20 April 2013
N21 Sg Acheh: Pertembungan Berasaskan Politik Nilai
Selesai penamaan calon, menandakan bermulanya persaingan sebenar menambat hati pengundi di seluruh negara menjelang Pilihanraya Umum ke-13. Dalam masa kurang dari 15 hari, akan berlaku 'pertempuran' politik di semua peringkat dengan pelbagai pendekatan.
Namun untuk pertembungan di N21 Sg Acheh menyaksikan che'GuBard memilih persaingan yang berasaskan politik baru - Politik Nilai.
Selain daripada manifesto yang dibentang di peringkat nasional, setiap calon yang bertanding khususnya di Sg Acheh juga wajar membentang tawaran terbaik di peringkat setempat dan ia harus dibandingkan antara satu sama lain. Justeru itu, che'GuBard secara rasmi menjemput calon yang bertanding di Sg Acheh dipertemukan dalam sebuah wacana debat.
Cabaran debat ini merupakan wadah terbaik bagi menjelaskan kepada pengundi tempatan apakah peranan dan komitmen setiap calon sekiranya terpilih menjadi wakil rakyat. Lebih penting, justifikasi arah tuju DUN Sg Acheh perlu diberi penekanan dan ditonjolkan di atas pentas yang sama. Akhirnya pengundi di Sg Acheh mendapat input kepentingan setempat untuk dijadikan pedoman sebelum membuat pilihan pada 5 Mei 2013.
Di kesempatan ini juga, che'GuBard perkenalkan 10 janji manifesto untuk Sg Acheh;
- Menjadikan Sg Acheh, N.Tebal hub pertanian
- Jambatan Kg Tanjung Berembang-pekan N.Tebal (RM20juta)
- Pusat tuisyen dan pusat latihan vokasional percuma
- Acara tahunan job fair buka ratusan peluang pekerjaan
- Pusat aktiviti pembangunan belia dan perpaduan kaum serta agama
- Pusat khidmat bergerak ke seluruh dun
- Memanafaatkan kewujudan ipt untuk masyarakat setempat
- Membangunkan dan merancakkan aktiviti ke arah sg.acheh sebagai pusat perlancongan
- Memastikan pembangunan infra ke arah sg.acheh membangun seiring pembangunan negeri
- Penumpunan program pemerkasaan wanita tempatan
Akhir sekali, che'Gubard menyeru kepada semua calon agar memilih pendekatan sihat dalam menjalankan kempen pilihanraya dan tidak menjadikan serangan peribadi sebagai senjata. che'GuBard yakin dan percaya bahawa kini tiba masanya untuk setiap calon mencerminkan kematangan dalam berpolitik dengan menjadikan politik nilai sebagai rencah sajian rakyat khususnya pengundi di Sg Acheh.
che'GuBard
Calon Pakatan Rakyat (PR)
kami anak muda kerja kilang sokong anda ...
ReplyDeleteterima kasih CheGuBard .. Anda bawa perubahan ke atas politik ini . Syabas . Semoga hang berjaya menang .
ReplyDeleteseeloknya satu calon undur diri utk beri laluan kpd calon yg lain. dua2 dari PR, kenapa bertanding 1 kerusi? Kan dah tentu lama dh yg chegubard yg bertanding. suruh yusni mat piah tu undur diri lah! apa yg susah sgt nk faham. benda kecik xboleh settle. bagi peluru dkt tv3 utusex.
ReplyDeleteaku x slhkan PAS atau PKR..kecewa, sedih..masing2 x mengaku kalah..bkn kat sg acheh ada kat tempat lain gak...senang2 pecah undi..last 2 dua2 melepas..musuh gak yg untung..tp aku anggap kes terpencil je..sb parti lwn pun cm PR gak..cuma diorg guna lambang BEBAS
ReplyDeleteCamne boleh lawan sesama Pakatan? Kami rakyat nak tolak BeEnd..pemimpin tolong la pikir kehendak rakyat!
ReplyDeleteSEpatutnya, orang macam Cikgu Bard ini seeloknya bertanding Parlimen. Yang dok kalut setakat Dun ni kenapa??? nak jadi timbalan LGE kot
ReplyDeleteSetuju sangat chegubard bertanding untuk perlimen tetapi president lebih memikirkan chegubard bertanding Dun sbb dalam dewan LGE tidak tahan asakan oleh Puak Umno yang menghina dewan. pls jangan ajar president dia lebih tahu. Saya adalah orang yang bersama dengan Kak wan di zaman era reformasi dulu (1998).
Deletetak terpilih, nak wat camana.. dia hanya akur menurut perintah. Dia boleh saja undur dari PKR tapi hingga kini dia jadi ahli biasa dengan berjuang untuk mejatuhkan rejim. Kalau tak ikhlas dah lama jadi calon bebas atau keluar dari parti.
DeleteJangan lupa pengikut KERAJAANG PERPADUANG masih ada dalam PAS!!
ReplyDeleteI Dont thing anymore, just pls give route for chegubard, because he early candidate for Adun Sg Aceh. Chegubard is will win.
ReplyDeletePR=Pecahkan Rakyat..apa punya mengong!
ReplyDeleteChe'GuBard,
ReplyDeleteI'm not fighting your war and I don't know what have you going through. I don't know your political planning but for sure one thing I know.... You and your party send bad message to all of us the Rakyat... Crave to be in Power can lead people to miss the big picture. Years of sacrifice not only by you but us in general.... just imagine if you or your PR 'friend' win, what's next????
salam..cikgu bard sptutnya btnding parlimen bkn dun..org spt ckgu yg bsmngt muda n di perlukn di parlimen..
ReplyDeletesy sedih dgn situasi pnmaan calon ni..mn kesepakatan pr??
kami pengundi nk kalahkn BN bkn bgaduh sesama pr..hrp mn2 kerusi yg bertindih dlm pr di perbetulkn blk..BIAR SATU VS SATU SHJ..kte kasi penangan maut pd BN LAKNATULLAH..
tak terpilih, nak wat camana.. dia hanya akur menurut perintah. Dia boleh saja undur dari PKR tapi hingga kini dia jadi ahli biasa dengan berjuang untuk mejatuhkan rejim. Kalau tak ikhlas dah lama jadi calon bebas atau keluar dari parti.
DeleteSesuatu yang tak dijangka berlaku juga akhirnya.penyokong dan pengundi PR di sg cheh dah malas nak mengundi. Bn tepok tangan. Ni semua pasai pentingkan ego masing masing dan tak bincang awal.pemimpin atas dok buat apa pun tak tau.tapi ada dua minggu lagi untuk setle cpt. Nasib baik parit buntar tempat aku ok. Kesian kat member2 aku di sg cheh.lingkup penang mcm ni.....
ReplyDeleteUdah memang dasor bengap tak terajor, memang patot mampuih semuanyaaaa!!
DeleteHidop BN!
Benda macam ni tak kan berlaku sekiranya pengumuman calon dilakukan serentak oleh PR. Tengok Sabah tak dak pertarungan antara DAP dan PKR yg jadi pada tahun 2008 dulu. Pemimpin sana lebih bijak utk menumbangkan rejim BN dari pemimpin di sini.
ReplyDeleteche bard satu malaysia dah kenal. yang ustaz pas ni pun satu. apsal tamak. buat malu islam je. sanggup gadai harapan rakyat. bodoh betul. last2 dua2 gerenti kalah punya. aku berani potong telinga.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Terkilan hati bila terbaca berita yang kita bertanding sesama kita sendiri di 6 kerusi. Mengapa ini boleh terjadi? Mengapakah kita tidak boleh mengenepikan sifat mementingkan diri sendiri dan berkorban demi kemenangan pakatan rakyat. Bukan kah matlamat kita sama iaitu untuk menawan Putrajaya? Perkara ini akhirnya akan merugikan diri kita sendiri kerana setiap kerusi adalah sangat berharga. Selain itu kita tidak mahu pihak lawan menjadikannya isu dalam kempen mereka nanti. Bayangkanlah apa tanggapan pengundi2 baru dan pengundi2 atas pagar nanti sekiranya masalah ini tidak dapat kita atasi. Kemungkinan akan lahir rasa sangsi di hati mereka tentang keupayaan kita untuk bekerjasama mentadbir negara nanti. Diharapkan pemimpin2 tertinggi dapat duduk berbincang dan mencapai kesepakatan kerana masa masih ada.
ReplyDeleteOrang2 bawah seperti biasa yg lebih lebih..sejak dari dulu lagi..itu lah jadinya.
ReplyDeletesedih & kecewa kerana pemimpin duk berebut jd calon...tak de muafakat ker...berjuang demi ALLAH, yg mana lebih peluang utk menang bg lah kat dia,yg sorang undur diri demi berkorban utk rakyat & agama ALLAH...nanti adalah imbuhan dr pengorbanann itu...
ReplyDeletetolong la...... pastikan 1 lawan 1 ...jatuhkan be end ... undurlah ...
ReplyDeleteNko jangan percaya sangat berita lawan sesama sendiri kat 7 tempat tuu... fitnah BN tuuu....
DeleteSibuk nak lawan PAS kenapa..belah la wei??..nm parti pakatan tp lawan calon PR sendiri..penting diri sendiri ka?..apa tujuan tubuhkan PR kalu lawan parti dari komponen sendiri..Ahli PAS..SILA TARIK DIRI!!!!!
ReplyDeleteChe'GuBard,
ReplyDeleteJust read this http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2804-di-sebalik-pencalonan-chegu-bard,
Apologies for my previous comment. I put too much hope for this election for us to change our beloved country. Stay strong, you are in the right side of the fight.
now read this
Deletehttp://www.facebook.com/photo.php?fbid=148634958647804&set=a.145663175611649.1073741826.145658598945440&type=1&ref=nf
at least get the story from both sides. see??? compare bard's and yusni's comments. you see, the problem here is not these two candidates but the 'supporters' and some idiotic 'leaders'
patut brtanding parlimen..sbb dia pndai brsuara..
ReplyDeleteMungkin tak tersenarai. gua pun rasa dia patut dalam parlimen.. aku tak paham barisan pemimpin PR... orang sehebat chegubard ni tak tercalon untuk mana2 seat MP..
DeleteAku dapat kabor dari pucuk pimpinan PR, cheguBard ni sesuai buat menyelam dalam kolam taik aje
Deleteche'GuBard,
ReplyDeleteApa yang anda lalui ketika penamaan calon itu sebenarnya adalah ujian kecil. Tak perlu rasa tersinggong. Hadapi persaingan itu dengan tabah, berani dan gentleman. Jangan takut pada kekalahan kerana itu adat pertandingan.
Persetan dengan mereka.... Lawan tetap lawan !
Sedia jadi jentera biasa??
ReplyDeletekalau nak di ikutkan marah, saya dan rakan-rakan di kawasan Tasek, Simpang Ampat, memang sangat marah dengan keadaan yang berlaku di Sg Aceh melibatkan pertembungan PAS/PKR. pada pandangan kami, sebaiknya, Ustaz Makthtar, bekas wakil rakyat PKR Dun Sg Bakap, sepatutnya di gugurkan kerana beliau tidak memberi perkhidmatan yang memuaskan dan lagi keegoan pembantu khas beliau, Hj Wan membuatkan majoriti rakyat DUN Sg Bakap hilang kepercayaan. DUN inilah sepatutnya, di ganti dengan Chekgu Bard, sebagai calon PKR pada piliharaya kali ini. dalam hal ini, pimpinan PKR negeri tidak buat homework walaupun telah di beri pandangan beberapa kali baik oleh kami dari PAS maupun Keadilan di kawasan DUN Sg Bakap. kepada pimpinan atasan, kami nak bagitau, yang bertungkus lumus bekerja ni, orang-orang bawah, jangan laa hampa dok besaq kepala sangat.
ReplyDeleteSeat sg acheh rasanya dipinjamkan oleh pas pada PRU12 yg lalu, jd bukan pas yang berhak meletakkan calon disitu? kenapa pula chegubard yang awalnya mengeluarkan kenyataan untuk menumpukan gerak kerja asal menjatuhkan rejim umno tiba2 bertukar? ada unsur nafsu nafsi untuk ber'kuasa' disini.. seolah2 sama saja dengan umno yang bermatlamatkan untuk teruskan 'kuasa'..? keikhlasan yang boleh dipersoalkan..
ReplyDeletetak kisah le nafsu ke nafsi,tnggu jela esok kputusan dr mpimpinan pusat masing2..yg si yusni pun satu gak,adab2 islam hilang bgitu saja dan xboleh tnjukkan satu contoh yg baik
DeleteDUN yg pasti di menangi oleh BN apabila PR ada pertembungan ..ingatlah rakyat mau tumbangkan BN dalam BN ada 14 parti boleh setuju bagi 1 wakil..dalam PR ada berapa ja Parti...pun susah pilih 1 wakil untuk 1 lawan 1 dengan BN...PR menang SORAK PRU13 KALAHHHH.."Tunggu 5 Tahun lagi lah"..bukan "Ini kali lah"...selasaikan masaalh pemilihan wakil dalam PR baru fikir lawan BN..
DeleteKalau BN vs Pakatan 50:50, bila ada dua calon pakatan maka pecah undi ini akan mengalahkan Pakatan 50:25:25.
ReplyDeletePatutnya pemimpin pakatan kena bijak. Selesaikan sebelum hari pencalonan. Kalau jalan buntu juga, ambil pendekatan guna calon pas bawah lambang pkr atau sebaliknya, calon pkr lambang pas.
Memandangkan hari pencalonan sudah berlalu. Maka kita sebagai pengundi kena bijak dan sepakat. Aku cadang jangan pecah undi. Kita sepakat agar semua kerusi bertindih kita HANYA bagi pada parti yang paling sedikit jumlah pencalonan seluruh negara.
Kalau setuju kita pakat sebar, masa sudah suntuk untuk berbincang.
As Salam Chegu Bard,
ReplyDeleteBukan ke matlamat Chegu nak tumbangkan UMNO dan BN? Ngape pulak sekarang berebutkan Dun Sungai Aceh ni? Dah mula ngikut perange Azmin Ali ke? Malu tengok dek orang aih...
Kecewa, sedih, marah dan tiada semangat lagi.itulah yang terjadi kepada penyokong pr di dun sg acheh. Saya simpati kerana saya berada di parit buntar berjiran dgn sg cheh dan mengikuti masalah ini dgn harapan politik gaya umno ni diselesaikan dgn segera. Seorang calon mesti menarik diri dgn segera.kalau nak cari salah dua dua salah.orng pas kata keadilan dah dapat sg bakap, dap dah dapat jawi, jd pas patut dapt sg cheh ni, baru adil.itu saja punca asal dia, tp pimpinan atas yang lemah, kenapa dua dua calon pr dpt watikah. Pengundi sayang cg bard krn banyak sumbangan dlm pr.pengundi jg kasihan pd pas yang lama dah berkempen di sini.sekarang semua dah keliru. Orng umno dok kutuk kita, tak dapt pusat lg dah berebut.yang sedihnya calon dua dua melayu dan islam.dengn dap tak bertembung pun ok saja. Inilah politik melayu, dengki mendengki, gaya umno. Harap dua dua calon buat sembahyang isytiqarah dan sorang tarik diri, lps tu bersatu balik semua buat ceramah pengistiharan besar besaran untuk maklumkan pd pengundi sapa calon sebenar. Ingat matlamat utama rakyat ialah menjatuhkan bn, bukan membantu mereka menang mudah, faham dak...
ReplyDeleteJika dilihat dari kenyataan chegubard, dia dilihat sebagai seorang politik yang sejati. Dia mengajak kepada persaingan secara sihat dan adil antara dua parti dalam satu pakatan. beliau membina politik penilaian dimana setiap calon yang bertanding khususnya di Sg Acheh wajar membentang tawaran terbaik di peringkat setempat dan dibandingkan antara satu sama lain. Beliau mencadangkan secara rasmi menjemput calon yang bertanding di Sg Acheh dipertemukan dalam sebuah wacana debat untuk menawarkan komitmen mereka kepada rakyat jika mereka menang. Tiada kata nista dan kondem terhadap lawan beliau.
ReplyDeleteSaya hormati rakan2 dari PAS tapi sokongan saya 100% kepada chegubard sbg calon PR di Sg Acheh
ReplyDeletetindih pun tak leh solosai.
ReplyDeletelatest update di harakah daily : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18541-3-dun-tganu-kepada-pas-labuan-sg-aceh-panti-kepada-pkr
ReplyDelete