Monday, April 15, 2013

MUAFAKAT MEMENANGI DUN N21 SUNGAI ACHEH

K E N Y A T A A N   M E D I A   R A S M I


MUAFAKAT MEMENANGI DUN N21 SUNGAI ACHEH
13 APRIL 2013

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) sentiasa menghormati dan menghargai kesepakatan dan ukhwah yang telah terjalin di antara KEADILAN – PAS – DAP. Semenjak awal penubuhan PAKATAN, perjanjian yang termeterai melalui Dasar Bersama menjadi dokumen penting untuk masa depan politik bangsa Malaysia. Kerjasama yang terjalin menampakkan hasilnya apabila hari ini regim Barisan Nasional berada di kedudukan paling kritikal dalam sejarah.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) yakin dengan momentum semangat rakyat Pulau Pinang untuk mengekalkan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU 13, kita juga yakin PRU 13 ini adalah peluang terbaik kita untuk memenangi beberapa kerusi majoriti Melayu seperti N21 Sungai Acheh dan menenggelamkan UMNO/BN. Namun usaha ini akan terencat jika kita tidak memahami matlamat yang utama iaitu menumbangkan Barisan Nasional.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) berasa terkilan dengan beberapa siri serangan peribadi yang mula dilancarkan pada Saudara Badrul Hisham Saharin yang diumumkan sebagai calon KEADILAN untuk N21 Sungai Acheh pada 9 April lalu. Serangan di media sosial sehinggakan pendedahan maklumat peribadi mengenai Saudara Badrul dikhuatiri akan meletakkan diri beliau dan keluarga di dalam ancaman. Sikap seperti ini harus dihentikan.

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru kepada semua pihak, termasuk kepada Calon PAS, Ustaz Yusni Mat Piah untuk sama – sama turun berkempen di Sungai Acheh bersama Calon KEADILAN, Saudara Badrul Hisham. Langkah yang terbaik adalah untuk menyerahkan keputusan kedudukan kerusi N21 Sungai Acheh kepada Majlis Pimpinan Pakatan untuk ditentukan. Memastikan kemenangan siapa pun calon PAKATAN di Sungai Acheh adalah lebih bermakna daripada kita terus membiarkan regim Barisan Nasional terus berkuasa


Sekian, terima kasih.

AHMAD AZRIZAL TAHIR
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

2 comments:

  1. Bagi kat PAS la tambi, ko lawan la kat kampung ko ke. Bila sampai geng ko sebat kawasan, ko suruh bagi kerjasama. Palahotak betoi. Hang pi la parlimen bad oi, lagi baguih.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:23 PM

    Cikgu Bard memang layak duduk dikerusi Parlimen...kerana keberaniannya..kepetahan bercakap...tetapi nampaknya pemimpin tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat tak menilai selama ini sumbangan yg diberikan oleh Cikgu Bard...sayang seribu kali sayang.Adalalah LEBIH BAIK Salah seorang menarik diri...satu lawan satu dengan BN.

    ReplyDelete