Kejadian berlaku apabila pemimpin UMNO dan Pakatan Rakyat hadir bersama di Masjid Simpang selepas proses penamaan calon untuk kerusi parlimen Bukit Gantang semalam.
Antara yang hadir di masjid itu ialah Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan calon Barisan Nasional Ismail Safian.
Apabila Nizar bersalaman dengan Zambry, pemimpin UMNO itu dengan nada keras memberitahu Nizar bahawa "jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir".
Nizar hanya membalas dengan senyum terhadap tindakan Zambry membawa perbezaaan politik ke kancah masjid.
Insiden itu dihuraikan oleh Datuk Seri Nizar yang menjadi calon Pakatan Rakyat dari PAS pada pilihanraya kecil Bukit Gantang 7 April ini. Berikutan catitan Datuk Seri Nizar dalam blognya:
SAYA TELAH MENGIMAMKAN SOLAT MAGHRIB
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin: Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!
Hari penamaan calun PRK P059 Bukit Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.
Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju.
Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama.
Pimpinan UMNO berada disaf pertama.
Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.
Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.
UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya.
Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry.
Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.
Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komos(commotion).
Saya mengelak bagi memelihara suasana.
Habis baca Yaasin saya pergi bersalam dengan Datuk Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir".
Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain .
Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.
Sekadar makluman! Doakan Pakatan Rakyat menang besar di P059 Bukit Gantang.
apesal laaaa zambry ckp camtuh...huuuu~
ReplyDeletewat malu diri sendiri jek..
apa punya turr org tu...riak tak menahan
ReplyDeletesaya peminat blog tuan dan jg peminat kepimpinan tuan dalam AMK...sudi kiranya tuan pautkan blog saya ke dalam blog tuan.... salam dgn khairul anuar zainuddin Naib AMK selangor(my best frnd/ roomate UPM dulu)...reformasi terus reformasi untuk malaysia baru...kami dari sarawak jg akan membawa ribut perubahan....
ReplyDeleteBelajar FOREX secara PERCUMA. Tanpa sebarang bayaran. Bahan pengajaran dalam bahasa melayu. Lawati http://melayuforexs.blogspot.com
Nasib dia memang baik sebab Datuk Seri Nizar tak cepat melatah macam org2 AMENO,, tapi kalu dengan salah org, bukan saja senyuman, gelak tawa hilai mengilai maki hamun yg Zambri & the gang akan dapat di sebabkan kebodohan dan kebangangan mereka....
ReplyDelete