Friday, May 10, 2019

Surat terbuka kepada SPRM : Penyelewengan tapak Bazar Ramadhan Di MBMB

Kepada :

YBhg. Dato' Sri Mohd Shukri Abdull,
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Ibu Pejabat SPRM,
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7, 62250 Putrajaya.


10 Mei 2019


LAPORAN SALAH GUNA KUASA PENGANJURAN BAZAAR RAMADHAN DI MBMB

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Saya telah mendapat maklumat menyatakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah bertindak menyerahkan pengurusan Bazaar Ramadan Klebang 2019 kepada Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Klebang yang kemudian menyerahkan kepada sebuah syarikat MNM Bersama Eenterprise.

Setelah diteliti MNM Bersama dimiliki oleh Mohd Nasir Mamat. Individu ini juga merupakan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Tangga Batu yang juga merupakan Naib Ketua Cabang Tangga Batu. Selaku pemegang jawatan politik berkenaan maka sudah tentu penama punya akses terus membepngarui JAPERUN Klebang.


Maka timbul persoalan salahguna kuasa atau pertembungan kepentingan
  1. Bagaimana MBMB membuat keputusan untuk menyerahkan pengurusan tapak perniagaan tersebut kepada JAPERUN  ? Sangat diketahui dengan kedudukan politik penama sudah pasti dia punya akses untuk mempengaruhi keputusan.
  2. Bagaimana di peringkat JAPERUN pula boleh membuat keputusan menyerahkan pemngurusan tapak perniagaan kepada syarikat yang dimiliki penama yang semamngnya tidak boleh dinafikan punya kases terus kepada JAPERUN atas kedudukan politiknya ?
MBMB punya seharusnya menjelaskan berapa pendapatan yang MBMB perolehi apabila kami turun menemui perniaga jelas mereka mengakui membuat bayaran RM2300 untuk saiz 9 x 18 (10 x 20). Harga ini boleh dikatakan sangat tinggi dan inilah antara punca peniaga perlu menjual barang mahal dan akhirnya pengguna biasa menjadi mangsa barang mahal.

Untuk pengetahuan SPRM berdasarkan rekod yang kami perolehi dari MBMB menyatakan MBMB punya polisi menggalakkan tapak perniagaan diuruskan oleh pihak komuniti (MPKK) atau persatuan peniaga sendiri seperti Pasar Ramadhan luar Masjid Al Falah yang dikendalikan oleh MPKK Stulang Daeng. Sesuai dengan menolak penganjuran syarikat dan menggalakkan komuniti diperkasa, maka  MBMB telah menolak permohonan syarikat contohnya Zai Collaboration yang memohon tapak Bazaar Ramadhan di Lot 12018, Klebang.

Satu lagi jelas entiti perniagaan yang dapat projek ini daftar niaga lain bidang macam mana jabatan/agensi kerajaan boleh luluskan perniagaan yang bidangnya tidak didaftarkan. Ia jelas kesalahan bawah pendaftaran perniagaan pula.

Namun ramai melihat secara istimewa syarikat MNM Bersama Enterprise mendapat hak penganjuran melalui MBMB dan JAPERUN KLEBANG yang mana syarikat punya akses politik langsung maka timbung persoalan salah guna kuasa. Malah harga tapak yang mahal jelas menunjukkan penganjuran bersifat keuntungan  juga menjadi persoalan. Maka dengan itu SPRM diminta untuk masuk menyiasat perkara ini.

sekian ;

BADRUL HISHAM SHAHARIN a.k.a che'GuBard

https://www.facebook.com/CheGuBard-Original-330750857632133/





Thursday, April 25, 2019

Episod Hospital Mawar atau Pusat Hemodialisis Mawar sudah memasuki fasa menarik...


SPRM mengesahkan membuat lawatan ke Hospital tersebut dan mengesahkan peralatan yang diberi (guna wang) kerajaan dan kemudian didapati ada perjanjian pinjaman bank atas perlatan yang sama dan kemudian audit menyatakan peralatan itu tidak sampai telah disahkan ketika lawatan SPRM memang tidak ada... ia bernilai juta RM.

SPRM juga mengesahkan beberapa watak dalam laporan yang dihantar mula dipanggil dan disiasat. Hospital ini diasaskan dengan dana awam oleh Datuk Dr Yeow seorang pemimpin MCA berpengaruh.

Posting mengandungi video pendek telah diadukan kepada admin fB dan ia telah diturunkan oleh admin fB pagi tadi selepas kira kira 40 jam dinaikkan. Hari ini juga Chong May Lee yang juga pemimpin DAP yang juga CEO Putra Specialist Hospital mengugut agar tidak dikaitkan dalam skandal Hospital Mawar , dia juga menyatakan sedang berbincang dengan peguamnya untuk saman.

Pertama bagi saya nak ingatkan Chong May Lee yang mana kamu dalam kerajaan dan akses media kamu lebih mudah dan luas. Jangan sombong dengan ugutan, jawab sahaja, beri penjelasan. Tidak boleh di elak Putra dan syarikat Intelek Ceria Sdn Bhd (ICSB)yang membuat perjanjian "pelik" dengan hospital Mawar ada kene mengena cuma secara langsung atau tidak langsung itu saja boleh diperhujahkan. ICSB sememangnya merupakan pemegang kepentingan saham dalam hospital pakar putra di Batu Bapa Pahat.

Selaku org politik yang menggotai parti yang mementingkan integriti kamu seharusnya menggunakan ruang ini untuk perjelaskan dan turut menyertai desakan bagi mengasak orang orang kuat MCA ini diseret ke muka pengadilan kerana penyelewengan dana awam.

untuk membaca lanjut klik http://chegubard.blogspot.com/2019/04/membongkar-skandal-hospital-mawar-yang.html

Pegawai MB paling lemah dalam sejarah hina wartawan

Seperti yang saya pernah sebut sebelum ini Aminuddin Harun merupakan Menteri Besar paling lemah dalam sejarah mungkin bukan sahaja di Negeri Sembilan tetapi di Malaysia (lemah zahir dan batin). Bukan sahaja dia itu sendiri lemah tetapi malangnya pejabat dia itu penuh dengan orang yang tak mampu buat kerja malah ego tak tentu hala.

Terbaru Pegawai Khasnya telah membuat satu posting di facebook dengan terus menghina wartawan SINAR HARIAN sebagai "bingai" istilah ini selalu digunakan dalam dialek NS bagi menghina orang bodoh dan lemah. (klik https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2197630916984176&id=100002118669901) . Ini satu yang biadap dan sombong , kamu mewakili pejabat Menteri Besar tidak perlu biadap sebegitu rupa.



Kebetulan selepas membaca kenyataan orang kuat MB paling lemah dalam sejarah itu melintas pula di 'timeline facebook' kenyataan wartawan SINAR HARIAN , cik Mimie Zulkifli ( klik https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10216960534342378&id=1136812253 )



Saya cuba memahami perasaan seorang wartawan biasa, dia bukan orang politik dia menulis dari kenyataan bertulis yang diedarkan di Dewan Undangan Negeri, yang dikeluarkan oleh pejabat MB paling lemah itu sendiri





















Ini bermaksud pejabat MB paling lemah itu sendiri yang mengeluarkan kenyataan yang lemah dan apabila dilaporkan oleh media , media pula dipersalahkan. Sebenarnya ini bukan rungutan pertama kawan kawan media di Negeri Sembilan. Ramai sebelum ini bercakap memang susah nak cari sudut untuk membuat laporan tiap kali MB paling lemah itu bercakap atau mengeluarkan kenyataan. Jika tidak dilaporkan pasti pejabat MB bising tapi bila dilaporkan wartawan akan disalahkan kerana laporan yang lemah dan sebagainya. Sudah MB itu sendiri lemah nak buat macam mana ?

Walaupun Aminuddin itu lemah sangat namun dalam perihal ini , Aminuddin perlu meminta pemilik FB 'Riduan MN' yang merupakan orang kuatnya memadamkan status menghina wartawan dan meminta pemilik akaun itu meminta maaf secara terbuka kepada wartawan berkenaan. Jika tidak ramai pasti mula mempercayai bahawa status tersebut diarahkan oleh Aminuddin sendiri tulis kerana tidak tahan diserang kerana kenyataan lemahnya sendiri.

catatan ; che'GuBard, 25 April 2019

Beyblade Battle Taman Al Quran


Pihak pusat pengajian Taman al-quran ingin menganjurkan satu pertandingan BEYBLADE buat warga rembau.

Mari memeriahkan program. 

HARI : RABU

TARIKH : 1 MEI 2019

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 29 APRIL 2019

PENDAFTARAN : 8.30 PAGI

MULA PERTANDINGAN : 9.00 PAGI

TEMPAT : PUSAT PENGAJIAN TAMAN AL-QURAN (hadapan sekolah taman seri rembau)

..........................................................................................................

Terma & Syarat ;

- Semua jenis beyblad

- Tidak dibenarkan menukar beyblade semasa pertandingan

- Terbuka individu sahaja

- Seorang satu penyertaan

- Format pertandingan "DOUBLE KNOCKOUT"

- Satu game 3 rounds

- Terbuka kepada 4 tahun hingga 60 tahun

- Adik adik hendak mendapat kebenaran ibu ayah

- Seberang kehilangan & keselamatan adalah tanggungjawab sendiri

- Keputusan juri Muktamad

- Penyertaan 100

- Yuran Rm5. 00

๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅSebarang penyertaan sila hubungi
Encik Zul http://www.wasap.my/60196216305pendaftaranbeyblade
*daftar awal elakkan kesesakkan 
*kalah jangan nangis๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡๐Ÿ˜‡
*sebarkan

Cabar Anwar sama seperti cabar Hadi

Baru ini Anwar dalam satu Program yang dinamakan Meet Anwar @ USIM sekali lagi menyatakan punya bukti dan akan dedahkan nama pemimpin PAS yang menerima RM90 juta


Kemudian Hadi telah jawab dengan cabar Anwar dedah segera siapa pemimpin Pas yang dapat dana Umno RM90 juta

Hadi cabar Anwar dedah pemimpin Pas mana yang terima RM90 juta dimana Anwar kata ada maklumatnya... 

Budak Pemuda Pas kata Anwar tak akan dedah... sebab Anwar hanya cakap tanpa maklumat... ya aku percaya seperti mana Hadi sebut pasal ada maklumat calon PKR edar PIL KUDA .... Hadi tak akan dedah maklumat walau dicabar macam mana pun sebab Hadi hanya cakap kosong sahaja... 

Monday, April 15, 2019

Membongkar skandal HOSPITAL MAWAR yang menelan puluhan juta wang rakyat

Catatan Umum

15 April 2019


Pengenalan

Sejak sebelum sebelum PRK Rantau kami telah 'menjelajah' bertemu banyak yang 'menjaga' kepentingan awam dalam Negeri Sembilan. Kebanyakan pegawai kanan yang kami temui terkejut kerana mereka menyatakan ramai orang PH khususnya PKR yang terutamanya menyatakan rapat dengan Menteri Besar jumpa mereka tetapi semua pasal projek dan peluang membuat keuntungan tetapi kami ialah kelompok pertama yang berjumpa bagi mencari dan membongkar kehilangan wang rakyat sebelum ini. Terlalu banyak yang kami temui, malah kami tertanya kenapa Menteri Besar Negeri Sembilan terlalu lemah tidak sedar apa yang terjadi, jika malas atau tidak tahu nak cari fail fail yang dibawa lari kenapa tidak fail yang ada disusun dan dibongkar. Sudahlah lemah kami yang buat kerja nak buat pembongkaran dihalang pula menjelang PRK Rantau oleh jentera dibawah kawalannya. Takpa abaikan dulu Menteri Besar paling lemah dalam sejarah Negeri Sembilan itu tanpa mengenepikan fakta jika dia bijak dan cekap menyusun kerjanya sudah tentu banyak yang sudah terbongkar dan Bn pasti tidak mampu mengangkat muka dalam PRK Rantau baru ini. Sebab itu saya sebut Menteri Besar lemah ini bertanggungjawab terhadap keputusan PRK baru ini.

Tulisan kali ini akan memfokuskan sebuah insitusi yang dikenali sebagai Pusat Hemodialisis Mawar atau kemudian dikenali sebagai Mawar Renal Medical Centre (MRMC) juga kami PHM. Ditubuhkan pada 2008 oleh Mendiang Dato Dr. Yeow Chai Thiam yang merupakan Bekas ahli dewan negara, bekas Ketua MCA NS, 20 tahun ADUN Lukut dan beberapa penggal sebagai Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Sejak penubuhanya hingga kini jika dirujuk kepada laman sesawang http://www.mawar.com.my insitusi ini menekankan ia sebagai sebuah badan tidak bersifat keuntungan. Malah Menurut balu pengasasnya yang kini merupakan Pengerusi MRMC iaitu Datin Chua Lay Ping menyatakan secara jelas mereka memulangkan keuntungan yang diperolehi kepada orang miskin.



Kebetulan selepas PRU 14 Hospital yang dikendalikan oleh balu Dr. Yeow ini kelihatan mengalami masalah kewangan. Kerajaan Negeri cuba menawarkan pengambilalihan namun dilihat tidak mencapai persetujuan bersama. Ia membawa kepada beberapa perkara sehingga Hospital tersebut ditutup dan ratusan pekerja 'tergantung' nasib mereka dan gaji tidak dibayar. Beberapa laporan media cuba memberi gambaran negatif kepada kerajaan kerana gagal mengendalikan krisis melibatkan hospital ini dengan baik sehingga ratusan pekerja menjadi mangsa. Dalam pencarian sebelum PRK Rantau kami turut terjumpa beberapa dokumen berkenaan Hospital ini dan kami sangat pelik kenapa tidak terangkan terus kepada rakyat, bongkar penyelewengan seret yang terlibat ke muka pengadilan dan selamatkan hospital serta kakitangan yang terlibat.


RM18.14 juta wang rakyat diberikan Kerajaan Bn kepada PHM sambil mereka terus membuat keuntungan

Perlu diingat Hospital ini diasaskan dengan dana sumbangan awam dan wang dana rakyat yang disalurkan oleh kerajaan 'mungkin' kerana pengaruh dan kedudukan politik Dr.Yeow pada ketika itu. Kami telah mendapati yang PHM merupakan penerima bantuan kewangan dari KKM yang terbanyak dari kalangan semua NGO pada 2011. Sehingga 2015, PHM telah menerima bantuan kewangan mencecah RM 18.14juta di dalam bentuk subsidi dan geran. 

Secara ringkas, RM 9 juta telah diberi kepada PHM untuk membeli peralatan perubatan untuk Hospitalnya (Mawar Medical Center), RM 3.14 juta untuk peralatan dialisis dan pembinaan pusat rawatan dialisis dan baki adalah dalam bentuk bayaran subsidi rawatan dialsis dan ubatan kepada para pesakit yang diberikan secara berterusan.

                                                   


SOALAN RINGKAS: PHM telah menerima banyak subsidi dan bantuan kewangan dari pelbagai pihak sejak penubuhannya dan dianggarkan PHM menjana  keuntungan antara RM 30 - RM 100 untuk setiap rawatan dialisis bergantung kepada bayaran yang di bayar oleh agensi agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menaja para pesakit (contoh JPA, SOCSO, BAITULMAL, dll), justeru PHM sepatutnya ada sebuah institusi yang menguntungkan. 

JADI KENAPA PHM BOLEH MEMPUNYAI DEFISIT DAN HUTANG SEHINGGA RM30 JUTA? KEMANAKAH HILANGNYA SEMUA WANG DAN KEUNTUNGAN?


KE MANA PERGINYA PERALATAN YANG ‘DIBELI’?

Berdasarkan perjanjian bantuan kewangan di antara PHM dengan KKM pada 2009, sebanyak RM 4 juta telah diperuntukan kepada PHM untuk membeli 4 peralatan iaitu: 1 ‘Magnetic Resonance Imaging’ (MRI), 1 ESWL ‘External Lithotriper’, 1 ESWL ‘Internal Lithotripter’ dan 1 Phaco Machine.

Walaupun dengan pemberian geran tersebut, PHM juga telah membuat pinjaman bank untuk membeli peralatan yang sama. Adakah bank telah di tipu apabila memberi kelulusan pinjaman untuk membeli peralatan yang telah diberi geran/bantuan oleh kerajaan?

Dan yang lebih mengelirukan, walaupun setelah memperolehi pinjaman bank dan geran kewangan dari KKM, TIDAK SEMUA PERALATAN TERSEBUT KINI DIJUMPAI oleh pihak berkuasa walaupun di atas kertas, kesemua peralatan tersebut telahpun dibeli oleh PHM!

Jadi, jika wang tersebut tidak digunakan untuk membeli peralatan yang dijanjikan, kemana perginya wang tersebut?














Kesemua dokumen di atas menerangkan bagaimana jutaan wang rakyat disalur kerajaan kepada PHM untuk membeli peralatan , namun dokumen dokumen dokumen berikutnya menyatakan pula PHM membuat pinjaman bank untuk membeli perlatan. Kalau dah dapat bantuan untuk apa buat pinjaman pula ? Kemudian keratan dokumen terakhir pula ialah audit terkini yang menyatakan peralatan yang diberikan kerajaan dan kemudian dibuat loan untuk pinjaman pula tetapi tidak sampai .....

PINJAMAN BANK UNTUK PROJEK GAJAH PUTIH? 

Kami mendapat maklumat yang PHM telah membuat 2 pinjaman dengan bank HSBC (November 2011) dan Affin Bank (June 2012) yang berjumlah RM 12 juta.

Kami ingin tahu, apakah justifikasi PHM membuat pinjaman tersebut dan ke mana perginya wang tersebut?



MAWAR MEDICARE MANAGEMENT SDN BHD: SATU ‘CONFLICT OF INTEREST’? 

Kami mendapati pada 2015-2016, sebuah syarikat yang bernama Mawar Medicare Management S/B yang mempunyai alamat surat-menyurat yang sama dengan PHM dah syarikat ini dikatakan kepunyaan Datin Chua Lay Ping dan anak perempuannya  Yeow Win Yean telah cuba untuk menjadi PENGENDALI kepada PHM. 

Persoalannya, jika betul, kenapa pengerusi PHM dan anak perempuannya, melalui syarikat lain (yang mempunyai alamat syarikat yang sama dengan PHM) mahu mengambil alih kuasa pengendalian PHM? Bukankah ini suatu situasi yang pelik?

BEBERAPA PEMBAYARAN TUNAI DAN CEK YANG TIDAK DAPAT DITERANGKAN 

Dari penggalian maklumat dan siasatan yang telah kami lakukan, kami mendapati nama seorang individu yang telah timbul berulang-ulang kali. Nama individu tersebut adalah Wong SeinLoong. Wong telah dikatakan diambil bekerja di PHM dan tugas kerja hariannya adalah mendepositkan wang dari jabatan kewangan PHM ke bank. Kami mendapati dia juga merupakan seorang pengarah bagi beberapa syarikat pemiutang kepada PHM. Syarikat- syarikat tersebut adalah V Chem Enterprise, VSI Renovation & Trading, Kei Yao Enterprise S/B dan CL Fast Way Enterprise. Dari bukti yang kami kumpulkan, dikatakan dia telah melesapkan wang berjumlah hampir RM 2.8 juta di antara Februari 2015 hingga Oktober 2015. Selain dari itu, kami juga menjumpai 2 cek dari PHM yang ditujukan kepada pakcik dan ibu Wong ini berjumlah RM 950,000!

Sebanyak 3 cek berlainan juga telah dikeluarkan oleh PHM untuk individu bernama Wilson Lee Choon Yung yang berjumlah rm150,000. 

Selain dari cek, kami juga mendapat bukti yang mengatakan wang tunai sebanyak RM 150,000 telah diambil oleh Datin Chua Lay Ping pada 2015  dan sebanyak RM 45,000 lagi dikatakan diambil oleh Wong Sein Loong bagi pihak mendiang Dato Dr Yeow Chai Thiam, mantan pengerusi PHM ketika itu. Sebanyak RM 100,000 lagi wang tunai dikatakan di ambil oleh encik Henderic Koo (CEO PHM ketika itu) dan mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun Datin Chua Lay Ping.

Soalan yang perlu dijawab:

i) Kenapa PHM mengambil individu yang merupakan pengarah syarikat-syarikat yang menjadi pemiutang PHM berkerja? Dan lebih pelik lagi kenapa individu tersebut ditugaskan untuk mengambil wang tunai dari PHM untuk didepositkan ke bank setiap hari?

ii) Kenapa PHM mengeluarkan 2 cek bernilai RM 475,000 setiap satu yang bertarikh 17 mei 2012 kepada pakcik Wong Sein Loong, iaitu Lim Tau Foo (PBB no. cek 126536) dan ibunya, Lim Siew Kim (PBB no. cek 126535)? Apakah tugas yang mereka berdua telah lakukan sehingga PHM perlu membayar wang hampir RM 1 juta kepada mereka?

iii) Kenapa tiada tindakan lanjut di ambil oleh pihak berkuasa ke atas Wong Sein Loong apabila dia telah ke hadapan dan membuat sidang media untuk akhbar Kwong Wah Yit Poh berkenaan isu pemberian wang ini?

iv) Siapakah individu yang bernama Wilson Lee Choon Yung ini? Dia telah dikatakan menerima 3 cek dari PHM bernilai RM 50,000 setiap satu yang bertarikh 31 Desember 2015 (PBB no. cek 004395), 31 Januari 2016 (PBB no. cek 004396) dan 29 Februari 2016 (PBB no. cek 004397).

Kenapa dia dibayar?

v) Siapa yang membenarkan Datin Chua Lay Ping yang dikatakan telah mengambil wang tunai dari PHM sebanyak RM 50,000 pada Julai 2015 dan RM 100,000 lagi pada Ogos 2015? Atas alasan apa beliau dikatakan boleh mengambil wang dari PHM?

vi) Siapa yang memberi kebenaran kepada Wong Sein Loong yang dikatakan telah mengambil wang bagi pihak mendiang Dato Dr Yeow Chai Thiam dalam 2 masa berlainan pada Ogos 2014 yang berjumlah RM 45,000?

vii) Kenapa Henderic Koo yang dikatakan telah mengambil wang sebanyak RM 100,000 dari PHM dan mendepositkan wang tersebut ke akaun Datin Chua Lay Ping dalam beberapa transaksi bernilai RM 10,000? Siapa yang memberi kebenaran kepadanya untuk mengambil wang tunai dari PHM?









beberapa pembayaran tanpa asas dalam jumlah yang besar

PERCANGGAHAN DI DALAM PERJANJIAN ‘SETTLEMENT’. ADAKAH INI DIBUAT DENGAN SENGAJA UNTUK MENGUNTUNGKAN INDIVIDU TERTENTU?


Satu perjanjian di antara Mawar Associates (terdiri daripada PHM, Datin Chua Lay Ping dan Yeow Win Yean) dan 23 pemiutang telah ditandatangani pada Ogos 2017. Di dalam perjanjian tersebut, telah dipersetujui oleh semua pihak di mana PHM dan Mawar Associates perlu membayar semua pemiutang yang berjumlah RM 650,000. Sebanyak RM 200,000 dari jumlah RM 650,000 perlu dibayar oleh PHM dan bakinya dibayar bersama oleh Mawar Associates.

Apa yang menghairankan kami

Dalam perjanjian itu, dipersetujui bahawa saham milikan Aslirom S/B, Empatsempurna (M) S/B, Jazone Enterprise S/B, Nathill Station (M) S/B, Rumpun Tirai S/B dan Usetacom S/B telah dipindahmilik kepada Mawar Associates. Tetapi, selepas kami selidiki, PHM TIDAK menjadi pemegang saham bersama di dalam syarikat tersebut walaupun secara jelas di dalam perjanjian Mawar Associates terdiri dari 3 pihak. Kenapa PHM tidak diberi pegangan saham keatas syarikat tersebut? 

Di dalam perjanjian yang mencurigakan dan pelik itu, kami mendapati hanya PHM yang dikatakan terpaksa membayar kesemua jumlah hutang iaitu RM 650,000 dan bukan hanya RM 200,000 seperti yang dinyatakan di atas. 

Adakah terdapat individu-individu yang mendapat keuntungan dan  memenuhi poket mereka dari perjanjian yang berat sebelah ini? 

ADAKAH PERJANJIAN TERKINI DI ANTARA PHM DAN INTELEK CERIA SDN BHD (ICSB) SAH DI SISI UNDANG-UNDANG?

Kami telah berjaya mendapatkan perjanjian ‘Management and Operation’ di antara PHM dengan pihak ketiga bernama Intelek Ceria Sdn. Bhd. yang ditandatangani pada 7 Disember 2018 lalu. Apabila kami membaca dan mengkaji perjanjian ini, kami tertanya-tanya adakah perjanjian ini sah memandangkan PHM adalah satu institusi NGO. Beberapa perkara yang ingin kami utarakan dan persoalkan

Klaus 2.3.2
Kenapa ahli badan eksekutif tertinggi PHM perlukan kebenaran dari syarikat pengurusan jika mereka hendak melakukan rombakan atau menukar ahli mereka?
Kenapa tercatat di dalam perjanjian ini semua ahli badan eksekutif tertinggi PHM perlu ditukar selepas 2 tahun dan pengganti mereka mesti terdiri dari wakil yang dipilih oleh syarikat pengurusan? Kenapa syarikat pengurusan diberi kuasa sedemikian rupa? Salah seorang ahli badan eksekutif tertinggi adalah wakil pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Mengikut perjanjian ini, syarikat pengurusan mempunyai kuasa untuk menggugur dan menggantikan wakil dari jabatan kesihatan 2 tahun lagi. Adakah ini wajar? 
Klaus 4.4
Kenapa PHM mahu membeli tanah premis di Jalan Rasah (atas kebenaran KKM) bagi pihak syarikat pengurusan dan kemudiannya memindahkan hakmilik tanah kepada mereka?Tanah tersebut adalah milik kerajaan dan ia telah digazetkan untuk digunakan sebagai tapak hospital institusi NGO. Adakah klaus ini sengaja diletak sebagai ‘loop hole’ bagi membolehkan tanah ini digunakan untuk tujuan yang menguntungkan sesetengah pihak di masa hadapan? 
Klaus 5.1.4
Kenapa kuasa tandatangan cek diberi kepada syarikat pengurusan semata-mata? Bukankah kedua pihak patut mempunyai hak kuasa tandatangan yang sama supaya penyelewangan dapat di elakkan?

Klaus 6.4.2
Kenapa ahli badan eksekutif tertinggi PHM tidak dibenarkan untuk mempertikaikan laporan kewangan tahunan yang dibuat oleh syarikat pengurusan? Mengikut perjanjian ini, jika pertikaian berlaku, kedua pihak hanya boleh menerima laporan yang disediakan oleh syarikat pengurusan dan laporan dari pihak luar tidak akan diterima pakai. Kenapa?

Klaus 6.6
PHM adalah institusi tidak berkeuntungan. Jadi, kenapa perlu diujar tentang pemberian bonus kepada syarikat pengurusan?Ini telah melanggar M&A asal PHM. 
Cagaran
PHM hanya mempunyai 5 aset hartanah dan aset-aset ini telah dijadikan sebagai cagaran di dalam perjanjian tersebut. Berdasarkan situasi sekarang, PHM berkemungkinan besar akan kehilangan aset-aset ini kepada syarikat pengurusan. 

 Penutup

Terlalu banyak dokumen yang dapat dikumpul termasuk butiran akaun bank dan kehilangan duit melalui transaksi ke akaun peribadi, namun jika itu semua dikongsi pasti kami menanggung risiko perundangan. Dengan pendedahan ini pun kami sudah berisiko. 

Satu laporan SPRM akan dibuat dalam masa terdekat, namun tanpa pendedahan ini rakyat tidak akan tahu apa yang berlaku. Jika pendedahan ini dibuat melalui Kerajaan Negeri pasti impaknya lebih besar, namun apakan daya Menteri Besar sangat lemah. 

catatan oleh 

che'GuBard dan pasukan khas

Thursday, April 11, 2019

Siri 4 : Tok Mat teknokrat palsu ('sengaja' memilih rakan niaga lemah)


Catatan Umum

12 April 2019

Siri 4 : Tok Mat Teknokrat Palsu

1.      Pilihanraya Kecil Rantau ini sedikit sebanyak telah berjaya mendedahkan wajah sebenar Tok Mat selaku teknokrat palsu yang selama ini hanya berselindung dibalik persepsi baik semata mata. Siri sebelum ini berjaya mendedahkan dokumen perlembagaan SIGC yang beliau tandatangani sendiri membenarkan penjualan arak sehingga dia tak dapat elak sehingga terpaksa mengakuinya. Kemudian siri 2kami dedahkan bagaimana MBI entity pengawal utama semua perniagaan kerajaan negeri sengaja dilemahkan dengan hanya wujud dua lembaga pengarah termasuk dia dan hanya dua kakitangan. Kelemahan ini memberikan kesempatan tinggi untuk rekod kewangan terabur dan disyaki kuat penyelewengan berlaku. Siri dua mendedahkan bagaimana penyelewengan pentadbiran dimana secara ‘jenayah pentadbiranya ‘ tandatangan tanah tanpa title milikan telah ditandatangani. Namun dijawab olehnya secara lemah dengan memusingkan isu tanah tersebut dipajakkan kepada Felcra. Isu sebenar bukan pajakan, memang banyak kerajaan negeri punya polisi tidak serah tanah namun beri pajakan jangka masa panjang. Namun dokumen perjanjian itu sendiri haram kerana bagaimana MBI boleh membuat pajakan tanah yang bukan milikan MBI. Jenayah pentadbiran ini menjadi beban sehingga kerajaan hari ini.

2.      Dalam siri dua juga diteliti bagaimana kehilangan wang tanpa dikesan jejak kehilangan rekod pembayaran 2 tahun juga (kemungkinan diseleweng),kehilangan RM30.65juta yang sepatutnya untuk tabung e kasih (rakyat termiskin dan juga kehilangan RM10.96 juta dana untuk tujuan CSR (awam). Pendedahan terperinci tersebut gagal dijawab malah Mohammad cuba mengelak soalan itu direspon. Dia nya mengelak dengan memberi respon periksalah kalau duit itu masuk akaun saya. Namun dia gagal nafi apa yang kami dedahkan.

3.      Siri pendedahan 3 pula didedahkan secara terperinci bagaimana tanah (diyakini termasuk kawasan hutan simpan) di Serdai Ilir (Jempol) diluluskan sebagai kawasan pertanian (Zon industry akuakultur – ZIA) namun setelah balak kawasan tersebut licik dikerjakan kawasan tersebut baru masuk kajian dan diistihar tak sesuai untuk ZIA. Jelas MMKN istihar kawasan tersebut sebagai ZIA tanpa kajian terperinci hanya untuk kerja keluar balak. Pengurusan yang lemah juga telah menyebabkan bukan sahaja kawasan hutan dara yang diistihar ZIA di Serdai Ilir habis licin tetapi kecurian balak juga berlaku serentak dengan kerja balak membersih kawasan tersebut. Kerajaan negeri hilang jutaan wang yang besar kerana ini.

4.      Dalam siri ke 4 ini didedagkan bagaimana MBI yang sangat lemah sengaja dilihat lemah agar kesempatan ini dapat digunakan bagi membuat silap mencari rakan perniagaan yang tidak kompiten. Contohnya Kerajaan Negeri Sembilan hilang sehingga jutaan ringgit kerana Projek Ladang Rusa diuruskan secara tidak baik oleh Lambang Tunas Sdn Bhd. Pada peringkat awal 541 ekor rusa diternak seharusnya ia terus membiak namun kerana pengurusan lemah namun b ila diteliti semula selepas PRU hanya 151 ekor rusa sahaja hidup. Ini kerugian besar kepada kerajaan, ia asset hidup duit MBI seharusnya. Tinjauan tapak dibuat dan didapati infrastuktur ladang banyak rosak kerana tidK diselia dengan baik. Hasil temubual dengan beberapa pihak di ladang tersebut mendedahkan Rusa sendiri tidak diberikan makan yang cukup itu sebab mati kelaparan banyak. Kakitangan tidak punya latihan, malah pada satu masa Ladang ini tidak punya pengurus untuk tempoh lebih setahun.

5.      Pemilihan rakan niaga yang lemah ini nampaknya memang menjadi cara MBI itu sendiri. Kelihatan tidak ada dibuat langsung analisis pulangan dan risoko kepada MBI tiap kali pemilihan rakan niaga. Maka adakah layak Ketua MBI ketika itu Tok Mat digelar ahli korporat hebat atau hanya teknokrat palsu semata. Contoh seterusnya ialah dua buah syarikat iaitu Syarikat Ganjaran Kurnia Sdn Bhd dan Sumber Jelajah Sdn Bhd . Dua syarikat ini punya pemilik yang sama mendapat 4,020 ekar tanah di Gemas. Hasil siasatan kami dalam fail MBI sendiri tidak punya rekod lengkap syarikat ini seperti daftar meniaga dan lain lain. Sebaliknya carian di agensi lain yang menemukan milikan syarikat.

Ganjaran Kurnia Sdn Bhd mendapat tanah PT 5853 3,500 ekar untuk pajakan 30 tahun bagi tanaman sawit dengan hanya pajakan RM31,500 sahaja namun itupun tidak ada maklumat pembayaran. Entah bayar entahkan tidak

Sumber Jejalah Sdn Bhd mendapat 520 tanah bersebelahan tanah Ganjaran Kurnia Sdn Bhd (dimana dua syarikat ini pemilik sama) bagi tanaman Durian Musang King, juga dengan pajakan 30 tahun dengan nilai pajakan RM2,583. Perjanjian ditandatangani 2014 namun rekod pembayaran hanya pada tahun 2017 dan 2016 sahaja.

Apa kesitimewaan dua syarikat sama pemilik ini sehingga MBI sanggup rugi kerana mereka ?

Dari pendedahan siri 4 ini adakah Tok Mat layak digelar tokoh korporat berjaya dan bersih yang berkorban terjun ke dunia politik atau hanya layak digelar teknokrat palsu semata – mata.
Kesempatan ini juga saya nyatakan desakan sekali lagi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan supaya jangan lemah dan lembab sangat. Banyak kes salah laku Tok Mat yang telah membebamkan Negeri Sembilan yang kesannya hingga kini. Ya, Tok Mat juga ada jasanya, namun jasa itu tidak menghalalkan penyelewengan dan jenayah pentadbiran yang dilakukan. Menteri Besar seharusnya membentuk satu Jawatankuasa khas meneliti semua data, dokumen berkaitan bagi bukan sahaja membuka mata memberi keadilan kepada rakyat malah melalui penemuan penemuan tersebut dapat dikembalikan hak rakyat khususnya di Negeri Sembilan ini.

Saya juga hannya tersenyum melihat bagai mana kerajaan hari ini menggunakan isu RM10juta ‘penyeludupan wang haram’ ke London melibatkan Tok Mat sedangkan perkara tersebut saya yang bongkar sejak awal 2009 lagi. Namun ketika itu Pengerusi Perhubungan yang diterjunkan oleh Anwar Ibrahim yang dikatakan kawan baik Anwar sendiri ketika itu cuba menutup serangan saya dan kawan kawan terhadap isu itu ketika tersebut. Saya peringatkan diri saya betul dan salah wajib menjadi prinsip jika ia perjuangan rakyat bukan hanya guna isu berdasarkan kepentingan diri dan kelompok semata.

Catatan ;
che’GuBard,
*bekas MPP PKR
*bekas Ketua Cabang Rembau

sila baca

1. Tok Mat Teknokrat Palsu (Tok Mat tandatangan kebenaran penjualan arak di permis Kerajaan Negeri dan MBI sengaja dilemahkan untuk alasan penyelewengan ) klik http://chegubard.blogspot.com/2019/03/mohammad-hassan-teknokrat-palsu-siri-1.html

2. Tok Mat Teknokrat Palsu (jenayah perjanjian palsu dan kehilangan wang rakyat termiskin) klik http://chegubard.blogspot.com/2019/04/siri-2-tok-mat-teknokrat-palsu.html


Wednesday, April 03, 2019

Siri 3 : Tok Mat Teknokrat palsu (sapu balak)

Kenyataan Umum
4 April 2019

*Siri 3 : TOK MAT TEKNOKRAT PALSU*

1. Tulisan ini perlu dibaca dengan siri satu yang boleh dicapai di *http://chegubard.blogspot.com/2019/03/mohammad-hassan-teknokrat-palsu-siri-1.html?m=1* dan siri 2 di *http://chegubard.blogspot.com/2019/04/siri-2-tok-mat-teknokrat-palsu.html?m=1*

2. Seperti dijangka Mohammad Hassan pastinya tidak mampu menjawab satu pun dari siri pendedahan ini malah pasti akan cuba mengelak menjawab kerana ia tidak punya jawapan malah mungkin terkejut dengan bagaimana kami masih boleh mengesan penyelewengan – penyelewengan walaupun banyak fail dan dokumen telah dihilangkan dari banyak pejabat kerajaan. Selama hampir sebulan pasukan yang dibentuk mencari dan meneliti ratusan set dokumen dari perbagai sumber bagi menyusun beberapa siri pendedahan ini. Ia bukan satu usaha mudah kerana banyak fail telah dikesan hilang.

3. Siri pertama kami mendedahkan dokumen kebenaran dengan tandatangan Mohammad Hassan “pindaan” perlembagaan SIGC yang membenarkan penjualan arak sehingga memaksa dia mengaku memang wujud dokumen seumpama itu.

4. Siri ke dua kami dedahkan bagaimana MBI yang menjadi organisasi utama mengawal semua entiti perniagaan kerajaan negeri kelihatan sengaja dilemahkan dwngan hanya ada dua Lembaga Pengarah dan dua staff. Malah kebenaran audit tanpa had juga tidak wujud. Ini disyaki kerana sengaja agar kelemahan ini boleh digunakan sebagai peluang untuk memadam, menutup atau kelihatan tidak sengaja direkod transaksi. Dalam pendedahan siri kedua juga didedahkan secara terperinci mengenai bagaimana MBI melakukan jenayah menandatangani perjanjian dengan FELCRA penyerahan tanah 2585.09 tanah tanpa tittle, kehilangan rekod pembayaran 2 tahun juga (kemungkinan diseleweng),kehilangan RM30.65juta yang sepatutnya untuk tabung e kasih (rakyat termiskin dan juga kehilangan RM10.96 juta dana untuk tujuan CSR (awam). Pendedahan terperinci tersebut gagal dijawab malah Mohammad cuba mengelak soalan itu direspon.

5. Kali ini didedahkan mengenai kelulusan tanah berkeluasan 350 hektar @ 875 ekar di Serdai Ilir (Jempol) yang diluluskan oleh kerajaan negeri dan diberikan kepada MBI pada 30 Ogos 2006 secara pajakan 99 tahun untuk kegunaan penternak ikan dan udang. Berdasarkan rekod – rekod yang dikumpulkan menyatakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 10 Oktober kemudian mewartakan tanah tersebut sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA). Menurut rekod ditemui 15 November 2007 MBI telah membayar RM34,240 bagi notis 5A (milikan tanah).

6. Namun carian cuba dibuat bagi mengenal pasti lokasi dan sempadan sebenar tanah. Malangnya fail tanah ini ‘telah hilang’ dari simpanan Pejabat Daerah dan Tanah. Kami punya syak yang kuat bahawa kawasan yang diluluskan turut melibatkan kawasan hutan  simpan.

7. Malangnya MBI telah melantik syarikat secara terus bagi pengeluaran balak kawasan tersebut namun rekod syarikat dan pembayaran pengeluaran balak juga tidak ditemui. Muncul persoalan adakah ia dikeluarkan secara percuma sebagai ‘upah’ bersih tanah bagi tujuan pertanian atau bawah nilai pasaran ? Cuma berdasarkan maklumat mulut syarikat ada kaitan dengan “YB parti kerajaan ketika itu”. Pembalakan tidak dipantau dengan baik malah ia turut melibatkan kecurian kayu balak dikawasan sekitar tanah tersebut di mana sekitarnya ialah hutan simpan dan hutan dara. Ini sahaja sudah merekodkan jutaan kehilangan wang MBI dan kerajaan negeri secara tidak langsung.

8. Paling menarik sebaik balak habis dikeluarkan termasuk ada yang dicuri begitu sahaja. Muncul rekod kononya hasil kajian agensi dibawah Kementerian Pertanian Malaysia memberi tahu kawasan tersebut tidak sesuai dibuat kawasan ZIA. Lucukan kenapa dari awal tidak dikaji hanya selepas balak bersih baru dikaji. Berdasarkan penemuan setakat ini ada lagi beberapa kawasan dipercayai telah berlaku perkara yang sama.

9. Selepas balak bersih dan kawasan tersebut gagal dijadikan kawasan pertanian maka kerajaan gagal menyerahkan tanah tersebut kepada pihak yang berminat untuk pertanian maka kerajaan secara automatic kehilangan kutipan cukai tanah bernilai sekurang kurangnya RM727,200.

10. Urus tadbir lemah, kehilangan rekod, adakah ia jelas bagi tujuan menutup jenayah ? Adakah Mohammad layak dikatakan sebagai MB terbaik, bersih atau dia sekadar teknokrat palsu. Sekali lagi saya mendesak Menteri Besar untuk membentuk satu jawatankuasa khas bagi menyiasat semua penyelewengan dan jenayah kerajaan terdahulu keraja selepas mencari sendiri dan menyusun sendiri semua dokumen ia melibatkan kerugian yang besar dengan dan memberi kesan berpanjangan kepada negeri ini. Saya sedia memberikan kerjasama jika diperlukan.

*Catatan oleh che’GuBard* (Badrul Hisham Shaharin)
- Bekas MPP PKR
- Bekas Ketua Cabang Rembau yang pertama

Monday, April 01, 2019

Siri 2 : Tok Mat Teknokrat palsu

Kenyataan Umum
1 April 2019

MOHAMMAD HASSAN TEKNOKRAT PALSU (SIRI 2)

1. Ini adalah sambungan dari kenyataan Tok Mat Teknokrat Palsu siri satu yang dikeluarkan pada 28 Mac 2019 lalu. Melalui tulisan pertama kita telah dedahkan keratan dokumen ‘pindaan’ perlembagaan SIGC yang membenarkan penjualan arak yang ditandatangani oleh Mohammad Hassan sendiri yang mana dia sendiri dalam satu sidang media selepas itu terpaksa mengakui mengenai kewujudan dokumen yang dia tandatangani tersebut.

2. Dalam siri lepas juga didedahkan bagaimana Menteri Besar diperbadanankan (MBI) yang merupakan entiti terbesar yang mengawal semua ‘perniagaan’ bagi pihak kerajaan Negeri Sembilan sengaja dikendalikan dengan organisasi yang lemah untuk melindungi ‘sesuatu’. Berdasarkan penemuan dibawah kerajaan Barisan Nasional perniagaan sepenting ini hanya mempunyai 2 orang kakitangan dan dua orang lembaga Pengarah iaitu Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja. Ini menjadikan MBI satu organisasi tertutup dan tidak ada proses check and balance. Semua keputusan mutlak Menteri Besar. Malah MBI ketika itu tidak memberi akses tanpa had kepada juruaudit. Ini disyaki kerana bagi mudah melindungi rekod kewangan yang tidak teratur terutamanya akaun 3 (CSR). Kami juga menemui banyak bayaran tanpa rekod dan juga pembayaran dibuat tidak melalui tatacara kewangan sepatutnya seperti voucher pembayaran tidak ditandatangani.

3. Dalam siri ke dua ini kami ingin mengenengahkan penemuan kami berkenaan urusan MBI dengan FELCRA. Di mana kita mengesan MBI (kerajaan sebelum ini) telah menandatangani perjanjian menyerahkan 2585.09 hektar tanah di kira kira 20 kawasan berasingan seluruh NS kepada Felcra untuk penanaman kormersial getah dan sawit. Namun kami mengesan perjanjian itu dibuat secara SALAH kerana MBI menandatangani penyerahan tanah tanpa ‘title’ kepada FELCRA. Kita mahu Mohammad Hassan memberikan respon kepada perkara ini, jika benar ini berlaku ia satu jenayah. Perjanjian ini tidak sah dan menipu serta tatacara pengurusan negeri telah hancur dilanggar. Sepatutnya MBI seharusnya memiliki dahulu tanah tersebut dan perlu ada geran ‘title’ nya sebelum membuat perjanjian.

4. Juga menarik dalam perihal perjanjian dengan FELCRA ini dinyatakan secara jelas pembayaran keuntungan hasil tanah tersebut kepada MBI seharusnya mengikut pembahagian untuk tabung e Kasih ( 50.3 %), tabung awam (30%) dan terus ke MBI (19.7 %). Pembahagian ini direkod dalam perjanjian berdasarkan arahan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Berdasarkan carian ditemui Jumlah terkumpul dividen FELCRA bayar dari tahun 2006 – 2015 ialah RM53.61 juta. Namun dividen tersebut tidak punya rekod agihan seperti yang sepatutnya. Struktur organisasi MBI yang terutup hanya dua orang dan lemah kelihatan melindungi semua kehilangan ini. Sepatutnya RM30.65 juta sewajarnya terus pergi kepada program e kasih untuk rakyat termiskin dan RM10.96 juta untuk program bantuan awam yang lain. Hanya ditemui satu rekod pembayaran program e kasih namun ia bukan rekod penerima sebaliknya hanya pembayaran kepada kontraktor.

5. Rekod kewangan MBI – Felcra sangat celaru, kesemua pembayaran tidak diasingkan terus dimasukkan ke akaun 3. Wang khusus untuk rakyat miskin teralir begitu sahaja.

6. Manakala rekod pembayaran 2 tahun dari FELCRA langsung tidak ditemui sama ada FELCRA gagal membayar atau bayaran bernilai jutaan ringgit itu juga lesap, tidak pasti.

7. Ini satu jenayah serius namun ia hanya cebisan awal yang banyak lagi akan didedahkan. Mohammad bertanggung jawab menjelaskan perkara ini. Perjanjian tanpa pemilikan tanah meletakkan kerajaan negeri hari ini terbeban. Kami juga mendesak agar Aminuddin Harun, Menteri Besar NS kini tampil mendedahkan perkara ini menyusun semua dokumen dan sewajarnya menyerahkan kepada pihak berkenaan, watak Mohammad baik selama ini hanya kerana dia bijak menyurukkan sisi lainnya.
Nota : siri dua ini perlu dibaca dengan siri satu yang boleh diakses di https://chegubard.blogspot.com/2019/03/mohammad-hassan-teknokrat-palsu-siri-1.html

che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
Bekas ahli MPP PKR
Bekas Ketua Cabang PKR Rembau

Sunday, March 31, 2019

Mohammad Hassan Teknokrat Palsu (siri 1)

Kenyataan Umum
28 Mac 2019

1. Pilihanraya ini merupakan ibu kepada pilihanraya kecil pasca PRU 14 kerana jelas ia penentu masa depan politik Pemangku Presiden Umno bekas parti paling dominan selama ini di Malaysia sejak merdeka. Jika Umno kalah bukan sahaja Mohammad Hassan akan tamat karier politiknya malah Umno itu sendiri pasti menerima tamparan yang sangat berat ketika usaha mahu bangkit selepas kekalahan teruk tanpa disangka PRU lepas.
2. Bagi pihak PKR pula sudah memutuskan dan diumumkan melalui beberapa kenyataan umum imej Anwar Ibrahim sebagai taruhan dalam pilihanraya ini. Maka pastinya PRK Rantau ini menjadi perhatian.
3. Langkah kempen PRK Rantau kali ini nampaknya dimulakan dengan isu penjualan arak di Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC). Saya dengan ini menyatakan sokongan penuh bersama teman – teman yang lain ke atas pengumuman YAB Menteri Besar Negeri Sembilan yang menyatakan larangan penjualan arak di SIGC. Ini satu langkah yang sihat dan bijak. Arak bukan lambang kemewahan jauh lagi tidak ada kaitan dengan sukan maka larangan itu sewajarnya dilihat dari aspek positif. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam Negeri Sembilan yang juga merupakan Pengerusi SIGC membuat larangan tersebut amat bersesuaian. Malah ketegasan Menteri Besar menyatakan dia akan meletakkan jawatan selaku Pengerusi SIGC jika SIGC ingin meneruskan penjualan arak.
4. Namun pengumuman Menteri Besar tersebut telah disanggah melalui satu mesyuarat agong luar biasa SIGC yang memutuskan meneruskan penjualan arak bersesuaian dengan ‘perlembagaan SIGC’ itu sendiri. Jawatankuasa SIGC pasti tidak berani melakukan aksi mesyuarat agong luar biasa bagi melanggar arahan MB jika tidak punya asas kukuh. Perlu diketahui puncanya ialah sememangnya wujud perlembagaan SIGC yang Datuk Seri Utama Hj Mohammad Hj Hassan (ketika menjadi Menteri Besar) sendiri telah menandatangani dokumen perlembagaan SIGC pada 2009 yang memberi "kebebasan" khusus kepada SIGC menjual dan menghidangkan arak.
5. Ini perlu diketahui umum, ahli politik bakal calon UMNO - BN Rantau yang juga mengetuai UMNO
yang kini bercakap soal Melayu dan Islam tetapi dialah yang menandatangani dokumen menghalalkan penjualan arak di Kelab Golf yang asetnya milik kerajaan negeri, kerana tandatangan kebenaran tersebutlah MB kini gagal untuk menghalang penjualan arak. (rujuk lampiran)


6. Akhirnya Menteri Besar mengumumkan perletakan jawatan, saya mengucapkan tahniah atas ketegasan serta sikap cakap dan buat tersebut. Namun semalam ada bekas setiausaha SIGC mengeluarkan kenyataan dipetik media memperlekehkan Menteri Besar Negeri Sembilan kononnya jika mahu meletakkan jawatan selaku Pengerusi SIGC , perlu meletakkan jawatan selaku MB dahulu kerana kononnya perlembagaan SIGC menyatakan Menteri Besar wajib menjadi Pengerusi SIGC.
7. Ini satu usaha memperlekehkan institusi rakyat yang diangkat atas suara demokrasi rakyat. Siapa SIGC yang mahu angkuh dan sombong. Rakyat NS angkat Menteri Besar bukan SIGC, malah ingat SIGC pun padang golf nya itu tanah kerajaan negeri. Jangan sampai ada usaha desak tutup sahaja SIGC untuk gunakan tanah tersebut dengan lebih bermanfaat pada rakyat terbanyak.
8. PRK Rantau ini bagi Umno mereka bangga mempertaruhkan Mohammad Hassan kononnya seorang ahli politik bersih dan bijak. Namun disini saya umumkan sepanjang kempen PRK ini kami akan gunakan untuk mendedahkan siapa sebenar Mohammad Hassan. Rakyat perlu tahu Mohammad teknokrat palsu.
9. Satu pasukan ‘pencari bukti dan data serta penyusun maklumat’ telah memulakan kerja hampir sebulan, kini diperingkat akhir bagi menyiapkan siri pendedahan Mohammad teknokrat palsu. Banyak dokumen, maklumat dan data telah disusun yang sudah tentu akan juga kami panjangkan dalam bentuk laporan kepada pihak berkuasa.
10. Banyak sebenarnya kepincangan dalam pentadbiran Mohammad yang diselindungkan konon dengan imej bijak dan bersihnya. Dia bijak menyusun imejnya bagi mengaburi rakyat. 
11. Menteri Besar diperbadanankan (MBI) merupakan entiti terbesar yang mengawal semua ‘perniagaan’ bagi pihak kerajaan Negeri Sembilan. Berdasarkan penemuan dibawah kerajaan Barisan Nasional perniagaan sepenting ini hanya mempunyai 2 orang kakitangan dan dua orang lembaga Pengarah iaitu Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja. Ini menjadikan MBI satu organisasi tertutup dan tidak ada proses check and balance. Semua keputusan mutlak Menteri Besar. Malah MBI ketika itu tidak memberi akses tanpa had kepada juruaudit. Ini disyaki kerana bagi mudah melindungi rekod kewangan yang tidak teratur terutamanya akaun 3 (CSR). Kami juga menemui banyak bayaran tanpa rekod dan juga pembayaran dibuat tidak melalui tatacara kewangan sepatutnya seperti voucher pembayaran tidak ditandatangani.
12. Semuanya kami akan dedahkan satu persatu dalam siri pendedahan ini. Itu belum termasuk bagaimana Kerajaan melalui MBI telah menandatangani dokumen perjanjian tanah walaupun tanah tersebut sendiri tidak mempunyai ‘title’ bukan sedikit tetapi 2585.09 hektar. Senarai pajakan tanah melalui MBI dilihat sangat bermasalah dan merugikan MBI. Menyerahkan projek kepada pihak yang tidak berkelayakan. Pemilihan rakan usahasama tanpa penilaian sewajarnya merekodkan jutaan kerugian.
13. Kita punya rekod panjang senarai tanah kerajaan negeri yang akhirnya bertukar tangan dengan diskaun premium bagi projek komersil dengan nilai sangat tidak munasabah. Terdapat juga tanah hutan simpan yang digazet semula sebagai kawasan pertanian namun selepas pengeluaran balak, projek pertanian tidak dilakukan.
14. Banyak tatacara pengurusan yang tidak mengikut proses yang betul sehingga memberikan kesan sehingga ke hari ini akan didedahkan sedikit demi sedikit. Rakyat perlu disedarkan imej Mohammad sebagai bersih dan teknokrat pemimpin hebat cuma ilusi semata.

che’GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
Bekas ahli MPP PKR
Bekas Ketua Cabang PKR Rembau

Wednesday, February 27, 2019

MB NS mulakan kempen PRK Rantau dengan menipu

Merujuk kepada laporan Sinar Harian (Bernama) saya sangat kecewa apabila Aminuddin Harun YAB Datuk Seri Menteri Besar Negeri Sembilan sanggup menipu untuk memastikan Dr.Streram dapat menjadi calon PKR. Nampaknya sah jika ini caranya MB pasti PRK Rantau, PH bakal berdepan kesukaran... mulakan PKR dengan menipu. 

Aminuddin menipu kononya Dr. Streram sudah  15 tahun berbakti di Rantau dan Rembau... janganlah nak menipu sangat ... 

Dr. Streram hanya masuk PKR pada tahun 2009 beramai ramai dengan anggota MIC yang lain di Selangor selepas PKR Kerajaan di Selangor.  2014 dia bertanding sebagai Naib Ketua Cabang PJS.

Hanya beberapa bulan sebelum PRU baru dia muncul di Rantau selepas dijanjikan kerusi DUN Rantau.... 

Untuk pengetahuan Aminuddin Streram hilang populariti selepas pemilihan parti peringkat cabang Rembau selepas dia membuat pakatan mengkianati kem yang sama berkempen untuk dia. Dia sendiri menggerakkan anghota parti orang India untuk mengundi hanya calon India... ini menyebabkan ramai tidak berpuas hati malah membenci Streram... malah diperingkat masyarakat dia mula dipertikai bila terlalu banyak berjanji dan tidak ditunaikan. 

Jika dia diberikan peluang bertanding wakili PH maka malanglah kerana bukan sahaja pengundi biasa malah anggota parti sendiri majoritinya tidak berpuas hati dengan dia... 

PKR tidak ketandusan calon... malah ramai calon lebih layak dan jauh berketerampilan untuk menang selain Streram. 

Maaf kalau saya kasar namun selaku bekas ketua cabang PKR Rembau saya sangat arif dan mengetahui apa yang berlaku. Menteri Besar harus mendapat maklumat dari akar umbi bukan sekadar duduk di pejabat dan dijamu maklumat dari pengampu sahaja.

Dari facebook che'GuBard klik



Tuesday, February 19, 2019

'Track Record' YTL jelas gagal tentu ada cerita belakang jika mereka dapat....

Catatan Terbuka

19 Febuari 2019


1. Tulisan ini sebagai sambungan kepada tulisan sebelum ini klik https://chegubard.blogspot.com/2019/02/proses-lantikan-dan-pembentukan-sbc.html di mana dalam tulisan sebelum ini saya dedahkan dikumen Menteri Besar, Negeri Sembilan (Pemerbadanan) - MBI NS yang memanggil 5 syarikat untuk menjadi rakan dalam State Backed Company (SBC) bagi mendapat hak tunggal dalam menguruskan menara telekomunikasi di Negeri Sembilan dimana syarikat sebelum ini wellcom yang bekerjasama dengan MBI membentuk SBC yang dikenali sebagai Rangkaian Minang bakal ditamatkan. Saya bersetuju antara selain alasan teknikal syarikat lama ditamatkan kerana mempunyai kepentingan pihak berkepentingan dengan kerajaan lama.

2. Setelah diteliti ada 5 syarikat dipanggil satu syarikat tidak menunjuk minat, tiga syarikat punya pengalaman dan kekuatan kewangan namun ia bukanlah syarikat bergelar 'gergasi' tanpa jaringan politik. Namun yang menarik ialah sebuah syarikat gergasi YTL yang memiliki sebuah syarikat yang dinamakan Kumpulan Jaringan Selangor Sdn Bhd. Apa yang saya bangkitkan dalam tulisan saya yang lepas ialah mengenai YTL selaku syarikat telekomunikasi jelas gagal malah bila gagal ia membebankan tindakan tidak boleh diambil kerana 'back up' jaringan politik dan seumpamanya. Persoalanya mengapa syarikat yang punya track rekod seburuk ini dipanggil oleh kerajaan Negeri Sembilan dan jika dipilih maka ia akan dilihat elok diperingkat awal namun jika masalah terjadi maka seperti mana Kementerian Pendidikan terperangkap dengan masalah 1Bestarinet maka kerajaan negeri akan terperangkap dengan kejadian yang sama. 

3. Setelah menulis tulisan yang lalu saya mendapat banyak respon. Antaranya mempertikaikan PKR itu sendiri. Bukankah Anwar dalam ucapannya sebelum ini menyatakan YTL itu kroni dan perbagai lebel negatif namun sangat pelik bila ada kuasa bersungguh pula hendak beri projek kepada YTL. Namun antara respon yang menarik ialah saya mendapat kiriman dokumen 'sulit' dari dalam Kementerian Pendidikan yang merupakan laporan penuh 1Bestarinet.  Sangat jelas dalam laporan yang saya turut kongsi dibawah menyatakan dengan jelas berapa banyak Kementerian 'dipaksa' belanjakan berbilion wang untuk perkidmatan yang sangat teruk. Walaupun aduan dibuat namun tidak diendahkan. Malah diperingkat Fasa 2 dinyatakan dengan jelas ia ditamatkan namun terpaksa diteruskan kerana 'tekanan politik'. Walaupun perkidmatan jelas tidak memenuhi apa yang dijanjikan namun bayaran jauh lebih mahal dari nilai perkhidmatan yang boleh diperolehi pada syarikat telekomunikasi lain yang mana perkhidmatan jauh lebih baik.











(klik imej untuk membaca dengan lebih jelas)

4. Bayangkan Kementerian Pendidikan terperangkap sekian lama dengan masalah YTL tidak mampu berbuat apa bagaimana pula nanti dengan Negeri Sembilan yang mangsanya ialah rakyat negeri ini seperti mana warga Kementerian Pendidikan.

5. Untuk pengetahuan Kerajaan Negeri Sembilan, menurut maklumat dalaman perkembangan terbaru di Kementerian Pendidikan. 1Bestarinet tidak diteruskan diperingkat fasa 3 bersama YTL. Kementerian Pendidikan telah memanggil RFI dengan menjemput perbagai pihak dan menurut sumber tersebut YTL tidak dipanggil. Tindakan ini sangat difahami kerana kegagalan YTL sebelum ini. RFP akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Namun ia bukan proses mudah, Kementerian Pendidikan masih bergelut dalam mengenal pasti dan menyusun terma dan teknikal undang undang dalam mengenepikan YTL dalam pada masa sama YTL masih cuba bertahan dalam lubuk emas 1 Bestarinet.

6. Namun yang peliknya kenapa kerajaan Negeri Sembilan pula berminat mahu menjerumuskan diri bersama YTL dalam bidang telekomunikasi ini. che'GuBard masih tidak mahu beranggapan negatif walaupun telah dihantar oleh beberapa sumber dengan beberapa fakta, dokumen dan gambar yang boleh menjelaskan kenapa YTL yang jelas gagal dalam bidang telekomunikasi masih mendapat tempat persaingan di Negeri Sembilan. Dalam simpanan antaranya gambar kemunculan seorang Dato' dari syarikat tersebut dalam beberapa pertemuan tertutup bersama pimpinan utama. Ia mungkin kebetulan. Namun jika YTL masih mendapat tempat maka sudah tentu pendedahan lanjut tidak dapat dielakkan.

catatan ;
che'GuBard (Badrul Hisham Shaharin)
* Bekas MPP PKR
* Bekas Ketua Cabang Rembau
* Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

nota kaki : catatan umum saya yang pertama sebelum ini saya turut hantar kepada beberapa kawan media.... hanta tersenyum kerana dia cakap 'bos' tak lepaskan sebab menyentuh gergasi besar.... sangat faham dengan 1 Bestarinet yang bermasalah boleh terus menyedut wang rakyat dan dibiarkan apalah sangat gergasi besar nak kawal media... bayangkan jika negeri sembilan terjerumus dengan gergasi ganas ini.