Kenyataan Media
17 April 2012
SAKSI VIDEO LUCAH FITNAH AKAN DIDATANGKAN KHAS DARI NEGARA
JIRAN
Regim makin tertekan dengan kesedaran kebangkitan rakyat.
Pasca pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat berjaya membawa pertembungan politik
dalam negara kepada politik baru, politik ke arah perdebatan polisi dan
tawaran. Namun regim terus tenggelam dalam politik kebencian, fitnah dan
serangan peribadi. Politik video lucah dijaja bagi mengaibkan dan merosakkan
minda rakyat.
Bukan seorang pemimpin musuh regim di fitnah menggunakan
taktik ini terbaru ialah Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.
Allah maha kaya, Dia yang mencipta masalah dan Dia juga yang
memberikan penyelesaianya.
Hampir sebulan lepas kami telah dihubungi oleh orang
hubungan di negara jiran memaklumkan bahawa siasatan rasmi telah dilakukan dan
beberapa penemuan mengejutkan telah diperolehi. Simpati apabila melihat betapa
fitnah amat jijik dikenakan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat maka saksi penting
dari negara jiran itu setuju datang secara sukarela menerangkan hasil siasatan
yang menggemparkan.
Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk
SOLAT HAJAT DAN PEMBONGKARAN FITNAH VIDEO LUCAH
Tarikh : 19 April 2013
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pusat Pengajian An Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh
Tarikh : 19 April 2013
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pusat Pengajian An Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh
Acara akan dimulakan dengan solat hajat dan solat Isya’ berjemaah
yang akan di imamkan oleh Ust. Mutalib (An Nahdhoh) kemudian dikuti ucapan
Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas itu penerangan oleh che’GuBard (individu yang
dijemput menonton video oleh ‘Datuk T’). Kemuncaknya ialah penerangan saksi
dari luar negara sebelum penerangan oleh Hishamuddin Rais (graduan perfileman)
dan rumusan oleh Datuk Johari Abdul.
Semua dijemput datang awal dengan membawa sejadah sendiri.
Hadirlah beramai – ramai menyaksikan pembongkaran fitnah jijik dan bersama
untuk mengakhirkan politik kotor ke arah menjadikan PRU ini bermakna dengan
meletakkan politik baru yang berasaskan politik nilai dilandasanya.
Program ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia dan Briget
Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pakatan Rakyat.
Sekian untuk makluman.
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
No comments:
Post a Comment