Tuesday, March 03, 2009

Disaman RM2000 kerana pembakaran terbuka.

Semenangnya cheGuBard sudah dihubungi oleh Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan untuk hadir ke Pajabat mereka untuk diambil keterangan dan tindakan lanjut kerana melakukan pembakaran terbuka. Ini merujuk kepada pembakaran dokumen rasuah di hadapan Pejabat SPRM minggu lepas. Namun tidak pasti adakah benar akan dikenakan saman serta tidak pasti mengenai jumlahnya.

Jika dirujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan sila klik sini menyatakan saman berjumlah RM2000 dikeluarkan kerana pembakaran terbuka. Dibawah undang - undang terbabit jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua duanya sekali dibawah akta kualiti alam sekitar 1974, seksyen 29A.

Haaaaa.....haaaa... dengar jumlah wang denda itu cheGuBard gelak besar... tidak menentang undang - undang alam sekitar tetapi jika membakar dokumen yang pembakaranya cuma tak sampai 3 minit kerana dipadamkan oleh jaga Kompleks Kerajaan Putrajaya dan polis berpakaian biasa boleh dikenakan denda maka tentu kerajaan Malaysia akan kaya kerana cheGuBard nak serah bukti banyak lagi pembakaran terbuka.

Demo Pemuda Umno 9 Januari 2009

Demo pemuda Umno bakar gambar Karpal tapi yang nie bakar kemudian
dia padam sendiri dengan pijak ramai-ramaiDemo pemuda Hulu Langat, Puteri Umno tu tak bakar cuma jerit sahaja mungkin JAS boleh kenakan denda 'bunyi bising'lagi bakar !!

banyak lagi gambar bukti jika di cari dalam internet.

cheGuBard akan pergi lapor diri di Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan pada 6 Mac 2009, jam 11.30 pagi.

JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TINGKAT 1-2, WISMA SCA
NO. 3, JALAN SUNGAI BESI
57100 KUALA LUMPUR

7 comments:

  1. Anonymous12:45 PM

    bro...

    hati - hati ini mungkin muslihat terancang bukan sekadar nak denda sahaja...

    kalau u masuk mahkamah dan didenda rm2000 maka dua tahun akan hilang hak bertanding...

    maybe bn takut dengan potensi u dan akan cuba apa jua cara halang u tanding next pru

    ReplyDelete
  2. caption gambar2 tu memang best la, kelakar gila hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Salute Bard, you have guts.

    Saya respek samamu. Rakyat yang ada mata boleh melihat dwi piawai yang kerajaan UMNO pakai di Malaysia.

    Pedulikan apa kalau hilang peluang bertanding, Bard yang kita tahu ialah aktivis, bukan orang yang gila pangkat dan kuasa. Mungkin lebih bagus kalau sudah tahu tak boleh bertanding, agar lebih perhatian boleh ditumpukan kepada usaha mengukuhkan parti.

    ReplyDelete
  4. Dah kena denda nanti jangan tak bayar pulak ye.

    ReplyDelete
  5. Anonymous1:10 PM

    keh!!!keh!!!keh!!!keh!!! CHEGU, jgn lupa tau panggil karam singh walia skali...

    ReplyDelete
  6. SALAM,

    kalo chegu Bard kena denda.. depa2 (juak2 umno) yg dok bakar dlm foto2 tu juga patut diheret sama.. baru la adil.. tak gitu!?

    ReplyDelete
  7. Anonymous9:34 AM

    den nak ikut maso 8 hb nanti, Faiz Gobi ado tak?

    ReplyDelete