7 April 2013
Cincin RM24J: Mengapa Plot Hadir Selepas Hampir 2 Tahun?
Berikutan kemunculan sebuah wawancara mengenai cincin berlian RM24
juta, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menegaskan bahawa
kredibililti wawancara tersebut sangsi dan mencurigakan.
Terdapat beberapa perkara yang menjadi persoalan ekoran ‘cubaan’
untuk menutup persepsi besar namun dilihat menimbulkan lebih banyak
polemik, antaranya;
1. SAMM pada awalnya mempersoalkan mengapa nama Datin Paduka Rosmah
Mansor tertera dalam borang kastam K1, menjadi satu bukti yang tidak
mampu disangkal. Namun mengapa penafian pertama rosmah pada 29 Julai
2011, tidak digunakan ruang ini untuk menjelaskan perihal sebenar?
Rosmah hanya nafi tanpa penjelasan.
2. Mengapa pihak syarikat pengeluar membuat kenyataan berbentuk video
hanya setelah hampir dua tahun isu ‘cincin Imelda Rosmah RM24 juta’
menggemparkan negara? Mengapa begitu lama masa diambil? Dua tahun adalah
tempoh yang sangat lama untuk menjawab satu dakwaan serius.
3. Jika benar cincin tersebut masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran,
mengapa borang kastam K1 digunakan dan mengapa tidak guna borang ATA
CARNET? Borang ATA CARNET diperuntukkan untuk sebarang bentuk pameran.
4. Bila tarikh sebenar cincin tersebut keluar dari Malaysia? Apakah
20 April 2011 seperti dilaporkan? Parlimen membuat kenyataan bertulis
bahawa cincin tersebut dipulangkan semula kepada syarikat ‘pemilik asal’
selepas beberapa hari di Malaysia, sedangkan bulan lalu dilaporkan di
media bahawa cincin tersebut dipulangkan setahun selepas masuk ke
Malaysia. Mana satu yang betul? Apakah perubahan kenyataan ini
berlaku kerana borang kastam K2 yang didedahkan dulu telah dibuktikan
oleh SAMM sebagai satu cubaan menipu?
5. Bagaimana besan kepada Perdana Menteri turut terlibat? Apa kena
mengena besan Perdana Menteri sehingga terpalit nama Rosmah Mansor dalam
dokumen rasmi melibatkan harta bernilai RM24 juta?
Dalam risalah cincin yang diterbit SAMM, terdapat juga pendedahan
sekeping gambar yang menunjukkan Rosmah memakai sebuah gelang bertatah
berlian. Setelah diperiksa, gelang tersebut dinamakan “Zebra Safari”
berharga RM1.65 juta. Ironinya gelang tersebut dikeluarkan dari syarikat
pengeluar cincin bernilai RM24 Juta. Ia menggambarkan Rosmah sebagai
pelanggan yang tidak asing kepada syarikat berpengkalan di New York itu
dan tidak mustahil syarikat tersebut cuba melindungi pelanggannya.
Bagi SAMM, pendedahan isu cincin RM24 juta ini menjadi satu titik
tolak penting kerana selepas itu lebih banyak lagi pendedahan membongkar
pekung kebobrokan negara seperti pendedahan NFC dan beberapa kes
keluarga menteri dianugerah projek. Isu cincin ini menjadi pendorong
untuk pegawai kerajaan tampil berani menyalurkan maklumat ketirisan wang
rakyat.
Akhir sekali, SAMM tidak menolak kemungkinan pendedahan cincin RM24
juta ini sebenarnya telah menggagalkan pemilikkan cincin tersebut dan
seterusnya menyelamatkan wang negara ini dari terus dibazirkan kepada
pihak ‘jahat’.
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia
No comments:
Post a Comment