Wednesday, March 27, 2013

che'GuBard sedia untuk menjadi jentera dan tidak bertanding dalam PRU ke 13

Kenyataan Umum
27 Mac 2013

SEDIA JADI JENTERA BIASA DAN TIDAK BERTANDING DALAM PRU KE 13

Pilihanraya ke 13 merupakan PRU yang terpenting dalam sejarah negara. Belum pernah mood rakyat setinggi ini untuk membuat perubahan bagi menamatkan sejarah penguasaan regim yang diwariskan kepada negara ini oleh penjajah.

Namun perlu disedari cabaran yang terpaksa didepani bukan sedikit. Seribu satu helah dan taktik jahat akan digunakan untuk mempertahan regim ini seiring dengan seruan Najib Razak iaitu akan pertahankan 'Putrajaya' dengan darah biar hancur tulang belulang.

Maka fasa ini memerlukan penyatuan semua yang berada di pihak pro perubahan. Mood perubahan amat tinggi namun sejarah pernah membuktikan banyak kali perubahan gagal dicapai antara sebabnya ialah kerana perebutan dan pertelingkahan. che'GuBard menasihatkan diri dan teman - teman agar mengambil iktibar sejarah ini.

Ini masa seharusnya semua kelompok khususnya anak muda menumpukan gerak kerja mengasak perubahan tanpa berehat. Jalan yang dipilih ialah perubahan melalui peti undi dan kenderaannya ialah politik kepartian, maka perlu sedar ia sudah tentu penuh dengan kerenah politik itu sendiri.

Mendepani regim yang amat rakus dan pertembungan politik yang tidak jujur dan adil selaku anak muda ikhlas diakui ia amat mencabar kadang kala seperti tidak sanggup berdepan. Namun apa pun cabaran dalaman fokus perubahan besar demi tanah air tidak boleh sama sekali teralih.Untuk terus berada pada fokus yang betul maka kepentingan peribadi harus diletak tepi.

Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka , che'GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa. Kita semua harus sedar pertembungan kali ini ialah pertembungan kebangkitan dan kesedaran rakyat melawan regim yang jahat, korup dan sedang menghancurkan tanah air.

Menyeru semua kelompok anak muda untuk bersama dalam mood perlawanan maksima, yakinlah kejayaan kita bukan memenangi satu dua pertempuran sahaja tetapi peperangan menumbangkan regim menyelamatkan negara lebih penting.

che'GuBard tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 akan akur. Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa.

Bersama rangkaian komrad Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), kami sedia menggerakkan jentera anak muda dalam dan luar negara untuk terus mengasak perubahan dengan segala daya yang ada. SAMM telah pun menjalankan dan sedang menjalankan perbagai program juga tidak berhenti malah terus merancang perbagai program penyusunan anak muda untuk mengasak perubahan. Komrad SAMM percaya anak muda cita - citanya harus tidak singkat hanya untuk bergelar YB tetapi cita - cita kami ialah mencipta secara perubahan total yang akan dibaca ganerasi mendatang.

Kepada semua ayuh bersekutu ke arah perubahan. Anak muda berparti atau tidak berparti yakinlah tidak apa atau tiada siapa yang boleh menghalang kita untuk berjuang merobah negara. Tidak perlu menjadi ahli politik untuk berjuang kerana kebanyakan anak muda tidak punya syarat lengkap untuk menjadi ahli politik iaitu kemahiran dan kebolehan mengampu, bermuka - muka dan mengipas, tetapi berjuanglah dengan cara masing masing kerana perjuangan merobah negara milik semua.

Kepentingan teratas kini ialah tumbang regim dahulu.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
anggota biasa PKR


20 comments:

  1. Saya amat menyanjung tinggi semangat juang dan budaya politik yang Che'gu Bard pejuangkan. Semoga apa yang didambakan mendapat pertolongan Ilahi.

    Salam perjuangan!

    ReplyDelete
  2. Be the change that you wish to see in this world. Bravo comrade. Allah Allah Alllah

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:55 PM

    Tahniah cg bard..inilah pejuang yg sebenar. Dimana tempatnya bukan persoalan tpi semangat rakyat untuk bangkit seharusnya kita semua keepikan kepentingan diri.. jangan kita kalah kerana diri dan biar kalah asal kita tahu erti perjuangan.

    ReplyDelete
  4. Tahniah cg bard.. Seruan kepada semua anak muda yg punya iltizam serta jati diri, fahami lah apa perjuangan menuntut keadilan sebenar.. Ayuh ubah segala kepincangan agar bumi Malaysia ini akan punya rakyat yg berintegriti, makmur dan berjaya.. Insaallah...

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:22 AM

    Syabas cikgu Bard.. dari mula penglibatan tuan saya sudah nampak ketokohan manusia bernama cikgu bard ni.. berbanyak lah bersabar..teruskan perjuangan tuan.. ingatlah bahawa pemimpin yg sejati bukannya yg mengangkat dirinya utk menjadi pemimpin., tetapi akan sampai masanya rakyat akan mengangkatnya untuk menjadi pemimpin...

    ReplyDelete
  6. Syabas cheguBard...kami rakyat marhaen yang tak punya kuasa amat berharap
    agar chegu Bard dan rakah dalam SAMM dapat menggerakkan dan menyedarkan
    masyarakat akan perlunya perjuangan ikhlas kearah keadilan untuk rakyat. Chegu Bard telah menunjukkan contoh perjuangan politik bersih dan bukan untuk mengejar jawatan atau pangkat...dan politik juga bukanlah peluang untuk mencipta kekayaan individu seperti ramai pemimpin UMNOngok lakukan. Tolong cheguBard dan rakan2 SAMM pastikan kemenangan tuk PR di N9 dan tolong kenalpasti dan halau katak2 dalam PKR N9 dari melompat sebelum mereka2 tu melompat mengejar wang ringgit.

    ReplyDelete
  7. Tabik spring utk cheguBard.Tp dalm masa yang sama aku sgt takut tiba2 cheguBard join UMNgok balik.Serius,aku takut sgt.Cth: Ezam al-kataki.

    ReplyDelete
  8. MINTA DSAI JANGAN PINGGIRKAN CIK GU BARD , BAGI MEWAKILI ANAK MUDA DAN PENGARUH DAN KEBERANIAN CIK GU BARD SEBAGAI PEMIMPIN MUDA YANG JUJUR DAN IKHLAS DALAM PERJUANGAN CIK GU BARD HARUS BERTANDING DI PRU KE 13 NANTI ... SAYA YAKIN CIK GU BARD CALON YANG BOLIH MENANG...SEMANGAT JUANG NYA AMAT TINGGI KALAU DI BANDINGKAN MALAUN MALAUN YANG ADA DALAM AMK ...

    ReplyDelete
  9. Chegu Bard adalah ikon kepada anak muda yg cintakan kebebasan bersuara dan berjiwa kental.. kami menyokong apa juga halatuju yg Chegu Bard matlamatkan kerana yakin dgn motto 'perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata'.. perjuangan tiada berpenghujung..

    ReplyDelete
  10. Anonymous1:05 AM

    alah cheguBard, cakap je boleh lah..lps ni hang kalau tak bertanding lama lama sape pun tak kenal hang..lagi pun kalau setakat cikgu je, ramai lagi boleh gantikan ko..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, Ini lah semangat yg saya kagum,kental! tak gentar, tak lari dari matlamat perjuangan utk negara dan rakyat. way to go..,Strategy, cikgu Bard, tentu ada strategy nya. Bersatu kita teguh. Perjuangan mu Kerana Allah, maka Pandang lah kami org2 bawahan yg tak putus2 menyokong. Kita tumpas kan regime monster jahat. Allahu Akbar!!!

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    saya cadang ahlijawatan kuasa pemilihan solat isthikarah sebelum memilih calon dan yang terpilih juga buat solat isthikarah supaya tidak berlaku calon lompat tikam.

    ReplyDelete
  14. Anonymous12:03 PM

    melayang harapan 15ribu sebulan, dengan regim sendiri pun tak lepas CIKGU oiii....

    ReplyDelete
  15. Anonymous5:57 AM

    Ezam Tahu kenapa Anwar dipecat ... dan siapa yang sebenarnya penghianat negara. saksikan pada minit 1:45 .... http://www.youtube.com/watch?v=gIQPkuu5nWU

    ReplyDelete
  16. Sekali lagi saya merayu DSAI utk mengarahkan Chegu Bard balik berjuang di P131 Rembau. PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA, skrg buktikan kpd kami melaksanakan kata2 mu di PRU 12.Perjuangan belumselesai selagi PUTRAJAYA belum kita tawan. Jgn biarkan anak buahmu terkapai-kapai

    ReplyDelete
  17. legend11:23 PM

    saya doakan cheGu Bard terpilih sebagai calon parlimen P131 Rembau. teruskan perjuangan mulia cheGu. Insyaallah.

    ReplyDelete
  18. Anonymous3:49 PM

    Che'Gu Bard,

    Selayaknya kamu bertanding di Parlimen Rembau. Ketokohan dan ketegasan kamu sepatutnya dimanfaatkan diDewan Rakyat. Suara kamu akan mewakili anak muda di Dewan Rakyat!!

    ReplyDelete
  19. Anonymous4:38 AM

    I salute spring sama lu Boh.....
    My prayers n doa for all pejuang agama, bangsa dah negara!!
    Inikalilah.....semoga niat dah perjuangan ikhlas di beri ganjaran yg setimpal oleh Allah swr.
    We Malaysian care blessed to hv people like you....

    ABU BIN INIKALILAH

    ReplyDelete
  20. cakap x serupa bikin cittpoodah kehkehkeh

    ReplyDelete