Skrip Terlewat : Rosmah jadi bibik besan tengok cincin ..!!
Semakin menarik nampaknya cerita cincin permata RM24juta. Isu cincin ni sebenarnya dah pun agak tenggelam dengan pelbagai isu dan skandal yang membabitkan keluarga Rosmah dan isterinya, Najib si bibir merah.
Setelah hampir dua tahun isu ini timbul, barulah muncul Philip Nassimi (gambar bawah) Pengarah Barang Kemas Jacob
& Co membuat penjelasan, “Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond
Ring” 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev,
ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah,
Nooryana Najwan.
Selama ini rakyat tidak pernah mendengar Rosmah menyebut mengenai
kedatangan Maira, besannya ke Seri Perdana untuk ‘melihat’ cincin
berkenaan. Andainya memang betul cincin yang dipersoalkan itu dihantar
kepada Maira ketika beliau (Maira) berkunjung ke kediaman Rosmah,
logiknya, itulah alasan pertama yang akan diberikan oleh Rosmah apabila
isu ini mula-mula ditimbulkan hampir dua tahun lalu.
Mengapa Rosmah sanggup bersumpah bahawa cincin itu tidak ada pada
dirinya, tapi tidak pernah walau sekalipun menyebut cincin berkenaan
dihantar kepada Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev? Mengapa
baru sekarang, muncul tukang emas membuat cerita bahawa cincin itu
ditujukan kepada Maria yang berkunjung ke mahligai Rosmah?
Logiknya, jika penerangan si tukang emas yang mengatakan Maira adalah
pelanggan setia, apa perlunya Maira meminta cincin berkenaan dikirim
kepadanya ketika beliau mengunjungi Rosmah di Putrajaya? Maira sebagai
isteri seorang Presiden sebuah negara, boleh sahaja terbang ke Jacob
& Co, Amerika Syarikat untuk melihat sendiri cincin berkenaan.
Ataupun, minta cincin berkenaan dikirim kepadanya ketika beliau berada
di negaranya, Kazakstan.
Tapi yang lebih menarik, sejak sekian lama isu ini menjadi ‘bualan
hingga ke peringkat antarabangsa’ mengapa Maira tidak pun mengeluarkan
sebarang kenyataan bagi menjelaskan isu cincin RM24 ini.
Sepatutnya, Maira sudah sedia maklum bahawa isu cincin yang
kononnya ingin beliau lihat, telah menyeret Rosmah, yang bakal menjadi
besan beliau. Sepatutnya, beliaulah orang pertama yang akan membuat
penjelasan. Bukan tukang emas kedai cincin!!
Baca kenyataan SAMM klik di sini
No comments:
Post a Comment