihak politik atau orang-orang tertentu".

Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

"Jadi, ada juga arahan yang diberikan terus kepada pegawai-pegawai bawahan saya tanpa pengetahuan pengurusan atasan," kata Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia hari ini.

"Bagi saya, ini merupakan satu trend yang salah kerana dalam pasukan polis, terdapat perintah dan kawalan.

"Yang hanya boleh memberi arahan adalah KPN kalau ikut undang-undang," katanya sambil menegaskan bahawa Seksyen 4 Akta Polis 1957 mengatakan bahawa semua arahan dan kawalan PDRM adalah di bawah KPN.

"Maka kalau ada mereka yang cuba campurtangan, ini boleh merosakkan polis. Kerana pada masa itu, anggota akan merasa serba salah kerana terdapat autoriti lain yang memberi arahan kepada mereka," tegasnya.

Musa menjelaskan, kalau ada seorang ketua yang memberi arahan, maka ketua berkenaan akan bertanggungjawab terhadap arahan itu.

"Dalam polis, jika ketua memberi arahan yang salah, maka dia perlu bertanggungjawab terhadap arahan itu," katanya sambil menambah bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka.

"Tetapi jika orang ketiga yang memberi arahan dan kita tidak tahu siapa mereka, kemudiannya pegawai pula menjalankan kerja yang salah, jadi pegawai saya yang akan menjadi mangsa.

"Ini kerana kesalahan yang dilakukan, mengikut arahan yang tidak sepatutnya. Jika orang yang memberi arahan kemudiannya nafi memberi arahan tersebut, maka ia akan merosakkan pasukan polis," tegas Musa lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap agar perkara sedemikian perlu dihentikan kerana pentadbiran kepolisian dan segala tindakan dan operasi dijalankan adalah di bawah bidang kuasa KPN dan pegawai atasan yang mengendalikan operasi berkenaan.Ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya, Musa berkata beliau hairan dan terkejut kenapa berita itu boleh keluar.

"Benda yang saya tidak buat, kata saya buat. Ini seolah-olah macam hendak mempercepatkan pemergian saya dari jawatan ini.

"Kita pun tahu bila hendak pergi, jadi tidak perlulah suruh dipercepatkan.

"Tapi kalau seseorang itu mahu mempercepatkan(nya), saya kena dapat arahan dari kerajaan untuk bersara awal.

"Jika demikian saya akan bersaralah. Itu yang saya boleh cakap tapi sekarang ini di pihak kerajaan tidak ada apa-apa yang berlaku," tambahnya.

Musa juga ditanya mengenai dakwaan yang menyatakan terdapat menteri yang tidak berapa sebulu dengan beliau.

"Itu saya tidak tahu. Saya hanya menjalankan tugas saya sama ada orang suka atau tidak selesa dengan cara saya menjalankan tugas, saya tidak tahu," jawabnya.

Ditanya sama ada isu tersebut akan memberi kesan kepada PDRM, Musa berkata: "Saya rasa begitulah".

"Kalau dilihat apabila seorang ketua boleh diperkotak-katikkan sebegini rupa, maka anggota bawahan akan turut merasa begitu," kata beliau sambil menambah, ada yang menghantar SMS bertanyakan kenapa jadi begitu.

"Saya pun tidak tahu nak jawab. Jadi saya suruh anggota saya bersabar. Saya pun faham, saya akan pencen pada bulan September ini," tambahnya.
Read more: http://loveperak.blogspot.com/2010/03/bengang-dipecat-musa-mula-bukak-cerita.html#ixzz0imUdtaNZ

Saturday, March 20, 2010

Malaysia anti Zionis..betul ke..?



Berkaitan;
Anwar anggap usul seret ke Jawatankuasa Parlimen jenaka basi
- Suara-Keadilan.com
Agen Israel dalam sistem komunikasi PDRM-chegubard.blogspot.com
PM must clarify link between 1Malaysia and 1Israel- harakahdaily

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM


Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Adakah dakwaan rasuah kuari Pulau Pinang ditutup kerana tertuduh dan lompat dan masuk Umno ?

KUALA LUMPUR 20 Mac - Ahli Exco Angkatan Muda KEADILAN Pusat Amizuddin Ahmat mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang menutup siasatan kes rasuah terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin walhal agensi itu sebelum ini mengakui terdapat asas untuk meneruskan kes tersebut.

"Adakah kerana antara pemimpin yang dimaksudkan sudah berhenti memegang jawatan dan masuk Umno, kes ini lalu terhenti dan ditutup?

"Adakah kes ini akan dikatakan tidak cukup bukti untuk meneruskan pendakwaan hanya kerana yang terlibat sudah melompat parti?" tanya Amizuddin.

Semalam SPRM Pulau Pinang memanggil Amizuddin yang juga Ketua AMK Kepala Batas berhubung surat yang dihantar kepada Pengarahnya Datuk Latifah Md Yatim.

Surat tersebut bertanyakan mengenai status siasatan penyelewengan kes kuari di negeri itu yang membabitkan bekas Mohammad Fairus.

Amizuddin merupakan pemberi maklumat dan pernah dipanggil SPRM untuk memberikan bukti berkenaan kes rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 itu.

Pada 27 Februari 2009 beliau mendedahkan penyelewengan dua pemimpin KEADILAN negeri kerana menerima rasuah daripada syarikat kuari di Seberang Prai.

Beliau yang ketika itu Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mendakwa memiliki bukti berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) dan slip bank berkaitan kemasukan wang ke akaun peribadi mereka.

Ketika dihubungi Suara Keadilan Amizuddin berkata beliau ke kompleks SPRM Pulau Pinang dengan ditemani Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Badrul Hisham Shaharin dan Ketua AMK Pulau Pinang Amir Ghazali.

SPRM dalam responnya kepada Amizuddin berkata siasatan di peringkat SPRM Pulau Pinang telah selesai dan kes itu telah dirujuk kepada ibu pejabat di Putrajaya.

Menurut Amizuddin, Latifah memberitahu beliau kes berkenaan bukan lagi di bawah bidang kuasa SPRM Pulau Pinang.

"Beliau kata kes itu bukan bidang bawah kuasanya lagi kerana kes itu telah diserahkan kepada SPRM Putrajaya. Jika mereka kata siasat, akan siasat, jika kata tutup (kes itu) maka tutup," ujarnya.

Amizuddin berkata Latifah berjanji untuk memberikan jawapan bertulis berhubung isu yang dibangkitkan dalam surat beliau dalam tempoh dua minggu.

Suara Keadilan sebelum ini menyiarkan kenyataan Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyifatkan tindakan Mohammad Fairus menyertai Umno mengesahkan persepsi rakyat bahawa wujud kompromi di antara beliau dan SPRM supaya tidak peneruskan pendakwaan ke atasnya.

Ini terbukti apabila beliau menyertai Umno hanya dua minggu selepas pengumuman SPRM dibuat.

Pada 12 Februari lalu SPRM telah menutup siasatan lapan kes berprofil tinggi termasuk kes rasuah Mohammad Fairus.

Friday, March 19, 2010

Khairy Sibuk Jaga Tepi Kain Orang, Kawasan Sendiri Terabai


Oleh Fazilah Sahir (tv Selangor)

KUALA LUMPUR 18 Mac - Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin terlalu sibuk mencampuri dan mengecam Pakatan Rakyat sehingga terlupa tanggungjawab dan janji beliau kepada pengundi di kawasan sendiri.

Menurut Ketua KEADILAN Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard kegagalan menantu mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu jelas memperlihatkan kerapuhan kredibiliti dan ketidakmampuan beliau sebagai seorang Ahli Parlimen.

Beliau mendakwa kebanyakkan pengundi di Rembau dikatakan sangat kecewa dengan tindakan Khairy yang sekian lama tidak turun padang menjengah kawasan.

Malah segala janji yang ditabur semasa pilihan raya ke-12 dulu kini dianggap penipuan semata-mata, lantas mendedahkan kelemahan dan pembohongan Ketua Pemuda Umno tersebut.

"Lima janji 'hebat' yang ditaburkan Khairy termasuklah hospital besar, pusat tuisyen emas percuma untuk semua rakyat Rembau, membina Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan masjid di Pedas yang sehingga kini tak tahu hujung pangkalnya.

"Semua yang dijanjikan adalah satu pembohongan serta menunjukkan kelemahan Khairy kerana tidak dapat menunaikan satu apa pun yang dikata sebelum ini," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Malah CheGuBard berkata beliau sentiasa menerima aduan rakyat ekoran kegagalan Khairy berfungsi sebagai wakil rakyat.

"Aduan terbaru kami terima penduduk di Felda Sendayan kecewa kerana sudah dua tahun Khairy tidak menjengah kawasan. Malah beliau hanya menghantar wakil dalam satu majlis dengan persiapan yang gah telah dibuat untuk menyambut beliau.

"Namun beliau tidak hadir sehingga membuatkan Ketua Cawangan Umno malu dengan rakyat tertunggu-tunggu kehadirannya," katanya lagi.

Tambah Ahli majlis Pimpinan Pusat itu walaupun KEADILAN gagal memenangi kawasan tersebut pada PRU ke-12 lalu namun beliau bersama-sama rakan lain akan meneruskan khidmat dengan memberi bantuan serta sumbangan kebajikan kepada rakyat.

Beliau berpendapat politik tanahair kini memasuki fasa baru yang mana rakyat kini telah bangkit dan menolak kepimpinan Khairy dan Umno.

"Segala perubahan terletak di tangan rakyat yang mengundi. KEADILAN akan terus bangkit untuk meningkatkan mutu parti dan seterusnya merampas kawasan tersebut daripada tangan Khairy kelak," tegas CheGuBard.

Tuesday, March 16, 2010

adakah SPRM berani jawab surat Din Binjai

Amizudin Bin Ahmat (Din Binjai)
No 9, Lorong Tembikai 1,
Taman Sri Rambai,

14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

15 March 2010

TPj Dato' Hjh. Latifah binti Md Yatim
Pengarah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pulau Pinang
Kompleks SPRM
44, Jalan Sultan Ahmad Shah
Peti Surat 6000
10850 Pulau Pinang


dihantar melalui

· Fax : 04-2266070 / 04-2292315

· Emel : ppg@sprm.gov.my

Ybhg TPj Dato’

BERTANYAKAN STATUS SIASATAN/DAKWAAN KES KUARI MELIBATKAN BEBERAPA PIMPINAN PKR P.PINANG.

Perkara di atas dirujuk.

Seperti yang pihak Dato’ sedia maklum, saya telah terlibat sebagai sumber utama dalam soal siasat mengenai kes / dakwaan penglibatan pemimpin KEADILAN (yang kini antaranya telah keluar parti) dalam kes penyelewengan melibatkan Kuari di negeri ini.

Dalam kes tersebut saya telah memberikan kerjasama termasuk menyalurkan bahan bukti yang sewajarnya demi melihat integrity Negara terjamin. Saya telah hadir dalam beberapa sesi soal siasat secara ‘rasmi’ mahupun tidak rasmi dengan pihak SPRM. Dalam satu sesi yang paling panjang saya telah disoal siasat lebih 10 jam. Pegawai SPRM juga telah ‘serbu’ rumah saya di waktu pagi untuk mengambil saya kononya untuk mendapatkan maklumat. Saya kira saya sudah memberikan kerjasama yang cukup baik.

SPRM telah membuat kenyataan terbuka mengenai kes ini (walaupun sepatutnya kes yang di dalam siasatan SPRM merupakan rahsia rasmi Negara), kerana kenyataan terbuka SPRM yang kelihatan menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang maka perjuangan saya menentang rasuah dan salah guna kuasa telah disalah ertikan.

Saya sedikit dipulaukan teman dan saya berdepan dengan tindakan disiplin. Namun itu semua saya ketepikan kerana bagi saya kebenaran pasti akan datang yang penting perlu terus berjuang.

Saya juga telah dimaklumkan oleh pegawai pihak Dato (tak pasti secara kapasiti individu atau kapasiti pemegang jawatan SPRM) yang menyatakan bahawa kes tersebut cukup kuat dan pasti akan ada pendakwaan.

Namun sehingga kini saya kecewa kerana kes tersebut seolah tergantung setelah banyak cemuhan dan dugaan yang saya lalui demi memberikan kerjasama kepada SPRM.

Dengan ini saya ingin bertanya kepada pihak Dato’ apakah status kes / dakwaan penglibatan pemimpin KEADILAN (yang kini antara telah keluar parti) dalam kes penyelewengan melibatkan Kuari di negeri ini ? Adakah kerana antara pemimpin yang dimaksudkan sudah berhenti memegang jawatan masuk Umno kes ini terhenti dan ditutup ? Adakah kes ini akan dikatakan tidak cukup bukti untuk meneruskan pendakwaan hanya kerana ada yang terlibat sudah melompat parti bersama kerusi parlimen ?

Jika kes yang pihak Dato sendiri begitu yakin sebagai kes yang kuat dan sanggup melanggar peraturan sendiri dengan mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai kes tersebut satu ketika dahulu ditutup begitu sahaja akhirnya, maka saya amat kecewa.

Maka bukan setakat benar tuduhan SPRM merupakan kuda tunggangan regim Bn tetapi sebenarnya SPRM seronok diperkudakan Bn.

Saya memerlukan jawapan dan respon segera.

Sekian, terimakasih.

Yang Benar ;

AMIZUDIN BIN AHMAT

No KP : 690829-07-5241

Salinan kepada :

Editor media tempatan dan luar Negara (kecuali Utusan Malaysia)

Saturday, March 13, 2010

Tahan Ahli AMK Tindakan Terdesak Umno-BN

cheGuBard di luar balai bersama Norazimah, isteri YB Saari Sungip dan beberapa aktivis.

Semalam ketika bertolak dari Seremban menuju ke Sungai Petani untuk menghadiri program penerangan parti, cheGuBard telah mendapat satu berita mengenai 2 ahli AMK ditahan di luar Masjid ketika mengedarkan risalah.

Dua ahli Angkatan Muda KEADILAN Cabang Gombak ditahan polis di bawah Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana mengedar risalah yang mengandungi laporan perubatan berhubung perbicaraan Konspirasi II terhadap Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Hafiz Bidin dan Arie Yudistira, kedua-dua berusia 21 tahun, ditangkap keika mengedar risalah tersebut di perkarangan Masjid Ar Ridwan, Ulu Kelang selepas solat Jumaat hari ini.

Mereka pada mulanya di tahan di Balai Polis Taman Melawati kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat dan mengambil keterangan.

cheGuBard sempat singgah ke IPD Ampang untuk sama mendesak pembebasan dua ahli AMK tersebut. Ketika sampai sudah ramai yang berada di luar IPD Ampang. cheGuBard dihalang memasuki kawasan IPD, namun setelah didesak dan berbincang akhirnya Ketua Balai Ampang telah keluar dan memberikan jaminan bahawa keduanya akan dibebaskan dalam sejam lagi dengan jaminan polis.

Memegang jaminan tersebut, cheGuBard terus meninggalkan balai menuju ke Sungai Petani. Selepas program penerangan di S.Petani, cheGuBard mendapat pengesahan yang ditahan sudah dibebaskan sebelum sejam selepas cheGuBard berjumpa Ketua Balai Ampang.

Ternyata polis juga tidak dapat memberikan penjelasan kenapa perlu ada penahanan.... ini membuktikan Umno Bn makin panik apabila rakyat disampaikan maklumat mengenai fitnah 2 yang direka oleh regim penguasa.

Friday, March 12, 2010

JADUAL LAWATAN ANWAR KE PULAU PINANG /PERLIS /KEDAH

insyaAllah cheGuBard akan sama dalam Lawatan Anwar ke Utara esok. Di sini diperturunkan jadual penuh untuk perhatian semua.

JADUAL LAWATAN ANWAR KE PULAU PINANG /PERLIS /KEDAH


TARIKH 13HB MARCH 2010

12.10 TGH DI JANGKA TIBA DI AIRPORT BAYAN LEPAS

1.00 TGH KE PERASMIAN MAKMAL SAIN SEK AGAMA RAKYAT AL AMINIAH
PERMATANG NIBONG PERMATANG PAUH /JAMUAN TENGAH HARI DI SEDIAKAN

2.30 PTG PERJUMPAAN DENGAN CABANG BAYAN BARU/ NIBONG TEBAL
DI YAYASAN AMAN

3.30 PTG PERJUMPAAN DENGAN NGO

4.30 PTG REHAT

6.30 PTG BERTOLAK KE PERLIS

8.30 MENGHADIRI DINNER DI DEWAN CHI YONG KOR KANGAR

10.00MLM CERAMAH DI KOTA SARANG SEMUT ,ALOR STAR

12.00 BERTOLAK BALIK

Khabar dari pejabat peguam negara...

Baru berkomunikasi dengan 'seseorang' dari Jabatan Peguam Negara. Banyak yang diceritakan apa yang berlaku dalam pejabat itu. Akhirnya sedikit maklumat dari email 'seseorang itu, che'GuBard perturunkan di sini untuk bacaan dan komen semua.

Cuma ini sahaja dahulu yang dikongsi...tetapi banyak lagi yang diceritakan.

Menurut satu sumber dari Pejabat Peguam Negara, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden merupakan manusia paling bijak di Jabatan Peguam Negara sehingga Tan Sri Ghani Patail tidak senang dan takut dengan dia. Menurut sumber tersebut Yusof dikatakan hafal M.L.J

Yusof dikatakan pada satu peringkat sudah bosan dengan pertembungan beliau dengan Ghani dimana pada ketika itu (di hujung era pemerintahan Abdullah) beliau telah menghantar surat letak jawatan. Pada ketika itu Najib ketakutan kerana tanpa Yusof tidak mungkin ada pendakwaraya lain mampu meneruskan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim. Malangnya untuk menolak terus perletakkan jawatan Dato Yusof tidak mungkin kerana Tun Abdul Majid Tun Hamzah (ketua team pendakwa kes Altantuya) yang menjadi orang kuat Ghani sudah pun menduduki bilik Yusof dengan siap membuat renovation sebaik sahaja Yusof menghantar surat perletakan jawatan. Najib tak boleh kata apa pada Tun Majid kerana banyak rahsia misteri yang Tun Majid tahu. Hanya ada satu jalan iaitu Yusof perlu dinaikkan pangkat tetapi hanya satu pangkat iaitu Yusof menggantikan Ghani. Itu lebih mustahil berlaku. Maka kabinet telah bersidang dan melantik Yusof sebagai pegawai turus dua dengan jawatan Peguam Cara Negara II iaitu satu jawatan yang sebelum ini tidak wujud dan diwujudkan semata – mata untuk Yusof oleh Najib untuk menyelamatkan keadaan. Sebagai balasan Yusof setuju mengetuai team pendakwaan Anwar.

Najib benar – benar tidak punya sesiapa lagi yang mampu dan sanggup untuk mengetuai team pendakwaan kes Anwar Ibrahim. Pertama sebab dalam Jabatan Peguam Negara ramai peguam yang berpotensi telah dipancung oleh Ghani, yang kedua tak ramai yang sanggup bekerjasama dalam mendakwa kes yang sememangnya sejak dari awal penuh dengan 'rekaan'. Maka Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang baru dilantik di jawatan yang direka khas untuknya -Peguam Cara Negara II dinamakan sebagai ketua team pendakwaan walaupun dia terlibat terlibat dalam 'pemalsuan bukti' kes mata lebam tahun 1998 dan ini akan menjejaskan kredibiliti kes pendakwaan kes Anwar di mata umum dan dunia.

Seorang lagi pendakwaraya, Hanafiah bin Hj Zakariah dikatakan sedang hangat bercinta dengan kakitangan kontrak di Jabatan peguam Negara sehinggakan perempuan itu mendapat keistemewaan meletakkan kereta di parking lot yang dikhaskan untuk pendakwaraya kanan. Isteri Hanafiah yang juga merupakan kakitangan AG chambers tentu tidak tahan. Pernah berlaku isteri Hanafiah menyerang perempuan tersebut tetapi Hanafiah mempertahankan perempuan tersebut dengan menyalahkan isterinya di depan umum. Dikatakan isteri Hanafiah sedang dalam proses memfailkan kes rumahtangganya ke mahkamah syariah. Hanafiah kononya telah berjanji dengan staff kontrak di pejabat AG itu untuk mengahwininya selepas menceraikan isteri tua yang mana perkahwinan mereka tidak ada anak. Hanafiah bercita – cita besar namun krisis rumah tangga/masalah peribadi yang 'meletup' di pejabat telah menggugat kedudukan. Maka dengan menyatakan kesanggupan untuk bersama dalam mendakwa Kes Anwar Ibrahim maka sedikit memberikan nafas semula kepada dia dengan harapan jasa besarnya akan dibalas dengan mengenepikan persoalan kekecohan di pejabat.

Hanafiah juga terlibat dalam kes pemalsuan bukti mata lebam Anwar 1998. untuk baca mengenai kes mata lebam sila klik sini.

Thursday, March 11, 2010

Polis terus jadi tunggangan Regim Bn

Polis terus jadi kuda tunggangan Regim Bn. Sebentar tadi polis telah 'lawat' Anwar kononya kerana ucapan beliau di seluruh negara.... sila klik sini untuk baca lanjut.

Sebab itulah jenayah terus meningkat kerana Polis tak fokus kerja yang seharusnya mereka lakukan...

Juga diperturunkan tulisan AngkasaNuri mengingatkan kita bagaimana aparat kerajaan begitu cepat bertindak dalam kes Nasir Safar, setiausaha Najib yang dikatakan ada di malam kejadian Altantuya dibunuh.
Sudah lebih sebulan kes hasutan melibatkan Datuk Nasir Safar orang kepercayaan Perdana Menteri 1Malaysia terhadap orang cina dan India dalam satu program di Melaka berlalu.Berpuluh laporan polis sudah dibuat. Ketua Polis Melaka sebelum ini mengumumkan polis sudah melengkapkan siasatan.

Tetapi yang peliknya kes itu kini seolah-olah cuba disenyapkan. Sehingga hari ini tidak ada perkembangan susulan kes berkenaan.

Boleh jadi Jabatan Peguam Negara sangat sibuk dengan kes liwat Dato seri Anwar Ibrahim sehingga tak sempat untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Berbeza dengan kes Blogger Aduka Taruna sepantas kilat semua pihak terlibat dari polis sehingalah Jabatan Peguam Negara membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Apakah istimewanya Nasir Safar? Adakah mereka bimbang kes berkenaan akan memberi kesan kepada Umno atau lebih tepat lagi kepada bekas bos Nasir Safar?

Semua ini menguatkan dakwaan bahawa institusi undang-undang di negara ini hanya mengikut telunjuk pemerintah.

Jika begitu situasinya maka kita tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman di negara ini.

Jadi apa pilihan yang ada untuk menegakkan keadilan dan undang-undang? Pilihanraya? Jalanraya?

VCD: Ia satu fitnah, kata Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa rakaman VCD semasa beliau menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001 adalah satu fitnah.

"Semasa saya di mahkamah (1998) saya boleh jalan, saya boleh bangun. Di mahkamah saya tidak pernah pakai kerusi roda.

"Saya pakai kerusi roda bila jalannya jauh. Doktor melarang saya berjalan lebih daripada sepuluh tapak. Saya boleh berdiri, saya boleh berjalan. Maksimum sepuluh tapak.

"Jadi orang Umno nak buat fitnah, siapa suruh. Ada pembedahan dilakukan, cukuplah," katanya selepas menghadiri prosiding kes qazaf di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini.

Anwar diminta mengulas mengenai pengedaran VCD oleh kumpulan misteri yang kononnya menunjukkan rakaman semasa Anwar menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001.

Visual berkenaan dipercayai dimuat-turun dari internet dan diterbitkan serta diedarkan di rumah-rumah sekitar di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu.

Persoalan timbul bagaimana rakaman boleh dibuat di penjara dan dibawa keluar daripada penjara yang mempunyai tahap keselamatan yang canggih.

Video berjudul 'Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis' itu dipercayai dirakamkan ketika Anwar mengadu dia mengalami sakit belakang dan sakit tengkuk.

Video itu menunjukkan Anwar dalam kesakitan ketika dibenarkan keluar menziarahi upacara pengebumian keluarganya.

Bagaimanapun, gambar di penjara pula menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu kelihatan sihat dan boleh berdiri dengan mudah.

VCD tersebut turut diletakkan dalam peti surat rumah seorang peniaga Mohd Arshad Ishak di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu. Ekoran pengedaran VCD itu, Mohd Arshad yang mewakili Gerakan Anti Liwat atau GELI membuat laporan polis kelmarin.

Sementara itu, kumpulan Anwar juga mengedarkan video berhubung fatwa daripada tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi dari Mesir yang juga adalah penerima tokoh Maal hijrah Malaysia tahun lalu.

Berjudul 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qardhawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim', video itu diterbitkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita selama 33 minit.

Dalam rakaman itu, tokoh tersohor Islam itu antara lain berkata sesiapa yang menyebarkan sesuatu dakwaan yang tidak benar boleh dihukum sebagai fasik.

VCD itu dilancarkan Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun kedua kemenangan memberangsangkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Zahrain dan keluarga lari ke London..

dapat maklumat YB Zahrain Hashim, isteri, anak dan menantu menginap di Hotel mewah "leornard Hotel', Seymour st. dekat dengan Marble Arch, London.... lama dah mereke di sana... siapa bayar penginapan mereka ? Ada pula RM tetapi alasan melompat ialah kerana kononya DSAI tak peduli dia selaku ahli parlimen susah sehingga... tak mampu nak terus bantu rakyat hahahaaa... atau lari sebab tak sanggup berdepan dengan rakyat..

Menurut pemberi maklumat mereka lama dah menginap di situ dengan mengambil beberapa unit dengan tiap unit menjangkau $160 dalam mata wang UK, itu belum masuk makan... silap-silap gaya sehari mereka berhabis lebih $1000 dalam mata wang UK.... banyak sangat ke dia dapat... mana dapat banyak Zahrain atau Mohsin...?

Wednesday, March 10, 2010

Mesyuarat Agong Cabang Rembau

KEADILAN Cabang Rembau akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Cabang Rembau pada 27 Mac 2010 bertempat di Dewan d'Ark II, Taman Sri Kasih, Jalan Paroi - Senawang, Seremban.

Semua ahli KEADILAN dan berdaftar di bawah Cabang Rembau wajib hadir. Sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474 (Azizi).

Pada hari tersebut juga dibuka kaunter pendaftaran ahli. Ahli yang baru berdaftar boleh hadir sebagai pemerhati. Juga dibuka kaunter pendaftaran SPR.

Mohon semua khususnya anak muda yang cintakan keadilan dan citakan perubahan dijemput hadir sama dan tampil menjadi ahli dan aktivis KEADILAN.

Pengumuman Pembatalan Pogram impunan 'terbesar' Warga Felda Negeri Sembilan

Kenyataan Umum

11 Mac 2010

  1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Persatuan Anak – Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah membuat pengumuman awal akan mengadakan Himpunan 'terbesar' warga Felda Negeri Sembilan.

  2. Program ini dilihat penting demi pendidikan perubahan massa rakyat kerana warga Felda dilihat selama ini mudah tertipu dan menjadi seolah 'simpanan tetap undi' kepada Umno dan Bn.

  3. Kemenangan peneroka Felda Kemahang sebanyak RM11 juta terhadap saman mereka ke atas FELDA dilihat mampu menyemarakkan lagi semangat dan meransang warga Felda yang lain untuk tampil mengetahui lansung melawan penipuan selama ini ke atas mereka.

  4. Himpunan 'terbesar' Warga Felda Negeri Sembilan yang dijadualkan akan berlansung pada 13 Mac 2010 dengan pada

    • jam 5.00 petang – dialog Peneroka Felda di Muassasah Darul Sharif, Jempol

    • jam 9.00 malam – Ceramah Umum di Balai Islam, Pasir Besar.

      akan dihadiri oleh Wan Rohimi Wan Daud (peguam peneroka Felda Kemahang yang menang saman RM11juta), Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK), Zabidi Abas (pemenang Tokoh Belia Felda 2006) selain che'GuBard sendiri selaku wakil SAMM. Malah Sdr. Zulkifli selaku Timbalan Pengerusi Lujnah Tanah dan Wilayah PAS Pusat juga telah memberikan persetujuan untuk memberikan ucapan aluan.

    5 Sebanyak 6000 poster bersaiz A3, 20000 handbill, 30 banner, 50 bunting untuk mempromosikan program tersebut telah disiapkan dan sebahagian besarnya telah pun di gantung dan ditampal.

    6. beberapa mesyuarat ke arah persiapan program juga telah diadakan dan satu jawatankuasa yang diterajui SAMM telah dibentuk melibatkan wakil-wakil peneroka hampir semua kawasan felda dalam Negeri Sembilan.

  1. Malangnya tengahari semalam 10 Mac 2010 telah dimaklumkan oleh PAS Tampin iaitu pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan permit polis dengan menyatakan pihak polis menolak permohonan permit polis dengan alasan tarikh program terlalu rapat (10 Mac 2010 telah diluluskan satu permit dikawasan sama satu ceramah umum oleh che'GuBard).

  2. Oleh kerana 'takut' dengan tekanan polis pemilik premis lokasi bakal berlansung himpunan juga tidak berani meneruskan program.

  3. Atas sebab tersebut, maka SAMM mengumumkan program Himpunan 'terbesar' Warga Felda Negeri Sembilan yang dijadualkan pada 13 Mac 2010 terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak. Segala kesulitan yang wujud ekoran penangguhan ini amat kami kesali. Jawatankuasa yang telah dibentuk akan meneruskan usaha dan aktiviti meningkatkan kesedaran peneroka Felda mengenai hak mereka.

  4. Kesedaran dan kebangkitan warga Felda yang selama ini merupakan 'simpanan tetap undi' bagi pihak Umno dan Bn amat menakutkan regim pemerintah, lebih – lebih lagi di negeri seperi Negeri Sembilan di mana hanya 4 kerusi sahaja lagi untuk menumbangkan Umno dan Bn dari kekuasaan.

  5. Polis hanya memberikan alasan dangkal untuk menggagalkan program seperti yang di arahkan regim pemerintah. Alasan program yang dekat tarikhnya dan menampilkan penceramah yang sama tidak boleh diterima. Apa lagi media penerangan alternatif yang ada selain ceramah ? Kenapa Polis tidak bertanya atau memberikan amaran kepada TV atau apa jua media atau medan propaganda regim yang bukan tarikh yang dekat tetapi setiap masa sentiasa berusaha bersungguh sungguh memutar belit fakta dan memanipulasi isu demi kepentingan regim pemerintah.

  6. Di kesempatan ini juga SAMM mengutuk tindakan Polis menahan Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK dengan tidak memberikan alasan munasabah. SAMM menyifatkan tangkapan ini kerana ketakutan regim terhadap kebangkitan dan kesedaran warga Felda yang dipelopori oleh ANAK dan rakan sekutu mereka.

Sekian ;

' Perjuangan adalah pelaksanaan kata – kata '

'Perubahan perlu didesak bukan hanya di tunggu'

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

http://chegubard.blogspot.com

chegubard@gmail.com