Monday, March 23, 2009

Korup : tindakan diambil tanpa kira kedudukan

Akhbar online myStar melaporkan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan dua pemimpin parti negeri itu akan diketahui minggu depan.

Katanya, panel yang diketuai Speaker Dewan Undangan Negeri, Abdul Halim Hussain telah diberikan masa tiga minggu bagi menyiasat dakwaan Ketua Pemuda PKR Kepala Batas Amizudin Ahmat atau lebih dikenali sebagai Din Binjai.

"Walaupun tiada berita berhubung siasatan itu, saya percaya hasilnya sepatutnya diketahui minggu depan kerana panel itu telah memulakan siasatan awal bulan ini," Zahrain memberitahu Bernama ketika dihubungi hari ini.

Anggota panel empat orang itu ditubuhkan pada 16 Mac.

Tiga lagi anggota panel itu ialah Timbalan Speaker dewan undangan negeri Tan Hock Leong, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban S.Raveentharan dan ADUN Pantai Jerjak Sim Tze Tzin.

cheGuBard secara peribadi menyokong tindakan yang dilakukan oleh Din Binjai ini. Rasuah perlu ditentang sehabis dan sedaya upaya. Kita melawan bukan kerana kita tidak ada kuasa, kita melawan kerana kita nak betulkan keadaan. Jika sudah ada kuasa tapi masih ada yang tak betul kita kena terus melawan. Jangan ingat kalau ada antaranya yang duduk kerusi menteri akan selamat melakukan apa sahaja...

Terlalu banyak fitnah kepada Din Binjai kononya dia ditaja untuk dedah. Sebenarnya pendedahan Din sudah mula lama sebelum dia tidak disambung lantikan sebagai ahli Majlis. Ini tidak ada kena mengena. Jangan takut terus menentang korupsi walaupun dikalangan kita sendiri. Ia akan menambahkan penghormatan rakyat pada kita kerana perang rasuah tak mengira siapa...

Cuma nasihat terbuka cheGuBard selaku sahabat, harap Din bertindak bijak dan lebih bijaksana namun usaha memerangi salah guna kuasa amat dipuji.

Dalam perkembangan lain menarik baca blog Sayuti yang menulis analisis mengatakan 'pengunduran' Fairus lambang kekuatan blog yang masih relevan. Sila klik sini untuk baca terus.

7 comments:

  1. Anonymous3:02 AM

    cheGu' betul ke aku dgr yg Fairus ni rapat dgn sam dan mereka terlibat dalam dptkan balak di kelantan dan perak ?

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:03 AM

    bagus kalau benar fairus rasuah buang saja dia ni aku pun dah naik letih dgr mcm2 pasal dia ni...buang dr DUN pun tak payah le tunggu gerak hantar memo dan buat report baru nak pecat...

    ReplyDelete
  3. Ulasan ini mungkin tidak menyentuh secara langsung catatan terbaru CheguBard tetapi lebih kepada penggunaan bahasa yang saya kira tidak wajar dalam blog CheguBard ini.

    Apa yang saya maksudkan adalah penggunaan perkataan WAJIB BACA pada ruang yang menyenaraikan beberapa catatan seperti 'Aku baru di sini', 'Apa sebenar berlaku di Rembau', 'Berbelanja sambil tolong perjuangan / sahabat', 'cheGuBard 'profile'...

    Saya berpandangan perkataan WAJIB yang digunakan tidak wajar kerana tidak menjadi satu DOSA sekiranya saya dan Muslim lain tidak membaca catatan-catatan tersebut. Eloklah sekiranya perkataan WAJIB tersebut ditukar dengan perkataan lain yang menggambarkan tahap sebenar catatan-catatan tersebut.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. samaler tu sisam tu.macam tu nak memimpin amk pusat.baik jaga pusat lembu lagi bagus.tak ada daya kepimpinan.Apa yang dia buat.porak perandakan amk negeri saja.Datang negeri org nak sapu ni lah ,tu lah.Apa yang amk rasa.Baru ni buat pertndingan tabika iaitu mereka logo.
    boria,karoake.tiada sifat perjuangan langsung.saya kecewa dengan kepimpinan amk pusat sekarang.

    ReplyDelete
  5. Tun Saban

    Tun Saban orang Melayu ke?
    Tun Saban orang dewasa ke?

    Kalau ia, kan elok kalau hormat dengan bahasa kita. Tulis dengan betul dari segi bahasanya dan ejaannya. Tidak mengapa jika sekiranya kita tersilap semasa menulis tetapi biarlah kesilapan yang berlaku tidak disengajakan. Kesilapan yang tidak disengajakan biasanya, sekiranya berlaku, sekali sekala.

    Kalau bukan kita yang hormat bahasa kita sendiri, siapa lagi.

    Lagipun, dengan bahasa dan ejaan yang betul, bolehlah orang lain faham maklumat yang cuba Tun Saban sampaikan.

    Tun Saban ada menyebut 'tiada sifat perjuangan langsung' dalam ulasan Tun Saban. Bagaimana pula sifat perjuangan Tun Saban terhadap bahasa kita?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Anonymous6:05 PM

    "Cuma nasihat terbuka cheGuBard selaku sahabat, harap Din bertindak bijak dan lebih bijaksana namun usaha memerangi salah guna kuasa amat dipuji."

    Kenapa perlu ada kondisi seperti di atas. Sepatutnya memerangi rasuah tidak perlu ada barang seiota kondisi. Tak perlu nasihat-nasihat. Ini bunyi macam, setuju didedah tapi tak berapa setuju (sebab kena batang hidung parti sendiri). Macam tu ke? jangan fikir kita saja yang bijak mengkritik, membongkar, mendedah hal parti pemerintah. Tapi bila kena parti sendiri, mulalah bahasanya mempunyai intonasi berbeza...orang boleh bacala....

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:34 PM

    salam...

    bagaimana pula jika tindakan akan diambil oleh setengah pimpinan serta tangan2 'ajaib' dalam keADILan Negeri Penang keatas pengadu, Din Binjai kerana telah lebih mendahului jawatankuasa dengan mendedahkan kepada media isu penyalahgunaan kuasa 2 pemimpin tertinggi parti ini...??? Adakah pesalah akan dilindungi 100%...???

    ReplyDelete